BILA ADIK DI SANGKA MUMMY

17.10.11 Suria Lekatlekit 18 Comments

Kelebihan orang kementot ni kadang2 orang kata nampak muda.. kadang2 tak nampak muda pun. Tengok dari belakang je macam budak - budak dari depan dah nampak macam mak budak. Pun begitu bergantung pada penampilan juga. Kalau fesyen ala makcik2 muka muda pun nampak tua. Ye tak??

Alkisahnya semalam.. en hubby saya belanja makan steamboat & BBQ kat D' Manggis Cafe kat kuang. Sebenarnya lama dah plan nak makan steamboat ni baru semalam je dapat pergi. Tempat tu kalau tak silap sang lekit tengok kat TV rancangan jalan2 cari makan. Restoran dia cantik.. Steamboat dia tak tau la mungkin sesetengah orang rasa best, sang lekit rasa ok la.. Harga dia tak mahal sangat. RM20 untuk dewasa & RM10 untuk kanak2. Per person ok. Ajak la adik sang lekit sekali. Jadi bertiga la kami bersama cik kecik lala yang belum boleh makan. Dia minum susu je.

Kitorang lepak kat ruangan ni. (gambar di pinjam dari D'Manggis Cafe)

Dah bawak baby ni maka sorang mesti la kena jaga baby sementara 2 lagi insan pergi mengambil bahan2 untuk men'stemaboat & mem'BBQ. Adik sang lekit dengan hubby jer pergi pilih makanan. Sang lekit dengan baby lala duduk lepak2 kat meja. Sebelah meja tu ada 1 family yang asyik pandang. Mungkin teruja sebab di bawak sekali lala yang tak sampai 2 bulan tu. Dorang dok bercakap semasa sendiri, ada yang dok teka lala belum habis pantang, lepas si perempuan cakap kalau belum habis pantang takkan ibunya dah boleh makan steamboat & jalan2.

Lepas tu dorang pandang adik sang lekit masa tu tengah jalan dengan hubby nak pergi ambil bahan2 steamboat, dorang fikir adik sang lekit tu la mummy lala sebab adik sang lekit ni selain penampilan dia, muka dia pun nampak lebih kakak pada sang lekit. Sang lekit yang katek ni tak tau la dorang fikir siapa. Bibik ke, adik ke yang pasti dorang tak fikir bini & mummy pada lala. Tergelak sorang2. Yang dorang pun nak main teka teki pun cakap biar la pelan2. Ni Vokal mampu di dengar jelas sang lekit. Tapi sang lekit buat2 macam tak dengar.

Bila adik sang lekit datang, sang lekit bagitau la.. Terus taknak jalan2 dengan hubby. Almaklum la orang masih solo molo & single mingle.. Takut jatuh saham bujang dia. Balik rumah belek2 muka kat cermin, rasanya dah nampak rupa ibu2.. ke aku je yang rasa aku dah nampak macam ibu2?? kekekekeke..

Moral of the story.. Kalau kita melihat sesuatu jangan pandai2 nak buat keputusan dari pandangan mata kasar yer sebabnya banyak benda akan tersasar dari tekaan kita tak kira perkara tu baik atau buruk. Macam kes sang lekit ni takde apa lah nak ambil hati. Tapi mungkin kes2 yang lain yang kurang sedap di dengar mengundang marah orang lain.

18 comments:

  1. macam cerita hikayat lama la pulak bila guna sang sang ni ...

    Memang pandangan boleh mengelirukan, atau mungkin dah tiba masa pakai spek.

    ReplyDelete
  2. wahahaha..maksudnya kena banggalah muka still awet muda walaupun anak 1...heee

    ReplyDelete
  3. Hah sy pun selalu kena kak kalau dukung atau jalan dgn anak sedara.wuwuwuw.kdg2 terasa diri begitu tua.hehehe

    ReplyDelete
  4. mesti diorang ingat kau ni kakak si Lala kan.. hahahahhaha

    ReplyDelete
  5. Hik2!!! Camna ler agak2nya gaya deme waktu meneka2 siakan mummy kpd Cik Lala kan.. hik3!!

    ReplyDelete
  6. klaka pulak. sy kat sini walaupun student tahun satu, ada orang cakap tahun 3. cakap depan depan plak tuh. HAHAHAHA

    ReplyDelete
  7. orang kecik nie selalunya akan sentiasa nampak awet muda..hehehe

    ReplyDelete
  8. betul..
    ada orang tak suka
    kita anggap dia dah kawwen sedangkan belum...

    ReplyDelete
  9. ehehehe.. kesian adik, tak pasal2 orang salah sangka ngan dia.. eheheh..

    Lekit memang nampak awet muda laaa...

    ReplyDelete
  10. sis lekit keliatan awet muda disebabkan itulah orang tak sangka cik lala is your daughter..hehehe. betul tak?

    apa2pun, nothing can be saw through naked eyes. don't judge a book by its cover ;)

    ReplyDelete
  11. hahahah..kita pon selalu kena COP muka ibu orang.. :P xper lar.. doa yg baik tuh.. pasrah jek lar~ hehehe

    ReplyDelete
  12. lumrah la tu manusia...mudah menilai.....cian dier...

    ReplyDelete
  13. hihi..alahai kesian adik akak..kalau kte pn tensen jeh..hahaha..

    kte lg trok tau..dlu prnah teman arwah mak gi hspital, depa borak2 kte xamik port la..dok baca novel..skali trdengar aunty tu tnya "who is this?your maid ah?" punye la menyirap kita masa tuuuuuu!!!
    kalau maid la kan, educated nye maid baca novel Twilight saga..

    sebabnya rupa kite sangat brbeza dgn arwah mak..kte mcm indon kot..hahaha

    ReplyDelete
  14. hihi. lumrah tu kak. even rina sendiri pn selalu gak tengok2 org then konfem akan cakap org tu mesti laki die. eh, tua sgt tuu.. bapak kot. haha. bukan niat nk mengate, just mate melihat, otak berfikir ;)

    so akak bertuah sbb awet muda! =)

    ReplyDelete
  15. Hehehe oran kita biasalah kak. Suka buat kesimpulan awal sendiri..


    Tu tandanya akak awet muda. ;D




    Tiba² rasa macam mengidam steamboat pulak!

    ReplyDelete
  16. kelassss mak jah..org keliling ingat muda belia gitu..

    perghh..cma dok mengidam nk mkn stembut ni..

    nk cuba g kat situ plak la...hehehe..^_^

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!