ISU PUTUS TAK BUAT DORANG SERIK

8/05/2011 12:05:00 PM suria lekatlekit 30 Comments

Baru jer hari ke empat umat Islam berpuasa dah keluar berita orang putus sana sini. Putus apa?? Bukan putus cinta, bukan putus tunang, bukan putus urat perut.. Ni kes putus anggota badan. Bukan kes kena bunuh, kerat bagai.. Ni kes penyakit cari sendiri.

Angkara mercun la apa lagi. Tiap2 tahun mesti ada kes putus anggota badan sebab mercun. Kalau sendiri main sendiri terima padah ucapannya padan muka, kalau tak insaf lagi tak tau la nak cakap apa. Kalau yang terima padah sebab orang lain punya angkara.. Ini yang mendatangkan marah ni. Jangan nak tunding kat takdir untuk menutup salah sendiri yang menyebabkan kecederaan orang lain pula.

Carian Google

Sang lekit memang benci sangat orang yang main mercun ni sejak dulu lagi. Semua ni angkara jiran2 sang lekit yang tak tahu hormati orang lain. Ni cerita masa kat kampung. Jiran sang lekit depan belakang suka sangat main mercun. Dari anak sampai mak bapak. Kalau mak bapak tak main pun dia akan bagi sokongan moral pada anak - anak dia membuat onar dengan mercun. Bising satu hal.. satu hal lagi jenis suka tuju mercun kat rumah orang. Bayangkan mercun tu jatuh atas bumbung rumah korang. Hangin tak korang? Bila di tegur menjadi - jadi pula. Bila lapor kat polis.. Datang la buat rondaan tapi gitu - gitu je la.. Setiap tahun pun macam tu la. Alasan dorang bagi, bila dorang datang semua cabut lari. Habis tu takkan nak tunggu polis & ajak main sekali.

Hilang 3 jari akibat mercun. Ada lagi 7 jari harap jaga elok2 yer

Yang paling tak tahan bila ada anggota sendiri dari cawangan negeri lain balik kampung bawak stok mercun yang banyak. Bukan mercun yang bunyi ala2 kentut manja.. Ni dah mengalahkan macam kat negara yang berperang. Pun sama bila di tegur makin menjadi. Yang jadi mangsa orang yang tak main mercun la. Ni kisah benar terjadi kat family sang lekit. Bila dorang berperang mercun rumah sang lekit kat tengah2 jadi mangsa tempat mercun meletop & serpihan mercun akan jatuh atas bumbung. Jadi kitorang pun marah la. Cakap baik - baik pun tak jalan, kena la bertegas sikit. Bila marah dorang dajalkan pula rumah kitorang. Baling mercun atas bumbung, depan halaman rumah & sampai atas kereta akak sang lekit pun jadi mangsa. Nasib baik tak meletup or terbakar rumah.

Bayangkan la situasi tu berlaku di tengah malam time orang nyenyak tidur. Tiba macam bom meletup depan beranda rumah. Bila report polis, memang dorang datang tengok semua bahan2 bukti serppihan mercun. Bila kitorang bagitau suspek2 yang terlibat.. jadi riuh. Masing2 tak ngaku. Lepas tu.. diam camtu & setiap tahun akan berulang benda yang sama tanpa ada penyelesaian. Pernah dulu sorang kawan sang lekit (sekampung) terkena mercun sampai buta sebelah mata dia. Yang sedihnya dia tak main cuma kebetulan lalu & terkena mercun sesat.

Tak tahu la sampai bila sipolan2 itu akan terus menyusahkan hidup orang lain tiap kali tiba bulan puasa or dekat2 nak raya. Rungutan ni bukan hanya family sang lekit jer malah ramai lagi tapi entah kenapa sampai sekarang takde jalan penyelesaian. Bayangkan orang yang ada baby.. Mesti meraung sebab terkejut dengan bunyi mercun yang dah macam bom tu tengah2 malam.

Jadi pada korang yang suka main mercun tu bawak2 la insaf & berubah. Hormati orang lain & yang paling penting adalah keselamatan. Kalau tak sayang nyawa sendiri pun fikir la nyawa orang lain melainkan kau ada nyawa spare nak kasi kat orang.

30 comments:

  1. DOrang nie x serik2 ingat jari tue boleh di ganti2 kot macam kita ganti baju..serius amy memang x suka orang main mercun tambah amy ni latah orangnya sekali terkejut meleret latahnya huhuhu...


    *jom singgah di belog saya*
    http://www.sinarraudah.com/2011/08/contest-juadah-ramadhan-dan-ucapan.html

    ReplyDelete
  2. itulah kan...tapi orang macam ni tak juga PUTUS asa utk meneruskannya...hehehe

    ReplyDelete
  3. ingtkn dh ada yg mati akan ada orang serik, tp x pun.. tetiap thn sama je.. yg peliknye bngsa lain yg main mercun ni xde la smpi pts jari bagai.. erkkk..

    ReplyDelete
  4. Pergh!mana nak serik dak2 jaman skang kal

    ReplyDelete
  5. kite main mercun pop je..hihi.. betul2..sume tak serik2 lagi..putus sana sini..

    sje je nak glemer masuk tv.hihi

    eh, skang musim putus tunang juge..huuuu

    ReplyDelete
  6. sy x kisah sgt org main mercun..rs meriah sikit hari rayakan..cam seronok tgk bebudak main mercun..terutamanya mercun/bunga api yg jadik bunga kat langit tu..suka sgt tgk.. walaupon sy sendiri x penah main mercun..takuttt..hehe

    ReplyDelete
  7. Cik Betty memang seronok kalau benda tu tak nyusahkan & menganggu org lain. Mungkin Cik Betty tak dpt bayangkan situasi kt tempat saya.. Kalau dah sampai baling kena tingkap, kereta, kat beranda.. depan belakang rumah kita, seronok ke cik betty. Tgh2 malam nyenyak tido tiba2 terkejut bunyi mercun mcm bom. Kalau rasa seronok dgn suasana tu jemput la 1 hari beraya kt kampung saya.

    ReplyDelete
  8. nak main nak susah sumer kne tanggung sendiri...

    *agak2 kalau hospital/klinik xnk rawat dorg yg main mercun ni boleh x?? biar dorg tahu tggi rendah langit n bumi nih

    ReplyDelete
  9. mujur tak hilang semua..kalau hilang semua, abis la..padahal tiap2 tahun perkara sama gak berulang..ntah bila la bebudak nie nak insaf

    ReplyDelete
  10. xkan serik dorang nei,tiap2 tahun ade yg pts pun xpernah sedar.huhu.

    ReplyDelete
  11. samela kak ngn kmpung leya..dpn blkang kiri kanan sume sebok main mercun..ni plak smpai putus jari, dorg xpkir ke mse dpan..kn dh cacat xpsal2 sbb main mercun..agak bhaye la gk kn utk yg ade baby or yg tgh prgnant cm akak ni..rse nk marah jek bile bce berita psl putus jari ni..dh kau yg cri pasal main mercun sape suruh,tanggung la sndiri..

    ReplyDelete
  12. yang paling takut kalau kena kat mata,padahal bukan kita yang main.Sebab nak mengelakkan diri pun macam susah..

    kalau dah bapak polisi pun buat tak endah je..nak buat cane.

    Ada jugak membe saya (polis) update status dia psl mercun ni,nak je tanya kat dia 'apa je yang polis buat kalau orang main mercun'.
    mesti takde jawapan kukuh.

    ReplyDelete
  13. cik lekit..pasal harga set bersalin tue..ikut jenama la..tak tentu..kena rajin search kat internet

    ReplyDelete
  14. dyorang nie mmg xknl serik la kott... dye nk smpai xde ape dh yg blh diputuskan dripada badan dye tu baru dye nak surrender kott ~ sabar je lah ! nk tggu dyorang berubah ? berubah ke ?

    ReplyDelete
  15. bahaya nih, tiap-tiap tahun ade je yang putus jari.

    ReplyDelete
  16. mmg takkan serik pun. setiap thn ada kes2 camni... tak tau la kenapa tak de kesedaran kat dorang ni.. huhu

    ReplyDelete
  17. agaknye budak tu nk seronok2. tp malang tak berbau. semoge die cepat sembuh n dapat beraye. sekurang2nye jd pengajaran. tp nk jd pengajaran kat org lain tu belum tentu la.

    mercun ni mmg bende ssh nak kawal la kak. zaman kecik2 dulu mcm2 jenis mercun ade. happening la bile beraye ade bunge api/mercun. berleluase lagi. tp xde pulak sampai ramai yg cedera parah bagai. mercun skarang ni dorang dah upgrade jd hebat2 belaka sampai memudaratkan.

    ReplyDelete
  18. degil sgt ni lah dia,. nak berseronok akhirnya jadi mcm ni,.kesian jgak tgk,.

    ReplyDelete
  19. salam...

    memang tak pernah serik..belum apa2 lagi dh putus tangan kerana main mercun..


    masalahnya hanya perayaan hari raya aidilfitri dan kaum melayu je yang dok putus jari2 ni... kaum lain x de pun yg dengar putus tangan dan jari..

    ReplyDelete
  20. dah tua..akal masih pendek..

    aduhh..tak sayang nyawa ke?.tak sayang tubuh bdan ke?.

    selamat berpuasa.
    have a good day.

    ReplyDelete
  21. hahahahaha tu ar Nf dengar
    dlam radio hotfm pagi tadi..
    time nak hantar adik pi sekolahh..
    seyess kelaka..naik moto nk baling mercun..mmg ngan dy dy lah meletup..
    grrrr

    ReplyDelete
  22. kte pun tak suke la mercun2 ni..semak tahu..dengan bunyi dia la pe la..hadehhh..da banyak kes putus jari bagai tapi tak takut lagik

    ReplyDelete
  23. biasanya kalau mercun ni memang mak ayah yang galak kan...
    nak kata depa beli sndiri mana dapat duit..??
    tau anak tu main mercun tapi dibiarkan aje..

    ReplyDelete
  24. biasa la kak.,, selagi xkena kat batang idung sendiri selagi tu la xserik2 kn :(

    ReplyDelete
  25. belom pun raya lagi..

    dah putus tangan..

    ReplyDelete
  26. elok ko bakor je rumah org mcm ni, aku dapat bygkan muka mak bapak dia yang bangga dan seronok tgk anak2 main mercun kan..

    tak bertemadun!

    ReplyDelete
  27. bila sudah putus baru boleh terima nasihat dan teguran...minda orang masih muda ...semua yang pernah muda pasti punya sikap ini...

    ReplyDelete
  28. kesian budak2 ni..tak pasal2 x boleh raya..

    ReplyDelete
  29. berani main mercun pop2 jek.. ahhahaha.. :P

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com