SAYA TAKNAK BARANG FREE!

30.10.11 Suria Lekatlekit 20 Comments

Sapa yang tak suka benda free tapi tak semua benda free kita suka, betul tak?? Ada benda free yang kita suka, orang lain tak suka. Pendek kata bukan semua benda free itu di sukai ramai. Bergantung pada perkara, benda & prinsip diri seseorang juga nak suka atau tak sesuatu perkara & benda yang percuma tu.

Teringat sang lekit 1 peristiwa, masa tu masih bujang & tinggal menyewa sorang2. Di akui rumah bujang sang lekit waktu tu memang ruang tamu kosong jer.. Yang ada kat dapur, kabinet dapur, dapur gas, gas, pinggan mangkuk sudu garfu cawan gelas macam tu je. Korang percaya tak.. TV pun takde, sebabnya sang lekit memang tak tengok TV. Bohong la kalau kata tak mampu beli.. TV murah2 pun ada harga dalam RM300 macam tu.. Sampai bila mak ayah sang lekit datang dorang offer nak belikan tapi sang lekit taknak sebab memang tak tengok pun TV. Kalau cuti sang lekit jarang ada kat rumah. kalau keja balik dah petang, kadang2 ada kat umah kadang takde juga. Kalau kat rumah pun sang lekit asyik online je. Bila masa aku nak tengok TV kan?? Kalau TV takde astro jauh sekali la kan? Dalam bilik cuma ada wardrobe, Tilam bujang, PC, broadband & barang2 keperluan lain la.. Malas la nak list panjang sangat nanti.

Bukan la taknak beli tapi fikir tinggal bujang, menyewa lak tu, duduk tingkat 9.. kang nak pindah randah susah. Tak terfikir pulak sampai dah kawen pun still duduk rumah yang sama cuma suasana jer dah berubah, selain penambahan ahli rumah perkakasan rumah juga dah bertambah. Takpe la dah kawen..

Nak di jadikan kisah sang jiran yang dulunya masih bertegur sapa dia datang ketuk pintu rumah sang lekit pada 1 hari tu.. Dia kata ada 1 rumah kat level sang lekit ni yang penyewa dia lari sebab tak bayar sewa. Dorang mungkin lari bersama kain baju jer.. Barang rumah tak ambil. Si Tuan rumah nak kosongkan rumah tu untuk orang lain sewa jadi dia offer jer sapa2 nak ambil apa2 barang dalam rumah tu. Jadi jiran sang lekit ni suruh la sang lekit pergi terjah, ambil la apa2 yang ada. Itu mustahil.. Sang lekit bukan la miskin sangat sampai nak kena kutip barang orang. Memang sang lekit tak suka nak kutip2 macam tu kecuali kalau orang bagi dengan cara berhemah. Sang lekit tolak la.. sang lekit cakap taknak la. Biar la kalau orang lain nak ambil. Jawapan dia masa tu memang cukup sakitkan hati.. Sang lekit ingat lagi. dia kata "You kaya yer..  orang bagi barang free taknak." Memang berdesing la telinga sebab ia berbaur sindiran yang sangat tajam tapi memandangkan sang lekit tak suka nak bising2 sang lekit diamkan je.

Ini soal prinsip bukan soal kaya atau miskin. Ini soal harga diri.. Lain la sang lekit memang betul2 daif sangat, mungkin prinsip tu jadi lain tapi dalam soal ni sang lekit masih mampu nak beli barang rumah sendiri masa tu cuma sang lekit je taknak meriahkan rumah sewa bujang dengan banyak barang. Lagipun sang lekit kadang2 cuma balik untuk tidur & rehat je. Bukan berlagak.. Tapi setiap orang ada cara & prinsip dia sendiri. Jadi pada anda yang berhadapan dengan situasi macam ni nanti jangan cepat nak hakimi orang tu dengan tuduh dia berlagak bagai. Bak kata pepatah melekit.. " Tak semua orang suka mengemis & tak semua pengemis itu suka mengemis juga". Jadi.. Prinsip mungkin berubah atas desakkan sesuatu tapi selagi berkemampuan kita mempertahan prinsip tu.. Insyaallah ia akan kekal begitu. Dah orang taknak jangan nak sakitkan hati orang pula. Suka hati aku la kan??

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERCIPTA UNTUKKU

28.10.11 Suria Lekatlekit 19 Comments

Hari ni nak kata takde kelapangan langsung.. ada la sikit kelapangan tapi tak banyak. Yang buat lapang sikit tu dah tentu sebab Lala tak meragam & nak tido hari ni walau tengahari tadi dia buat juga perangai taknak tido. Bukan la lala tido sepanjang siang.. Selalunya dia akan tidur kejab - kejab jer.. Tapi hari ni mungkin sebab cuaca sejuk & mood dia yang baik maka tidur dia panjang la sikit. Bangun sekejab2 berbanding hari2 lain tidur sekejab2.

Nak Update entri hari ni hari takde idea. Nak salahkan cuaca hujan & sejuk pun tak boleh sebab ilham ni nak datang & rehat bukan boleh di set. Otak dah blur, jadi sang lekit tak suka nak paksa2 demi nak penuhkan tuntutan blog yang mesti update sekurang2nya 1 entri. Blog ni kan umpama hobi & mengisi masa lapang.. Jadi ia akan di belai saat ada ilham & masa terluang.

Di sebabkan takde idea hari ni maka terciptalah untuk mu sekalian video ni (sebenar di cipta untuk shahila). Simple je video ni. masa pun tak lama nak buat. Guna pun perisian yang biasa jer.. Movie maker. Untuk kenang kenangan di hari tua & untuk tatapan lala bila dah besar nanti. Biar video ni takde la gempak tapi mungkin 1 hari nanti ia mampu menyentuh perasaan si lala.. kan?? Tu pun kalau video ni wujud sampai lala dah pandai tengok & feel. kekekekeke.. Kalau rasa2 korang nak sama2 berjiwang, jom la tengok hasil kayap sang lekit hari ni...


Buat anak mummy.. Mungkin ini bukan sesuatu yang mampu menzahirkan kasih sayang mummy pada lala, namun ini adalah luahan hati mummy untuk lala... permata hati mummy selamanya.

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YANG BAGUS TAK SEMESTINYA POPULAR, YANG POPULAR TAK SEMESTINYA BAGUS

26.10.11 Suria Lekatlekit 21 Comments

Akibat terasa kembang segala urat saraf & anggota badan kerana Si Nyah Zulfikar blogger yang mula mencipta nama dalam dunia blog Rasa Hati beliau tu membuat review blog melekit secara berkumpulan dengan blog2 pilihan dia yang lain, maka sang lekit pun turut terasa nak buat entri jugak. Memandang dia makin di kenali, harus bodek lebih gitu. Wakakakakaka

Bak kata tajuk entri ni yang bagus tak semestinya popular & yang popular tak semestinya bagus begitu la sang lekit umpamakan pada Blog Rasa Hati ni waktu mula2 terpaut hati dengan tulisan beliau. Masa tu berapa kerat sangat la yang baca blog si Nyah ni. Rasa sayang sangat penulisan yang bagus macam tu di biar sepi tanpa di kongsi dengan orang lain. Jujur la cakap sang lekit yang bergelar blogger pinggiran longkang ni berlagak macam Blogger Diva cuba la nak ketengahkan blog Rasa Hati agar hasil yang bagus & berkualiti ni mendapat tempat sepatutnya dalam dunia blog.

Tapi apa kan daya.. Seorang blogger pinggiran longkang ni hanya mampu letakkan link blog dia dalam bloglist sang lekit lepas tu UP skit.. letak link blog dia kat special bloglist bawah entri sang lekit sambil2 ada juga buat entri review blog Rasa Hati ni. Kami takde sebarang hubungan istimewa tak kira la sebagai kawan baik ke.. kawan jahat ke jauh sekali bekas makwe dia. Cuma menjadi rakan blogger yang baik sekarang. Tapi di sebabkan dia mempunyai bakat yang aneh dalam penulisan blog ni maka sang lekit anggap dia macam sifu. Sesiapa sahaja yang menyinggah kat blog dia confirm akan setuju dengan sang lekit.

Support sambil bersaing. Sapa dapat kumpul harta dari blog. kekekeke

Dalam menulis blog kalau kita mengejar popular kita boleh popular. Buat entri SEO ke, Atau copy paste isu2 akhar/dunia hiburan yang panas2, buat segmen/contest kerap2 atau update entri 10- 15 entri 1 hari insyaallah traffic blog korang akan tak terbilang dengan jari jemari yang ada tapi untuk jadi blogger yang bagus bukan mudah. Perlu ada ilmu, hujah mesti berpandukan fakta bukan auta & gaya penulisan mesti kreatif & menghiburkan. Buat la entri 40 muka surat pun.. kalau pandai bermain dengan kata2,orang akan baca sampai habis tanpa skip 1 perkataan pun. Nak2 lagi entri macam tu penuh dengan ilmu & info.

Percaya atau tak sesuatu yang berkualiti & bagus.. Walau lambat 1 hari nanti tetap dia akan mendapat tempat. Popular tu akan datang dengan sendirinya. Tak payah dok susun 2 3 puluh entri tiap hari, dengan 1 entri sehari pun dia boleh berjaya dalam blog.

Jadi pada Nyah Zulfikar yang sekarang ni tengah kumpul duit, katanya nak kawen. Dengar2 jodoh dengar blogger jugak tapi dia malu2 siput sedut lagi nak mengaku, Kekalkan gaya penulisan yang macam sekarang. Jangan nanti ko dah jadi Diva blog, update entri 10 patah perkataan je. Al - Maklum popular.. tulis 'hai' pun bersusun orang komen, kan?? kekekekeke

P/S : Untuk jadi blogger yang bagus juga tak payah nak deco blog meriah2 sangat, penuh dengan warna warni aidilfitri, pacak segala mak nenek dekat blog, meriahnya mengalahkan hari depavali. Contohi Nyah Zulfikar.. header pun aku buatkan. Dia apa tau.. kekekekeke 

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KOMPANG BERBUNYI, PENGANTIN BELUM NIKAH LAGI

25.10.11 Suria Lekatlekit 17 Comments

Siapa pengantin yang belum nikah tapi dah di kompangkan?? Nak tau apa cerita & makna di sebalik tajuk entri ni sila rajinkan diri anda untuk baca entri ni hingga ke titik noktah terakhir. Takat baca tajuk lepas tu komen, Insyaallah komen korang akan tersasar dari cerita sebenar. Jadi kalau rasa minat nak berkomen sila baca dengan teliti & faham.

carian google

Tu dia mukadimah.. Bukan apa sekarang ni trend blogwalking.. Malas nak baca entri, kalau tak kat shoutbox dia menjerit, dia tinggalkan kesan jari kat komen tapi komennya nampak sangat tak baca entri. Takpe itu terpulang pada diri masing2. Salah memang tak salah, tapi akan jadi salah pada orang lain walau bagi sang lekit terpulang pada diri masing2 la nak baca @ tak.

Apa benda yang kompang berbunyi tapi pengantin belum nikah lagi ni? Ni kes manusia excited yang apa saja baru planning dalam kepala otak & belum dapat keputusan rasmi dah canang bagai esok hari nak naik pelamin. Cerita gedebuk gedebak pasal preparation nak kawen, alih - alih bila orang tanya bila nak langsung jawapan cukup hampeh.. "Tak tahu lagi. Cik Abang belum cukup duit." Tapi hari - hari di canang macam dah tetap tarikh kawen tu. Aduhai adik - adik yang bersifat demikian.. Bukan akak kata tak boleh berkongsi bahagia dengan orang lain yer. Memang la niat yang murni tu baik tapi caranya pula nampak jelik.

Kalau dah tak tentu bila cik abangnya cukup duit & boleh langsungkan acara kawen korang dengan gilang gemilang adalah lebih baik jangan la bercerita macam dah siap sedia memakai costum & naik pelamin. Bukan apa dik Ooi.. buatnya pelamin angan mu musnah, kan malu. Nak2 lagi dalam situasi kamu yang tak tau hujung pangkal bila nak nikah tu. Orang dok dengar hari - hari macam makin dekat je dengan tarikh nikah. Yelah.. ko mengelabah macam esok nak kawen tapi hari ni bunga telur pun belum siap mana orang tak fikir ko dah nak kawen walhal baru perancangan. Kalau pun nak kongsi kegembiraan tu, kongsi la mengikut apa yang berlaku dalam situasi tu. Jangan la ko dok share benda yang baru dalam imaginasi tapi gaya cerita dah macam realiti.

Nak excited tu tak salah jangan over excited nanti benda tu nak makan diri. Kang tak jadi, orang gelakkan ker.. orang ejek2 ke kau juga nak sedih. Meratap hiba kat dinding facebook. 1 hari berjela2 status duka lara tu. Pada adik - adik yang pernah melakukan perbuatan sedemikian rupa.. akak nasihatkan sila cipta garisan privacy sikit kat facebook tu untuk korang tak anggap dinding FB tu macam buku diari yang ada mangga sebab setiap apa yang korang taip kat situ bukan lagi rahsia. Jadi berhati2 yer..

P/s : Sebab korang terlalu open minded kat dinding muka buku tu maka tercipta la entri ni. Kalau taknak orang kutuk, sila jangan berbogel sangat kat status FB tu yer.. 

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CAPTION PADA GAMBAR FB SEORANG ANAK MAK

24.10.11 Suria Lekatlekit 28 Comments

Entah kenapa sang lekit terharu je bila baca setiap caption pada gambar beliau & ibunya. Walau kadang2 kelakar tapi sangat2 la menyentuh jiwa. Begitu kuatnya kasih sayang antara mereka & memang mengambarkan begitu rapatnya anak ini dengan ibunya.

Dia ni salah sorang kawan kat FB sang lekit.. kalau berkomen dengan geng2 dorang ni memang best sebab dia & kengkawannya semuanya ada unsur2 kelakar secara semulajadi. Tapi Kelakar si Ayob ni buat sang lekit kagum.. Biarpun dia nampak ciri2 anak mak tapi tetap sang lekit respek dengan Ayob ni. Jom kita tengok gambar2 & caption yang menyentuh sanubari sang lekit yang sang lekit curi & belum minta izin pun kat Ayob tapi harap Ayob tak marah la yer.. Kita sedang puja puji kamu..


28 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIRI CIRI ORANG BUAT SALAH SECARA SEMBUNYI

22.10.11 Suria Lekatlekit 11 Comments

Orang buat salah ni kalau korang perasan dia cepat cuak. Korang setuju tak kalau sang lekit cakap macam tu? Dari pengalaman korang sendiri la samada korang berdepan dengan orang yang buat salah atau korang sendiri yang buat salah, macam mana situasi, keadaan & perasaan korang? Jom kita bincang2 bersama tapi sebelum tu biar sang lekit berhujah dengan pendapat sang lekit dulu yer..

contoh muka cuak. Model Lala
Memang orang bersalah ni dia cepat cuak. Macam mana keadaan yang membuatkan si pesalah ni jadi cuak tak semena mena. Contoh bila dia berdepan dengan situasi di mana orang memperkatakan kesalahan yang di buat walaupun orang tak syak atau tahu pun yang buat salah tu adalah dia. Dia akan jadi cuak jugak sebab dalam otak dia mula rasa macam orang tahu dia yang buat salah tu.

Contoh kedua, dia akan jadi cuak walaupun hanya bergurau. Dalam situasi ni sapapun tak tahu dia buat salah & kesalahan dia tu tapi kebetulan tengah borak2, tergurau la dengan sesuatu perkara yang dia buat salah tu. Mesti dia auto cuak punya. Contoh keadaan tu sepasang kekasih sedang bergurau senda.. si gadis bergurau dengan si jejaka.. gurauannya lebih kurang macam ni.. "Alah U tu yang.. depan I je macam baik, belakang I entah2 simpan sparepart 2 3" kebetulan memang betul pun di jejaka ada sparepart lain & kalau nak tahu orang salah ni cepat cuak dari jawapan balas dia. Kalau dia jawab macam takut2 tu.. berisiko tinggi dia memang buat salah.

Contoh ketiga.. Orang buat salah ni cepat emo juga. Kenapa? Sebab dia cuba nak tutup kesalahan yang dia buat bila dia rasa macam rahsia dia semakin terbongkar. Kadang2 kita cuma tanya samada dia ada buat @ tak, tapi dia melenting mengalahkan kita tuduh dia yang buat. Kalau berlaku situasi macam ni berkemungkinan orang tu yang buat salah tapi boleh jadi tak jugak. Ada jenis orang yang memang cepat sentap cuma kurang peratusnya dalam keadaan macam tu. Peratus tinggi bila si pesalah jadi emosi tak tentu pasal.

Tu antara ciri2 orang yang buat salah dalam senyap. Kalau korang berdepan dengan situasi macam tu elok la di siasat betul2. Bukan apa takut kita tak nampak musuh depan hidung, menuduh pula musuh di seberang laut, kan?

P/S : Bak kata pepatah, takut kerana salah.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

UPLOAD GAMBAR ATAS KATIL DENGAN SUAMI

21.10.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Ni bukan gambar pengantin yer.. Gambar pengantin tu lain cerita.. Gambar tu tak tutup dengan selimut mahupun gambar yang menampakkan dari kepala keparas bahu yang terdedah. Ni gambar mereka2 yang ber'Isteri'rehat bersama pasangan masing - masing di atas katil..

Sebenarnya benda ni dah lama. Dah bertahun. Sebelum wujudnya Facebook & waktu tu masih hangat Myspace. Alkisahnya.. dekat myspace sang lekit ada la seorang perempuan (melayu) sudah berkahwin dalam friendlist sang lekit. Di pendekkan cerita, pada satu hari tu (tak ingat dah tarikh) dia meng update myspace dia dengan meng upload gambar bersama suaminya atas katil dalam keadaan berselimut paras dada & menampakkan kulit dari kepala hingga paras bahu. Macam2 aksi la.. comolot, ciom pipi bagai la dalam keadaan berselimut tu.

Carian google

Dalam keadaan macam tu.. apa korang fikir. Mesti ada adengan ranjang kan? Oh.. tolong la malu. Nak ambil gambar dengan pasangan masing2 tu tak salah. Ko nak berbogel bergambar berdua pun tak salah tapi jangan la paparkan untuk tatapan orang lain. Memang la halal tapi tolonglah malu. Kalau budak2 bawah umur, orang belum kawen & budak2 hingusan tengok kan tak elok. Boleh meransang keghairan orang yang lemah imannya. Tu pun salah satu punca maksiat berlaku jugak. Walau korang cuba mengambarkan betapa bestnya kawen tapi cuba la salurkan perasaan tu dengan cara yang lebih sopan & elok sikit.

Apa yang berlaku dengan pasangan anda semasa atas katil biar jadi rahsia. Buat apa nak tunjuk, bukan ko sorang je ada laki/bini, kan?? Orang lain pun ada.. Tak bising pun. Nak upload gambar dengan pasangan tu.. Upload la gambar yang tidak mengundang teka teki orang lain. Bila gambar macam tu.. Macam2 orang buat tafsiran. Peratus paling tinggi tekaan orang yang tengok gambar tu sudah pasti ada adegan 'hot & spicy' di sebalik selimut tu.

Jadi.. Dalam keghairahan kita mengupload gambar peribadi di laman sosial, berpada pada. Bila orang tegur/megata/mengutuk/mengeji  tau kau nak marah.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BAIK PUN TAK UNTUNG, SOMBONG PUN TAK RUGI

20.10.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Bila sesuatu tu tak membawa kepentingan, kemudaratan atau kebaikan pada kita maka ia layak la di umpamakan seperti tajuk entri ni. Tapi apa kes dengan sang lekit berkenaan tajuk entri ni?? Ni la nak cerita sementara hari ni ada masa sikit kat blog..

Alkisah pasal jiran sang lekit yang berketurunan punjabi(singh) convert muslim tu. Pernah sang lekit cerita pasal dia kat blog ni tapi susah pulak nak cari link entri lama - lama ni. Tak penting pun sebab entri lama tu takde kaitan dengan cerita baru ni. Dimulakan kisahnya petang semalam..

Saja bawak lala keluar ambil angin tapi tak jauh pun dekat tingkat 9 jugak. sambil tu berdiri la sang lekit dekat tangga berdepan dengan lift. Nampak la jiran sang lekit berkenaan tu tiba2 keluar dari lift dengan bawak banyak beg & nampak sarat setiap beg dengan isinya. Nak tolong tak terdaya sebab tangan sang lekit kedua2nya di guna untuk mengendong si lala ni. Cuma sang lekit cakap.. 'Hai' je la sebab selalunya kalau terserempak dia rajin tegur jadi tak salah kalau kali ni sang lekit yang nampak dia tegur dulu.

Dia tak balas, dia pandang seimbas lalu kemudia blah macam tu je. Reaksi wajah Macam orang tak suka. Setahu sang lekit, sang lekit tak pernah pulak buat salah kat dia. Bukan sang lekit hari2 pun berbual dengan dia. Terserempak ni pun dah berbulan tak pernah terserempak. Last masa sang lekit pregnant 7 bulan dia tegur sang lekit tanya kalau nak ajak temankan beli makanan boleh tak. Sang Lekit taknak bebankan otak sangat cari salah yang kita tahu kita takde salah dengan dia. Takde angin ribut taufan atau tsunami tetiba nak menyombong, lantak kau la. Kau baik pun aku tak untung, kau menyombong pun aku tak rugi.

Kan lala.. Ada kita kesah??

Malam semalam lepas en hubby balik kerja sang lekit cerita la kisah yang berlaku petang tu. En hubby cakap mungkin jiran sebelah lagi juga punjabi (singh) tapi non-muslim la yang cerita bukan2 kot sebab en hubby cakap dorang sekarang baik. Yang jiran tu memang pernah gaduh dengan sang lekit & en hubby masa dia jadi cleaner kat ofis sang lekit & en hubby kerja dulu. Bukan sang lekit & hubby je sekolah kan dia.. 1 ofis semua maki hamun dia. Sebab mulut dia jahat. Semua orang dia mengata. Bila dia bual dengan si A, mengata si B.. dengan si C mengata si A.. sampai bos kitorang pun tak terkecuali kena umpat dengan dia. Dahsyat kan??Tapi syabas la walau 1 ofis serang dia, dia kental & tetap bekerja kat situ sampai la ofis tu berpindah. Itulah kisah macam mana kitorang tidak bertegur sapa dengan dia. Kalau tidak dulu.. bisa roboh sih pintu rumah gue di ketuk beliau nak minta tolong itu ini.

Berbalik pada cerita jiran punjabi muslim ni..Lagi bagus kau menyombong dengan aku dari baik & berisiko menyusahkan kami laki bini. Pengalaman mengajar sang lekit untuk baik berpada2 dengan jiran2 ni. Taknak jadi macam dulu.. kita tolong dia bagai nak rak.. itu ini last2 dia dajalkan kita dengan penuh berprestij gitu.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

YANG BERUBAH SEJAK 2 BULAN NI..

20.10.11 Suria Lekatlekit 18 Comments

Diam tak diam dah 2 bulan berlalu. Banyak yang dah berubah. Sekarang ni tak dapat lagi tidur yang berkualiti. Nak tidur 8 jam macam dulu rasanya umpama mimpi dalam mimpi jer. Paling lama boleh tidur pun 4 jam.. kadang 2 3 jam jer. Kalau si lala tak meragam pun malam, setiap 1 jam sekali dia akan bangun untuk minum susu. Semalam Lala pukul 4 pagi baru tidur.. Lama2 mata mummy & dady jadi panda la sebab kurang tidur.

Banyak rutin harian yang dah berubah, dari tidur, rehat dan macam - macam lagi la. Itu perubahan mummy si lala, perubahan lala selama 2 bulan ni pulak macam - macam. selain makin banyak ragamnya, Lala sekarang kalau bangun je nak kena main dengan dia walau dia belum pandai gelak lagi tapi kalau dia suka kita usik2 dia mulut dia akan ternganga & mata dia membulat dengan wajah yang ceria. Main pula bukan jenis aucak2 tu.. Lala ni nak kena main lasak2 skit. Nak kena angkat2..timang2 (timang yang tak lambung2 la), tangan kaki dia kena di gerakkan.. Lala sekarang memang taknak baring kalau mata dia celik. Asyik nak di dukung jer.

Pejam celik hari ni genap la umur cik lala 2 bulan. Dari fizikal sampai la rupa cik lala dah banyak berubah rasanya. Kalau dulu baru2 lahir ramai yang cakap rupa dia mirip sang lekit tapi sekarang dia semakin mirip dady. Apapun Selamat Hari Lahir yang ke 2 bulan Shahila. Mummy & dady will always love lala.. Ingat tu, nak Ooi! Besar esok lala pula kena dodoikan mummy & dady yer..

Segar dari ladang.. Lala Hari ni. Dimata lala sentiasa comel

P/s : Curi masa sementara lala tidur & kejab lagi kena sambung kerja rumah. Kalau Lala tidur lama boleh la melawat kawasan (BW)

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KESEMPITAN MASA

19.10.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Kalau dulu, celik mata celik la pc & internet. Kalau dulu.. Sebelum memulakan tugas harian, check dulu blog, komen2 kat entri.. Kalau dulu boleh setting & manage time tu ikut suka hati. Boleh delay2 nak buat kerja rumah, delay2 mandi kalau rasa hari tu sejuk sikit tunggu panas sikit baru mandi. Kalau dulu.. boleh update 5 entri 1 hari. Kalau dulu.. Jarang sangat blog ni sunyi. Tapi semua tu dulu bukan sekarang yer...

Sekarang ni betul2 rasa kesempitan masa tu sejak cik lala ada. Kalau dulu boleh delay2 buat tu ni.. Sekarang ni kena pandai ambil kesempatan waktu cik lala tidur untuk settle kan semuanya kat rumah ni. Memang betul2 terasa masa itu emas la. Nak2 lagi hari ni (semalam kot sebab sekarang dah masuk tarikh baru) lala demam lak. Semua kerja buat sambil berlari. Yelah.. tengah kemas dapur, dengar lala menangis lari ke depan. Tengah mandi pun walau belum siap dengar je lala menangis.. pergi jenguk dia dulu.

Itulah punca seharian siang tadi blog ni tak ber update, blog kawan2 semua tak sempat di jenguk, kunjungan rakan baru tak sempat berbalas. Betul2 kesempitan masa sekarang ni. Ni pun curi2 je masa tidur update blog. Nak BW pun tak mampu sebab mata dah berat. Insyallah kalau ada kesempatan nanti saya akan buat lawatan sambil belajar kat blog kawan2 semua. Sekarang ni betul2 kesempitan masa.. Harap maaf yer.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA ADIK DI SANGKA MUMMY

17.10.11 Suria Lekatlekit 18 Comments

Kelebihan orang kementot ni kadang2 orang kata nampak muda.. kadang2 tak nampak muda pun. Tengok dari belakang je macam budak - budak dari depan dah nampak macam mak budak. Pun begitu bergantung pada penampilan juga. Kalau fesyen ala makcik2 muka muda pun nampak tua. Ye tak??

Alkisahnya semalam.. en hubby saya belanja makan steamboat & BBQ kat D' Manggis Cafe kat kuang. Sebenarnya lama dah plan nak makan steamboat ni baru semalam je dapat pergi. Tempat tu kalau tak silap sang lekit tengok kat TV rancangan jalan2 cari makan. Restoran dia cantik.. Steamboat dia tak tau la mungkin sesetengah orang rasa best, sang lekit rasa ok la.. Harga dia tak mahal sangat. RM20 untuk dewasa & RM10 untuk kanak2. Per person ok. Ajak la adik sang lekit sekali. Jadi bertiga la kami bersama cik kecik lala yang belum boleh makan. Dia minum susu je.

Kitorang lepak kat ruangan ni. (gambar di pinjam dari D'Manggis Cafe)

Dah bawak baby ni maka sorang mesti la kena jaga baby sementara 2 lagi insan pergi mengambil bahan2 untuk men'stemaboat & mem'BBQ. Adik sang lekit dengan hubby jer pergi pilih makanan. Sang lekit dengan baby lala duduk lepak2 kat meja. Sebelah meja tu ada 1 family yang asyik pandang. Mungkin teruja sebab di bawak sekali lala yang tak sampai 2 bulan tu. Dorang dok bercakap semasa sendiri, ada yang dok teka lala belum habis pantang, lepas si perempuan cakap kalau belum habis pantang takkan ibunya dah boleh makan steamboat & jalan2.

Lepas tu dorang pandang adik sang lekit masa tu tengah jalan dengan hubby nak pergi ambil bahan2 steamboat, dorang fikir adik sang lekit tu la mummy lala sebab adik sang lekit ni selain penampilan dia, muka dia pun nampak lebih kakak pada sang lekit. Sang lekit yang katek ni tak tau la dorang fikir siapa. Bibik ke, adik ke yang pasti dorang tak fikir bini & mummy pada lala. Tergelak sorang2. Yang dorang pun nak main teka teki pun cakap biar la pelan2. Ni Vokal mampu di dengar jelas sang lekit. Tapi sang lekit buat2 macam tak dengar.

Bila adik sang lekit datang, sang lekit bagitau la.. Terus taknak jalan2 dengan hubby. Almaklum la orang masih solo molo & single mingle.. Takut jatuh saham bujang dia. Balik rumah belek2 muka kat cermin, rasanya dah nampak rupa ibu2.. ke aku je yang rasa aku dah nampak macam ibu2?? kekekekeke..

Moral of the story.. Kalau kita melihat sesuatu jangan pandai2 nak buat keputusan dari pandangan mata kasar yer sebabnya banyak benda akan tersasar dari tekaan kita tak kira perkara tu baik atau buruk. Macam kes sang lekit ni takde apa lah nak ambil hati. Tapi mungkin kes2 yang lain yang kurang sedap di dengar mengundang marah orang lain.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BETINA DI BUANG, JANTAN DI SAYANG

15.10.11 Suria Lekatlekit 18 Comments

"Buat apa bela & simpan yang betina banyak - banyak, buang je. Esok2 dia beranak, bersepah dalam rumah. Tinggal yang jantan2 dah la." Itu antara dialog yang biasa sang lekit dengar dari kecik.

Sampai hati kan.. Apa salah di lahirkan sebagai betina. Kalau takde betina, takde juga jantan tau. Korang jangan pelik sang lekit bukan cakap kasar ok. Betina & jantan bukan mengambarkan manusia yang buruk akhlaknya. Sang lekit sedang bercakap pasal kucing.

Walau sang lekit salah seorang pencinta kucing tapi jarang2 sekali sang lekit nak bercakap pasal haiwan kesayangan sang lekit ni tapi kali ni sang lekit nak kopek isu ni. Isu ni sebenarnya dah lama berlaku di sekeliling sang lekit. Di persekitaran korang tak tahu la. Isu kucing betina yang di pinggirkan. Dikatakan akan menambah beban bila terlalu subur & kerap beranak.

Selalu sang lekit nampak kucing bila di lahirkan betina akan berisiko di buang (kalau jenis tuan yang cuma nak yang cantik & senang je bukan membela atas kasih & kasihan). Raya lepas sang lekit balik kampung & adik bongsu sang lekit baru je jumpa seekor anak kucing yang masa tu mata pun belum buka tapi dah di buang. Bila check, anak kucing tu betina. Benda yang biasa berlaku bagi sang lekit. Asal betina je orang taknak, sebab taknak dia akan membiak. Jangan tanya sang lekit kenapa dorang tak hantar klinik untuk di kasi kan.. sebab sang lekit tak boleh jawab dengan tepat tapi mungkin dorang sayangkan duit la kot.

Ni sebahagian kucing2 sang lekit kat kampung di tempat lepak dorang. ada 2 3 ekor lagi kot tercicir takde dalam pic ni. Yang kecik tu la kucing betina yang di buang manusia dungu. Kalau ye pun nak buang, biar la pandai makan dulu. Ni menyusu pun belum habis. Nasib baik ada ibu tumpang kat rumah sang lekit tolong susukan

Bila ada sikap diskriminasi terhadap jantina haiwan ni memang kesian. Yang jantan di sayang, yang betina di buang. Dorang sanggup biarkan kucing yang membesar dalam rumah hidup sebagai kucing jalanan & terbiar. Bayangkan la sementara dia nak biasa hidup macam tu.. Sedangkan selama hidup dia, celik mata ada orang sediakan makan minum tapi berubah tidur pun dalam ketakutan, makan minum terpaksa harap belas ehsan manusia yang tak di kenali. Yang pelik dorang boleh tidur lena tanpa terkenang nasib si comel yang di buang. Kalau sang lekit la kucing hilang pun risau sangat. Risau takut lapar, takut tidur kesejukkan.. takut jadi apa2 yang buruk. Tapi nak pelik apa.. orang jenis tu memang takkan fikir semua tu, kalau dorang fikir dorang takkan sekejam tu buang kucing dorang sebab di lahirkan betina, ye tak??

Sedih.. memang menyedihkan. Nak bela kucing tapi nak bela yang tak membiak je. Yang pelik awal2 kenapa bela yang betina.. Bela je yang jantan. Apapun jantan atau betina kedua2 nya memerlukan kita manusia untuk bergantung hidup & menumpang kasih sayang. Jangan kejami si comel hanya kerana mereka di lahirkan sebagai betina. Alhamdulillah sejak dari kecik keluarga sang lekit membela kucing, tak pernah seekor pun kami buang. Biar pernah sampai lebih 20 ekor.. Kami biarkan dia pergi dengan sendiri bila sampai ajalnya. Untuk ambil keputusan buang bagi kurangkan jumlah dorang dalam rumah sang lekit, itu benda mustahil terjadi dari dulu sampai sekarang.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MENCARI ISTERI YANG CANTIK ATAU MENCARI KECANTIKKAN ISTERI

14.10.11 Suria Lekatlekit 20 Comments

Wahai lelaki ini satu pertanyaan untuk korang? Tak kira la korang masih mencari isteri atau sudah beristeri dan mencari isteri lagi. Korang nak cari yang macam mana?

Sang Lekit nak kopek isu ni dari sudut pandangan peribadi sang lekit sambil2 korang pun boleh bagi komen selepas selesai baca entri ni.

Adakah korang nak cari isteri yang cantik? (bagi mereka yang bujang & para suami yang tengah mencari calon isteri lagi) Atau mencari kecantikkan pada isteri. Ketahuilah duhai lelaki, kecantikkan itu tidak kekal selamanya.. Kalau cantik yang di cari andai satu hari kecantikkan itu takde lagi apakah korang akan mencari orang lain yang masih cantik?

Jika dah jodoh dengan orang yang kurang dari rupa parasnya.. janganlah mengeluh atau malu atau jadikan itu alasan nak cari lain yer. Carilah kecantikkan yang ada dalam diri isteri korang tu. Takkan muka buruk, semuanya buruk kot. Mesti ada kecantikkan lain yang isteri orang lain yang cantik rupa parasnya takde. Contoh walau isteri mu buruk rupa parasnya, tapi bab memasak memang cantik. Takde la asyik baca menu kat luar jer kalau nak makan sedap2.

Setiap manusia yang di jadikan ada cantik & buruknya. Mungkin buruk dari rupa parasnya, tapi cantik dari budi pekertinya. Mungkin cantik rupa parasnya tapi buruk sikapnya. Bukan takde yang pakej, cantik luar & dalam. Ada.. Tapi tak semua orang bertuah dapat pakej macam tu. Nak pakej macam tu kena tengok juga pakej yang ada pada diri anda. Kalau dah muka pecah, kerja pun malas.. Nak pakej cantik2 ni, tolong tunjal dahi sendiri & cakap dalam keadaan yang sedar.. " Kau siapa nak demand2?!"

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERGELAR DATUK TAPI TAK MAMPU UNTUK SARA HIDUP

13.10.11 Suria Lekatlekit 24 Comments

Sekarang ni sang lekit tengok kat Malaysia, senang2 je orang nak dapat title Datuk. Makin bersepah yang dapat anugerah Datuk. Sang lekit tak tahu apa kelebihan yang dapat dari gelaran Datuk yang di beri. Selalunya kita biasa dengar orang yang dapat pangkat Datuk ni kaya raya lain pula cerita seorang Datuk ni..

Masih ingat lagi dengan pelakon Yahaya Sulong. Sang lekit tak pasti bila anugerah Datuk ni di beri kepada Datuk Yahaya Sulong tapi tak kisahlah.. dia pun dah lama bergiat dalam dunia seni. Ok la jugak bagi Pak Ya kita anugerah Datuk dari dok bagi kat Shah Rukh Khan tu kan..

Datuk Yahaya Sulong

Alkisahnya.. Pak Ya ni memohon bantuan sara hidup & membeli ubat ubatan kerana anak-anaknya tidak pedulikan beliau. Pak Ya kini sedang berperang dengan penyakit asma dan masalah jantung yang dideritai sejak setahun lalu.

Ni soalan bodoh bagi orang yang pandai dalam hal ni.. Dapat Anugerah Datuk ni memang tak dapat apa2 elaun ker? Sekadar pacak depan nama dengan perkataan Datuk je yer? Apapun.. Sedih baca rintihan hati Datuk Yahaya Sulong tu.. Moga ada tangan2 mulia menghulurkan bantuan. Sesungguhnya Gelaran Datuk je tak buat orang kenyang. Renung - renungkan lah yer..

P/S : Lebih baik bagi elaun pada artis2 veteran ni dari bagi Anugerah Datuk kan?

Rujukan : Sinar Harian

24 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERIMA KASIH NUFFNANG, IBU AQIL & EZAN

12.10.11 Suria Lekatlekit 23 Comments

Orang kata rezeki ni nak datang tak tahu dari celah mana atau dalam bentuk apa. Rezeki tak semestinya duit je kan. Hari ni datang lagi rezeki buat cik lala. Mummy tumpang je rezeki anak ni.

Pertama sekali terima kasih pada Nuffnang yang tambah lagi koleksi BE blog melekit untuk bulan october. Jom ramai2 terjah Sogo, ada jualan clearing stok dari 13 - 16 oct ni. Sang lekit nak terjah tempat2 ramai orang macam tu rasa malas pula sebab lala kecik lagi. Dah tu lala menyusu badan 100%. Segan jugak nak menyusu kat tempat ramai orang ni.

BE Oktober 2011

Yang kedua buat blogger Ibu Aqil yang bermurah hati hadiahkan lala sepasang baju yang comel. Dah sampai pagi tadi. Lama jugak tunggu sebab kalau ikutkan dah lama Ibu Aqil poskan tapi tak tahu apa masalah, lambat pula sampainya. Takpe la sekurang kurangnya sampai ke destinasi yang betul. Ye tak??

Hadiah dari ibu Aqil

Walaupun sang lekit dah tulis dalam entri yang lepas pemberian dari blogger Ezan. Sepasang baju pink untuk cik lala tetap sang lekit nak selitkan dalam entri ni. Terima kasih yer Untie Ezan. Tapi tetap kena tunggu lala besar sikit baru boleh melaram dengan hadiah Ibu Aqil & Untie Ezan tu.

Hadiah dari Ezan

Terima kasih sekali lagi buat semua yang bermurah hati tu. Sang Lekit takde apa nak balas cuma sang lekit doakan Ibu Aqil & Ezan di murahkan rezeki. Amin..

23 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAJUK DRAMA MELAYU SEKARANG

11.10.11 Suria Lekatlekit 12 Comments

Topik ni selalunya di bincangkan dengan en hubby. Dia selalu komplen pasal tajuk drama melayu. Kenapa En hubby komplen. Inilah yang nak di kopek sebentar lagi.

Kalau dulu tajuk drama melayu ni kreatif. Berseni, bersastera, puitis gitu. Dari tajuk pun macam suspen je walau bukan cerita seram atau hantu. Contoh macam cekerama pernah di tayangkan kat tv3 dulu, cinta si penggali kubur.. Lebih kurang macam tu la tajuk2 nya. Tapi korang perasaan tak sekarang kalau tajuk drama jer mesti guna nama watak utama. Takde lagi tajuk2 yang mengambarkan cerita tersebut. Hampir 90% tajuk drama sekarang hanya guna nama perempuan. Macam yang tengah popular sekarang Safiyya, Cinta elisa & tak lupa juga drama yang pernah meletup macam pop corn baru di masak, Nora elena.

Sekadar hiasan

Trend guna nama perempuan pada tajuk drama ni di mata en hubby & isterinya agak kurang menarik & kreatif jer. Jadi muak pula baca tajuk drama.. Yelah.. lambakkan tajuk drama yang sama jer walau berbeza pada namanya. Bila guna tajuk macam tu.. Kita cuma tahu itu watak utama dia tapi tak mengambarkan kisahnya pun tak best. Sekurang kurangnya kalau tajuk tu macam suspen.. teruja jugak nak tahu kisahnya. Ini cuma nama.. alahai.

Bukan nak kondem, tapi kalau hampir setiap drama melayu baca tajuk jer nama watak utama.. macam takde seni. Cuba kembali kegemilangan tajuk drama yang berseni macam zaman 90an dulu. Yelah.. yelah.. kang ada pulak kata, zaman dah moden takkan nak guna cara lama lagi. Tapi kalau moden itu menjemukan tak salah guna konsep lama kemudian di modenkan ikut arus zaman. Tajuk pun memainkan peranan jugak. Kalau tajuk tak best, orang pun tak minat nak tengok. Ye tak?? Macam tajuk entri kat blog jugak.. Kalau takde gimik langsung pun susah nak tarik orang baca, kan??

Ini cuma pandangan peribadi sang lekit yang merujuk kepada mana2 pihak. Kalau ada pihak yang terasa hati, maaf la yer. Sang lekit cuma bersuara sebagai penonton je.

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KENAPA PEREMPUAN MELAYU TAK BOLEH MASUK PERTANDINGAN RATU CANTIK TAPI BOLEH SERTAI PERTANDINGAN GYMNASTIK

10.10.11 Suria Lekatlekit 31 Comments

Tetiba hari ni rasa nak kopek isu pasal pakaian yang di pakai peserta gymnastik & ratu cantik setelah  tertonton rancangan kat TV1 petang tadi.. Tajuknya idola sukan kalau tak silap. erkk.. entahlah.. yang pasti idola jugak la.

Kita sedia maklum akan pakaian yang di pakai peserta gymnastik (perempuan) & antara pakaian yang wajib di pakai bagi mereka yang menyertai pertandingan ratu cantik. Kat Malaysia gadis/perempuan/wanita melayu muslim di haramkan untuk menyertai pertandingan ratu cantik atas sebab2 kena pakai pakaian menjolok mata & memperagakan tubuh.

Mari kita tengok persamaan bikini & pakaian peserta gymnastik. Kalau gymnastik orang melayu muslim boleh sertai.. Tapi pakaian yang di pakai peserta perempuan ala2 bikini jugak kan?? Tak pula di haramkan. Dah tu semasa melakukan aksi gymnastik terpaksa lompat2, kangkang2, lentik2. Kalau ratu cantik melayu berbikini di katakan tidak sopan, adakah pakaian & pergerakkan gadis melayu yang menyertai acara gymnastik tu nampak sopan walau comel?

Carian google. sekadar hiasan

Bila tengok rancangan kat TV1 tadi.. walau idola pilihan tu seorang kanak2 perempuan melayu tapi jurulatih dia bukan kanak2.. dah gadis & bekas atlik gymnastik melayu muslim. Tiba2 terfikir apa beza bikini & pakaian yang di pakai oleh atlik gymnastik melayu muslim. Nampak sama jer.

Ini cuma satu pandangan, pertanyaan peribadi sang lekit. Sesiapa yang ada alasan, hujah & jawapan tentang perkara ni boleh jer menaip di kotak komen entri ni bagi bertukar2 pandangan & mungkin korang ada info2 tentang benda ni semua. Harap takde pihak yang rasa entri ni menganiaya atau menghentam. Ini cuma pertanyaaan seorang orang awam yang agak dungu dalam hal ni. kekekekeke

31 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LAGU BUAI

9.10.11 Suria Lekatlekit 20 Comments

Lagi entri ibu - ibu. Almaklum la dah bergelar mak orang ni entri pun banyak berunsurkan mak - mak gitu. Jadi pada adik - adik & abang - abang tu harap tak jemu la nak baca entri di blog melekit ni.

Kali ni kopek pasal lagu buai. Apa tu lagu buai. Sebenarnya sang lekit pun tak tau nak namakan apa tapi memandang lagu ini di nyanyikan semasa membuai si kecik dalam buaian jadi sang lekit namakan dia sebagai lagu buai jer. Boleh??

Bagi ibu - ibu, mak - mak, mama - mama & mummy - mummy kat luar sana tentu dah sinonim dengan lagu buai semasa membuaikan si kecik korang kan?? Selalunya apa yang korang lagukan semasa membuai baby korang? Kalau yang muslim tu sinonim la dengan lagu2 berunsur keagamaan macam zikir bagai kan. Paling tak pun bunyi hmm.. hmmm.. dengan irama tanpa lirik je.

Sang lekit pula kalau sorang - sorang kat rumah selain lagu2 berunsur keagamaan macam zikir, sang lekit suka nyanyi untuk lala lagu Whitney Houstan , lagu raihan tak pun lagu labag - labah. Kalau lagu whitney houstan tu lagu the greatest love, lagu raihan pula lagu I'tiraf & lagu labah2 pula lagu yang sang lekit belajar masa tadika dulu. Tu pun kalau sorang2.. kalau ada orang kat rumah, segan jugak. Almaklum la suara I kan lunak sikit dari Sheila Hamzah tapi shiela hamzah lunak banyak la dari sang lekit. kekekekeke

Walau inggeris ku tak la fasih sangat tapi tetap gigih tu nyanyi lagu orang putih. Biar lirik terabur janji mampu memukau cik lala untuk tidur. Nak tidurkan lala sekarang bukan senang macam dulu. Maunya 3 4 lagu juga la terpaksa di sumbangkan dengan suara sumbang. Zikir2 tu selalunya di nyanyikan masa meriba @ memangku lala jer.. Masa tu dia celik & fokus dengar. Bagi sang lekit afdal la time tu di dengarkan benda2 yang baik. Kan??

Korang lak aku apa menjadi lagu mendodoikan anak korang? Jom kongsi2 dengan sang lekit.

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BLOG DI SIHIR

8.10.11 Suria Lekatlekit 17 Comments

Hari ni selesai kerja rumah, Lala pun tidur lebih kurang pukul 1.30 p.m baru sempat nak jenguk blog. Clik je link blog sang lekit yang dah di bookmark kat toolbar terus keluar mesej ni 'Sorry, the blog at lekatlekitgurl.blogspot.com has been removed'.suspen la sekejab.


Buntu jugak.. sang lekit tak pernah pun remove blog & takde sebab pun nak buat macam tu. Mula la fikir macam - macam. Kena hack ker? Mula dalam hati menuduh tak tentu hala. Buka email, check kot2 ada apa - apa mesej yang boleh menjadi bahan bukti penyebab blog kena remove pun takde.

Maka,Dengan kuasa doremon, sang lekit buka google account kemudian di minta verify account tu akhirnya blog kembali pulih. Tak tahu sebab apa ia ter remove sendiri. Mungkin ada kuasa hitam (black magic) telah meresap ke account blog sang lekit kot.. Nasib baik la otak mampu berfungsi di saat panik. Jadi masalah dapat di selesaikan dengan sepantas yang mungkin. Sihir yang tak tahu dari mana puncanya pun berjaya di hapuskan.  kekekeke


Yang pasti tak pasti berapa lama blog sang lekit ni halimunan. Buka je facebook dua orang blogger prihatin tanya pasal blog kena remove. Mungkin sejak tengahmalam semalam sebabnya tengok dari analitik nuffnang memang 0 pelawat ke blog melekit.  Jadi pada korang yang clik semasa blog ni koma, dengan sukacitanya di maklumkan blog telah pun di sedarkan dari koma. Jadi rajin2 la berkunjung yer.

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TERUJA SEORANG IBU

7.10.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Bila dah jadi ibu@mumy ni.. Bila dengar cerita orang mengandung, orang beranak & orang upload gambar2 baby automatik jadi teruja. Dulu takde sangat.. Hanya ambil yang best2 jer untuk di tatap. Sekarang ni lain pula. Lepas tu kalau tengok gambar atau baca kes2 buang bayi, bunuh bayi & dera bayi.. automatik sentap. Kadang2 sampai menangis tapi takde la berbaldi air mata. Setitik dua jer.. lepaskan perasaan. Kalau dulu kalau baca atau tengok kes2 macam tu bukan takde perasaan cuma lebih berperasaan bila dah jadi seorang ibu@mumy ni.

Mungkin ni la orang cakap naluri ibu kot. Hanya yang berjaya bergelar ibu jer akan rasa semua ni. Rasa dia lain tau.. Tak sama macam sebelum jadi ibu@mumy ni. Susah nak gambarkan perasaan tu macam mana tapi memang berbeza sangat2. Mungkin sebab bila tengok anak orang automatik teringat anak sendiri. Bila baca bayi di bunuh, di dera, automatik teringat anak sendiri. Sebab tu la jadi cepat sentap atau teruja apabila baca kisah bayi ni kot..

Pengalaman pertama bergelar seorang ibu@mumy ni memang sangat istimewa. Orang kata pertama kali tu yang paling manis, kan? Bukan kata kedua.. tiga.. empat.. lima kali dapat anak tu tak manis dah cuma apa yang di lalui tu bukan jadi perkara pertama dah. Jadi rasa teruja dia pun lain sikit. Macam orang kali pertama kawen juga.. dia punya gementar nak akad nikah tu tak sama macam orang yang kawen dua tiga kali dah. kekekeke. Ye ker yang kawen dua tiga kali dah tak ketaq nak lafaz akad?? Agaknya la kot..

Apapun.. naluri ini sangat murni & mulia. Penuh kasih sayang & pengorbanan. Tak caya cuba jadi seorang ibu@mumy dulu.. Mesti korang juga rasa macam sang lekit rasa. Takde kata2 dapat gambarkan kecuali kamu lalui sendiri.

Inilah anugerah terindah saya.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BEZA DULU & SEKARANG BILA JUMPA ARTIS

6.10.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Tak di nafikan sang lekit pada zaman remajanya fanatik juga dengan artis2 ni. Nak - nak lagi sang lekit bukan la membesar kat kotaraya.. Nun kat kedah sana. Nak jumpa artis pun sekali sekala jer. Tu pun kalau dorang datang kat tempat yang dekat dengan sang lekit untuk roadshow, promosi album, filem bagai la..

Masa zaman gedik2 tu memang teruja jugak la bila jumpa artis. Kalau tahu artis tu datang, siap2 isi filem dalam kamera (org kedah cakap kodak walhal kodak tu brand filem dalam kamera. Tapi brand apapun filem tu tetap kita panggil kodak). Masa zaman sang lekit tu rasanya Digicam tak famous or mungkin takde lagi kot. Tak pasti pulak.. sebab den hanya mampu guna camera filem tu jer.

Koleksi2 gambar artis yang sang lekit simpan tu ada jugak.. tapi semua dalam arkib kat kampung. Ramai juga la artis2 yang sang lekit tengok secara live masa zaman gedik2 tu termasuklah artis kegilaan sang lekit masa tu KRU & amy mastura. Masa Amy Mastura datang buat promosi album dia sang lekit tengah PMR. Gigih, lepas exam berdesup balik rumah siap2 nak pergi tengok show amy mastura. Paling tak malu, siap naik pentas menari dengan amy mastura tiba2 lagu tak abis blackout. Nanges kau! Macam malang sangat, kan??

Ely Mazlin masa sang lekit jumpa orang pun tak kenal, sebut elly mazlin semua tertanya2 artis mana, dayang Nurfaizah pun masa tu macam kayu je atas pentas. Nak cakap pun kekok. Tapi tetap ni teruja tahap gaban punya kalau dapat jumpa artis. Sanggup tunggu depan stage tu 1 jam sebelum show bermula semata2 nak dapat tempat depan. Berhimpit2, bersesak2 tu biasa la. sanggup berebut2 semata2 nak dapat autograf artis, alih2 autograf tu ntah mana aku campak sekarang ni. Kiranya zaman gedik2 tu sebut jer pasal artis.. memang teruja tak terkata. Siap ada 1 buku tebal untuk tulis lirik lagu & keratan2 akhbar & majalah gambar2 artis (termasuk tandatangan artis). Dalam bilik tu tak payah cakap, kat dinding tu dah tak

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RM500-RM1K HARGA UNTUK JEMPUT CIKGU SHIDA MIMING DI MAJLIS ANDA

6.10.11 Suria Lekatlekit 30 Comments

Tu dia.. Cikgu shida dah buka quotation bagi sesapa yang berminat nak suruh cikgu shida ber miming kat majlis korang. Miming di majlis?? Apa kes??

Aduhai cikgu shida.. Setakat miming tu nak suruh orang bayar baik la jemput penyanyi. Penyanyi suam2 kuku pun takpe, sekurang kurangnya dia menyanyi pakej dengan menari sekali bukan setakat miming. Korang pernah tengok tak video cikgu shida miming kat karnival apatah.. setakat miming, jalan sini, jalan sana.. goyang2 badan sikit. Macam tu je nak suruh orang bayar??


Tak tahu la kalau orang lain rasa terhibur & yakin cikgu shida ni mampu memeriahkan & menghiburkan tetamu kat majlis dorang. Tapi bagi sang lekit la setakat miming jer... ada baik rm500 -rm1k tu aku tambah lauk pauk, jemput lebih sikit tetamu. Bagi dorang makan puas - puas.Cukup tak berbaloi nak bayar kalau hanya bermiming macam tu.

30 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CULIK MAK SEBAB ANAK MERAGAM

5.10.11 Suria Lekatlekit 19 Comments

Ni apa kes pulak ni.. Anak sapalah yang kejam sangat sanggup culik mak sendiri. Tak takut jadi anak derhaka ker? Apa kes anak meragam, mak di culik? Nak tau apa kes.. Teruskan membaca. Macam2 kes ada.. kekekeke

Ni kisah cik lala la. Sejak dua menjak meragam jer. Paling teruk selepas mak pergi berehat2 kat rumah adik sang lekit. Dah teruk sangat meragamnya.. menangis siang malam, semalam en hubby pergi culik mak kat rumah adik. Dalam erti kata yang tak bergimik ganas, jemput mak balik kerumah kkitorang sementara dia masih kat sini. Minggu depan mak dah nak balik kampung.

Elok la pulak lala semalam. Tak meragam langsung. Cuma siang je dia meragam, malam tak lagi. Tidur pun ok. Bangun minum susu jer tapi letih jugak sebab lala 1 jam sekali bangun minum susu. Pun macam tu, lebih baik la dari dia bangun minum susu lepas tu menangis & taknak tidur sampai siang, kan?? At Least walau 1 jam sekali dia bangun, dapat la jugak lelap mata. Takde la lemau sangat rasa. Jadi mak yang kitorang culik semalam takde la penat sangat. Dia boleh tidur dengan aman.

Menyelit sikit kat sini nak ucapkan thanks kat Untie Ezan Cik Lala yang bermurah hati bagi Lala hadiah baju. Cantik & comel. Pink gitu. Ezan ni pun blogger & sang lekit kenal pun melalui blog. Berinteraksi dekat blog jer. Terharu sebab Ezan sudi bagi lala hadiah. Terima kasih yer Ezan.

Hadiah dari Ezan. Terharu akak dik!

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DUGAAN & BE

4.10.11 Suria Lekatlekit 15 Comments

Walaupun proses mengandung & melahirkan lala agak mudah.. tak tak semuanya mudah dalam proses membesarkan lala. Mula2 lahir, lala memang baby yang tak banyak ragam. Tapi selepas balik dari kampung raya haritu perangai lala mula berubah.

Lala semakin banyak ragam, suka menangis & sekarang ragam dia semakin menjadi jadi. Mula2 ragam dia tak nak tidur malam jer.. sekarang ni malam siang lala kurang nak tidur & suka menangis. Semalam sehingga siang, lala meragam sampai sang lekit & en hubby tak tidur. Sebab dah dekat sebulan lala jadi macam tu walaupun takde sebarang sakit, awal pagi tadi en hubby & sang lekit bawa lala ke darul syifa bangi. pukul 5.30 pagi dah keluar nak elak dari jam. Lagipun memang kitorang tak tidur. Tapi sepanjang perjalanan & sampai la menerima rawatan kat darul syifa lala tidur jer tapi sampai je rumah dia kembali meragam. Menangis, tak tidur.. serba tak kena. letak salah, dukung salah.

Betul2 menguji.. Tapi nak buat macam mana, lala anak kami. En hubby nampak lebih sabar dari sang lekit. Mungkin sebab dia tak mengadap lala 24 jam berbanding sang lekit. Bila dia keluar kerja, lala dengan sang lekit, dia balik pun lala tetap dengan sang lekit. Tekanan tu lebih kepada sang lekit. Pun begitu en hubby tak lepas tangan. Dia tahu sang lekit letih jaga lala yang meragam, balik kerja dia tolong jagakan jugak. Dia pun letih kerja. Sang lekit pun dah mati akal, takpe la cuba la petua & rawatan yang darul syifa tu bagi. Mana lah tahu dengan izin Allah, lala ok lepas ni.

Disebalik dugaan yang datang, Tuhan bagi juga segaris senyum sang lekit. Sementara lala tidur tu sang lekit jenguk kejab blog & nuffnang. Ada juga masuk BE baru untuk bulan Oktober. Alhamdulillah.. rezeki lala la kot. Maaf la kalau sang lekit tak dapat buat kunjungan balas, sang lekit betul2 takde kelapangan. Lala tidur pun kadang2 1/2 jam jer.. lepas tu bangun & meragam. Nanti kalau ada masa sang lekit jenguk yer blog kengkawan semua. Kalau ada tips yang boleh kongsi dengan sang lekit tentang masalah lala tu.. bagi la yer.

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TIBA MASANYA UNTUK SESI 'PANTANG TENGOK'

3.10.11 Suria Lekatlekit 22 Comments

Cik lala dah genap 45 hari maka dengan ini tamatlah episod berpantang sang lekit. Tak tergambar kegirangan.. selama 44 hari dugaan makan amat menduga berbanding dugaan2 yang lain. Bila tengok hubby dengan mak best je makan macam2.. kejab nasi goreng, mee goreng, laksa, Mc D, KFC bagai.. Daku hanya menjamah ikan & sayur setiap hari. Ikan pun ikan tertentu. Masakan pun masakan tertentu je boleh makan. Sebak di dada tau! kekekeke

Dan hari bermula la episod makan tanpa sempadan. Edisi membalas dendam pada en hubby yang suka sangat menduga sang lekit. Op's jangan labelkan beliau kejam yer.. Kitorang memang suka bergurau macam tu. Sang lekit tak kisah pun walau tergugat juga dengan tayangan secara langsung en hubby yang suka menunjuk2 makanan yang sang lekit tak boleh makan masa berpantang. Walaupun bermula episod baru 'pantang tengok' tapi tetap la kena ada pantang larang jugak. Lala kan menyusu badan.. Jadi kena korbankan makanan2 yang boleh memberi kesan pada kesihatan cik lala.

Hari ni hari pertama juga bagi sang lekit menguruskan lala sorang diri sebabnya mak berehat2 kat rumah adik. Pun macam tu pagi2 lagi dia dah call tanya samada boleh handle ke tidak. Tengahari pun dia call. Itulah naluri seorang mak kan. Walau anak dia dah jadi mak orang tetap dia risau takut anak dia yang sibuk jaga anak tak sempat makan. Cabaran hari pertama uruskan lala ni.. boleh tahan jugak la. Lala sekarang suka meragam malam. sejam sekali dia bangun nak minum susu. Siang je lama sikit dia tidur tapi sang lekit la tak cukup tidur. Siang sementara cik lala tidur sang lekit nak siapkan kerja rumah. Dah tu sang lekit susah nak tidur siang. Itu la punca utama berat sang lekit dah turun 5kg semasa berpantang.

Itulah pengorbanan seorang ibu. Walau susah di gagah juga. Tak sempat di sempatkan juga. Ni baru sorang, bayangkan mak sang lekit membesarkan kami 6 beradik. Kalau mak boleh, anak mak pun boleh, ye tak??

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SANG LEKIT KAWEN SEBAB KENA TANGKAP BASAH

2.10.11 Suria Lekatlekit 21 Comments

Haters blog melekit mesti berpusu2 clik entri ni kan?? Mesti taknak lepaskan peluang nak hentam sang lekit bila tengok tajuk entri tu. Sabar ye puan2 & tuan2 sekalian.. Ia hanya sebuah tajuk yang anda belum kopek apa isi dalamnya. Tapi betul ke sang lekit kawen sebab kena tangkap basah?

Ye betul.. Betul sang lekit kawen tanpa planning yang gedebak gedebuk macam orang lain. Tanpa preparation yang tak cukup kaki tangan nak siapkan, tanpa ada tempoh masa yang panjang. Hanya 1 bulan, en hubby minta izin dengan mak ayah nak kawen dengan sang lekit. Awal bulan en hubby jumpa dengan mak ayah bagitau hasrat hati dia nak kawen dengan sang lekit, dia nak nikah hujung bulan  tu jugak. Mula2 Arwah ayah setuju, tapi hasil perbincangan keluarga, 6.6.2010 menjadi tarikh pilihan masa tu. So, setelah kedua mempelai & keluarga setuju, maka bakal pengantin ni pun gegas la buat persiapan yang asas jer untuk majlis kawen tu. Hal kenduri kendara family yang uruskan kat kampung, kita kat sini uruskan baju kawen, bunga telur (beli ready made jer kat maiden), bekas telur, beg kertas bagai tu.

Tapi Allah dah aturkan segalanya.. Ayah sang lekit meninggal pada 24 April 2010 (rujuk entri ni untuk mengetahui kisahnya : AYAH ). Sebab tu ramai kawan2 tak tahu & tak di maklumkan pasal pernikahan sang  lekit tapi bukan la kena tangkap basah. Tak tau la siapa buat cerita tangkap basah ni sampai sorang kawan sang lekit tanya macam ni..


Semua perjalanan Allah dah aturkan macam tu.. Jangan la sebab sang lekit tetiba je nak kawen & kawen semua orang fikir ada sesuatu yang tak baik terjadi di sebalik pernikahan sang lekit ni. Sang Lekit bernikah 28 April 2010, majlis kawen 6.6.2010 & berjaya melahirkan shahila hasil perkahwinan tu pada 20 Ogos 2011. Sang lekit tak pernah terfikir perjalanan hidup sang lekit macam tu.. Harap jangan la sesiapa membuat andaian negatif yer.

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MAMAT PAKAI SELUAR PENDEK TAKPE JANGAN FIDA PAKAI TOPI

1.10.11 Suria Lekatlekit 29 Comments

Sekali lagi mamat sepah akan di kritik oleh sang lekit. Sang lekit bukan nak buat entri pasal Fida & mamat ni dah clash bagai. Pasal dorang dah pisah tu.. bagi sang lekit takde yang menarik pun tapi ada yang lebih menarik susulan dari kes tu yang buat sang lekit pun tertarik nak kopek dalam blog melekit ni.

Sang lekit taknak la komen tentang si fida yang dulunya bertudung & kini hanya menutup rambut dengan topi ala2 Dato Ct tu. Siapalah sang lekit nak komen orang pasal tudung bagai. Kau tak bertudung, jangan sibuk hal orang nak bertudung macam mana. Dari isu yang di bangkitkan.. kononnya si mamat ni la pengaruh si fida sampai tukar imej & Si mamat tampil memberi kenyataan menafikan tuduhan tersebut. Bila keluar kenyataan sekali lagi sang lekit dapat kesan ada ayat kurang bijak yang terdapat dalam kenyataan si mamat.


"Saya pakai seluar pendek pun tidak mengapa tetapi dia lahir dalam industri ini dengan bertudung." << Tu dia kenyataan mamat yang sang lekit rasa nak hentak jer kepala si mamat dengan siku buruk sang lekit ni. Amboi dia buat takpe, mungkin sebab dia rasa dia bukan lahir dalam bidang seni sebagai penyanyi nasyid kot.. so, apa dia pakai jadi betul je, kan??

Lelaki (sesetengah jer tau) kalau cakap pasal aurat perempuan memang handal. Tapi aurat sendiri dah betul2 tutup ker??
Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara? Nak baca artikel sepenuhnya sila clik DISINI

So, pada mamat jangan rasa kamu lelaki pakai seluar pendek pun tak apa tapi perempuan jer tak boleh.  Memang niat mamat tu baik menegur untuk kebaikan(tapi rasanya mamat tegur fida bukan pasal aurat tapi pasal takut peminat fida tak dapat terima imej baru dia jer)  tapi jangan pula cuba membetulkan benda yang salah. Itu tidak bijak wahai mamat.

29 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

LEKAT LEKIT LOVE STORY

1.10.11 Suria Lekatlekit 15 Comments

Tetiba kan?? tetiba buat entri jiwang karat.. Manusia yang bernafsu normal & punya hati akan ada ruang2 romantika dalam diri dia walau tak selalu di tonjol atau di canang, kan?? Cara kita ber romantika ni mungkin berbeza tapi perasaan kita ni tetap ada persamaannya.

Entah kenapa tiba2 sang lekit ter flashback kenangan cintan cintun bersama en hubby dulu. Kenapa en hubby bukan en ex boyfriend.. Sebabnya Ex Boyfriend tak perlu di kenang kenang lagi. Tak elok untuk keharmonian rumahtangga gitu. Nak kenang.. kenang jer yang dah jadi halal buat kita. Kenang yang indah2 untuk buat semakin hari semakin sayang.

Ni gambar kat KFC kota damansara. Time ni tak declare couple lagi. Baru kawan2 gitu!

Kisah cinta sang lekit dengan en hubby ni bukan la macam kisah cinta orang lain yang candle lite dinner, dapat bunga, coklat, control2 ayu, makan pun malu2.. cuit ayam pun guna dua jari (ibu jari & jari telunjuk jer).. almaklum la nak nampak sweet & gentle depan pasangan kan??

berkayuh basikal air kat Tasik perdana

Kisah cinta sang lekit ni penuh riuh rendah sebab kitorang ni gila2.Takde istilah control cun @ macho. Aktiviti kitorang pun takde la macam aktiviti orang lain bercinta sangat.. Balik keja kadang2 lepak playground. Main segala benda yang ada kat situ sampai berpeluh ketiak lepas tu balik rumah. Atau hujung minggu gi main layang2,picnic buat BBQ..  Pernah sekali tu kitorang beli kereta control yang harga RM15 kat tesco kemudian main tengah2 malam kat bus stop. Nak cerita tak tercerita.. macam2 aktiviti kitorang. Aktiviti biasa macam tengok wayang, shopping tu ada jugak.

Main layang2 kat Taman Metropolitan, Kepong

Sampai sekarang cara kita bergurau tetap sama macam masa cintan cintun. Bagi sesetengah orang mungkin rasa agak kasar tapi bagi kitorang yang dah biasa ni tak rasa apa2 pun. Pun begitu en hubby sang lekit seorang yang manja cuma dia ni gila2 & pelawak sikit.

Sepatutnya hari tu kitorang plan nak main gasing, akibat cari gasing tak jumpa terus jenjalan kat Bukit tinggi.

Diam tak diam semua tu dah jauh dalam kenangan. Sekarang kami dah ada baby..  Kadang2 rindu aktiviti2 yg pernah buat dulu dengan en hubby tapi keterbatasan seorang ibu yang ada baby kecil ni buat sang lekit redha jer.. Kena la sedar diri. Takkan nak tergedik2 lagi kejar layang2 sambil dukung baby.. ye tak??

 Lekat Lekit Love Story

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Ada bayaran di kenakan. Harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com