RELA DI ROGOL

7/14/2011 09:50:00 AM suria lekatlekit 28 Comments

Siapalah yang rela di rogol, kan?? Kalau dah namanya rogol selalunya di kaitkan dengan paksaan. Tapi dalam arus moden yang serba canggih ni.. Kejadian merelakan diri di rogol adalah satu perkara biasa. Apa yang sang lekit maksudkan dengan kes rela di rogol ni?? Jom kita kopek dengan rakusnya.

Carian google. Sekadar hiasan

Apa yang sang lekit maksudkan 'Rela di rogol' ni adalah melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur. Walaupun perbuatan tu di lakukan dengan kerelaan kedua - dua pihak tanpa sebarang paksaan tapi kalau di gadis membuat laporan polis tetap la ia di klafisikasikan sebagai kes rogol kerana si gadis masih di bawah umur.

Pagi ni sang lekit membaca satu artikel di sinar harian 2 orang pemuda yang saling tidak mengenali antara satu sama lain yang di sabitkan dengan kes merogol seorang gadis 15 tahun di tempat & masa yang berasingan. Tapi kedua - duanya mengaku tidak bersalah. Dalam hati sang lekit mula tertanya - tanya.. Apakah benar2 gadis ni di rogol atau hanya kes rela di rogol? Macam mana mudahnya kejadian 2 kali di rogol oleh dua orang yang berbeza tapi di lain masa & tempat yang tak sama,kan?

Banyak kes macam ni berlaku. Padahnya melakukan persetubuhan haram dengan gadis bawah umur ni. Walau korang di pelawa sekalipun oleh adik - adik manis yang muda remaja jangan la ambil risiko.Satu, dorang boleh menjadikan ia sebagai senjata mengugut korang sebab kalau dorang buat laporan polis dah confirm la jadi kes rogol walau korang tak rogol tapi di lakukan atas kerelaaan sendiri.Hidup korang juga susah kan kalau jadi macam tu.

Ini cuma pendapat peribadi sang lekit jer.. Apapun perbuatan yang buruk balasannya juga buruk. Tak kira la perbuatan tu di lakukan dengan gadis bawah umur ke, atas umur ke,pertengahan umur ke atau umur dah di pinggir kubur sekalipun sebab dosanya sama saja, kan?? Kat dunia terlepas.. Akhirat dah sah - sah takde sapa boleh lari dari menerima pembalasan.

28 comments:

  1. takpelah.. sekurang kurangnya memberi pengajaran.... sedap sedap kan buat benda sedap tu.. sekarang kena tahan sedap lagi tak

    ReplyDelete
  2. Simple je ni lekit.. jom kita seru semua balik kepada ajaran al-Quran dan hadith.. xmau ikut apa Islam kata.. tu wujud kes2 mcm ni.. kononnya hukum yg ditetapkan oleh pencipta itu tidak adil bagi mereka.. siapa mereka? nk dibandingkan dnegan pencipta mereka dan kita?

    ReplyDelete
  3. wooo...entri ditelan mati emak diluah mati bapak lagi....isu sapa salah dalam kes rogol bawah umur memang polemik yang takan berakhir...

    ReplyDelete
  4. rela kot.. sekali rasa mcm nak lagi. lepas tu tak nak dipersalahkan maka dia repot polis. ntah apa2 kan..

    ReplyDelete
  5. tu lah jd bile internet berleluasa,ntah2 kenal kt tenet.then jumpa.jd lah cm tu.

    ReplyDelete
  6. realiti kehidupan sekarang~AMAT MENGGERUNKAN!

    ReplyDelete
  7. orang kata tepuk sebelah tangan takkan jadi..tapi kalau betul lah DIROGOL memang sangat kesian

    ReplyDelete
  8. baca ayat kursi selalu kalau taknak kene rogol

    ReplyDelete
  9. aduh berkerut dahi saya baca ni..biar betul atas kerelaan..ish3x....

    ReplyDelete
  10. Susah nak kata dik lekit. pada akak..tepuk dada tanya iman. sekarang dunia tanpa sempadan. usia remaja ada usia penuh pergolakan dan kuatnya sifat ingin tahu. maka jika salah aturkan nafsu itu..begitulah jadinya, dapat pula menonton benda2 yang apa-apa ntah...mana tau datang keinginan dari situ. jika nafsu sedap itu dah menguasai...salah pun nampak xpe, padahal dah terang2 benda tu berdosa kan.

    ReplyDelete
  11. jangan la sesekali buat perkara terkutuk nie..kalau nak sangat buat, kahwin jer

    ReplyDelete
  12. it takes two to tango.. kalau tepuk sebelah tangan tak bunyik kan.. hurmm mungkin dtg dari dua2 belah pihak.. tu lah kadang2 undang2 dunia pon tak dapat carik kebenarannya.. haih manusia sekarang kan.. huhu :)

    ReplyDelete
  13. Tuhan dah bagi akal nak bezakan mana ang bagus dan mana yang BURUK.. sendri mau ingat.

    ReplyDelete
  14. satu hal ja saya nak kongsikan.. yang penting kita sama2 menjauhi zina kerana ianya adalah dosa besar.. Banyak bala yang turun pada kita jika tidak bertaubat.. terlepas di dunia, di akhirat lagi azab.. jauhi zina besar dan zina kecil

    ReplyDelete
  15. pengajaran

    allah bagi nikmat kepada mereka yang sabar

    ReplyDelete
  16. aduiiii tolong r sayang diri sendiri..

    ReplyDelete
  17. aaaahhhhhhh

    mak tak rela dirogol nok....


    aaahhhhh....

    ehh tapi mak dah umur 27...

    org lelaki boleh kene rogol dak?

    ReplyDelete
  18. kesimpulan nya elak kan melakukan hubungan seks sebelum nikah..
    padah akibatnya,..

    ReplyDelete
  19. dia rela kot kak. pastu, lelaki tak nak brtgjwb ke ape ke, tu yg budak tu buat laporan polis.

    ReplyDelete
  20. Ubat untuk kes rogol dan zina ni...sepatutnya buat hukuman HUDUD je...siapa berani merogol lepas ni...benefit pada perempuan hukuman HUDUD ni...

    http://mat-jungle.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. apa nk jdila ngan budak sekolah zaman skarang..ade tuh yg dgn banga mengaku x de dara..

    ReplyDelete
  22. macam2 cerita dunia skang nie kan.. huhuhu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com