KENAPA PEREMPUAN MELAYU TAK BOLEH MASUK PERTANDINGAN RATU CANTIK TAPI BOLEH SERTAI PERTANDINGAN GYMNASTIK

10.10.11 Suria Lekatlekit 31 Comments

Tetiba hari ni rasa nak kopek isu pasal pakaian yang di pakai peserta gymnastik & ratu cantik setelah  tertonton rancangan kat TV1 petang tadi.. Tajuknya idola sukan kalau tak silap. erkk.. entahlah.. yang pasti idola jugak la.

Kita sedia maklum akan pakaian yang di pakai peserta gymnastik (perempuan) & antara pakaian yang wajib di pakai bagi mereka yang menyertai pertandingan ratu cantik. Kat Malaysia gadis/perempuan/wanita melayu muslim di haramkan untuk menyertai pertandingan ratu cantik atas sebab2 kena pakai pakaian menjolok mata & memperagakan tubuh.

Mari kita tengok persamaan bikini & pakaian peserta gymnastik. Kalau gymnastik orang melayu muslim boleh sertai.. Tapi pakaian yang di pakai peserta perempuan ala2 bikini jugak kan?? Tak pula di haramkan. Dah tu semasa melakukan aksi gymnastik terpaksa lompat2, kangkang2, lentik2. Kalau ratu cantik melayu berbikini di katakan tidak sopan, adakah pakaian & pergerakkan gadis melayu yang menyertai acara gymnastik tu nampak sopan walau comel?

Carian google. sekadar hiasan

Bila tengok rancangan kat TV1 tadi.. walau idola pilihan tu seorang kanak2 perempuan melayu tapi jurulatih dia bukan kanak2.. dah gadis & bekas atlik gymnastik melayu muslim. Tiba2 terfikir apa beza bikini & pakaian yang di pakai oleh atlik gymnastik melayu muslim. Nampak sama jer.

Ini cuma satu pandangan, pertanyaan peribadi sang lekit. Sesiapa yang ada alasan, hujah & jawapan tentang perkara ni boleh jer menaip di kotak komen entri ni bagi bertukar2 pandangan & mungkin korang ada info2 tentang benda ni semua. Harap takde pihak yang rasa entri ni menganiaya atau menghentam. Ini cuma pertanyaaan seorang orang awam yang agak dungu dalam hal ni. kekekekeke

31 comments:

  1. tu la pasal..
    akak pun pelik jugak..
    tapi tu la satu punca kenapa ahli gimnastik perempuan negara kita yang berbangsa melayu bersara awal..
    kalau perasan biasanya depa bersara bila usia belas2 tahun je..malu kot.

    ReplyDelete
  2. gimnastik satu... tu sukan berenang yg pakai baju mandi, sukan lumba lari yg pakai seluar pendek, bola sepak wanita yg pakai menyerupai lelaki... bla bla bla, diorg tak bising la pulak...

    ReplyDelete
  3. tgk peha dia mummy.. gebu kan?! apa pulak lah pd pandangan seorang lelaki yg normal nafsunya.. Tak banyak sikit2 tu merewang jgk akal deme bila tgk sorang gadis pakai mcm tu kan?! apatah lg gadis melayu beragama islam.. iskkk!! x nak ckp lelebih.. nanti orang kata pepandai plak.. tp inilah yg dikatakan melentur buluh biar dari rebungnya.. dr kecik diajar tunjuk peha halayak ramai dah bsor sok ermmmm renung2kan dan selamat beramal.. Cik Lala!! Sila jauhi pakaian sebegitu ye.. IbuAqil nampak depan2 mata ibu GEGET peha tu.. ;p

    ReplyDelete
  4. betul ckp jo..renang tu blh lak ek?lumba lari..adoii teruk kan?jwb2...saper yg arif.bkn kami nak minta dibenarkan mereka join ratu cantik tp nak tny naper yg lain2 tu blh join lak?sama jek tak tutup aurat dan terbukak luas auratnyer

    ReplyDelete
  5. tah lah kak. mayb sbb ratu cantik tu dok buat runway tayang body kot. yg gimnas tu utk sukan. dah kalau sukan gimnas pakai baju longgar x masuk plak reben nak putar.. x jalan plak bola nak golek2 kat lengan.. hihik ;D

    ReplyDelete
  6. haha. betol gak kan.. sama je dua pakian tu..

    ReplyDelete
  7. sebenarnya mmg hukumnya haram kerana aurat sudah terdedah tapi apakan daya mahu atau tidak mahu terpaksa ikut juga peraturan yang telah ditetapkan. jalan yang terbaik ialah terpaksalah elakan dari terbabit dengan perkara-perkara ini. siapa tahu mungkin akan datang lebih sopan lagi seperti terjadi di kolam renang.Sudah ramai atlit dunia wanita yg mengenakan pakain yg menutup penuh walaupun ianya nampak ketat tapi ianya satu petunjuk yg positif untuk menutup tubuh badan...

    ReplyDelete
  8. Betul gak ye..setuju kata Bigdaddyz..:)

    ReplyDelete
  9. this is very hot issue..hehehe. but then, those are the rules for gymnastic, so what can they do, hanya patuhi syarat2 dan undang2 pertandingan ;)

    ReplyDelete
  10. ha'ah laa..
    tak de beza pun rasanya kan..
    =.=''

    ReplyDelete
  11. huuuu, tak leh tak leh. aurat...

    artu cr blog ni x jumpe pon. egtkn da remove.. ^^

    ReplyDelete
  12. btl gak kan. cx pon tk terfikir bnda ni. good entry! thumbs up :)

    ReplyDelete
  13. Betul tu cik lekit! setuju sgt2... heee.. =))

    ReplyDelete
  14. a'a ek..lebih kurang same je tu..

    hmmm..tak tau la mummy lala..agaknye dorang terlepas pandang kot..

    ReplyDelete
  15. pertandingan ratu cantik dah mmg sah-sah tak bolehlah kan..sukan plak..boleh kata semua jenis sukan mendedahkan aurat..nk buat cemana kan..dah peraturan..samalah mcm bigdaddyz cakap tu..

    ReplyDelete
  16. mungkin kerana sukan ni bermanfaat kepada negara tu yang dia tak haramkan penyertaan perempuan melayu..kalau ratu cantik tu kan macam takde manfaat kepada negara..pendapat saya saja

    tapi yang pastinya dua2 tu tayang body huhuuu

    http://noipunyablog.blogspot.com/2011/10/tips-hari-ini-kegunaan-kucing.html

    ReplyDelete
  17. tak consistent kan...
    penah gak persoalkan, knp ratu cantik xleh masuk tp dewi remaja ok jek...?
    alasan xleh masuk ratu cantik SBB PAKAIAN MENDEDAHKAN...dewi remaja tu pon sama jek...cuma tade swim wear jek..tu jek beza nya....

    ReplyDelete
  18. hmmm..
    ntahlah..
    kita tnya yg lebih pakaar!

    ReplyDelete
  19. ha'ahhh kannn!! cer hantar surat kat paper. ehehhe.. :P

    ReplyDelete
  20. eeeuuuwww rara mmg tak suke tgk gymnastik.then ber idola2 ni.kite mmg tak baik ada idola kan.just nabi muhammad je boleh jd idola kite kan sis.

    ReplyDelete
  21. itu namanye politik x sedar diri *mulut jahat*..
    adesssss...xtau la apesal dorang camni..
    setuju gak ape yg aby tlis tu..

    ReplyDelete
  22. haram tetap haram..tapi empunya diri tu kalau die yang nak macam mana...

    cuma kita doa yang terbaik untuknya

    ReplyDelete
  23. really nice entry. tak terfikr sebelum ni.. now start wondering... why..

    ReplyDelete
  24. nak juga kupas isu ni. tapi takut plak menyinggung mana2 pihak..

    yang penting peranan pihak berkuasa keagaaman tu yang patut jawab isu ini..

    ReplyDelete
  25. ini adalah berkenaan dogma...

    pandangan org yang melihat masuk ratu cantik tu umpama sengaje memperagakan tubuh bdan untuk tujuan menang kerana cantik...


    pandangan org bahawa menang gimnastik sebab bakat brsukan, dan bukan kerana peraga tubuh badan.

    ReplyDelete
  26. salam ...betul tu kenapa isu ni x jadi masalah pd sesetengah pihak ek...tapi mungkin tu bukan tujuan utk tayang bdn kot tu sbb die org x kisah kot....:)

    ReplyDelete
  27. tapi tak semua mampu bertahan lama dalam gimnastik dan renang sebab bila umur dah meningkat, secara tak langsung perasaan malu tu semakin bercambah..

    ReplyDelete
  28. Kerana dalam pertandingan ratu cantik itu, para juri/hakim yg dianggotai oleh manusia itu menilai sape yg cantik, yg tak cantik, yg macam2 lagi la.. Sedangkan realitinya manusia ciptaan Allah itu dah sebaik2 ciptaan. semuanya cantik. So..sape la kita yg hamba ni nak argue ciptaan-Nya

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!