MENCARI ISTERI YANG CANTIK ATAU MENCARI KECANTIKKAN ISTERI

10/14/2011 07:09:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Wahai lelaki ini satu pertanyaan untuk korang? Tak kira la korang masih mencari isteri atau sudah beristeri dan mencari isteri lagi. Korang nak cari yang macam mana?

Sang Lekit nak kopek isu ni dari sudut pandangan peribadi sang lekit sambil2 korang pun boleh bagi komen selepas selesai baca entri ni.

Adakah korang nak cari isteri yang cantik? (bagi mereka yang bujang & para suami yang tengah mencari calon isteri lagi) Atau mencari kecantikkan pada isteri. Ketahuilah duhai lelaki, kecantikkan itu tidak kekal selamanya.. Kalau cantik yang di cari andai satu hari kecantikkan itu takde lagi apakah korang akan mencari orang lain yang masih cantik?

Jika dah jodoh dengan orang yang kurang dari rupa parasnya.. janganlah mengeluh atau malu atau jadikan itu alasan nak cari lain yer. Carilah kecantikkan yang ada dalam diri isteri korang tu. Takkan muka buruk, semuanya buruk kot. Mesti ada kecantikkan lain yang isteri orang lain yang cantik rupa parasnya takde. Contoh walau isteri mu buruk rupa parasnya, tapi bab memasak memang cantik. Takde la asyik baca menu kat luar jer kalau nak makan sedap2.

Setiap manusia yang di jadikan ada cantik & buruknya. Mungkin buruk dari rupa parasnya, tapi cantik dari budi pekertinya. Mungkin cantik rupa parasnya tapi buruk sikapnya. Bukan takde yang pakej, cantik luar & dalam. Ada.. Tapi tak semua orang bertuah dapat pakej macam tu. Nak pakej macam tu kena tengok juga pakej yang ada pada diri anda. Kalau dah muka pecah, kerja pun malas.. Nak pakej cantik2 ni, tolong tunjal dahi sendiri & cakap dalam keadaan yang sedar.. " Kau siapa nak demand2?!"


Kalau semua orang cantik, mungkin tak wujud drama telenovella berjuduh Yo Soy Betty La Fea. Itu realiti.. Macam dalam cerita betty tu, walau dia hodoh, berfesyen macam badut, membalut tubuh dengan pakaian warna warni tapi ada satu kelebihan yang orang lain takde sampai si Armando yang hensem pun akhirnya gugur pada cinta si betty. Walau rupa dia pernah hodoh tapi ending cerita tu tetap dia jadi cantik. Jadi, kalau anda mendapat pasangan yang kurang cantik jangan rasa tempek apapun kat muka dia tetap hodoh. Dia juga ada sudut2 yang cantik mungkin kita terlepas pandang atau kita tak membantunya untuk kelihatan cantik.

Angau juga la tengok drama ni. Sampai termimpi2 Armando tu. kekekeke

Kesimpulan mencari isteri yang cantik tak salah, dapat isteri yang kurang cantik bukanlah bermakna korang bernasib malang sebab kecantikkan mereka itu perlu di cari dari sudut yang lain untuk korang rasa bertuah memiliki dia. Apapun setiap manusia ada kelebihan & kekurangan masing2 jadi sebagai pasangan suami isteri, kita menerima dia seadanya bukan bermakna sampai tak boleh di ubah, untuk kepuasan dalam rumahtangga tak salah kita mengubah sesuatu untuk kebaikan bersama, kan??

20 comments:

  1. terima kasih lekit.. sedikit keinsafan dan kesedaran bila membaca entri ini berulang kali... ekekeke..

    Betul juga kan, kerana kecantikan luaran lah banyak lelaki2 yang tersilap pilih jalan masa depan..

    mudah2an saya d pertemukan jodoh yang baik2 aja.. heeee (",)

    ReplyDelete
  2. Kecantikan itu dtgnya dr hati.. ;)))))))

    ReplyDelete
  3. cantik dan jelek semuanya datang dari Yang Maha Pencipta. apa kecantikan dan kejelekan yg kita punya pada hari ini adalah sebagai tanda kita seorang manusia yg diciptakan dari berbagai2 paras rupa. bersyukur apa adanya lebih penting. and for guys out there, don't over choosy. hehehe.

    ReplyDelete
  4. cantik sifat,cantik lah semuanya

    ReplyDelete
  5. Betul...! sangat setuju dgn kesimpulan Suria, kecantikkan seseorang wanita bukan pada rupa tetapi pada hati dan zahirnya..

    ReplyDelete
  6. terimelah mereka yg terime kite seadanya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelh mmng betur2..smua nye dri tuhn2..tpi sya nk cm awk.dh cukup..

      Delete
  7. setuju sangt2...
    kalau nak yang muka je cantik jangan pulak nanti dah 4,5 tahun kawen baru nak merungut bini tidur berdengkur la..
    bini masak tak sedap la...
    patutnya sebelum kawen tu kena pentingkan cantik yang cemana..
    orang lelaki sekarang nak yang cantik muka dan body je..dia tak elok mana pun.
    situ je dah tunjuk sikap tak adil tu..

    ReplyDelete
  8. semua orang ada keistimewaan masing-masing:)

    baby cht? :)

    ReplyDelete
  9. nasihat berguna nanti bila nak cari :D

    ReplyDelete
  10. dulu aku selalu mengharap heroin citer yo soy akhirnya jadi cantik...


    hahahah

    aku suka cari perempuan yg kelakar dan keibuan...


    nanti leh la aku bermanje2.. :)

    ReplyDelete
  11. Kebanyakannya nak yang cantik sebab dia boleh bangga bila bawak bini jumpa kawan2 dia akan ada yang puji "pehh cun gila bini kau,bertuah kau ye"

    sebab saya dah kena..

    ReplyDelete
  12. setiap org ade keistimewa masing2 kan.. :)


    dah dpt bby yee. huhu.. comel.. :)

    ReplyDelete
  13. Cantik itu anugerah. Cantik luaran dan dalaman tu dikira bonus. Ramai yang kejar cantik luaran, tapi ramaaaaaai lagi yang kejar cantik dalaman. ;)

    ReplyDelete
  14. susah gak nak cari calon isteri ni kan kak... :)

    ReplyDelete
  15. itu klu tnye kat lelaki..klu cma la..
    nk calon suami ensem dan baek hati....kira pakej lengkap la ni..
    dan..
    alhamdulillah...asben cma ensem dimata cma n seorag asben yg sgt baek hati.... :)

    ReplyDelete
  16. lelaki zaman sekarang, cari dua2 kot. diorg memilih sgt-,- tapi ikan di pasar pun kena pilih, inikan pula manusia....yg punya sejuta sifat serta rasa! pilihlah yang terbaik di mata anda ye wahai lelaki!;)

    ReplyDelete
  17. akak setuju dgn dik lekit..terlalu mencari kecantikan..rupa-rupanya mereka terkena perempuan cantik yang dulunya lelaki perkasa..hahaha..kelako kelako..Ya Allah selamatkan anak-anak aku..lupa..anak akak 2 lelaki ni weh..

    apapun akak prefer kecantikan pada hati..bila hati cantik memang terserlah semua cantik..cari hubby dulu pun tak tgok rupa..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com