SANG LEKIT KAWEN SEBAB KENA TANGKAP BASAH

10/02/2011 02:04:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Haters blog melekit mesti berpusu2 clik entri ni kan?? Mesti taknak lepaskan peluang nak hentam sang lekit bila tengok tajuk entri tu. Sabar ye puan2 & tuan2 sekalian.. Ia hanya sebuah tajuk yang anda belum kopek apa isi dalamnya. Tapi betul ke sang lekit kawen sebab kena tangkap basah?

Ye betul.. Betul sang lekit kawen tanpa planning yang gedebak gedebuk macam orang lain. Tanpa preparation yang tak cukup kaki tangan nak siapkan, tanpa ada tempoh masa yang panjang. Hanya 1 bulan, en hubby minta izin dengan mak ayah nak kawen dengan sang lekit. Awal bulan en hubby jumpa dengan mak ayah bagitau hasrat hati dia nak kawen dengan sang lekit, dia nak nikah hujung bulan  tu jugak. Mula2 Arwah ayah setuju, tapi hasil perbincangan keluarga, 6.6.2010 menjadi tarikh pilihan masa tu. So, setelah kedua mempelai & keluarga setuju, maka bakal pengantin ni pun gegas la buat persiapan yang asas jer untuk majlis kawen tu. Hal kenduri kendara family yang uruskan kat kampung, kita kat sini uruskan baju kawen, bunga telur (beli ready made jer kat maiden), bekas telur, beg kertas bagai tu.

Tapi Allah dah aturkan segalanya.. Ayah sang lekit meninggal pada 24 April 2010 (rujuk entri ni untuk mengetahui kisahnya : AYAH ). Sebab tu ramai kawan2 tak tahu & tak di maklumkan pasal pernikahan sang  lekit tapi bukan la kena tangkap basah. Tak tau la siapa buat cerita tangkap basah ni sampai sorang kawan sang lekit tanya macam ni..


Semua perjalanan Allah dah aturkan macam tu.. Jangan la sebab sang lekit tetiba je nak kawen & kawen semua orang fikir ada sesuatu yang tak baik terjadi di sebalik pernikahan sang lekit ni. Sang Lekit bernikah 28 April 2010, majlis kawen 6.6.2010 & berjaya melahirkan shahila hasil perkahwinan tu pada 20 Ogos 2011. Sang lekit tak pernah terfikir perjalanan hidup sang lekit macam tu.. Harap jangan la sesiapa membuat andaian negatif yer.

21 comments:

  1. wah...tajuk blog ni saspen betul...

    Jodih dan pertemuan segalanya diatur dgn sempurna oleh Allah SWT...

    p/s : Al-Fatihah utk arwah ayah awak...

    ReplyDelete
  2. that's why i read the entries until the end..hehe. takut ada kesalahfahaman..
    anyway, semoga kekal bahgia bersama family tercinta ya :')

    al fatihah kepada arwah ayah sis lekit.

    ReplyDelete
  3. dear...tabah tau..jgn amek ati atas pe tuduhan manusia yg suka suki jer cakap camtu

    ReplyDelete
  4. sedih juga lau kena tuduh camtu..

    ReplyDelete
  5. apasal lah diaorg tuduh akak mcm tu,sy dah baca dah pasal arwah ayah akak tu,

    amy amira

    ReplyDelete
  6. sebab tak jemput kawen terus nk tuduh kata kena tgkp basah?ish2..itulah sikap org melayu kite kan..simply je nak buat andaian..

    ReplyDelete
  7. erm ...
    myb diowg dengki u dah ada fmly sendri ..
    keep going and let them la ..
    mlot owg mmg sedap nk cakap ..
    kne kt dr sendri baru taw :)
    chill k .

    ReplyDelete
  8. heheh terkezut...pedulikan org lain..jodoh ALLAH yang tentukan....

    ReplyDelete
  9. tak patut la buat tuduhan macam tue...seelok2nya siasat dulu kalau betul2 mengaku seorang kawan

    ReplyDelete
  10. hehe...wat saspen jer entry dia ni..:D

    ReplyDelete
  11. kelam kabut kan.. mcam2 hal jadi.. terus takde mood nak jemput havoc2...

    ReplyDelete
  12. setiap manusia punya persepsi yg pelbagai...redha sahaja dan tawakkal.

    ReplyDelete
  13. pergh saspen gila bace tajok kak! haha.

    ReplyDelete
  14. biasa laa tu..asal buat majlis seringkas2nyer je.. xjemput org lain.. dan buat dalam tempoh yg singkat...pasti ada je mulut2 yg menyampaikan maklumat2 yg mereka sendiri xpasti.. kan.. huhu~

    ReplyDelete
  15. ekceli dah tahu entri ni psl apa..sbb dulu dh penah baca kisah AYAH tu..


    tajuk tu patut ada tanda soal banyak camnilah lekit ?????

    ReplyDelete
  16. tanya lar kok yer pon..buat spekulasi jek pandai kan..huhu

    ReplyDelete
  17. yg penting sis dah jelaskan n orang paham =)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com