MEREKA NAMPAK TAPI TAK PEDULI

11/11/2011 04:10:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Mei 2005 muncul seekor kucing yang memperlihatkan kekejaman makhluk bernama manusia. Kedua belah kaki depannya di potong hanya kerana mencuri seekor ikan di sebuah restoran (non-muslim) untuk mengalas perut yang lapar. Setelah di kejami.. dia di buang di tepi jalan dalam kesakitan yang teramat sangat. Hanya mata2 menonton kesakitan itu tanpa ada seorang pun yang merasakan ia perlu di beri bantuan. Mungkin mereka hanya berdoa, Allah cepat mengambil nyawanya supaya penderitaannya tidak lama. Tapi Allah telah menghadirkan seorang insan yang tak punya kemampuan waktu itu untuk menghantar dia menerima rawatan yang lebih baik tapi insan itu dengan rasa perikemanusian, belas kasihan & kasih sesama makhluk membawa dia pulang dengan airmata. Hanya berbekal doa & minyak gamat.. Insan itu pasrah. Sedaya mungkin di rawat dengan minyak gamat & pasrah jika hayat seekor kucing yang di selamatkan itu tidak panjang. Namun kuasa Tuhan.. Dia terus bernafas sehingga kini. Ini Kisah Hero & Papanya... (Baca kisahHero DISINI)
Gambar di pinjam dari Kakimotong Fan Club

Tentu korang pun kenal dengan kucing bernama hero kan? Hero adalah seekor kucing yang dikejami kini menjadi perhatian umum. Media mula paparkan kisahnya.. Lepas mastika bagi ruang kat Papa Hero untuk menulis di salah satu ruangannya, Hero muncul dalam 1 segmen di buletin Utama sebelum raya haji haritu & Dan muncul di RTM dalam rancangan selamat pagi Malaysia.

Sang Lekit mula terfikir andai perjalanan hidup Hero ni di pertontonkan saat gemilang dia hari ni semasa kakinya di potong & di buang  mesti orang yang ramai berkerumun melihat hero kesakitan tu takkan biar sampai Papa Hero datang kemudian bawa balik Hero untuk di bagi rawatan, kan? Manusia yang ramai2 tengok tu macam tengok Filem jer.. Sebabnya dorang tak terbayang atau terfikir yang hero bakal jadi perhatian ramai 1 hari nanti. Kalaulah semua tu boleh nampak semasa hero tengah mengelupur menahan sakit pasti ada yang ambil kesempatan bukan ambil atas belas ehsan.. Itulah manusia. Lupa! Perbuatan baik akan di balas baik tapi Papa Hero yang ambil hero masa tu sang lekit yakin dia tak membayangkan detik2 gemilang hari ni bersama hero tapi apa yang ada dalam hati & fikirannya 1 makhluk yang harus di selamatkan. Dan apa yang dia miliki bersama Hero ni adalah Balasan Tuhan atas kebaikkannya.

waktu hero di kejami, di buang & di biar kesakitan. Banyak mata hanya memerhati tanpa berbuat apa2.. Melihat apa yang hero kecapi hari ni mesti terdetik di hati dorang "Kalau aku tau dia nak popular camtu.. Aku ambil dia bawak gi spital" atau "Rugi aku tak ambil hero haritu padahal aku yang nampak dulu"... Manusia.. mereka  nampak Hero kesakitan, tapi tak peduli sebab mereka tak tahu, tak terfikir atau terbayang yang Hero Hari ini mendapat perhatian ramai (bukan semua manusia yer). Kisah Hero & Papanya, Moga menjadi iktibar kepada kita semua. Setiap perbuatan tak kira baik atau buruk akan menerima balasan. Kalau tak kat Dunia, akhirat kelak.

18 comments:

  1. memang sedih tengok kisah Hero ni! Mas siap nangis lagi...

    memang kejam manusia tu!

    dan tabik utk Papa Hero yang selamatkan dia atas belas kasihan dan perikemanusiaan!

    ReplyDelete
  2. saye dulu pun jahat gak dgn kucing, n sy dh dapat balasannye :-(

    ReplyDelete
  3. betul2..setiap perbuatan pasti ada balasannya..jika baik maka baiklah balasan..jika buruk maka buruklah balasan..


    saya baru tahu kisah hero ni..papa dia mmg sorang yg 'hebat'..kagum!^_^

    ReplyDelete
  4. walaupon kini sy bkn penggemar kucing (dulu ya) tp mmg benci dgn org yg menzalimi binatang..dulu waktu sy sgt sukakan kucing sy pernahlah tertonggeng-tonggeng selamatkan kucing dlm satu longkang besar..ada ke satu mamat tu gelak-gelakkan sy..

    ReplyDelete
  5. iyea! hero! ada tgk kt tv3 aritu...
    nanges berjujuran tgk citer dia tu...
    kisah hero membuktikan ada manusia KEJAM dan ada juga manusia MULIA...

    ReplyDelete
  6. Memang kejam ah manusia yg potong kaki hero hanya kerana seekor ikan. Alhamdulillah...kuasa allah kan.

    Ada tgk kat tv pasal hero, nangis papa hero bila bercerita sampai saya pon rasa nak nangis sama.

    ReplyDelete
  7. meremang bulu roma baca kisah Hero ni dulu...


    kali ni pun baca meremang jugak, rasa geram cmpur terharu...

    ReplyDelete
  8. budi yang baik di balas baik... sekarang papa Hero mendapat liputan luas bersama hero yang diselamatkannya dulu...

    Kagum dengan insan seperti ini. Dia menolong dengan hati yang ikhlas di hati sanubari. Sekarang keikhlasannya di balas dengan pujian dan penghormatan..

    Bukan seperti sesetengah orang. Nak menolong pun jika hanya ada ganjaran saja... dasar manusia...

    ReplyDelete
  9. yus tak pernah baca pon kisah hero nih...kena g baca ni..kesiannyee..sbb curik ikan je nak potong kaki..kejam betol!takde ati perut...kucing tuh nyawanya liat..dahla binatang kesayangan sahabat rasul abu hurairah...mmg terukla org yg buat naya tuh kena kat sana nti..

    ReplyDelete
  10. oo..yang ni..
    kat tv hari tu ada tengok..
    memang sedih la..
    boleh menitis airmata

    ReplyDelete
  11. uwawaaaaaaaaaaaaaaa nak nanes.. ckup x suka tgk haiwan diperlakukan mcm ni..

    ReplyDelete
  12. biar dia dgn hukum alam! semua dari bersebab akan jadi akibat dan yang akibat akan bersebab!

    manusia, kalau tidak menyakiti mungkin tidak gembira hidupnya.

    ReplyDelete
  13. ada manusia terlupa bahawa dia manusia...

    ReplyDelete
  14. kucing nie masuk tivi aritu...
    comel je...

    ReplyDelete
  15. Manja sangat si hero ni..

    saya pecinta kucing!!!!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com