MINTA DERMA AIR SEJUK

7/12/2011 05:11:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Kisah ni berlaku sebentar saja tadi. Rumah sang lekit di ketuk bertalu - talu. Nak buka tak nak buka sama banyak jugak sebab malas nak layan salesman atau peminta derma ni. Tapi dah bertalu sangat ketukan tu sang lekit jenguk jugak kat teropong pintu tu. Muka seorang budak cina nampak la dari teropong kecil tu. Dalam hati dah tahu.. tak jual barang mesti minta derma. Buka juga la...

Carian google. Sekadar hiasan

Memang seperti yang di ramal, minta derma untuk orang2 cacat. Dah biasa. Pernah dulu budak cina yang datang minta derma untuk orang cacat ni bila sang lekit cakap takde duit dia cakap syiling pun boleh. Bila cakap takde cash.. dia sindir pula kad kredit pun boleh. Bengkak juga hati. Bukan taknak bagi.. Tapi kalau was - was dengan peminta derma ni baik la jangan bagi. Tak ikhlas. Lagipun banyak sangat kes penipuan macam ni. Sebab tu malas nak layan.

Macam biasa la alasan sang lekit takde cash, suami takde kat rumah.. Ayat diorang pun sama. Takde banyak syiling pun boleh. Lagi bagus penuhkan tabung. Konsep minta derma ni.. kalau orang nak bagi, orang bagi. Takde paksaan. Tapi konsep minta derma sekarang selagi boleh ayat, selagi tu la dia mengayat kita untuk menderma. Dah tu belum tentu derma yang di kutip untuk tujuan kebajikan sebab kita sedia maklum kes penipuan macam ni dah banyak. Ok la budak tu tak sekurang ajar budak kutip derma yang lepas. Tapi sang lekit tetap curiga sebab takde bukti yang mampu menyakinkan duit yang kita derma betul2 di salurkan kepada golongan yang memerlukan. Kalau bagi macam menyokong aktiviti penipuan pula. Best la dorang. Tak payah kerja, kutip je derma.


Dah sang lekit malas nak layan, sang lekit block semua cakap dia lepas tu nak tutup pintu. Alih - alih dia minta sikit air sejuk untuk isi dalam botol kosong dia. Kesian pula... Setakat air sejuk tu takde masalah la. Dah tau bekalan minuman dia untuk perjalanan seterusnya. Bukan senang nak panjat sampai tingkat 15 untuk 1 blok. Hati mula serba salah.. Kesian pula. Entah2 betul dia ni memang minta derma untuk orang - orang cacat. Tadi dah cakap takde duit. Tapi dah terlanjur cakap takde duit tadi, derma air kosong tu je la untuk dia.

Bukan la kedekut.. Kalau betul2 kita nak bersedekah banyak saluran yang boleh kita sedekahkan agar apa yang kita sumbangkan tu dapat manafaat kepada golongan yang betul - betul perlukan. Memang la yang menipu dapat dosa, yang menderma walau pada penipu tu dapat pahala sebab tujuan kita baik cuma tujuan dorang je tak betul tapi rasa tak puas hati kalau apa yang kita salurkan tu tak sampai pada golongan yang sepatutnya. Jadi sang lekit malas nak layan walau sebelum ni sang lekit bagi je.

17 comments:

  1. ade gak org derma air sejuk ni,hahahahaha

    ReplyDelete
  2. suria...hati2,sebaiknya jgn buka pintu terus.sbb kes pukau sgt byk skrg ni.bahaya dik

    ReplyDelete
  3. iya, sokong dengan tindakan LEKIT... kadang2 ada yang datang minta derma ni sang penipu... kalau boleh tercegat depan pintu tak nak keluar selagi x dapat wang.. nampak sangat terdesak..

    yang kesiannya pulak tu, penipu2 ni salu gunakan kanak-kanak kecik untuk jalankan aktiviti mereka ni.. kesian juga kanak2 dapat upah hanya sekadar rm5 macam tu, tapi si penipu untung beratus2 ringgit sehari..

    ReplyDelete
  4. tu bukan mintak derma namanya, tapi mengemis........

    ReplyDelete
  5. TK malas dh nk layan peminta derma2 gini. makin d layan esok2 orang lain lak singgah.
    tabung kerajaan buat dh mcm2 ada..

    ReplyDelete
  6. tak suka minta derma dengan cara paksaan, menderma secara ikhlas bukannya paksaan kan. geram jugak kadang-kadang.

    ReplyDelete
  7. hmm kdg2 kesian. tp takot ditipu

    ReplyDelete
  8. mmg x blh la klu org mintak derma ni. kesian. x sampai hati nk kate TAK. tp bile dah hari2 mkn kt kedai yg same, pemintak derma pun org yg same, jengkel jugak dbuatnye. haihhh

    ReplyDelete
  9. yang peliknya bila kita bagi hari ni,
    minggu depa rumah kita yang dituju awal2 lagi..
    geram pun ada..

    ReplyDelete
  10. seingat aku, ada 3 kali orng datang rumah mintak air sejuk nak minum..

    kesian gila rupenye kan... :(

    ReplyDelete
  11. kannnn..zaman skang kalau nk menderma.. terus masukkn dlm bank badan2 kebajikan jek.. :)

    ReplyDelete
  12. ontah nye kdg2 rimas ..tak bg derma siap sindir2 pulak..bkn bekira tp was2 kemana pegi nye nnti saluran derma tu..

    err..org mnta derma air sejuk jgn kasi..da byk kes pukau gitu..take care yeah

    ReplyDelete
  13. sekarang kena berhati-hati..ramai sangat peminta derma yang tak betul...

    ReplyDelete
  14. kte kalo org mtk drma ni sgt kesian tp xprcaya so xbg..lalala

    ReplyDelete
  15. rara siap penah ckp rara org gaji je.hehehe

    ReplyDelete
  16. dorg tu MLM tu..si downline buat kerja ketuk pintu rumah..upline tunggu dlm van je makan kuaci dgr radio Hotfm..huh!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com