BEREBUT KUCING SAMPAI NAK SIMBAH ASID

6.8.11 Suria Lekatlekit 11 Comments

Aduhai.. Pasal kucing pun jadi hal. Kalau dah pencinta kucing sangat.. pergi kutip kucing2 terbiar kat jalanan sana tu buat anak angkat, kenapa perlu berebut kucing nan sekor itu. Mungkin juga kucing mahal kot. Ada harga di pasaran.. Jadi mana nak sama dengan kucing terbiar di jalanan.

Tudia kucing & anjing berebut spender. Sekadar hiasan.

Ni kes sepasang kekasih yang telah berpisah berebutkan seekor kucing tak tahu apa jenis sampai ugut mengugut. Alkisahnya di mamat ni datang kat rumah bekas awek dia minta balik kucing yang pernah dia bagi setahun lepas tapi bekas awek ni taknak bagi dengan alasan selama ni si pakwe tak pernah ambil kisah pun pasal kucing tu. Bila di pujuk pun tak jalan, si pakwe naik hantu maki hamun si bekas awek ni sampai ugut nak simbah asid kalau terserempak kat luar.

Bagi pendapat sang lekit la.. Kalau sang lekit kat tempat minah tu sang lekit bagi balik jer. Bukan sebab tak sayang kucing tu tapi buat apa ambil risiko atau mengeruhkan keadaan. Sang lekit pun antara manusia yang suka & sayang kucing tapi kalau dalam situasi minah tu, kucing tu asalnya milik si mamat poyo tu, jadi dah orang jenis siku buruk minta balik maka kita kena la bagi balik. Biasa la jenis lelaki macam tu memang wujud kat muka bumi ni. Masa sayang, seluar dalam pun kalau boleh nak bagi.. Tapi bila dah putus benda sebesar zarah pun kalau pernah datang dari dia nak minta balik.

Rujukan : Harian Metro

11 comments:

  1. tlg lah ambik kucing yg suka masuk kat rumah sy nei kalau nk sgt kucing.hehe.

    waduh enggakk gentleman betul pakwe dia.bg barang mintak balik.hee

    ReplyDelete
  2. sah xde keje....

    *sy bukan lelaki buruk siku.. heheh

    ReplyDelete
  3. pasal kucing jer... beli jer lain...

    ReplyDelete
  4. manusia kalau hati sudah hitam gelap semua pun boleh jadi marabahaya...keh3

    ReplyDelete
  5. bahaya sampai main2 asid niyh pasal kucing

    kucing umah saya banyak
    meh amek niyh

    ReplyDelete
  6. apa yg best sgt kucing tu sampai nak direbutnya... main la neopets ke... petshop ke...

    ReplyDelete
  7. aduhhhh, sakit perut nak terberak... :(

    ReplyDelete
  8. Lelaki tu beli mahal hasil duit gaji 2 bulan kot..sape tak sayang?dah tu putus pulak..semua dah bagi,kucing je lah harta berharga lol :P

    ReplyDelete
  9. pompuan tu lau nak sgt kucing dtg la mai ambk kat kolej nie., berlambak kott kucing ~ :D xguna ambik risiko dgn kucing, sewel kott~

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com