KEMAAFAN TIDAK SEMUDAH MEMBUAT KESILAPAN

12/22/2011 08:47:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Hari sempat layan Drama bersiri Tentang Dhia. Semalam tengok jugak tapi jadi tak tau apa cerita dah... sebab episod hari selesa tu tak tengok.. Macam biasa tengok je mana yang sempat. Yang ter skip tu halalkan je. Di pendekkan cerita pengajaran untuk hari ni yang nak sang lekit kongsi dari episod hari ni drama Tentang Dhia ni..


Semalam tengok cerita Si Melina tu dah koma.. Lepas tu sedar selepas 5 tahun. Tak tau la kenapa dia koma sebab hari selasa tak tengok tapi tak penting sangat. Jadi Episod hari ni selepas Melina sedar dari koma & ingatan dia yang mula2 hilang dah pulih.. Dia menyesal sebab dia sangat la jahat dulu (sapa yang layan cerita ni tahu la tahap kejahatan si Melina ni, tapi pada sapa yang tak tengok tak payah ambil pot sangat pasal tu yer). Dia pun pergi la berjumpa dengan orang yang pernah dia buat salah dulu. Dia jumpa dengan nenek si Azmi (bekas suami dia). Nak minta maaf tapi malangnya nenek si Azmi tak boleh maafkan si Melina ni sebabnya perbuatan si Melina ni dah menghancurkan hidup keluarga dia.

Apa yang sang lekit terfikir.. Mudah untuk orang buat silap & minta maaf tapi orang yang menerima kesan dari kesalahan kita tu mungkin susah untuk memaafkan. Orang lain mungkin senang untuk cakap.. "Dia dah menyesal, jadi maafkanlah dia." Macam kisah Tentang Dhia ni.. Melina perangkap Azmi untuk buat Azmi kawen dengan dia sekaligus menjadi pak sanggup pada anak luar nikah yang di kandungnya masa tu. Dia buat plan supaya Azmi & dia kena tangkap basah walhal dia tahu Azmi masa tu tunang Dhia & bakal bernikah tak lama lagi. Sebab terkejut tengok cucu dia atas katil dengan Melina, Atuk Azmi mati mengejut. Lepas tu Azmi kena penjara sebab di tuduh bawa dadah.. Pun sebab Melina yang letak dadah dalam beg azmi yang di sangka masa tu beg si Rafi. Sebab Azmi tertinggal beg dalam kereta Rafi. Melina marah sebab Rafi kerek dengan dia, kononnya nak kenakan si Rafi sekali terkena si Azmi.

Nenek Si Azmi terpaksa menanggung, melihat & menghadap semua yang berlaku pada keluarganya. Si Nenek tua jadi sebatang kara bila si cucu masuk penjara. Keluar penjara si cucu terpaksa ke kota untuk cari kerja sebab kat tempat sendiri orang dah tak percaya sebab dia bekas banduan. Dan tiba2 Melina datang untuk minta maaf. Mari sejenak kita berada dalam diri Nenek Azmi. Setelah apa yang berlaku, memang mustahil untuk kita maafkan. Mungkin kena ambil masa yang lama.. Sebab apa yang Melina buat memang terlalu lalu memberi kesan bukan saja pada diri Si Nenek tapi seluruh keluarganya. Sebagai manusia biasa.. selalunya selagi hati tu terluka selagi tu keikhlasan untuk memaafkan jadi terlalu berat walau mulut mampu berkata.. "Aku maafkan kau!".

Bila berlaku benda macam ni jangan mendesak seseorang tu memberi kemaafan tapi bagi la ruang & masa untuk dia.. Makin besar kesalahan tu, makin dalam la luka di hati dia maka makin lama untuk sembuh.. Nak Tak nak.. kau tunggu je la.. doa harap Tuhan lembutkan hati dia untuk maafkan kau.Kemaafan dendam yang terindah tapi bukan mudah... betul tak??

12 comments:

  1. aini pun tgk ttg dhia...
    mmg penuh pengajaran...
    setuju cakap lekit...
    buat salah lebih mudah dari memohon kemaafan...
    semoga bersama kita insafi diri...

    ReplyDelete
  2. Tak tengok, jadi tak tahu cerita dia. hahaha. Setuju dengan akak suria, memaafkan kesalahan yang sangat menyakitkan hati memang susah sikit.

    ReplyDelete
  3. tengok gak tapi skip2 ....bukan mudah memberikan kemaafan segera perlu masa juga...

    ReplyDelete
  4. Mas setuju!
    Mas pun camtu, susah nak maafkan orang yang dah buat salah ngan Mas, ambik masa sikit..

    ReplyDelete
  5. betul betul..kalau luka tu memberi kesan yg parut yg kekal memang amat susah nak memaafkan org yg buat kesalahan tu..mungkin mulut kata 'dah maafkan' tapi dalam hati belum tentu boleh redha dgn kemaafan yg telah diberikan..

    ReplyDelete
  6. memang betul pun..pedih di hati tak siapa yang tau, boleh memaafkan tapi amik masa gak ler..

    ReplyDelete
  7. tgk citer ni..
    tp kejap2 coz selalu miss..
    pasal kejahatan si melly tu mmg sgt jahat!
    haha...


    betul2..setuju ngan abby..nak memaafkan org yg buat hati kita terasa bukannya mudah..

    ...berdendam pun tak..ntah... cuma..tunggulah bila masa kemaafan tu datang dgn ikhlas..
    :)

    ReplyDelete
  8. Betul, kemaafan tu dendan terindah..
    tak tengok pun cerita ni, tapi dari
    penceritaan akak, memang dah boleh faham :)

    Latest Post:
    1. Menarik tentang PMR 2011. Menarik?
    2. Memang sudah ditakdirkan untuk sementara.

    ReplyDelete
  9. xleh tgk citer ni sbb waktu tu waktu larangan berTV--hahaha

    ReplyDelete
  10. drama kali ni menarik sgt kalah sinetron indon

    ReplyDelete
  11. lekit tgk balik la crite yg tertinggal tu.. tonton kan ada~ sy pon jarang tgk kt tv crite ni. nnt terlalu leka tgk tv time maghrib.. bila mlm skit baru layan kat TONTON.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com