BILA POSMEN BETUL2 BUAT KERJA

8.11.11 Suria Lekatlekit 27 Comments

Bila posmen dah betul2 buat kerja.. maka takde lagi alasan lift rosak, call tak jawab & orang takde kat rumah. Elok pulak hari ni takde sebarang call terus datang ketuk pintu rumah. Boleh pula panjat tingkat 9 tanpa pengsan di pertengahan jalan atau semput sesudah sampai di depan rumah tingkat 9. Kan bagus kalau masa pertama & kedua kali encik posmen tu datang terus naik ke tingkat 9 & buat kerja sepatutnya dia buat bukan buat kerja yang patut je. (Rujuk DISINI untuk mengetahui kisah encik posmen tu).

Bila dah encik posmen buat kerja seperti yang di amanahkan maka pos laju yang tak berapa nak laju tu pun sampai jugak akhirnya kat sang lekit. Hadiah untuk lala dari Untie El & family pun cik lala dah terima & mummy tanpa basuh dulu pakaikan sekejab untuk cik lala bergaya dengan baju baru tu. Ini hadiah ketiga dari untie blogger.. Yang dua hadiah dari Untie Ezan & Ibu Aqil tak dapat lagi lala melaram sebab kena tunggu besar sikit. Takpe sesudah lala muat jer baju2 tu.. On the spot mummy lala akan buat photoshoot lala melaram dengan baju2 pemberian untie2 blogger tu nanti yer.

Kat sini mummy lala mewakili cik lala nak ucap terima kasih pada Untie El sebab hadiahkan lala sepasang baju gadis yang comel. Lala pun memang kekurangan baju gadis lagi. Masa pregnant tak tau jantina, last minute je baru tahu tu pun sesudah sesi membeli belah di jalankan. Saja mummy taknak beli lagi baju2 gadis banyak2. Sebab lala tengah membesar. Besar sikit lagi baru mummy rasa comel lala melaram dengan baju2 gadis.

Sebagai menghargai & ucapan terima kasih pada Untie El & family mummy hadiahkan pose yang comel lala melaram dengan baju baru ni. Maaf la lala ngantuk time ni.. nak ber photoshoot pun dia meragam. Alih2 dapat gambar yang pejam jer.. Ok la tu kan??

Inilah pose comel dari lala harini. Maaf lala memang lepas mandi dia akan minum susu & tidur.Op's lupa nak cakap kad ucapan tu pun cantik. Siap ada gambar family Untie El

So sesapa yang nak berkenalan dengan blogger yang baik hati ni jom terjah ke rumah (blog) beliau yang cantik tu. The Beautiful life of Us.

P/S : Hadiah ketiga dari blogger ni buat sang lekit semakin terharu.

27 comments:

  1. alahai comelnya si kecik ni posing.. ni leh jadi model ibu lak ni.. ;)

    ReplyDelete
  2. amboiiii chomelllsss nya lala pakai baju baru.

    ReplyDelete
  3. haha..comel! muke cam daddy die!

    ReplyDelete
  4. ekeke..
    comel la pakai skirt ..
    nampak betis belipat tu..
    hehehhe

    ReplyDelete
  5. comelnya cik lala berposing... ada bakat jadi model nie...

    ReplyDelete
  6. alahai,posing yang first tu mesti mummy yang ajor..comel..:)

    ReplyDelete
  7. wah....professional sungguh lala
    time lelap pun boleh photoshoot...
    =)

    ReplyDelete
  8. onie ingat akak muda-muda,para gadis gitu....rupanya dah jadi mama,hehe :)

    ReplyDelete
  9. kawaii ne.hahaha...bru follow.

    ReplyDelete
  10. mak aii.. comey nya si kecik ni tido.. naseb baik la posmen jalankan tugasnya dgn baik.. sampai juga kiriman si kecil.. ehe

    ReplyDelete
  11. Ewah! Bukan main lagi posing gambar sudut atas kiri tuh! Hehe...

    ReplyDelete
  12. kan sia-sia saja posmen tersebut terpaksa naik tingkat sembilan dengan tangga..haha..wah..comel la baby tersebut.

    ReplyDelete
  13. tercapai gaks hasrat nak tgk ciklala pkai baju neh..hehehehe...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  14. dah hilang geram LLG bila pos laju dah sampai ye, makin sejuk bila si comel dah posing2 ngan baju baru...

    ReplyDelete
  15. alaolololo lala kecik2 dh pndai posing. lala nt dh besr sikit posing baju aunty bg tu tau. geram nye tengok

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!