DAIM (Zahiril Adzim) JUVANA NIKAH 20 NOV 2011

7/01/2011 09:12:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Mesti ramai yang kenal dengan pelakon yang membawa watak sebagai Daim dalam drama bersiri Juvana di tv3 atau nama sebenarnya Zahiril Adzim. Sebenarnya sang lekit tengah menonton rancangan apa saja FBI kat TV9 ni.

Hasil carian google

Bila pengacara Faizal Ismail (Dj Hotfm) tanya pasal tu kat si Daim ni sang lekit kagum jugak sebab si Daim ni dengan tanpa berselindung mengakui statusnya yang sudah bertunang & bakal menamatkan zaman bujangnya pada 20 Nov 2011 (Nikah) ni dan majlis persandingan beliau akan di adakan pada bulan December.

Hasil carian google

Suka dengan pelakon ni sebab dia memang berbakat. Watak yang di bawa selama sang lekit menonton beberapa drama lakonan dia jarang ada yang mengecewakan. Beza antara artis yang berilmu & tidak memang banyak perbezaaannya. Si Daim @ Zahiril ni bekas pelajar Aswara jadi tak hairan la dia mampu menjadi pelakon yang baik. Ada juga pelakon/artis yang takde asas lakonan secara formal tapi mampu menjadi pelakon/artis yang berkualiti namun kebanyakkan artis/pelakon/penyanyi sekarang hanya menonjol sebab rupa cantik, seksi & kontroversi je kan??

Lagi satu isu pasal perkahwinan artis ni.. Ada artis yang benda baik suka sangat nak sorokkan sampai jadi kontroversi. Bercinta di canang, berkahwin di sorok bercerai di hebah. Pun macam tu bukan semua, hanya segelintir sahaja. Apapun tahniah kepada pelakon Zahiril Adzim yang bakal bergelar suami tak lama lagi. Pada artis lain jangan takut nak mengaku status berpunya korang dengan alasan takut populariti jatuh sebab rezeki tu Allah yang bagi. Benda yang baik.. Insyaallah di susuli dengan balasan yang baik.

P/S : Saja buat entri pasal Daim ni sebab sang lekit memang minat dengan lakonan dia. 1st time tengok dia berlakon dalam drama bersiri KAMI. Memang kagum dengan pelakon ni.

11 comments:

  1. wahh baru tau!!

    nice info...

    sudah follow blog ni
    jom follow blog saya

    http://mat-jungle.blogspot.com/

    time kaseh ye

    ReplyDelete
  2. comel tahi lalat dia..
    dah baca buku dia
    "Bogel menuju Tuhan" bagus boelha jadi penulis yang baik dia ni

    ReplyDelete
  3. waah aku baru tahu. btw, lakonan dia memang best. teater dia lakon pun best. terrrrrrrrrrrrbaik!

    ReplyDelete
  4. salam perkenalan dari SS. jemput dan singgah di blog SS yea.

    watak zahiril memang terbaik. tapi sayang dia nak nikah dengan gadis kesayangan SS. heheh..

    Menarik di SuaraSendiri
    Sejauh mana BERSIH bertindak bersih

    Undi disini
    Adakah wajar perhimpunan diteruskan?

    ReplyDelete
  5. wahh...mst ramai yg dtg mse majlis die t..org ngah hot skg..huhu

    hati pengembara

    ReplyDelete
  6. eh same ah plak.. saye pn suke! hihi =D suke gile die belakon dlm juvana. btw, dorg secocok! semoge pjg jodoh hendaknye^^

    ReplyDelete
  7. dulu dia asyik jadi crook je....

    ReplyDelete
  8. pe2 pun tahniah wat daim....bagus r tu ada sikap yg suka berterus terang ttg dr sendiri...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com