KISAH ANON & KISAH KELUAR MASUK WAD

27.8.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Kesian pula tengok blog ni tak terbelai sejak lahirnya Lekatlekit junior 7 hari lalu. Cuma sempat sang lekit baca komen2 yang di tinggalkan jer. Di celah - celah komen yang banyak masuk, tak terkecuali komen anon yang tak berapa anon nak menyampuk. Yelah dia pun nak jugak memeriahkaripapkan diri kat blg melekit ni kan??

Kelakarnya si Anon tu.. di blog si nun yang ada menulis pasal sang lekit yang selamat melahirkan baby sulung, di komen konon dengan teguran berhemah pasal entri apek vs elia (canang kisah peribadi tu) ada pula identiti & pautan ke blog dia, tapi kat entri di blog sang lekit jadi anon lak dia. Takpe la kak.. Mungkin akak tak berapa lulus lagi nak jadi anon. Belajar pelan2 yer agar berjaya dengan gilang gemilang sebagai anon di dalam arena blog ni. Insyaallah apa yang akak hajati nak tumpang traffic dari blog orang tu untuk buat blog akak popular akan tercapai. Mungkin sang lekit tak berapa baik hati nak share link ke blog akak tapi tak mustahil masih ada blogger yang pemurah akan berkongsi link blog akak bila akak meng Anonkan diri kat blog dorang dengan gaya yang boleh di kesan dengan mudah.

Itu pasal Anon yang tak berapa Anon.. Ni kisah sang lekit pula. Sebenarnya sang lekit baru je keluar wad setelah keluar wad 21hb haritu. Masuk balik wad 25hb sebab baby terjebak dengan bersih 2.0 (kuning). kekekeke... Alhamdulillah semuanya dah pulih cuma sepanjang di wad benda yang paling sang lekit tak suka bila time darah baby nak kena ambil. Sang lekit sendiri pun takut jarum inikan baby sekecik tu. Bukan sekali sehari.. 3 kali 1 hari tu.Kadang2 rasa macam nak nangis tiap kali Doktor datang bawak baby ambil darah. Kadang2 rasa nak maki doktor pun ada.. Tapi sang lekit masih waras. Bukan doktor tu suka2 je nak sedut darah baby buat air sirap untuk minum masa berbuka tapi untuk pemeriksaan. Tapi hati ibu ni.. mana tahan tiap kali dengar baby meraung masa ambil darah. Rasa macam nak meraung jugak dengan baby.

Ramai yang dah tanya nama baby.. Tunggu yer. Semuanya akan terjawab dalam entri kisah di sebalik kelahiran Lekatlekit junior nanti. Sang lekit tak sempat nak karang lagi. Nanti sang lekit kongsi kisahnya yer..

9 comments:

  1. akak,sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh jugak ke tanah,hahahaha

    ReplyDelete
  2. Wah! entry anda sngt cool, suka dan minat nk baca. penulisan yang menarik. Suka dan follow anda ya..

    Entry terbaru saya
    Emma Watson got pretty legs
    (18sx) Ramai suka anime sebab ini lah!
    The most happiest women in the world

    ReplyDelete
  3. anon tu baru belajar buat blog kot.. hehe

    sian tengok baby kena cucuk amik darah kan... tapi nak buat mcm mana tu dah kerja doktor...

    ehhh.. ko ni beraya mesti tepek jamu atas dahi kan... wakakakakaka

    ReplyDelete
  4. Yerlah lekit, akak dlu masa Aqil kena amik darah sebab kuning, air mata akak yg leleh.. Sebab dah selalu akak rasa camna sakitnya kena cucuk kan.. Ni anak plak rasa.. Rasa sakit hati pun ada.. Tp dah tnggungjwb dokto tu jgk cuma kan.. Mana ada orang suka2 nak amik darah orang.. Kalau ada pun DUCK'KULA iyer kot.. hehehehhe take care ye lekit.. bnyk2 berehat.. ;)

    ReplyDelete
  5. biasa orang bagi susu kambing kalau susu ibu kurang...ada kes teruk, kena transfer darah pun ada...

    ReplyDelete
  6. baby kena kuning?semoga baby cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. ekekeke!

    akk men rahsia nama baby lak!

    ReplyDelete
  8. sebenarnya kita boleh tumbuk doc tu dgn alasan nak jg keselamatan baby..keh3

    ReplyDelete
  9. dah taw da.. shahila.. kiut je name! ehe^^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!