MAMAT PAKAI SELUAR PENDEK TAKPE JANGAN FIDA PAKAI TOPI

1.10.11 Suria Lekatlekit 29 Comments

Sekali lagi mamat sepah akan di kritik oleh sang lekit. Sang lekit bukan nak buat entri pasal Fida & mamat ni dah clash bagai. Pasal dorang dah pisah tu.. bagi sang lekit takde yang menarik pun tapi ada yang lebih menarik susulan dari kes tu yang buat sang lekit pun tertarik nak kopek dalam blog melekit ni.

Sang lekit taknak la komen tentang si fida yang dulunya bertudung & kini hanya menutup rambut dengan topi ala2 Dato Ct tu. Siapalah sang lekit nak komen orang pasal tudung bagai. Kau tak bertudung, jangan sibuk hal orang nak bertudung macam mana. Dari isu yang di bangkitkan.. kononnya si mamat ni la pengaruh si fida sampai tukar imej & Si mamat tampil memberi kenyataan menafikan tuduhan tersebut. Bila keluar kenyataan sekali lagi sang lekit dapat kesan ada ayat kurang bijak yang terdapat dalam kenyataan si mamat.


"Saya pakai seluar pendek pun tidak mengapa tetapi dia lahir dalam industri ini dengan bertudung." << Tu dia kenyataan mamat yang sang lekit rasa nak hentak jer kepala si mamat dengan siku buruk sang lekit ni. Amboi dia buat takpe, mungkin sebab dia rasa dia bukan lahir dalam bidang seni sebagai penyanyi nasyid kot.. so, apa dia pakai jadi betul je, kan??

Lelaki (sesetengah jer tau) kalau cakap pasal aurat perempuan memang handal. Tapi aurat sendiri dah betul2 tutup ker??
Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara? Nak baca artikel sepenuhnya sila clik DISINI

So, pada mamat jangan rasa kamu lelaki pakai seluar pendek pun tak apa tapi perempuan jer tak boleh.  Memang niat mamat tu baik menegur untuk kebaikan(tapi rasanya mamat tegur fida bukan pasal aurat tapi pasal takut peminat fida tak dapat terima imej baru dia jer)  tapi jangan pula cuba membetulkan benda yang salah. Itu tidak bijak wahai mamat.

29 comments:

  1. Huh!! Menarik sggh cara lekit kopak kopek topik ni.. Buat renungan & selamat beramal semua.. ;)

    ReplyDelete
  2. kalau sy pakai seluar pendek sy x akan ckp mcm tu,almaklumlah org biasa mcm mamat tu pon mcm western lifestyle jgk kan,bkn artis je ada kan,huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. hahaha.
    mmt sepah ni pun 1 hal jgk..

    erkkk....dorang dah clash ke?

    ReplyDelete
  4. kesian tengok.

    kerana cinta, sanggup bukak tudung ka?

    ReplyDelete
  5. haha.sy syak si mamat nei memang jenis tak pandai bercakap.jadi nasihat sy kepada mamat sampah nei eh mamat sepah nei,diam je lah tak payah nak bagi statement sgt.buat mkn diri sendiri je.

    ReplyDelete
  6. pakai seluar pendek tak mengapa... apa yang tak mengapa pulak... tengok gambar tu pun dah nampak aurat... apa nak jadi... ish2

    ReplyDelete
  7. cayalah lekit.. suka dengan kupasan isu ini... Mamat tak seswai utk Fida... mmg mamat ini tak pandai nak mejelaskan... asal cakap je dah kena kritik... ehehe

    ReplyDelete
  8. tak sangka kan sampai mcm tu sekali mereka ni..si fida pon 1 hal..adeh

    ReplyDelete
  9. mamat ni agak kurang ckt..kurang apa tu? kurang best.. dlm sepah pn nmpk yg dia ni memang kurang menyerlah.. banyk la kurang psl mamat ni... hmm

    ReplyDelete
  10. isyk sabar jelah dengan diorang ni..

    mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada mereka berdua.Dan kepada kita semua juga.

    Ayat yang dia keluarkan macam orang tak belajar Pendidikan Islam.

    ReplyDelete
  11. dah putus ke?huhu.

    kepala lutut tu aurat ye incik mamat!

    ReplyDelete
  12. dorang dah clash eh..kejap tul?betul,pasal bertudung memang isu sensitif..tapi gaya mamat tu memang dah boleh ditegur..

    ReplyDelete
  13. mamat mamat....kenapa lelaki bila buat statment defend gf dia jadi macam ayat sarkas ha?

    ReplyDelete
  14. dunia artis....sebab tue ARTIS nie jangan dipuja sangat.....role model jauh sekali....

    ReplyDelete
  15. setuju seratus peratus dengan entry ni..
    apa yang bermain dalam kepala akak ni cantik je lekit kupas..:)

    ReplyDelete
  16. dah clash ke diaorang? hmm, macam2 hal la diaorang ni..

    ReplyDelete
  17. yeah kupasan isu yang menarik...

    ReplyDelete
  18. takut nya saya lihat benda cmni kak lekit... kekadang kita ni pon leh tersilap ckp terutama tentang hukum Allah... btw mamat ni bukan islam ka?? xtakut ka ngn statement die seolah2 menghalalkan dirinya membuka aurat?huhu... mudah2han kita semua tidak begitu kn kak lekit...takut lak tgk dunia sknk nie...huhu

    ReplyDelete
  19. Mamat jgn lupa, dia buat hal Fida pun kena tempiasnya..geram jg dgn Mamat ni ! grrr

    ReplyDelete
  20. kalo dh byk benau kontrol panel...err...kontrolbesi mcm neh, rs benci gaks. syg benau psl depa berdua tuh mmg berbakat besau..alahaiii!!!

    ReplyDelete
  21. hurmm.. dunia artis ni mcm2 hal.. ada aja kontroversi..

    ReplyDelete
  22. betul tu lekat lekit..
    tak patut mamat ckp mcm tu..

    ReplyDelete
  23. kompem la lepas nie mamat kena hentam lagi teruk

    ReplyDelete
  24. Aduhh.. Pening jugak dengan kes ni. Rasanya dua² pun ada silap. Fida tak patut tunjuk rambut macam tu walaupun untuk mamat sorang sebab bertudung ni bukan untuk seseorang tetapi untuk ALLAH.

    Si mamat pulak macam kurang matang..

    Kita amik pengajran yang ada je la... kan kak.

    ReplyDelete
  25. Malaysian artist...lack of islamic values.
    blaming other to save their own

    ReplyDelete
  26. macam2..sayang jeh sebab ritu rasa tak declare lagi kapel depa ni..kononnya masih kenal2 gitu..tup tup da putus>??erkkk..

    errmmm seluar pendek kalau tak nampak lutut takpe la..ini nampak aurat dah tu..

    ReplyDelete
  27. setuju! lelaki selalu query aurat perempuan. tp dorang sendiri selalu lupe dorang pn ade aurat.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!