KALAU DAH MELUAT JANGAN MASUK

11/01/2011 06:47:00 PM suria lekatlekit 27 Comments

Orang kata kalau kita tak suka sesuatu tu lebih baik jauhkan diri kalau benda tu memudaratkan jangan la memaksa diri untuk dekat juga dengan benda yang tak suka tu. Bukan apa.. kalau dia tak bawak keuntungan apa2 pada kita jadi tak perlu kita nak gagahkan diri untuk sesuatu tu.

Manusia ni ada 1 sikap pelik (maybe sang lekit pun sama ada sikap ni) lagi tak suka, lagi la nak dekat. Macam cikgu shida.. Kalau orang tanya sang lekit, kau minat ke cikgu shida tu dah tentu jawapan dia tidak.. kau suka ke cikgu shida tu.. pun jawapannya tidak.. Tapi kenapa kau suka tulis pasal cikgu shida yer?? Jawapannya.. aku tulis apa saja yang aku tak suka pasal cikgu shida. Tapi walau kau tak suka tetap ko jenguk FB, fanpage & blog dia.. Jawapannya aku suka baca statement2 kurang cerdik dia sebab akan bagi aku inspirasi. Saja aku nak 'kipas susah mati' cikgu shida ni baca & fikir guna kepala otak bukan kepala lutut. Tak salah nak suka dengan dia tapi jangan la sebab suka apa jer datang dari cikgu shida tu korang sokong membabi buta.

Dan termasuk la blog2 lain yang pernah sang lekit UP kan entri tanpa backlink balik ke blog dorang & rahsiakan identiti blogger tersebut cuma sang lekit mengopek dari pandangan & teguran sang lekit secara umum jer.. Memang tak suka tapi bukan benci sebab tu kadang2 sang lekit sentiasa jadi silent reader blog2 macam tu.. Tak di nafikan, kadang2 ada juga info yang bermanafaat.. Tak salah kita belajar walau dari musuh sekalipun sebab ilmu tu luas tak hanya pada pada orang yang mulia. Walau peratus dia berkongsi benda berguna tu terlalu sedikit dari benda yang kurang kegunaannya. kekekekekeke

Di blog melekit ni pun sang lekit tahu.. Ada pembencinya. Apakah kategori benci dia ni macam sang lekit yang tak membenci sesuatu atau seseorang tu 100%, tetap sang lekit tak menolak jika sesuatu yang datang daripadanya membawa kebaikkan. Tapi ada jenis manusia yang kalau dah benci tu.. tak kira la wangi busuk, dia tetap benci. Dan sang lekit tertanya - tanya apakah manusia yang enter ke blog melekit ni pembenci yang membenci 100% atau membenci apa yang buruk dari blog melekit ni jer.. & soalan yang sang lekit tertanya.. "Kalau dah meluat buat apa la ko enter masuk ke blog ni & tinggalkan mesej macam tu..??

Ni spesis2 Anon jugak la.. hanya berani balik batu sorok tangan.

27 comments:

  1. haih..macam2 jenis manusia ada kat dunia skrg. Abaikan je...Teruskan blogging :)

    Jom baca entry sy pasal chatbox pulak :)

    ReplyDelete
  2. orang camtu maybe dengki agaknya.. hehe. .cian dia. .=.=

    ReplyDelete
  3. hehe...anon malu nak letak link blog.

    akak klu meluat akak tak suka stalk.tu akak la pulak.

    ReplyDelete
  4. Hi.. saya rasa yang comment "Meluat aku masuk sini!" tu die guna software untuk tinggalkan jejak kat shoutmix secara automatik..kiranya masa die scrape database blog yang ada shoutmix..blog awak die scrape skali..dan die post mesej camtu secara mass...untuk tarik perhatian.

    ReplyDelete
  5. saja dia suruh kita masuk tempat dia kot..terklik tadi,forum

    ReplyDelete
  6. hahahaha dia ada sakit mental kot,hahahaha tu sb tinggalkan link dia dkt situ

    ReplyDelete
  7. xper kak lekit... hidup ni mang mcmnie xsume org suka kita tp xsemestinya org benci kita... anon tue anggap jer mcm stalker idaman... hehe... thinks positif kak.. hehe.. at least xde la rosak hati kita ni.. biar org len sakit ati tp kita hati baik..err nk puji diri sendiri lak..haha

    ReplyDelete
  8. emm..sy kalau x suka sesuatu/seseorg x kisahlah blog ke atau hal lain sy jauhkan diri jer..


    psl cikgu shida sy x penah peduli pon..sbb perasaan benci x ada..perasaan suka sgt pon x ada..


    tp lah kan dlm hidup nih buat apa nk benci-benci nnt sakit hati..kalau org buat jahat sekalipon kita bencilah perbuatannya tp jgn benci orgnya..errr ke sy salah?

    ReplyDelete
  9. memang perangai manusia macam tu... mereka tak suka tapi datang juga nak menjengukk...

    rasanya orang macam tu orang yang dengki dan ambil point nak hantam kita secara sembunyi...

    Takpelah kan, kita bukan boleh puaskan hati semua orang.. mereka dengan cara mereka.. Kita dengan cara kita.. Mereka benci kita bukan bawa untung ngan dorg pun... hee

    janji kita senang hati, kita tak kacau orang...

    Saya kagum dengan setiap kupasan Sang lekit... (",)

    ReplyDelete
  10. buat dek je orang mcm ni lekit.. hati kena tabah..

    ReplyDelete
  11. isk..tak ada pasal2 nak meluat masuk blog orang lain..lagipula, the words tiada kaitan dengan blog ini..dia tlah menampakkan bad value of himself/herself, shame on him/her! :'( ignore such that silly word!

    ReplyDelete
  12. Wow!! Itu mcm ka?! Apapun org menilai kita dari apa yg mereka nampak walaupun kadangkala pandangan kita selalu salah mentafsir sesuatu perkara.. ;) Mudah je ibu berckp kan?! Tp kalau direnungkan maksudnya banyak sbnrnya.. Ikut pada penerimaan individu itu sendiri.. Kalau positif maka positif lah ia kalau negatif maka itu juga balasannya.. Apapun setiap manusia lain cara, sikap, minat & kehendaknya.. Asalkan kita tahu dimana kedudukan kita & arah tujuan kita.. Warggghhhhhh!! Sekali mummy x berentry hah!! amin komen dr ibu.. Ngeh3!!! Rindu tau kat Cik Lala syg.. :D

    ReplyDelete
  13. jenis manusia suka jeles dengan orang.

    ReplyDelete
  14. Entah apa2 Anon tu.,, Eeeeeeeee geram

    ReplyDelete
  15. lain pulak dengan akak..kalau benci kat tuan blog tu akak terus tak pi..kira pangkah terus la...
    kalau setakat tak suka je akak singgah la jugak..
    tapi bila sampai tahap benci jangan kan nak jenguk kabarnya apa..nak ingat kat dia pun tidak sekali2...

    ReplyDelete
  16. salam..
    memang sentap bila
    baca ayat tu...

    ReplyDelete
  17. apa laaa dia tu.. kalau dah meluat.. xyah la datang sini...

    huhu =.='

    dia saja nak cari pasal laa tu..

    ReplyDelete
  18. xsuker jgn amik tau,,,,senang citer kan ;p

    ReplyDelete
  19. mmg sudah begitu sikap separuh dari kita...

    ReplyDelete
  20. tu salah satu trick utk kita masuk blog dia la lekit...mama pon ada terima...juz a genius trick...bila dia tulis camtu...opkos kita akan tgk balik siapa yg tulis tu kan... :)

    ReplyDelete
  21. pelik betul org mcm ni..kalo tak suke blah jela..pe la nk tulis gitu..

    ReplyDelete
  22. Xyah peduli Cik Lekit, biaq je...

    Baik lagi singgah sini layan tagging saya to Cik Lekit ni,hahahaha...

    http://hanifborhanchanglun.blogspot.com/2011/11/tudiatag-tag-tag.html

    enjoy :)

    ReplyDelete
  23. takpelah lekit....
    aini harap lekit jgn delete komen tu
    show ur strength
    that words cant bring u down
    keep on lekit!!!

    ReplyDelete
  24. bende camni haruslah diabaikan. even kdg2 sgt menyakitkan hati. haha

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com