UV TERTINGGI DALAM SEJARAH BERBLOG SETAKAT INI

8/04/2011 12:29:00 AM suria lekatlekit 23 Comments

Bukan nak riak, tak juga tujuan menunjuk - nunjuk. Bukan la hebat sangat tapi antara rekod terbaik sang lekit dalam arena berblog setakat ni. Memang tak pernah menjangka akan dapat UV (Unique Visitor) sebanyak ni untuk 1 hari.

 1252 UV untuk tarikh 1 Aug 2011. Memang pecah rekod untuk blog melekat lekit setakat ni

Terkejut juga sang lekit bila check Analitik Nuffnang tadi. Rasa macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Ternyata cerita pasal Elia & Apek memang menjadi carian tertinggi sekarang. Pada mulanya takde la niat nak ambil kesempatan dari isu panas tu sekadar nak mengupas isu tu dari sudut pandangan peribadi & memberi teguran atas tindakkan si Elia yang menghebahkan cerita peribadi secara umum di laman sosial akan di jadikan iktibar pada kita semua tapi ternyata isu itu memang panas sangat. Entri yang menjadi view tertinggi bukanlah entri yang menyentuh pasal Kes Elia & apek yang berantakkan tapi entri lama yang pernah sang lekit tulis pasal GA anjuran Elia & adik beradiknya.

Memang kebanyakkan orang mencari cerita pasal Elia & apek ni. Jadi Pada Elia, Apek mahupun dari pihak keluarga mereka moga bijak mengasingkan mana isu yang boleh di canang & tidak. Sebab mereka sekarang sedang menjadi perhatian ramai. Silap kata,mungkin memberi kesan negatif pada korang. Jadi berpada2 dalam mengeluarkan statement di laman sosial. Lepas isu Elia dedahkan sikap kurang ajar apek dengan ibunya, Apek pula keluar dengan kenyataan membela diri & mengumumkan putus tunang di akhbar & yang terbaru kakak Elia pula di katakan memaki hamun apek di laman sosial juga kalau tak silap.

Ini cuma nasihat sang lekit pada semua pihak yang terlibat dalam kes Elia & Apek.. Selesaikan secara tertutup. Jangan keluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyebabkan isu ni semakin semakin panas. Takut korang jugak yang terbakar.Nanti yang tertekan korang juga sebab di samping ada yang menyokong.korang tak dapat lari dari pengkritik awam seperti blogger. Untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh, diam adalah lebih baik buat sementara waktu jika kenyataan itu tidak perlu di keluarkan.

P/S : Tajuk pasal UV.. sekali keluar komen & teguran pada kes Elia & apek pula, kan?? kekekeke

23 comments:

  1. Tahniah kepada Sang Lekit :D. Saya punya UV paling tinggi setakat ni pun 500 je, tu pun dua kali je pernah terjadi. Lepas tu dah tak de dah. Huhu. Betullah orang cakap usaha tu tangga kejayaan. Semoga Sang Lekit terus maju-jaya :D

    ReplyDelete
  2. kesian ngan diorang
    hidup dah takde privasi lagi

    ReplyDelete
  3. wow terbaik......
    salam singgah kenalan....follow-follow

    ReplyDelete
  4. xamik port sangat pasal apex tu.
    tapi UV tu mantap habis...
    :D

    ReplyDelete
  5. pergh!tinggi tu kak!kite punya nak dpat 100 pon peluh bontot ni

    ReplyDelete
  6. tahniah..tinggi tu. tak tercapai saya.. :)

    Jom baca ni :Golden Churn Creamy Butter.. ISU TIDAK HALAL?

    ReplyDelete
  7. nice2. nanti ping lagi di busuk.org. :D

    ReplyDelete
  8. kagumnya...miss paling tinggi pun 100 ++ je. hehe

    ReplyDelete
  9. tahniah..,=)

    cuba kurangkan entri mengenai pendapat pasal isu org., tak elok utk baby nanti..=)

    ReplyDelete
  10. isu apapun Ujang yg penting moral of the story.. dari merapu merepek. mungkin kekuatan blog ni pada isu2 semasa.. buat la isu apapun kt blog.. perkara biasa ada yg suka @ tak yg ptg apa yg kita nak sampaikan.

    ReplyDelete
  11. wah.. akak ni memang blogger hbat lah.. sudikah akak jadi kan saya ni anak murid akak... hhehe :)

    ReplyDelete
  12. erm, hebat gak UV tu.. aku dapat lebih kurang mcm tu masa isu bersih 2.0 tu nyah..

    ReplyDelete
  13. tahniah dapat UV tggi ~ ha'ah pasal elia ngan apek uh dyorang sptutnya slsai isu nie scara ttup ~

    ReplyDelete
  14. tahniah ye pn lekit.. :)

    p/s ntah bile la br buleh jd mcm pn lekit ni..

    ReplyDelete
  15. tahniah kak.. tajuk n entry kdg2 tu mainkan peranan kan..

    ReplyDelete
  16. hebat hebat cik lekit.tahniah.hee.

    betul kan kalau hal peribadi xpayahlah nak gunakan media sgt.bg sy semua tue mcm nak publisti murahan je.hehe

    ReplyDelete
  17. wahhhh!! kelas u olls~!! ahhaahha

    ReplyDelete
  18. heheheh blog saye pon sampai rini ada org view pasal tu ag.skrg ni dh mcm2 spekulasi kua kak,smpai ex bf elia ni pon dh muncul.

    ReplyDelete
  19. SEO pun penting.. nak lagi berkaitan isu semasa.. Lekat lekit nie dah kira blogger power lanie..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com