MULUT JAHAT, HATI BAIK

11/10/2011 08:20:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Istilah mulut jahat hati baik ni memang takde dalam mana2 perumpamaan melayu tapi biasa sangat kita dengar manusia2 yang tak bisu bercakap ayat tu. Tapi bila di fikirkan balik.. boleh pakai ke? Nak tau boleh pakai ke tidak.. Jom baca pandangan melekit.

Carian Google
Selalunya apa yang terluah di mulut lahir melalui hati kemudian ke otak dan seterusnya keluar ikut mulut. Bila hati jadi ketua.. Tak selalunya indah. Bukan takde orang cakap pakai otak pos ke hati kemudian sampai ke mulut.. Ada. Tak kurang sikit la. Orang kata cakap guna otak tu lebih bijak dari cakap ikut suka hati, kan??

Istilah mulut jahat hati baik ni.. Kalau hati baik, takkan cakap benda jahat, kan? Kalau otak fikir benda baik, takkan hati terniat benda jahat & mulut mengeluarkan kata2 keji, kan?? Jadi pada pendapat melekit.. Istilah mulut jahat, hati baik ni sebenarnya tak wujud pun sikap ni dalam diri manusia. Istilah tu memang merujuk kepada sikap.. sebab selalu orang cakap" Perangai aku ni.. mulut je jahat, tapi hati baik". Kita sebagai manusia ni memang tak dapat nak elak terdetik di hati, terfikir di otak & tercakap di mulut benda2 yang kurang baik.. Tak banyak pun sikit mesti ada. Tak kira la secara sengaja atau tak.

Jadi sang lekit merasakan kalau hati baik, mulut pun akan manis (walau ada orang mulut manis, hati busuk tu memang wujud). Takde nya kau berhati mulia tapi mulut je suka cakap benda2 keji. Tetap di hati ko ada busuk & buruknya cuma yang membezakan tahap kebusukan & keburukkan hati seseorang je. Bila hati ko lebih banyak benda busuk, maka ko akan cakap lebih banyak benda buruk.. Kalau hati ko sedikit je negatif & banyak positif, yang terluah di bibir takde la terlalu buruk. Lebih lunak & enak di dengar.

Entri ni tak merujuk kepada sesiapa tapi sekadar mengopek satu sikap yang sebenarnya ada dalam diri kita termasuk la sang lekit sendiri, tak kira la sikap tu banyak atau sedikit. Tapi tetap ada.. Jadi kalau ada orang cakap 'aku ni mulut je jahat, hati baik' rasanya elok la di sekolahkan supaya dia tahu orang yang berhati baik macam mana pertuturan & bahasanya. Sekian terima kasih.

18 comments:

  1. fuh...boleh tahan gak pening nak paham ni...hehe...nak cakap pun kena jaga jugak...jangan main lepas je...kang kena kat orang yg sensitif abis parah...

    ReplyDelete
  2. mane ade org yg hatinye baik suke cakap asyik nak mengeji org je kan? ke ade? macam pelik pulak..;p

    ReplyDelete
  3. hahhaha..hati baik mulut jahat...

    betul pandangan melekit tu..kalau mulut dah jahat,,hati sama dengan lah..hihihi..

    ReplyDelete
  4. kene selalu jaga hati dan mulut...supaya tak jadi orang yang asyik ada rasa buruk dalam hati..huhuhu..

    ReplyDelete
  5. ape yang diluar biasanya melambangkan dalaman kita bagaimana. Kalau mulut selalu carut2, boleh agak dan nilai bagaimana hatinya...

    ReplyDelete
  6. setuju sangat tu..kerana tingkah laku dan tutur kata adalah cermin hati kita..betul taaaakkkk... :)

    ReplyDelete
  7. dua tiga kali saya nak fahamkan entri ni.. ehehe

    ya saya setuju, berhati baik perlu diiringi pertuturan & bahasa yang baik2...
    apa guna hati baik tapi mulut suka menyakitkan hati orang lain kan..

    ReplyDelete
  8. istilah tu cuma untuk orang yang,dia nak menyatakan kebenaran tentang sikap kawan dia tapi dia takut jugak akan hilang kawan dia tu..maka keluar la ayat "dia tu mulut je jahat,tapi hati dia baik."
    heheheheh

    ReplyDelete
  9. kalau dah cakap benda jahat kat orang lain baik hati ke? memang patut disekolahkan orang yang cakap camni..

    ReplyDelete
  10. betul lah tu. tapi hati-hati kerana definisi pertuturan yang baik tu berbeza bagi setiap orang dan budaya komuniti. bersangka baik adalah lebih baik.

    ReplyDelete
  11. mana ada org yg hatinya baik berkata2 jahat....hurm....contoh paling senang Wardina kottt....xdekann???! slalu yg kuar di mulut dia semua yg membawa kita ke arah kebaikan....

    ReplyDelete
  12. saya pun setuju dengan pendapat pn lekit ..haha
    kalau hati baik, mulut mesti baik..
    kalau mulut jahat, hati mesti ada problem..

    ReplyDelete
  13. sy sokong akk.takde istilah mulut jahat hati baik,kalau apa dlm hati tu baik.mst yg baik2 je keluar dr mulut kan.

    ReplyDelete
  14. kalo hati dh jahat tu dah tentu la mulut bau longkang, ngeeee :-)

    ReplyDelete
  15. org hipokrit selalunye mulut manis..
    tapi hati...busuk mcm longkang
    (hahaha: mulut jahat ni...so kenelah ngaku jahat jugak)
    =)

    ReplyDelete
  16. kadang-kadang ada juga jahat mulutnya..

    ReplyDelete
  17. tau xpe.. kalau hati baik.. xde dia nak kuarkan ayat yg menyakitkan hati manusia yg lain.. =.='

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com