DARI DUDUK DAH NAK BERDIRI PULAK

21.12.11 Suria Lekatlekit 17 Comments

Itulah keletahnya.. Kalau bulan lepas dia tak nak baring. Dia nak kita dudukkan dia. Kalau di baringkan.. dia akan cuba angkat kepala dia untuk bangun. Kalau tak di angkat & didudukkan macam dia nak mesti la meraung. Itu cerita bulan lepas..

cerita bulan ni bila dah didudukkan dia nak berdiri pula. Bila kita dudukkan dia dia cuba berpijak dengan tapak kaki & cuba angkat bontot dia untuk berdiri. Kalau kita tak bantu dia, dia akan mula meraung. Sudahnya.. Ikutkan saja. Dia masih dalam proses belajar jadi siapa lagi yang akan menjadi guru dia di rumah kalau bukan mummy.

Itu kisah Shahila @ lala yang semalam genaplah umur lala 4 bulan. Tapi semalam tak sempat nak taip entri. Pagi gegas pergi klinik nak ambil ubat untuk lala. Kepala lala sang lekit perasan mula ada kuping2 putih. Baru lagi 2 3 hari ni. Tapi hari2 sang lekit buang. Sebab sang lekit tak tahu apa benda yang kat kepala lala.. sang lekit rujuk dengan kak Lydia Myza. Jadi semalam sang lekit bawak lala gi klinik walau benda tu tak serius. Masa jumpa doktor.. doktor pn tercari2 benda putih tu.. dah takde pulak. Sebabnya sang lekit dah buang. Kat atas kepala lala pun ada sikit ruam2.. Jadi sekalikan la ambil ubat untuk ruam. Pun masa jumpa doktor.. doktor kata tak nampak pun ruam. Tak tau la sang lekit jumpa doktor rabun ke atau bilik doktor tu terlalu romatika di tampoi. Memang la tak banyak.. tapi sang lekit hari2 belek lala dari hujung rambut sampai hujung kaki jadi sang lekit tau la. Doktor cuma check 2 3 minit jer.. Lepas pergi klinik terus jenjalan dengan dady. Tapi semalam lala tak berapa sporting sebab asyik meragam.

Hari ni memang sang lekit tengok kuping2 putih tu dah takde. Pun macam tu tetap sang lekit sapu ubat yang doktor bagi. Orang kata rawat sebelum parah. Cuma ruam2 dia je belum hilang. Tak tahu kenapa kat kepala lala jer ada ruam. Nak kata tak syampoo.. hari2 sang lekit salonkan kepala lala tu. Takde skip2 punya. Kalau syampoo yang punya angkara sang lekit dah tukar. Memang masa lahir lala guna baby johnson..lepas tu dady tukar guna pureen.. sekarang sang lekit guna balik baby johnson. Mungkin lala lebih serasi dengan baby johnson kot.

Doktor kata kulit lala sensitif.. jadi syampu mandian dia doktor nasihatkan jangan guna yang ada perfume (wangi2). Syampo rambut lala sekarang memang jenis clinical & tak wangi pun. Sesuai la untuk lala. Alhamdulillah selain masalah kecil kulit kepala dia, lala takde masalah kesihatan yang lain. Dia sangat aktif & lasak. Sekarang ni sang lekit risau nak tidurkan dia dalam buai. sebab dia terlalu lasak.. pernah 2 kali hampir2 terjatuh dari buai. Nasib baik sang lekit perasan.. Sang Lekit mula ajar dia tidur atas tilam sekarang. Tapi tak boleh on the spot.. kena pelan2 biasakan dia tidur atas tilam. Lala dah biasa dengan di buai dalam buaian masa tidur jadi bila tidur tak di buai dia kurang nyenyak sikit.

Itulah kisah shahila @ lala yang sudah menganjak ke 4 bulan. Sang Lekit nak cerita lala setiap bulan ada dalam blog ni. Kalau blog ni masih ada sehingga lala besar.. mesti lala tahu serba sikit tentang proses dia membesar. Dan inilah salah satu cara mummy menyatakan sayang pada lala.


Susah sekarang nak buat photoshoot dengan lala sebab dia asyik nak hisap jari jer. Nak dapat shoot macam ni pun jenuh tepi tangan dia. Apapun comel lala pakai baju Tok (nenek lala di kedah) beli. Walau bagi sang lekit & hubby lala ni kurang sesuai berbaju macam ni sebab kelasakkan dia. Sang Lekit & hubby lebih suka beli jenis yang berseluar panjang untuk lala. Seluar pendek2 hubby tak suka lala pakai. 

P/S : Rambut lala masih nipis jadi dia sentiasa la bertopi. Kalau tak nampak macam baby boy pulak

17 comments:

  1. kejap je dh 4 bln....manis sgt muka anak kamu :)

    ReplyDelete
  2. aduh!! comelnya anak dara ni bergaun.. ;)

    ReplyDelete
  3. 4bulan?wahh cpt tul die membeso...t pejam celik dh setaun..hehe

    ReplyDelete
  4. wah, sedar tak sedar dahmasuk 4 bulan... membesar dah si comel ni... lepas ni bole ganti mamanya ambil alih blog Lekit ni

    ReplyDelete
  5. SWEETNYE CIK LALA KITE NI...


    KAK, CPTNYA DH 4BLN KAN.. MCM BR HARI TU JE AKAK BERSALIN..

    ReplyDelete
  6. muncung gak mulut si dak lala ni kan.. aummmmmm

    ReplyDelete
  7. tiutnya lala.best nye ada baby :)

    ReplyDelete
  8. kuping kat kepala tu memang biasa jadi kat baby... anak akak dulu pun kena jugak! kena rajin bersihkan guna minyak baby..

    ReplyDelete
  9. alohhh shomels nya pakai skirt.hmm mcm anak buah rara jugak,pakaikan colonge dye bersin.hehe

    ReplyDelete
  10. pernah anak akak jatuh buai..sedar2 anak dah kat bawah..tapi tak pula dia nangis..apa2 pun baik letak tilam kat bawahnya..

    ReplyDelete
  11. comel :) and congratz ya :D

    Info Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/

    ReplyDelete
  12. alolol0...
    tomeinye die..

    mmg suka isap2 bibir ye cik lala ni..
    :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!