SUNTIKAN,AMBIL DARAH & MIMPI BASAH TIDAK MEMBATALKAN PUASA

8/02/2011 04:31:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Aduhai streamyx berpuasa sejak tengahari semalam sampai la petang ni. Ni pun baru kejab tadi je dah ok. Entah apa masalah sang lekit tak pasti sebab sepanjang streamyx down en hubby jer dok follow up dengan TM. Sang lekit sejak semalam tak berapa sihat bukan demam tapi perut, kaki, tangan & badan rasa sakit & sengal - sengal. Almaklum la dah semakin sarat sana sini sakit & tenaga pun makin kurang.

Hari ni hari yang ke seterusnya check up. Hari ni takde sebarang suntikan di ambil sebabnya 2 minggu lepas baru buat ujian darah & ambil suntikan kancing gigi yang terakhir. Dua minggu lagi baru kena ambil darah. Sang lekit ada jugak tanya Cik Misi pasal suntik & ambil darah ni memandang kan bulan puasa. Dia kata puasa tak batal, jadi sang lekit yang kurang infomasi pasal ni rajin la nak search. Hasil carian sang lekit nak share la dengan semua.

Carian google

Untuk mereka2 yang masih tak tahu macam sang lekit ni sebenarnya suntikan @ derma darah, ambil darah untuk tujuan pemeriksaan kesihatan memang tidak membatalkan puasa. Mungkin ada juga yang masih keliru terutama golongan lelaki jika bermimpi sesuatu sehingga mengeluarkan air mani semasa berpuasa secara tidak sengaja (ada ke mimpi di sengajakan??) juga tidak membatalkan puasa. Jadi jangan ragu - ragu untuk meneruskan puasa korang jika terjadinya perkara - perkara yang sang lekit sebutkan tu. Untuk lebih rujukkan tentang perkara2 yang membatalkan & tidak membatalkan puasa korang boleh buat rujukan DISINI & DISINI.

Jadi terurai la persoalan sang lekit pasal suntikan & ambil darah. Moga perkongsian ilmu yang sedikit ni dapat memberi manafaat kepada kita semua & moga ramadhan kali ni membawa seribu keberkatan kepada kita semua.

14 comments:

  1. owh leh lah amik darah eh kak.hmm akk puasa x kak?

    ReplyDelete
  2. kalau cik lekit terbersalin bulan posa ni,banyaklah kena bayo tuu..
    apepun kalau tak larat,bukaklah puasa,sian pulak kat baby

    ReplyDelete
  3. lemah2 badan ek?? akak nk cuba x minyak yg saya guna?? bagus tok kesihatan..

    *sy dah cuba.. mmg bagus kalai akak nk try boleh emel kat crcrew.002@gmail.com

    ReplyDelete
  4. nanti beraya dengan baby la ye??
    bestnye..
    baby boleh kumpul duit raya banyak2 nih..
    ahahahah

    ReplyDelete
  5. TC akak.Yang penting,baby tuh.:)

    ReplyDelete
  6. selama ni igt nie semua membatalkan puasa =.="

    ReplyDelete
  7. eh really? ok baru tau nie..thanks for the info ya :)

    ReplyDelete
  8. ruapanya sang Lekit tengah sarat. Patut pun jarang update entri2 hebat sejak semalam.. anyway thanx bagi kongsi ilmu dalam entri ini..

    salam Ramadhan
    ~Gen2Merah~

    ReplyDelete
  9. baru tau,x btal masa ambik darah

    ReplyDelete
  10. oh oh..ingt tak bolehhh..
    bolehhh pulakkk..
    x penah lagi mimpi basah
    time poser..
    hahahaha..

    ReplyDelete
  11. eh, macam ade org penah cakap, time puase x boleh amik darah.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com