BILA SALESGIRL CAKAP TAK TAHU

28.11.11 Suria Lekatlekit 27 Comments

Bila kita dengan mood nak membeli sesuatu barang yang agak penting dengan masa yang terhad lepas pergi ke bahagian barang yang kita cari tu dan cari punya cari tak jumpa seterusnya ambil keputusan untuk bertanya pada jurujual yang bertugas kat bahagian tu untuk memudahkan jumpa barang di cari dengan kadar masa yang pantas tiba - tiba bila kita tanya jawapannya.. " Tak tahu la.. Cuba U cari kat area2 ni."

Hangin tak? Dah tentu angin tsunami itu secara automatik datang tanpa perlu jemputan VIP. Kalau la aku cari benda tu jumpa.. Mustahil la aku nak saja tanya kau dengan tujuan beramah mesra bersama jurujual sedang aku tengah kejar masa. Jawapan tidak tahu adalah jawapan tidak munasabah & tidak boleh di terima. Dia sepatutnya tahu & kalau dia betul2 tak tahu pun dia kena ambil tahu @ tanya pada rakan setugas dia. Dia patut berusaha untuk menjawab pertanyaan pelanggan dengan jawapan yang memuaskan hati pelanggan. Jawapan .."Tak tahu & cari sendiri" adalah jawapan yang agak kurang sekolah.

Dah la dia jawab tak tahu.. Takde la pulak dia nak membantu kita cari. Dia boleh buat hal dia jer.. Mana tak sakit hati. Sang Lekit yang mula panas dalam aircorn Tesco Kota Damansara di bahagian pakaian wanita tu (Yelah, hari minggu tesco je buka sampai lewat malam).. Tetap la cari sendiri barang yang nak di cari. Memang takde. Buang masa jer.. Last2 sakit hati yang dapat.

Caring la sangat. (Carian Google)

Jadi pada para jurujual terutamanya di pasaraya besar ambil pengajaran. Nasib baik orang tak buat komplen tu kira bagus. Datangnya manusia cerewet & kurang sabar.. Tak pasal2 je kau kena. Jurujual macam ni bukan sorang.. Tapi dah ramai sang lekit jumpa. Ada yang bagus.. Walau dia sebenarnya tak tahu tapi dia berusaha juga cuba membantu pelanggan. Itu sebenarnya kerja korang. Korang di bayar gaji untuk buat semua kerja tu bukan layan gosip dengan rakan setugas yer. Harap maklum.

27 comments:

  1. Alamak...macam kerja tak kerja jer salesperson tu..

    ReplyDelete
  2. pernah jugak kena camni...
    bila Mas cakap 'you kerja sini takkanlah tak tau!'

    boleh pulak dia cakap 'i tak jaga bahagian tu!'

    hangin je kan?

    ReplyDelete
  3. NT kena smlm dkt kfc
    tnggu zinger x smpai2
    then tnya pekerja situ
    selamber jer dia jwb 'g tnya sndri dkt kaunter bwh'
    grrr

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah setakat nie tak penah lagi la jumpa salesgirl mcm tue...tapi agk sombong la jawapan dia camtue. sekurang2nya kalau tak tahu pun, apa salahnya bertanya pd rakan sekerja lain.

    ReplyDelete
  5. sabo mummy lala..memang ramai je yg jenis cmtu..PR tak bagus..padahal memang tugas depa kan treat customer elok2..

    ReplyDelete
  6. pernah jugak alami macam ni..
    tapi kat pasaraya kecik..

    lagi hangin sebab pasaraya macam tu kecik dia tak boleh tolong cari apa yang kita nak..
    tak tahu jawpaan yang boleh buat kita rasa nak lempang2 je dia..

    ReplyDelete
  7. lagi hangin kak kalau yang suka ikut bontot kita...haihhh...rimass mcm la kita nk curik sgt barang depa.....

    ReplyDelete
  8. tu la masalah kadang-kadang kalo gi pasaraya.

    tak tahu itu.tak tahu ini

    ReplyDelete
  9. pernah jugak terkena..tp ngan promoter yg jual product-

    "kak,minuman ni boleh menguatkan rahim tak"

    dik,akak x tau la..akak cuma jual je produk ni,cuba adik baca kat kotak ni"


    *bole ke camtu??aishehhhhh!

    ReplyDelete
  10. hmm..to be fair,mungkin jurujual tu tengah sibok nak buat kerja lain ke..

    ReplyDelete
  11. kalau dia tak tahu. dan dia minta kawan2 lain/sale girl lain. okey lagi..
    manusia... mungkin dia tgh penat lah kot...

    ReplyDelete
  12. pernah kena macam ni tapi selalunya yg perangai mcam ni,pekerja yg dah lama yang rasa dah mls nak jawap pertanyaan cust.

    ReplyDelete
  13. Banyak jurujual yang tak ambil kisah. Dah tugas tu jurujual, do your work lah kan? Ni tolong costumer pun susah sangat nak bergerak.

    ReplyDelete
  14. pastinya bengang tahap dewa! macamna kerja klu tak tahu kecualilah di lain bidang, ni kan sama je dalam supermarket di bahagian tu jugak-,- kan?

    ReplyDelete
  15. i've faced the same cases of yours! surely anybody who're in the smae boats of you marah tahap maksimal! at least, hormatilah pelanggan for a moment..

    ReplyDelete
  16. Kurang ajar punya salesgirl... mencari brg tu kerja dia, bukan kerja pelanggan... makan gaji buta apa dia tu?!

    ReplyDelete
  17. iyaalaah.. Dia sepatutnya tahu & kalau dia betul2 tak tahu pun dia kena ambil tahu @ tanya pada rakan setugas dia....

    Menyuruh kita yang cari sendiri benda tu memang jawapan yang biadab rasanya... Dia dibayar gaji, sedap2 jak nak mengarah customer yang carik sendiri...

    ReplyDelete
  18. selalunya aku kalau kena macm ni, aku akan sekolah kan dia sampai puas hati, tapi tak maki la..

    cuma bagi nasihat menusuk kalbu...

    ReplyDelete
  19. suka dengan tesco shah alam. walaupun masa tu hampir 15 minit jugaklah staff tolong saya carikan barang keperluan, tapi saya tak marah pun sebab nampak usaha dia unutk menolong.

    ReplyDelete
  20. pengalaman lazim pada rmai pembeli di Malaysia ni kot
    rata2 bole dikatakan hampir setiap dr kita penah terkenan dgn pengalaman mdapat servis tahap hampes dr sales-person or CS personnel
    katanya org Malaysia ni berbudi bahasa..dia tu org Malaysia kot...!!!!
    geram mluap2 plak! sbb diri sendiri pon penah kena!

    ReplyDelete
  21. hmmm sepatutnyerr dia kena laa tolong carikan sama2.. huhu

    ReplyDelete
  22. Baru sehari kerja agaknya
    budah tu, huhuhu ~

    ReplyDelete
  23. pernah maki cashier masa bulan posa sbb bkira nak mampos, haishhh

    ReplyDelete
  24. bengang sangat kat sales girl yg cakap..kalau nak yang murah pergi tingkat atas..ada sales 70% 50%..jenama same je..hohoho..
    bukan aku dan kwn aku xmampu nk beli baju baby yg rege mhl cm harga sehelai bju orng dewasa jenama levis tp agak2 la..baby cpt bsr sbb tu kitorang nk cri baju baby yg harga boleh tahn tp berkualiti.
    xyah la perli2..hampeh tol salesgirl kat sogo tu.
    opss..termention nama tempat plak..lalalala

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!