BILA POS LAJU TAK LAJU..

4.11.11 Suria Lekatlekit 49 Comments

Bila malas orang akan buat macam2 alasan. Kadang2 alasan tu terang terangan menipu. Bila alasan di cipta untuk mengelakkan dari tunaikan tanggungjawab yang sepatutnya mula la nak main ayat power kan. Mungkin orang yang jenis angguk2, geleng2 ni akan setuju & diam je tapi bagi orang yang tak puas hati & nak dengar juga alasan munasabah, boleh ke kau nak buat ayat power lagi.

Kisahnya pasal posmen & pos laju. Bulan lepas ada 2 barang yang di hantar ke rumah sang lekit menggunakan perkhidmatan pos laju. 1 barang memang sampai tepat seperti yang pos Malaysia tetapkan. Mungkin posmen yang hantar tu betul2 buat kerja. Takde nak buat alasan call tak jawab, orang takde kat rumah, walhal sang lekit ni sentiasa ada kat rumah kalau hari bekerja. Kalau pun nak keluar sejak ada baby ni petang atau malam tu. Tu pun jarang2 sangat sebab lala terlalu baby nak di bawa keluar selalu. Tapi masalahnya 2 kali dah berlaku pos laju tak laju pun sampai.

Carian google

Bila dah lebih seminggu orang hantar barang guna pos laju kat sang lekit tak sampai tepat.. Geram jugak. Bila call pos malaysia alasan dia bagi posmen cakap orang takde kat rumah (dah terang2 menipu), call tak jawab (kalau call tak jawab kau datang ketuk pintu rumah) & lift rosak (kalau 5 tahun lift kat sini rosak bermakna 5 tahun la khidmat pos laju tak boleh guna kat sini). Sang lekit call tadi untuk bertanyakan barang yang tak sampai seperti alasan itu di gunakan. Bila alasan takde kat rumah tu sang lekit berjaya buat dia tak boleh jawab, dia kata sebab call tak dapat. Jadi kalau posmen naik ke tingkat 9 dengan tangga tak berbaloi kalau orang takde kat rumah.


Masalahnya posmen tak naik pun.. Sang lekit tanya sepatutnya posmen naik ke tidak. Dia kata memang posmen kena naik.. Jadi apa alasan lagi? Call tak dapat bukan 1 alasan yang munasabah. Alasannya nak buat kerja senang. Pernah sekali posmen call pengirim (sebab si pengirim tu tersalah letak no tel dia kat nombor telefon penerima) Ada dia suruh penerima turun ambil barang sendiri. Dah la lewat sampai.. Tapi Cik adik (pengirim tu) bijak cakap tak boleh turun ada baby maka dia naik jugak. Yang terbaru ni dari 20hb aritu pos sampai sekarang tak sampai kat tangan sang lekit.

Bila berdebat dengan cik kak yang mungkin kerja di bahagian khidmat pelanggan kot sebab dia jawab call & pertanyaan pelanggan, Cik Kak tu tetap la nak betulkan jugak salah dorang. Kalau dah sepatutnya posmen tu naik sampai depan pintu rumah, kenapa nak buat apa yang patut je. Buat la apa yang sepatutnya. Alasannya bila ada no tel penerima, dorang (posmen) ada pilihan. Boleh call dulu sebelum naik. Senang kerja. Nak keja senang goyang kaki la beb! Sang lekit tanya jugak kalau yang takde tel, tinggal rumah yang tinggi2, lift rosak.. dorang nak buat macam mana? Dia cakap kena naik jugak ketuk pintu rumah sebab itu yang sepatutnya dorang buat. Sang Lekit tanya lagi kalau yang ada tel, memang tak payah naik dulu la. Call je, tak jawab buat alasan orang takde rumah. Kalau tel rosak ke, apa ke.. macam mana? Barang tu tak payah hantar la. Tau dia tak tau jawab. Sang Lekit tanya berkali2 apa sepatutnya posmen buat kalau ada penghantaran pos laju.. memang kena call dulu ke. Dia jawab sekadar memudahkan kerja bukan prosuder kerja. Bermakna dorang nak buat keja senang. Jadi sang lekit ambil point apa sepatutnya dia buat yang dia tak buat. Berbelit belit ayat akak tu nak jawab. Alih2 dok point lift rosak, call tak jawab jadi kalau naik orang takde kat rumah pun tak guna, Kepala hotak engkau wahai akak! Kan lebih senang minta maaf & mengaku salah dari dok tegakkan benang yang basah.

Lepas dia kata syarat pos 2 kali pnghantaran je. Kalau 2 kali takde kat rumah masa posmen datang maka kena pergi kutip sendiri kat pejabat pos. Kepala hotak kau buat kali kedua. Sang lekit ada kat rumah, cuma posmen je tak sampai kat rumah. Bila posmen dorang yang salah, dia cakap akan buat penghantaran kali ke 3 selasa ni kalau tak dapat jugak kena datang ambil sendiri. Kalau posmen tak naik jugak ke tingkat 9 & ketuk pintu rumah untuk pastikan orang ada kat rumah atau tak macam mana? Kalau asyik nak call je.. Sang lekit memang jarang jawab call dari no tak kenal. Tapi bukan syarat penghantaran dia kena call dulu. Syarat dorang kena datang ketuk pintu rumah dulu.

Jadi mari kita fikirkan siapa yang salah? Sang Lekit salah tak jawab call posmen? Posmen salah sebab nak buat kerja senang je? Atau salah lift siapa suruh dia rosak?

P/s : Kat kampung kalau ada pos laju takde lak posmen nak call dulu sebelum datang. Yelah.. kampung takde rumah sampai sembilan tingkat.. kan??

49 comments:

  1. haaaa...camtulah jadiknya taim el kol
    asek2 berbalik pada lif rosak
    pastu bkali2 el tanya ada tinggal call card tak, katanya xpasti kena cek ngn posmen
    bila el question lagik, bukan kalo org xde kt umh kena tggal call card ke..kata nya nnt kita place enquiry nak cek dulu! hangguk la dorg neh kan.......
    p/s: cian ciklala xdapat lg besday present! hehehe

    ReplyDelete
  2. Deme malas ler tu mummy.. X pun jenis yg badan besor.. X larat nak daki tangga nak nek lift x muat kot.. Hik3!! Apapun kerja dimana2 akan ada jenis manusia mcm ni.. Malas, lembab & Tak amanah dalam memikul tanggungjawab tugas yg diberi.. Tak semua tp tetap ada kelompok sebegitu.. ;) Selamat Hari Raya AidilAdha dari EmIenAqil!! ;D

    ReplyDelete
  3. singgah dr innit.tulah psl.dh bleh sgt tukar nme jd poslembap ke posiput ke apa.aiyaa...

    ReplyDelete
  4. report je kat boss dia,senang~

    ReplyDelete
  5. mmg btol tu sis.pos laju mmg malas.padahal kite ada je kat umah.eeuuuuwwww mencik.rara pon dh manyak kali kena,

    ReplyDelete
  6. sebok nak masuk raja lawak jugak kot.. hEHe

    ReplyDelete
  7. mmg macam tu la pos laju. ckp je pasal pos laju, ramai yang marah dengan service dorang ni

    ReplyDelete
  8. ini hari hantar... semalam sampai...

    ReplyDelete
  9. pernah jgk kena mcm lekit..dulu mak sy pernah hantar dokumen penting utk sy..sbb urgent & diperlukan dlm masa 5 hari, maka mak pon guna la pos laju..yg hampehnya,surat tu sampai selepas 2 minggu. tu pon dh 2,3 kali call diorang..last2 dokumen yg diterima tu dicampakkan dalam tong sampah..urusan sy terpaksa dibatalkan..alasan diorang org x de kat rumah..punya celaka alasan.padahal kat rumah tu 24jam ada org.bila disiasat & tanya jiran2,rupanya diorang hanya tunggu kt bawah apartmen.x naik pon..

    ReplyDelete
  10. kalau aku kena macam ni?

    1. aku scan slip pos

    2. aku tulis surat rasmi..

    3. tulis kronologi

    4. amik nama akak tu...

    5. CC/salinan kepada Pengerusi Pos Malaysia...

    6. tengok diorg menggelabah ke tak..

    ReplyDelete
  11. awak garang kot, tu pasal posmen tu takut nk ketuk pintu :-)

    ReplyDelete
  12. pelik bin ajaib jgk, coz selalu pos laju smpi 1 hr jer if brg hantar semalam..sah2 mls nk naik tangga ni..kihkih

    ReplyDelete
  13. alahai,
    klw nk cari alasan tu mmg
    boeh beribu banyak ;)

    ReplyDelete
  14. memang tak patot lah nak mereka nak bagi alasan tak munasabah macam tu kan..

    Kalau saya plak ada ka patut Poslaju suuruh saya sendiri datang ambil barang tu sendiri di kaunter mereka..

    apa guna orang bayar mahal2 poslaju tu kalau Poslaju tak menghantarnya dengan selamat ke rumah...

    baik guna pos biasa kalau macam tu.. dah lah jarak rumah jauh.. Tak profeisional langsung mereka nak buat kerja ni...

    ReplyDelete
  15. most of the excuses can't be accepted at all. mahu bekerja, tapi sempat lagi melengah2kan kerja dna memberi alasan yg tidak logik di pikiran..:'(
    kekadang geram juga bila perkara macamni terjadi kat diri sendiri! :'D
    sungguh tidak mempunyai kredibiliti dalam menjalankan tugas!! emm..

    salam idul adha sis lekit ;)

    ReplyDelete
  16. teringat lagi kat mak.. hari tu tengok dia siap bergurau senda dengan encik posmen. mak cakap.. yelah adik adik kau kan masing masing belajar lagi. kot kot surat dari U ke, kerja ke.. mama takut diorang buang. tu yang bersosial tu. hihi.. comelnya mama

    ReplyDelete
  17. zulfikar punya komen agak menyeramkan kakitangan pos malaysia...hehe

    ReplyDelete
  18. mummy betul2 marah ni..
    hehe..
    tp betul ape yg abby terang2 kat atas tu..
    kdg2 cma pon jadi hangen gak..pernah dua kali khidmat pesanan pos laju..
    sampainye lepas 1 minggu..

    sabar je la..


    salam aidiladha buat abby sekeluarga..

    *sorry,cma x sempat upload lg pic utk header tu..dah siap nnti cma gtau..

    ReplyDelete
  19. penah antar surat important sgt...
    ambil mase almost 3 weeks...
    lemah gile...
    atas alasan ade cover insurance...tapi lembab gile
    so skrg aini gune register pos je...
    lagi murah dan selamat...

    ReplyDelete
  20. dh byk jd cen tu. kdg meluat la nk pkai khidmat post laju. baik pkai yg lain pnya..

    ReplyDelete
  21. kakkk posmen sekarang ni bukan macam posmen dulu. posmen skarang ni pemalas. tak semualah. tp majoriti. bende yg kene sain & parcel besar, dorang x ketuk pintu rumah pun. main sumbat je kat dlm letter box. yg selalu jadi mangse rumah tingkat mcm kite ni laa. nk selamat, gunelah kurier sevis. cume mahal sket.

    ReplyDelete
  22. LLG...biasa depa nak buat kerja senang ja. masuk kad dalam kotak pos soh collect kat pejabat pos...hampehhh...

    ReplyDelete
  23. haaa itu la mslh pos laju ni..boleh plak nak nipu..kalau rasa tak larat nak buat kerja ni pe kata tukar keje lain je posmen tu..sebab itu tanggungjawab dan amanah..barang org kot.,.

    kalau dia tak hantar, dah kira langgar amanah..pastu tak guna la de sistem pos laju kalo posmen taknak hantar, dah orang kne gi amik kat pejabat..grrr mmg emo la sbb pnh kne !

    ReplyDelete
  24. fuhyooo..bestt nye mengutuk...korang tau x sebab ape posmen selalu jadi macam tu?xtau kan...kalau x tau tanya la dulu...jangan main sergah jew...macam surat ko sorang je dia nak hantar..beribu2 lagi surat la diorang nak hantar...kalo dok pikio kome sorang je,ape keje pun x jalan..lain kali orang tipon tu angkat la..ke ko ada hutang ngan PAK LONG..takut sangat nak angkat call..ape punya bebal la..asyik nak salah kan posmen je..ko ingat diorang nak sangat ke keje tu..?x yah cakap,aku dah tau alasan korang..kalo xnak keje posmen x payah la keje posmen kan..tu je jawapan korang..tapi tau ke korang,berapa ramai yang sanggup keje POSMEN?keje sebulan je dah cabut wehhh...ko ingat senang ke...hari2 nak baca sekurang2 2500 alamat rumah..bukannya datang sekeping surat ko je..lepas tu nak pegi nganto pulok..kena baca alamat lagi..mau nya x HANK otak si posmen tu..pastu bila nak hantar register/bungkusan aje ada je masalah korang buat..xde kat rumah/pintu jauh ke dalam/rumah xde loceng/ada orang tapi xnak terima (tambah2 bila dapat surat saman PDRM) dan yang paling penting bila ada owner/orang kat rumah tu,time serah barang posmen akan suruh tulis NAMA,NO IC dan SAIN..tapi ape yg dia cakap balik kat posmen tu? "nak buat ape no ic / nama..ni barang saya..sain sudah la".. eleh bajet hot je kau..prosedur yg sepatutnya posmen buat kat korang ambik ic korang tengok,betul x apa yg korang tulis..tapi posmen prihatin ngan korang,dia x mintak pun sebab nak jaga hati korang..pernah ke korang jaga hati diorng?jangan harap la...menyakitkan hati lagi ada la.. bila posmen bagi kad panggilan marah pulak..nasib baik la dapat kad panggilan..boleh jugak ambik kat pejabat pos..kalo dia return to sender terus padan muka korang..suruh la sender korang tu hantar balik..

    ReplyDelete
  25. Kerala kepala ni mesti posmen kan?? tak payah nak salahkan pengguna pos laju, pos Malaysia yg janji pos laju akan smpai dlm masa 1 hari dia tak kata pos laju akan sampai bila posmen free.. Prosuder penghantaran ketuk pintu bukan call dulu. call dulu sekadar memudahkan kerja bukan tertakluk pada syarat penghantaran pun.

    ReplyDelete
  26. tu la..lain kali chek dulu area mana nak sampai 1 hari..kalau area KL ke KL atau kawasan2 sewaktu dengan nya boleh la sampai dalam masa 1 hari tu pun kalo yg bayar mahal..kalau bayar murah nak sampai 1 hari..ko pegi hantar sendiri lagi senang la..cepat dan selamat..xde ragu2 lagi dengan posmen..serahan ke rumah memang la sepatutnya..tapi kalo andai kata 1 hari tu 100 keping register atau parcel kena hantar cuba darab 100x10 minit berapa..1000 kan..1000 tu bersamaan 10 jam..kitorang keje 8 jam je cik akak..surat lagi mau hantar..nak suruh balik keje pukul berapa?10 malam ka?

    ReplyDelete
  27. perlu ke sebagai pengguna yg di janjikan 1 hari sampai nak pk berapa parcel posmen hantar hari2? kalau kami kena pk semua tu.. blh la minta share skit kt pos malaysia tukang pk masalah dorang. Untung.. bkn pengguna yg dpt, tp masalah nak ajak share pulak.

    ReplyDelete
  28. DIJAMIN SAMPAI ESOK tu untuk area KL ke KL atau kawasan sewaktu dengannya aje..nak kena HIGHTLIGHT ke?ke buat2 x nampak apa yg saya taip?kalo luar kawasan 3-4 hari...x suruh pun fikir..cuma suruh perihatin je..

    ReplyDelete
  29. setakat IPOH - KL apa la sangat. pengalaman dgn pos M'sia dh mcm2. adik aku dulu surat tawaran masuk sek teknik sampai hari nak daftar tu.. Nak kena paham posmen banyak keja jugak ke kes2 mcm tu?? So, tak payah nak tegakkan benang yg basah. Terima je la service pos m'sia memang teruk lebih2 lagi kat kawasan kampung. Mcm org kampung takde urusan penting berkenaan surat menyurat jer..

    ReplyDelete
  30. en keras kepala dan puan lekit....
    bawak2 bersabar....
    jgn sebab isu remeh ni kita dapat dosa...
    kan kita masih lagi di musim raya...
    saling bermaafan lebih baik...

    ReplyDelete
  31. ni bukan masalah maaf x maaf.. masalah org yg x blh terima kesilapan & nak betulkan jugak apa yg salah.. Nak ke saya buat 1 entri pasal pos malaysia ni lagi. byk cerita tau..

    ReplyDelete
  32. bukan masalah aku x leh terima kesilapan der...masalah skang ni ko salah kan posmen..ko tau x pos malaysia ada 2 syarikat..pos laju dengan pos malaysia..bila ko labelkan posmen dalam tag line ko,semua posmen terasa..ko bukannya bagus sangat pun..macam la ko x penah buat salah...kalo ko nak cepat sangat pg je la guna kurier yg lain..x yah sebok la nak guna urusan pos..kitorang kena kan setem 60sen pun bising2..kira 3 hari sampai tu ok la..lembab tu bersebab..sebab murah..ko guna la kurier,paling murah pun RM8 hengget la...beza 2 hari je pon..

    ReplyDelete
  33. keras kepala ni jenis x paham bahasa kot.. aku tak ckp semua.. aku sedang cerita 1 kes & ckp posmen yg terlibat. ada aku tulis semua posmen pun macam tu?? Sudahlah.. x payah nak tegakkan benang yg basah.. tak payah nak betulkan apa yg salah. kalau masing2 buat kerja ikut peraturan yg sepatutnya bukan buat kerja apa yang patut je.. kes macam ni tak jadi. Kalau kau posmen & kau terasa bermakna kau pun pernah buat.

    ReplyDelete
  34. pos mahal ke murah ke service kena ikut mcm di janjikan la.. Bukan pengguna yg bg janji2 manis tu. Jgn nak bg alasan sebab charge murah pulak. Oo.. kalau murah bermakna boleh delay2 la ikut suka hati. Tu namanya tak amanah. keja kalau tak amanah.. kau menjawab la nanti.

    ReplyDelete
  35. aku ke ko yg x faham bahasa?cuba ko baca semua komen2 orang tu..ape yg dia komen?bukan ke menuduh pos malaysia...?aku x keje lagi dengan pos malaysia..aku dah berhenti lama dah dari keje posmen..sebab ada orang2 yg bangang cam korang ni la.. komplain bukan main lg..salah dia x mao ngaku plak..tulis alamat cam cib** pastu kata posmen ambik surat dia...agak2 la..aku pun ada maruah gak..masih ingat pada ALLAH lagi..aku keje kat pos malaysia sebab aku nak cari rezeki..tapi orang cam korang ni dah kacau periuk nasi aku...dah jahanam kan masa depan aku...memang x guna la hidup kalo menyusahkan orang..tapi xpe...jasa baik korang akan di balas..ko rasa ko tulis kat blog ko camtu x menjawap jugak ke?menjawap la ko kat sana nnt..dah sama je macam mengumpat der...x yah dok kata orang lain je x betul..

    ReplyDelete
  36. aku rasa ko ni kalau makin aku layan makin berbelit cerita ko. Ko komen la apa yg ko rasa nak komen biar org yg baca je nilaikan komen2 ko.. kalau dorang rasa ko btl.. ko betul la tu kalau salah.. sendiri mau ingat

    ReplyDelete
  37. sokong keras kepala.....tapi kasar skit bahasanye.... sepatut nye cik lekat lekit story baca dulu syarat2 n terma pos laju..... biler dh phm baru la nk fire org

    ReplyDelete
    Replies
    1. malas nak cakap banyak tapi korang google sendiri la komplen pasal pos laju ni. Kalau service bagus tak ramai yang merungut. ye dak??

      Delete
  38. Kita ada kat rumah tp ckp tak de kt rumah . Kesian btol la kt aku

    ReplyDelete
  39. Ak haramkan dan tak akan maafkan org yg terlibat dgn khilgn brgn poslaju. Ak haramkan darah daging dia selamat dunia akhirat. Rugi beribu. Igt sng nak kerja duit cmtu.

    ReplyDelete
  40. Rupanya dari dulu lagi alasan lif rosak etc..hari ni aku kena main lagi kat poslaju.kali ke tiga.sebelum ni aku boleh terima sebab lif apartment benar2 rosak,hari ni,aku ambik cuti half day,buka pintu luas terbentang dari jam 8.30 hingga la ke petang,aku perasan van poslaju lalu dalam kawasan apartmen aku tinggal, ngam2 aku keluar lif nak pergi beli makanan,aku abaikan,sekali jam 6,aku track item dan dapat update "delivery not success".haishhh..terus call customer service,"alasan lif rosak".hanya Allah saja yang tahu perkara sebenar,yang buat aku terkilan,aku sanggup half day semata2 nak standby terima item di kirim,yang kedua nya,aku urgent dengan item yang di kirim.Sebelum ni ,aku tak ada problem dengan poslaju,tak de masa nak complain sebab aku faham,bahawasa nya posmen poslaju sebahagian dari kelas pekerja "blue collar"..tetapi,kalau tiada intergriti atas satu tugasan,maka ini tak boleh di terima,seorang pekerja jujur akan terima kritikan-komplain dengan positif,jika melenting,jangan kerja dalam bidang "servis".duduk rumah,tunggu duit jatuh dari langit.kalau kerja sampai 10 malam sekalipon,bukankah ada elaun lebih masa,bukan merit kerja akan di nilai oleh boss??
    Kali ini,benar unacceptable.sebelum ni,yang selalu hantar area apartmen seorang pekerja poslaju yang friendly,ketuk,bagi salam kuat2 sambil cakap "poslaju".tetapi kebelakangan ni,ada budak baru,dari segi air muka nampak malas,bodoh sombong..Kalau tak ikhlas kerja dalam bidang kerja "servis"..kalau tak ada skill untuk berkomunikasi dgn baik,bagi org lain kerja.

    ReplyDelete
  41. Nma je pos laju. Tp lembab . Tukar nama kepada pos lembab lah

    ReplyDelete
  42. Poslaju Ni Nama Jer Tp Sebenarnya Lembap & Mempunyai Posmen Yg Penipu , Saya Ada Je Kat Rumah Tunggu Tp Tak Sampai2 . Tiba2 check kat online gagal dihantar padahal Tak Pernah Sampai Pon Penipu Besar

    ReplyDelete
  43. Point utama kat sini ialah rumah tidak diketuk sedangkan penghuni ada di rumah. Lepas tu tinggalkan notis pemberitahuan gagal dihubungi. Minta ambil di kaunter. Perkara ni tak sepatutnya berlaku. Memang menyusahkan. Posmen perlu amanah jalankan tanggungjawab. Apa juga alasan seperti 'posmen banyak surat kena hantar, tolongla faham kami, kerja kami susah' tak boleh timbul. Pelanggan dah bayar untuk dapatkan servis seperti yang dijanjikan dan pos laju kena fikirkan kaedah untuk beri servis terbaik. Itu saja yang pelanggan nak. Saya tinggal rumah teres dan isteri sentiasa ada di rumah. Setakat ni dah masuk 5 kali posmen tak tekan loceng@panggil tuan rumah. Memang kecewa nak kena susah2 pegi pejabat pos pulak.

    ReplyDelete
  44. Biasalah pos laju macam tu. Saya dah beberapa kali kena. Di Jitra, rumah atas tanah. Dah beberapa kali nampak posmen datang masukan surat dalam peti. Bila tengok kad pos laju. Tak dak usaha nak panggil pun. Kat KL rumah apartment, kita memang dok tunggu kat rumah sehari suntuk. Tengok trace system dah keluar hantar.Tapi tak sampai2. bila check trace sekali lagi, ha penerima tiada di rumah. Bukan saja tak hantar, kad pos laju pun tak letak. Kalau lah tak tahu ada orang hantar pos laju kat kita, memang pegi kemana agaknya.

    ReplyDelete
  45. Saya nak buat luahan sikitlah,Baru2 ini sekitar 15hb september 2016.Saya ada menghantar kiriman ke bengkulu indonesia,sememangnya urusan dari tempat saya di keningau sabah semuanya berjalan lancar tetapi apabila item suda berada di tempat yg d tujui(bengkulu indonesia)pekerja di tempat pos itu mengatakan tidak boleh mengambil item tersebut kerna tidak ada surat hibah,padahal suda tertulis tmpat alamat yg perlu di hantar..dan sekalipun tidak boleh di ambil,kalau d malaysia hany perlu no.tracking utk bukti..Sekali lagi saya telah menulis surat hibah dan terpaksa pos ke sana dgn harga rm52(hanya 2keping kertas)..Dan buat pengetahuan sampai skg hal ini belum slesai.Harap ada tindakan dari pihak pos laju..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!