CIKGU SHIDA KOMPLEN NAMA ANAK MURID PANJANG

25.12.11 Suria Lekatlekit 18 Comments

Orang kata tak suka tak semestinya benci. Tak suka tak semestinya asyik pandang buruk jer walau ada yang baik juga dalam dirinya. Orang kata walau selalu tak sama pendapat tak semestinya takde satu pun perkara yang ada persamaan pandangan. Macam tu la sang lekit umpamakan sang lekit VS cikgu shida ni.

Kali ni sang lekit setuju dengan cikgu shida. Apa yang cikgu shida cakap kat status FB dia yang satu ni memang betul. Sebagai cikgu memang tu salah satu masalah jugak. Nama anak murid berjela jela panjangnya.

 Kesian cikgu shida nak menaip nama anak murid yang panjang2. agaknya sorang anak murid berapa minit nak menaip yer..

Nama panjang berkajang ni yang sang lekit perasan mula popular tahun 90an. Kalau boleh satu keturunan tu dia nak berkait kait nama tu dalam nama anak dia. Sudahnya panggilnya gegurl @ boboy saja. Tapi dalam surat beranak sampai tak cukup ruangan nak tulis. Tu baru surat beranak tak lagi borang2 lain. Orang kata sampai tak cukup kotak la nak isi huruf2 nama anak dia tu.

Bukan saja takde manafaatnya nama panjang2 ni.. juga menyusahkan orang lain contoh macam cikgu. Nak isi itu ni untuk anak murid.. bila dalam kelas nak menyebutnya panjang lebar. Maunya bersimpul lidah. Ada tu nama ala2 mat saleh gabungan melayu. Keju + Belacan punya nama. Orang tua2 nak sebut pun bunyi lain macam dah. kan??

Biarlah nama tu ringkas.. mudah di sebut & ada makna yang baik. Senang nak panggil kan?? Dah tu jika makna dia baik.. hari2 kita panggil nama dia, seolah2 mendoakan kebaikkan untuk dia juga hari2. Nama panjang2 ni banyak keburukkan dia.. walau gabungan nama dari makna yang baik2.. tapi boleh jadi takde makna atau makna jadi sebaliknya bila panggilan tu di pendekkan. Tu memang ada terjadi. Jadi pada bakal2 ibu tu.. pilih la nama yang sedap di panggil, baik maknya supaya tak menyusahkan orang lain 1 hari nanti. Yang dah terlajak bagi nama tu takpe la.. mungkin masa tu terikut2 dengan trend karang nama anak berkajang2 kan.

P/S : entri ni sekadar pandangan peribadi tak berniat nak menyindir atau menyakitkan hati mana2 pihak. Kalau ada yang terasa sang lekit minta maaf yer..

P/S II : Shahila yang nama pendek pun di pendekkan lagi jadi lala..(Sebenarnya Acu yang mula panggil cik lala masa sang lekit dalam pantang. Acu adik bongsu sang lekit). Di sebabkan Acu.. mak2 sedara dia yang lain (sebelah sang lekit) kebanyakkan panggil lala.

18 comments:

  1. betul tu, nama panjang panjang, bunyi sedap tapi makna nama dah bermacam macam.. berat pada yg membawa.

    ReplyDelete
  2. Siti Cheese Cencalok Bt. Mohd Sate

    ReplyDelete
  3. mummy lekit..saye pernah dengar, dalam agama Islam, nama anak-anak ni sepatutnye bapaknye yg kena bagi..betol ke eh?

    ReplyDelete
  4. wahh 1st time tgk entri kak lekit setuju ngn cikgu shida...hihii tul gak nme panjng2 tp endup panggil nme gelaran english cth cm nama karina tp mintak org panggil catherine.. -.-" cth jer xde kene mngena ngn sspa e....so moralnya gunelah nme yg elok2 walopun nama timangn ato gelran sbb name tu kan doa..hehe

    ReplyDelete
  5. nama ringkas dan memberi makna yg elok lebih baik kan..
    klu gadis2 yg nama panjang berjela tu...jenuh la bakal suami nak sebut masa akad nnti,,,

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat. Tapi kawan punyer anak. Name panjang tapi panggil K,Q ajer

    ReplyDelete
  7. Nama adik pendek je, tak mahu panjang berjela ni. Susah nak sebut.

    ReplyDelete
  8. betul tu lain kali nak letak yg pendek2 jer...

    ReplyDelete
  9. setuju sesangatkan...saya yg jadi cikgu ni kekadang tak ingat juga nama anak murid bila panjang sgt... tambah2 ajarnya dua masa seminggu...
    betul tu, nama panjang panjang, bunyi sedap tapi makna nama dah bermacam macam.. berat pada yg membawa. biar pendek makna bagus... sebut selalu.... jadi doa selalu...Amin...

    ReplyDelete
  10. panjang ke pendek tu pilihan masing2 kan.... (*_*)
    ikut selera la yea....

    ReplyDelete
  11. N A U R A H A L W A N I .

    simple kan? Hihi.

    ReplyDelete
  12. akak pun bercadang kalo ada anak nti nk buh nama pendek je sbb nama huby pn pendek, mujo sgt..pengalaman nama akk n abah akk panjang..nk tulis nama seniri masa exam pn rasa cam buang masa di sito..then nak tanda lak dalam borang omr..owhh sgt wasting my time..tp nak wat cane dah takdir nama gua panjang...eh komen pun panjang ni..hee :)

    ReplyDelete
  13. mujur nama maisara hanya maisara.hehehe..
    ada jugak yang nak panggil dia dengan sara je..tapi akak tak bagi..kalau sapa panggil sara je akak cepat2 tegur sebab ayah,tok,tokwan dan opahnya tak suka dipanggil sara...nama dah cukup pendek pun nak dipendek kan lagi..

    ReplyDelete
  14. tp mmg betul pon kak.kalau panjang sgt mmg payah.lagik pon mak bapaknya agak2 lah.smpai 4patah.

    ReplyDelete
  15. hiksss...nama fifi pun panjang tau! memang tak dinafikan lenguh la jari kalau nk taip sorg2 nama panjang berjela!

    ReplyDelete
  16. mana tak panjang.. atok ngan nenek belah mak nk bg nama.. belah ayah lg nk bg nama.. mak bapak dia lg sorang satu..kekekekeke..

    ehhh.. nama CB pon pjg..huhu

    ReplyDelete
  17. panjang tu satu hal,letih nak menaip satu hal,letih nak tunggu dia hafal n berjaya tulis nama sendiri tu satu hal..dah masuk tahun 2 tak reti eja nama sendiri pun ada sebab panjang sangat..aduhaiiiii

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!