DAHSYAT AKAK SHOPPING. TROLI TESCO PUN DIA ANGKUT

12/12/2011 04:17:00 PM suria lekatlekit 28 Comments

Sang Lekit tertanya2.. apakah troli tesco turut di jual sekiranya ada pelanggan yang rasa nak beli. Iskk.. tak pernah pulak dengar troli tesco ada di jual. kan?? Alkisahnya petang semalam..

Sang lekit & family (macam ramai sangat je bunyinya walhal dengan hubby & lala jer) nak keluar. Tunggu depan lift nak turun bawah. sekali sorang akak keluar dari lift bersama troli tesco yang terisi di dalamnya barang2 shopping dia. Ada la setengah troli besar tu. Terkesima sang lekit dengan hubby. Pandang sesama sendiri sebelum tergelak kecik lepas akak tu hilang dari mata kitorang.

Bukan tergamam sebab dia bershopping sakan tapi tergamam sampai troli tesco pun di angkut sekali. Dahsyat punya shopping ni. Tak tau la dia rembat ke dia beli ker.. Tak berani nak tuduh sebab sang lekit pun tak pasti. Tapi sepanjang hidup sang lekit tak pernah pula dengar troli supermarket boleh guna & beli seterusnya bawak balik  rumah. Kan?? Kan?

Bab rembat ke tidak tu satu.. 1 lagi persoalan, dia angkut troli tu dengan apa?? takkan dia pergi shopping naik lori pickup kot.. kalau kereta rasanya tak muat. Mungkin Van @ MPV kot. Ke dia tolak troli tu dari tesco sampai rumah. Tesco yang paling dekat pun kat sini samada kota damansara @ kepong. Kalau jalan kaki mau semput jugak nak sampai. Apapun memang dahsyat la akak tu.. Mampu memiliki troli tesco dengan jayanya. Mungkin dia menang cabutan bertuah tesco kot.. Fikir positif sudah walau yang positif tu kedengaran seperti amatlah mustahil berlaku. kekekekekeke

Lebih kurang macam ni troli tesco yang akak tu rembat op's bawak balik
 (Siap ada tag tesco lagi sebab tu sang lekit tahu troli tesco. kekekeke)

28 comments:

  1. sgt dahsyat kalau dia bawa balik troli tesco tu. maybe ketenya parking jauh kot...

    ReplyDelete
  2. Pernah jumpa org bawak troli Giant dr Batu Caves sampai ke Pasar Borong Selayang...

    ReplyDelete
  3. tp kan sis,rara selalu je nmpk org bwk balik troli ni.mst ada depan umah buat tempat letak smpah.hehehe

    ReplyDelete
  4. hahahaha...dia tu pekerja tesco agaknya

    ReplyDelete
  5. hehe, aneh betul kelakuannya. maybe banyak benda yang dia shopping sampai terangkut2 troli tadi or maybe dia sengaja buat macam tu tanpa sebarang motif? huh, memang aneh..:D

    ReplyDelete
  6. hahaha
    malunya!
    mana nak sorok muka!
    hahaha

    ReplyDelete
  7. family syabab pon kalo shopping byk2 mesti kene bawak troli smpai ke kereta gk kak lekit sbb kalo bwk plastik mahu nk koyak plastic tu so better la bwk troli smpai ke kereta parking cm kt mydin subang...

    ReplyDelete
  8. syabab takat bawak troli smpai kereta akak pun selalu buat tp kalau bawak troli sampai rumah.. akak x pernah buat dik.. lgpun akak gi shopping naik kereta je bkn lori.. x mmpu nk angkut troli bawak balik. kekekekeke

    ReplyDelete
  9. hahahaha serious kelakar . merata ! haishhh .
    gila sengal.

    ReplyDelete
  10. HAHAHA

    tu nasib gak die tinggal

    kalo angkut bwk balik

    ReplyDelete
  11. hehehe.. kalako la plak.. nak buat apa denga troli tu kat umah.. boleh pakai main dgn2 anak2 la kot.. ehehe

    ReplyDelete
  12. adessss....
    mcm ni punya org pun ade ke..
    klu btl la kakak tu amek..mmg x patut..

    ReplyDelete
  13. cittt....masalah nyer ade ramai org mcm nie...hurm....

    ReplyDelete
  14. iskkkk..bole ek beli troli tesco???
    musykil musykil neh!!!! hiks!!

    ReplyDelete
  15. pernah gak nampak sorang kakak ni tolak troli Carrefour Alamanda bawak balik opis...huhuhuuu

    ReplyDelete
  16. nasib baik tak angkut wat balik umah

    ReplyDelete
  17. Lea Isnawi.. kalau dh sampai dkt umah mustahil la dia nak hantar balik troli tu. confirm 100% memang dia bawak balik..

    ReplyDelete
  18. dia pekerja tesco lar kot lekit..hahahahahaha..tuh leh pinjam.. :P

    ReplyDelete
  19. hhahah..pelik je,,mungkin dy nk bwk troli tu ke tempat parking kete dy yg jao..mustahil gak la kan nak bawak balik troli tu..haha

    ReplyDelete
  20. ala bukan selalu ...kakak tu cakap...hehe

    ReplyDelete
  21. Hari tu kat seremban...
    saya nampak org tepi jalan dok tolak teco punya kereta sorong ni....
    ayooo......

    ReplyDelete
  22. assalamualaikum akak lekit...

    heheh, da biasa sgt tgok sekarang kan
    espcly yang rumah dekat dengan shopping complex..suka ati dorang jer...
    :)

    ReplyDelete
  23. hahahha.kat tempat snf. macik cleaner guna troli tesco wat angkut samaph.addooi..hahahha

    ReplyDelete
  24. kalau dah jadi tabiat apa pun dia boleh rembat

    ReplyDelete
  25. owh kes macam ni pernah tengok juga dkt tesco seberang jaya.. hari tu siap pasangan suami isteri lagi.. si suami tunggang motor si isteri pula pegang troli sebelah.. fikir posititf maybe diorang minta kebenaran pihak tesco kot.. barang byk nak bawa dengan motor mana muat.. maybe lepas tu diorang hantar balik kot.. hehe.. mcm2 ragam manusia ni..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com