KOMPANG BERBUNYI, PENGANTIN BELUM NIKAH LAGI

25.10.11 Suria Lekatlekit 17 Comments

Siapa pengantin yang belum nikah tapi dah di kompangkan?? Nak tau apa cerita & makna di sebalik tajuk entri ni sila rajinkan diri anda untuk baca entri ni hingga ke titik noktah terakhir. Takat baca tajuk lepas tu komen, Insyaallah komen korang akan tersasar dari cerita sebenar. Jadi kalau rasa minat nak berkomen sila baca dengan teliti & faham.

carian google

Tu dia mukadimah.. Bukan apa sekarang ni trend blogwalking.. Malas nak baca entri, kalau tak kat shoutbox dia menjerit, dia tinggalkan kesan jari kat komen tapi komennya nampak sangat tak baca entri. Takpe itu terpulang pada diri masing2. Salah memang tak salah, tapi akan jadi salah pada orang lain walau bagi sang lekit terpulang pada diri masing2 la nak baca @ tak.

Apa benda yang kompang berbunyi tapi pengantin belum nikah lagi ni? Ni kes manusia excited yang apa saja baru planning dalam kepala otak & belum dapat keputusan rasmi dah canang bagai esok hari nak naik pelamin. Cerita gedebuk gedebak pasal preparation nak kawen, alih - alih bila orang tanya bila nak langsung jawapan cukup hampeh.. "Tak tahu lagi. Cik Abang belum cukup duit." Tapi hari - hari di canang macam dah tetap tarikh kawen tu. Aduhai adik - adik yang bersifat demikian.. Bukan akak kata tak boleh berkongsi bahagia dengan orang lain yer. Memang la niat yang murni tu baik tapi caranya pula nampak jelik.

Kalau dah tak tentu bila cik abangnya cukup duit & boleh langsungkan acara kawen korang dengan gilang gemilang adalah lebih baik jangan la bercerita macam dah siap sedia memakai costum & naik pelamin. Bukan apa dik Ooi.. buatnya pelamin angan mu musnah, kan malu. Nak2 lagi dalam situasi kamu yang tak tau hujung pangkal bila nak nikah tu. Orang dok dengar hari - hari macam makin dekat je dengan tarikh nikah. Yelah.. ko mengelabah macam esok nak kawen tapi hari ni bunga telur pun belum siap mana orang tak fikir ko dah nak kawen walhal baru perancangan. Kalau pun nak kongsi kegembiraan tu, kongsi la mengikut apa yang berlaku dalam situasi tu. Jangan la ko dok share benda yang baru dalam imaginasi tapi gaya cerita dah macam realiti.

Nak excited tu tak salah jangan over excited nanti benda tu nak makan diri. Kang tak jadi, orang gelakkan ker.. orang ejek2 ke kau juga nak sedih. Meratap hiba kat dinding facebook. 1 hari berjela2 status duka lara tu. Pada adik - adik yang pernah melakukan perbuatan sedemikian rupa.. akak nasihatkan sila cipta garisan privacy sikit kat facebook tu untuk korang tak anggap dinding FB tu macam buku diari yang ada mangga sebab setiap apa yang korang taip kat situ bukan lagi rahsia. Jadi berhati2 yer..

P/s : Sebab korang terlalu open minded kat dinding muka buku tu maka tercipta la entri ni. Kalau taknak orang kutuk, sila jangan berbogel sangat kat status FB tu yer.. 

17 comments:

  1. betul3x... belum ada apa2 dah nak heboh sekampung.. ehehe

    ReplyDelete
  2. hehe...facebook dah dianggap cam diari diorang smpai tak ingat bahawa ramai yg baca......

    ReplyDelete
  3. sbb tu saya deaktivated fb....xde privacy...hehe... luahkn pape dlm blog boleh?tp still ade garis nya lah...kekadang org tuu pumpang2 mcm sok nk kawin tuu bukan ape mungkin dorg pon xsangka akn kawin tp tul gak jgn diwar2kan awal sgt...tp jz bg tau gitu2 jela...sbb kalo bagitau las2 minit cm lusa nk kawin da..xkew org akn pikir aik cepat betul die kawin...xtau pn...hehe..sekdar pandangn..

    ReplyDelete
  4. Hik3!!!! Betul tu mummy.. Duk canang sana sini bagai nak rak last2 x jd kawin x ke naye.. Hik3!!!

    ReplyDelete
  5. adik2 tak pikir panjang tu..
    tak tau la kalau2 dah terdesak sangt nak kawen,boleh canang je la nak bagi ada bau2 nasik minyak tu padahal habuk pun tak dak..

    kat fb suami akak ada la sepasang kekasih..'macam ni la..last2 sekarang putus dah pun...
    kan malu jadi gitu..

    ReplyDelete
  6. aku tengah bayangkan Org berbogel kat Fb...

    mesti kiut kan nyah kan...


    bese la budak2 excited...merenyam nak kawen...

    ReplyDelete
  7. saya bosan kalau status org asek cerita pasal pakwe/mkwe,sayang @ rindu pakwe makwe manjang..bosan bosan

    ReplyDelete
  8. Tu lah zaman skrg ni
    abis semua hal nak update kt Fb
    tmasuklah perihal kawen2 neh
    blom kira yg dah change sttus ke engaged pahal boom papepon kannnnn
    hentahlaaaa

    ReplyDelete
  9. seeloknya rahsia kan dulu, bila dah betul2 confirm barulah pukul canang! takdelah malu besar bila tiba2 tak jadi nanti kan?

    ReplyDelete
  10. hihiii....
    tak semua orang berminat dengan kisah percintaan kita tu..

    ReplyDelete
  11. jgn mengharap benda yg x pasti...

    ReplyDelete
  12. belum2 dah gebang lebih ye puan suria... canang satu opis.. canang satu kampung... bile tak jadi, sape yg malu? mereka dan keluarga mereka?

    p/s: tempahan iklan macam mana? sy edit sendiri la ye papan iklan awak.. siap saya gantung.. percuma.... balaslah dengan senyuman mesraaaaaa!!!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!