MEE SANGGUL

22.9.11 Suria Lekatlekit 23 Comments

Tetiba petang ni teringat pula mee sanggul. Korang tau ke mee sanggul tu macam mana?? Kalau belah utara memang panggil mee sanggul tapi ada sesetengah tempat panggil mee siput kalau tak silap. Lama rasanya tak makan mee sanggul ni. Mee sanggul ni dah lama wujud.. dari sang lekit kecik2 dulu dah ada mee sanggul ni.

Kenapa ia di panggil mee sanggul?? Mungkin jugak sebab dia di gulung macam sanggul. Tapi kenapa sesetengah tempat panggil mee siput. Takde rupa macam siput pun. Kalau macam sanggul tu memang la ada. Tu sang lekit tak dapat nak jawab. Apa yang sang lekit nak kopek pasal mee sanggul petang2 hari ni yer??

Takde apa sangat nak cerita pasal mee sanggul cuma tiba2 teringat. Masa kecik2 dulu kalau hari minggu mak suka jugak goreng pagi2 untuk sarapan. Memang sedap mee sanggul tapi bergantung pada tukang masak jugak. Kalau tukang masak yang memang tak tau masak, tu tak di jamin la akan jadi sedap. Mee sanggul ni masak lebih kurang macam bihun goreng @ mee goreng jugak. Nak campak apa pun campak la.. sayur ke, udang ke, ayam ker, daging ke.. sama je macam bihun & mee goreng.

Bagi yang tak tau macam mana mee sanggul @ mee siput ni meh nak tunjuk sikit rupa mee ni.. Ala2 entri Wordless Wednesday lak kan.. Erkk.. tapi entri ni tak wordless. Jom2 kita tengok wajah anggun mee sanggul @ siput ni.

Ni la rupa mee sanggul @ mee siput
Ni rupa setelah di keluarkan dari bungkusan

P/S : Lama giler tak makan mee sanggul ni.. rasanya dah dekat 10 tahun. huhuhuhu

23 comments:

  1. ingat mi sanggul ni cina je ada. melayu punya pun ada ya. nice entri.

    ReplyDelete
  2. mee sanggul ni sesuai buat masakan pe ek? hailam? ladna? goreng?

    ReplyDelete
  3. senang nk measure klu wat mee kari kew..mee jawa..

    ReplyDelete
  4. oh mee siput kena goreng sedap dicicah dengan sambal tumis kan? ke mee lain ni? selalu ada di muar johor. :)

    ReplyDelete
  5. mee sanggul ni rasanya lebih terkenal sebelah selatan terutama johor...

    ReplyDelete
  6. mee sanggul neh kalo wat kuah kicap kicap pekat2 buh plak cendawan shitake kennnn
    makan ngn cili jeruk~~~
    perghhhhh terlentang tau! hehehehe

    ReplyDelete
  7. xpernah mkn..tp pernah dengo..
    mkn mcm ner eh?? ader kuah dier ker

    ReplyDelete
  8. muehehe...
    cma panggil me sanggul..
    peberet mak cma ni...

    ReplyDelete
  9. sumpah saya tak pernah pun tengok atau merasai mee sagul ni.. 1st time tegok mee ni tau.. ehehe..

    ReplyDelete
  10. FEVERET I NI CIK LEKIT!!
    Saya panggil mi siput.Goreng dengan minyak panas,makan dengan sambal tumis..makanan yang saya carik tiap kali waktu rehat zaman sekolah dulu.

    Kalau nak goreng kena rebus dulu,biasa goreng dengan kicap + bawang + bilis tu je,makan dengan nasik.pehhhhh...

    ReplyDelete
  11. amy pernah makan sekali je mee sanggul nie..

    ReplyDelete
  12. Lekit!! Nak mintak mee sanggul satu.. Eceih!! Bukan2.. Akak nak mintak alamat umah lekit bleh dik? Ada benda nak bagi kat Cik Lala.. ;) Email kat akak ye (emienaqil@gmail.com)

    ReplyDelete
  13. First time tau kewujudan mee sanggul ni. malunya.. :-p

    ReplyDelete
  14. dulu mak selalu masak mee sanggul ni~ sekarang dah jarang2. he. sedap.. tapi kami tak goreng. masak macam nak masak bubur~

    btw, tahniah dapat baby. ringan ye baby kamu masa lahir~

    ReplyDelete
  15. rindunya nak makan mee sanggul. kalau kat rumah mak dulu selalu goreng mee sanggul. tapi kalau mak yg gorengkan lg sedap.

    ReplyDelete
  16. arisha pun dah lama tak makan mee sanggul..but now teringin sgt nak makan :'( will find it very soon la..
    tapi susah nak cari makanan malay kat sini..

    ReplyDelete
  17. kitorang panggil mee sanggul nih mee lokar. sedap campur dalam pengat pisang.

    ReplyDelete
  18. macam sanggul kan... akak x biasa makn tapi pernah tengok la orang cerita.. sdap agaknya yerk

    ReplyDelete
  19. hui, mee sanggul ni memang terbaik.. sedap gak kalau wat goreng2..

    ReplyDelete
  20. mee sanggul mmg rmai suka, terliur plak tngok, x bleh jadi ni, nak order kat kdai sya cepat...hoh0ho

    ReplyDelete
  21. cek suriaaaaa !!

    tang mana nk cari mee sanggul kat sini? rasa ngidam la pkan nk mkn bln2 posa ni nk balik kedah lmbt lg huhuuu ....

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!