LAGU BUAI

10/09/2011 06:43:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Lagi entri ibu - ibu. Almaklum la dah bergelar mak orang ni entri pun banyak berunsurkan mak - mak gitu. Jadi pada adik - adik & abang - abang tu harap tak jemu la nak baca entri di blog melekit ni.

Kali ni kopek pasal lagu buai. Apa tu lagu buai. Sebenarnya sang lekit pun tak tau nak namakan apa tapi memandang lagu ini di nyanyikan semasa membuai si kecik dalam buaian jadi sang lekit namakan dia sebagai lagu buai jer. Boleh??

Bagi ibu - ibu, mak - mak, mama - mama & mummy - mummy kat luar sana tentu dah sinonim dengan lagu buai semasa membuaikan si kecik korang kan?? Selalunya apa yang korang lagukan semasa membuai baby korang? Kalau yang muslim tu sinonim la dengan lagu2 berunsur keagamaan macam zikir bagai kan. Paling tak pun bunyi hmm.. hmmm.. dengan irama tanpa lirik je.

Sang lekit pula kalau sorang - sorang kat rumah selain lagu2 berunsur keagamaan macam zikir, sang lekit suka nyanyi untuk lala lagu Whitney Houstan , lagu raihan tak pun lagu labag - labah. Kalau lagu whitney houstan tu lagu the greatest love, lagu raihan pula lagu I'tiraf & lagu labah2 pula lagu yang sang lekit belajar masa tadika dulu. Tu pun kalau sorang2.. kalau ada orang kat rumah, segan jugak. Almaklum la suara I kan lunak sikit dari Sheila Hamzah tapi shiela hamzah lunak banyak la dari sang lekit. kekekekeke

Walau inggeris ku tak la fasih sangat tapi tetap gigih tu nyanyi lagu orang putih. Biar lirik terabur janji mampu memukau cik lala untuk tidur. Nak tidurkan lala sekarang bukan senang macam dulu. Maunya 3 4 lagu juga la terpaksa di sumbangkan dengan suara sumbang. Zikir2 tu selalunya di nyanyikan masa meriba @ memangku lala jer.. Masa tu dia celik & fokus dengar. Bagi sang lekit afdal la time tu di dengarkan benda2 yang baik. Kan??

Korang lak aku apa menjadi lagu mendodoikan anak korang? Jom kongsi2 dengan sang lekit.

20 comments:

  1. Lum berpeluang mendodoi anak sendiri..tapi rasanya nak nyanyi lagu yg mendayu sikit, biar dia ngantuk cepat...hehe

    ReplyDelete
  2. masa maisara kecik2 dulu lagu lailahaillallah ,selawat syifa,zikir2 la yang banyak..sekarang dah besar bukan setakat zikir2 je kena nyanyi,siap mintak lagu "bila cinta" lagu ilusi-adira,lepas tu sambung pulak dengan cerita2 dongeng...
    kalau tak,tak de nya nak tidur.

    ReplyDelete
  3. hehe.. samela ngan saye yea cik lekit.
    klu nak mendodoikan hero saye si elfeeras tu, jenuh rasenye nyanyi zikir Subhanallah tu.
    kadang² hentam lagu Bulan Ditutup Awan-Yuna. pon incik elfeeras saye lena juge. (atau mungkin tlena sebab bosan dengar mamanye nyanyi lagu nie berulang²??-hahaha)

    ReplyDelete
  4. Ibu dulu kantoi bab2 nyanyi zikir bila nak buaikan Aqil.. HP je lah duk padang je ayat kursi.. dah abeh ulang lg ayat yg sama.. sebabnya si Aqil dulu sawan tangis.. dia hanya diam & bleh lena bila dgor ayat kursi aja.. yg lain hampeh.. lagi kuat suara dia melalak dari lagu buai yg kita pasang.. sabau je lah..

    ReplyDelete
  5. sekarang azzah pun dah berzikir time sorang2..bagi baby dalam perut dengar

    ReplyDelete
  6. sekor labah2 cuba panjat perigi... bila hujan turun labah cepat lari..


    terbit matahari, hujan tiada lagi...


    labah boleh panjat sekali lagi.....

    ReplyDelete
  7. saya selalu tengok macik saya pasang lagu mp3 al-Quran utk mendodoi bayinya...

    ReplyDelete
  8. lagu buai tu bukan takat mak mak aje,saya nyanyikan untuk anak sedara,untuk adik masa diorang kecik-kecik dulu.
    perkara paling tak best ialah kena buai adik..sebab tak dapat nak main.

    ada satu lagu buai yang berketurunan kami nyanyi.=)

    ReplyDelete
  9. asma ul husna..feveret! nada sedap makna pon besh! mudah lena...

    ReplyDelete
  10. janji dia tidur kan? hihi... teringat masa kecik kecik dulu.. kita pun pandai dodoikan adik tidur. lirik standard ikut maknya

    ReplyDelete
  11. kadang2 ayat qursi ema bacakan semasa tidurkan anak

    ReplyDelete
  12. zikir tu selalu la..tp bl anak buah xnk tdr, sy yg tdr.. hahaha..


    apa kata try lagu tiga kupang..hehe

    ReplyDelete
  13. tak de lagu dodoi kerana mereka tiada buaian ...cuma di letak dan di baringkan sahaja sehingga tidur...mudah dan senang...:)

    ReplyDelete
  14. kayrul selalu dodoikan ngan zikir je..kekadang tak sempat nak dodoi dah tidur dulu anak beranak..hehehe

    ReplyDelete
  15. hehe...lagu omputeh tu...
    kelassssssssssss mak lekit..^_^v
    cma bt mase ni dodoikan dgn zikir2 je..
    lagu2 bagai tu x de lgi..silap2 mau x tido anak dgr suare ummie die yg shummmbang!hehehe... :0

    ReplyDelete
  16. abah zikir je selalu sampai anak abah pun tidurkan bear dia berzikir..hehehe

    ReplyDelete
  17. Nyanyi lah lagu pokok..hazama...hhehehehe

    ReplyDelete
  18. mase adik kecik, salu buai die sambil nyanyi lagu burung bangau, nenek2 si bongkok 3, lagu siti nurhaliza pn tibai sume. hakhak

    ReplyDelete
  19. vahhhhhh lagu omputih tu akk nyanyi.besh je cik lala dgr.hehehe

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com