ARIEL PETERPAN DI JATUHI HUKUMAN PENJARA

31.1.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

Vokalis Ariel Peterpan atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Dearah Bandung hari ini, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Maka tamatlah kes pornografi yang melibatkan Ariel & beberapa artis wanita indonesia setelah hakim memutuskan hukuman tersebut. Menurut Akbar Kosmo ada peminat wanita ariel yang menagis dengar keputusan tu. Nak komen pun dah tak tau nak komen apa sebab yang berlaku dah pun berlaku. Hope jadi pengajaran pada mereka yang terlibat agar berubah kepada yang lebih baik di masa akan datang.

So, selama 3 tahun ni agaknya peterpan akan ada penganti Ariel tak?? Takkan Peterpan pun turut sama nak memenjarakan diri selama 3 tahun sementara menanti Ariel?? Rugi la camtu. Band yang dah ada nama.. di biarkan tenggelam, kan??

Rujukan (kosmo) : Ariel Peterpan dipenjara tiga setengah tahun

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

GAMBAR WALLET ZAMAN RUMAJA

31.1.11 Suria Lekatlekit 8 Comments

Ntah macam mana bleh jumpa gambar2 belasan tahun aku dalam wallet buruk dalam bilik stor ni. Buruk & comotnya muka.. Buat aku gelak guling2 sorang2. Dulu biasa la zaman enpon takde.. Kalau ada pun enpon tak canggih. Takde camera apatah lagi MMS or 3G ni. Then kalau nak letak gambar dalam wallet terpaksa la potong pastu sumbat la dalam wallet.

Bajet time tu dah cun sangat la kot.. Macam - macam gambar ada dalam wallet tu sampai 1st ex-Bf aku masa sekolah pun still ada lagi di ikuti dengan ex2 yang lain. Semua aku bantai simpan dalam wallet. Tapi biar la dia berarkib kat situ jer.. Korang nak tengok Muka comot sang lekit masa belasan tahun dulu. Jom Layan..

Ni budak nakal masuk karaoke tapi blom cukup umur..Takat karaoke jer la..
Gebu betis sebab sarung kaki.. kekekeke
Ni ala2 heroin filem tamil.. Yenna sungguh pic ni kan??
Dah cukup 3 pic comot tu.. Kang letak banyak2 ada yang muntah hijau tak pun pengsan 8 minit.. Apsal la kelakar siot gambar2 ni. Ni kalau balik godek2 album lama kat kampung boleh dapat lagi gambar2 comot zaman awal rumaja ni. Tapii.. Cukup la 2 keping ni Sang Lekit Share yer..

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

LAGI CERITA ARTIS GADUH

31.1.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Cerita terbaru Nora Danish & Fasha Sandha.. Gaduh dengan statement masing - masing. Si Fasha tak puas hati dengan statement Nora,.. Kata Nora dia cuma mengeluarkan fakta yang di dengar dari bekas kekasih Fasha.. Adalah lebih baik dorang ni masing - masing tutup mulut dari keluarkan apa - apa statement. Tapi biasa la yang pernah terluka kini mampu senyum, yang sedang terluka makin membara la bila isu putus cinta dengan kekasih kesayangan di perkatakan orang lain. Kononya.. Menumpang publisiti dari kontroversi yang melanda dirinya. Itu saja yang Fasha ada selama ni.. KONTROVERSI.

Lagi Isu yang takde penamat Rita Rudaini & Suaminya Aidil. Semalam Aidil kata Rita & mertuanya dah berdamai & bermaaf maafan.. Hari ni Rita kata semua tu dusta. Apa salahnya berdamai.. Rita berkeras taknak maafkan yang lain kecuali ibu bapa mertua je tu pun sebab katanya dorang orang tua. Kalau muda agaknya tiada maaf bagi mu la yer.. Nampak sangat Rita memang masih berdendam. Dendam takkan membawa apa2 kebaikan.. Sikap hati batu & pendendam Rita mula menyerlah dari kenyataan2 yang di keluarkan hari ni. Nampaknya perbalahan antara Rita & Aidil & keluarga mertuanya tak nampak ada tanda2 akan berakhir lagi.(Clik Untuk Membaca Artikel : Aidil kata damai, Rita kata dusta )

Kes Rita ni buat Sang Lekit berfikir.. Betapa pentingnya restu keluarga dalam apa juga keputusan yang kita nak buat lebih2 lagi soal jodoh. Bila takde restu macam - macam masalah akan timbul. Haruskah Rita menyalahkan orang lain sedangkan dia sendiri yang membuat pilihan?? Kalau masing2 nak tunding salah orang tu orang ni.. Takkan selesaikan apa2 sebab masing2 dengan pendirian masing2 yang rasa diri tak bersalah. Sesekali cuba la intai dalam diri.. Dimana salah sendiri untuk di perbaiki. Kan??

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CUKUP HEBATKAH UNTUK BUAT SEGMEN BLOGLIST UNTUK BLOGGER??

31.1.11 Suria Lekatlekit 14 Comments

Siapalah blog Melekit ni kan?? Masih di pinggir longkang lagi.. Bukan la pemalas atau taknak share traffic or tolong blogger lain memperkenalkan blog dorang tapi.. SIAPALAH BLOG MELEKIT NI YANG LAYAK BUAT MACAM TU??

Kadang - kadang ada orang suggest buat segmen bloglist or blog review akan memberi manafaat pada blog melekit & orang lain juga tapi Sang Lekit masih rasa Sang Lekit pun perlu di bantu untuk memperkenalkan blog sang lekit ni macam mana Sang Lekit nak membantu orang lain memperkenalkan blog dorang. Kalau Sang Lekit buka segmen Bloglist or blog review kat Blog melekit.. So, tetiba ada la sekerat dua join.. Tapi takde feetback dari blogger lain pada blog2 yang join segmen melekit tu.. Wah rasa bersalah pula.

Sebab tu la Sang Lekit mengambil keputusan untuk memajukan blog Sang Lekit biar sejaya Blog Ben Ashaari time tu Sang Lekit Insyaallah akan membuka jalan pada blogger lain pula memperkenalkan blog dorang di blog melekit ni. Sang Lekit lebih suka membuat sesuatu yang memberi keuntungan kepada kedua - dua belah pihak macam BA buat tu. Tapi setakat follower pun baru 500++ UV pun 200++ je tiap hari tu pun kalau tak jenguk 1 hari blog menjunam ke 100++ UV je sehari baik la pendamkan saja hasrat tu.<< Merujuk pada blog sendiri. So, pada blogger lain jangan lak tetiba korang nak sentap yer.

Tapi kalau contest or GA tu maybe la.. cuma Sang Lekit belum ada idea nak buat contest & GA. Kalau boleh biarlah sesuatu yang mencipta kelainan yang menarik minat orang lain untuk join.

Tu cuma pendapat peribadi aku jer.. Sebab pernah ada orang cadangkan aku buat segmen tapi memikirkan taknak orang lain teraniaya dengan segmen aku nanti.. Biarlah aku pendam saja niat di hati. Lagipun semua blog aku follow memang dalam bloglist aku pun. Sapa rajin update maka terpampang la dalam to 5 bloglist aku. So tak payah nak buat segmen bagai.. Aku memang pemurah untuk letak semua blog yang aku follow (kebanyakkan semua blog aku follow memang follow blog aku) di bloglist aku. So, kalau bloglist aku tu memang beri feetback bagus pada korang, Alhamdulillah. Sama2 la kita nikmati kelebihanya.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ATUK GUNA MOTOR HONDA 70CC TAPI KENA SAMAN MOTOR 500CC

31.1.11 Suria Lekatlekit 1 Comments

Kesian Atuk kita ni kan?? Dah la umur dah lanjut.. dah 85 Tahun.. Tak pernah pun miliki motorsikal 500cc.. Hanya honda 70cc jer yang berjaya di miliki tapi tetap kena saman yang tak munasabah.

Mesti la terkejut beruk Atuk kita ni.. Hari - hari dok tunggang honda 70cc dia jer tup tup datang saman yang 500cc.. Cucu dia modified honda 70cc dia ke 500cc ker?? Tak logik, kan?? Apa yang lebih tak logik Saman melebihi had laju yang di terima di lebuhraya Kuala lumpur - Seremban 30 Julai lepas tapi Atuk ni cakap dia dah lama tak ke kolompo. Macam mana lak saman tu boleh melibatkan nama dia??

Takut di senaraikan hitamkan kalau tak bayar saman sebelum 28 febuari ni anak Atuk ni pun mengemukakan masalah itu kepada cawangan Trafik Perlis yang kemudian memintanya merayu kepada Ibu Pejabat Trafik Bukit Aman dengan bukti kukuh bagi membatalkan saman itu.

Moga pihak yang berwajib dapat la settlekan masalah Atuk ni. Nak - nak lagi Atuk kita ni cuma petani jer.. Dari bayar saman baik dia belanja cucu makan kan?? Lagipun bukan salah dia.

Rujukan (Kosmo) : Terkejut terima saman menunggang laju

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

APA YANG MELEKAT LEKIT HARI NI??

31.1.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Kelas tajuk entri recycle tajuk blog jer kan?? Hari ni apa yang melekat lekit. Tengah melekat gambar dalam album dengan en hubby. Kekekekeke.. Tadi baru beli album. Lepas tu beli printer canon pixma 3 in 1. Hp 4 in 1 aku dulu telah berjaya di musnahkan oleh en hubby dengan jayanya. Padahal mula2 catriage je rosak. Konon pakar.. memang pakar perosak. Kan dah kena ganti balik printer. Kekekekeke

Pastu beli pc speaker.. Yang lama pun di jahanamkan dengan bangganya oleh en hubby. Tapi dia yang belasah dulu bila sampai umah. Lantak la.. Test print la gambar2 yang lama berlapuk dalam h.Disk ni. Better la aku print.. Nak harap gi print out kat photo shop maybe dia bermastautin terus dalam H.Disk je jawabnya. So, jimat masa & kos jugak.Arghh.. tak kisah la pasal qualiti..Lebih kurang jer aku tengok. Print guna glossy paper qualiti tak jauh beza pun.

Sebab hujan je sepanjang hari pergerakkan sedikit terbatas.. So, cuma ke lowyat jer beli benda2 alah tu.. Makan, windows shopping skit pastu balik. So tu je la aktiviti hari ni.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

NORA & JEJAI BERSATU DEMI ANAK.. FASHA??

30.1.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Mesti tajuk artikel dalam akhbar kosmo hari ni sedikit mengundang perasaan bengang pada Fasha Sandha. Mana tidaknya sudah la baru putus cinta dengan kekasih hati anak orang kaya bernama Jejai.. Pastu tak putus - putus lak cerita pasal bekas kekasih yang pernah di rampas dari bekas isteri sang kekasih tu, kan??

Tu la Fasha.. Hidup ni ada hukum karma. Sehebat2 manusia tak kan mampu melawan Kuasa Tuhan. Rasanya sakit putus cinta fasha tu takde la sehebat Nora Danish dulu.. yang di tinggalkan suami ketika sarat mengandung semata - mata tergilakan Fasha sandha tu. Apa la sangat Fasha yang di tinggalkan tanpa sedikit pun  menjejaskan status single nya itu, kan??

Op's terbabas dari tajuk lak. Betul ke Nora & Jejai bersatu demi anak?? Bersatu macam mana tu Cik Lekit?? Korang kalau nak tau sangat sili clik DISINI dan baca sendiri. Jangan marah yer...

Sebelum kita layan dulu gambar bahagia Nora & Jejai & Rayqal.. (Moga Tuhan menyatukan kembali jodoh mereka, Insyaallah)

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BE KURANG KREDIT BILA TAKDE MIDNITE UPDATE

30.1.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

BE baru yang dapat nampaknya kurang aktif menabung bila sejak 2 menjak ni jarang sangat Sang Lekit update entri tengahmalam.. Kadang - kadang tak berupaya, Badan cepat rasa letih & mengantuk. Malam ni jer terbabas sikit. Tak tau la kenapa. Nak - nak lagi baru lepas menikmati mee hoon tomyam tengah - tengah malam.

Kempen mCPM berjalan di blog Lekit dari dulu after 12.00 am. Dulu ok jer berjaga sampai pagi buta sekarang bukan je cepat mengantuk tapi memikirkan keadaan haruslah di kurangkan berjaga malam juga. Bagus ubat yang di bekalkan buat Lekit mengantuk malam hari.. Sebab Aku amik ubat tu time malam jer. Kalau siang membedal ubat tu confirm la jadi mak dugong yang asyik membuta jer kan??

Di sebabkan masih ada 3 lagi BE berjuang.. Maybe lepas ni Lekit terpaksa guna strategi autopublish. Siang - siang buat entri untuk publish tengah malam bagi mendapat visitor tengahmalam. Haruslah di kumpul cerita2 hot untuk autopublish, kan?? kekekekekekekekeke

Tu cuma perancangan yang belum di putuskan lagi. Nak update siang2 hari pun sekarang macam kekeringan idea macam mana la nak simpan untuk autopublish tengah malam, kan?? Takpe la.. Kita kembali kembali Rezeki la. Kalau ada tu.. ada la. Yang penting usaha sedaya yang boleh. Di kesempatan tak tido ni elok la update sebab kempen BE tu pun sedang rancak menari nari kat blog ni. kekekekekekeke

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MIDNITE UPDATE

30.1.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Malam ni terbabas lak.. Selalunya sejak dua menjak time ni dah siap mimpi makan macam - macam. Kekekekekekeke.. sejak pregnant memang tiap hari aku mimpi pasal makan jer. Tapi malam ni tetap temanya makan walau bukan mimpi.

Akibat restoran padi damai kat Blok A menyediakan perkhidmatan delivery so tak jadi masalah la tengah2 malam kalau lapar. Tapi service dari pukul 3.00 pm hingga 1.30  am jer. Sempat lagi. Yelah makan petang tadi je mana tak lapar tengah malam camni. Nak masak memang ada masak ketam masak lemak cili padi tadi tapi aku memang takde selera nak makan masakan sendiri. Maybe alahan belum habis sebab aku tak boleh langsung makan masakan kat rumah. Semuanya kena beli dari luar or makan kat luar.

Takpe la.. Nak buat camna. Bukan ku pinta.. ye tak?? En Hubby pun tumpang sekaki mengorder.. Kalau aku sorang jer order tak boleh kurang dari RM8 takde service delivery. Tak sabar lak tunggu mee hoon tomyam. Malam ni mimpi makan lambat sikit tapi kita makan dulu... kekekekekekeke

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PERUNCIT LAZER, PERUNCIT LAMBAT & PERUNCIT MESRA

29.1.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

Ni apa kes lak cerita pasal peruncit ni?? Takde apa just nak share jer.. Lagipun aku baru jer balik dari Membeli belah makanan kat restoran disini then singgah kejab kedai runcit beli jus.. Nak buat camna tekak sekarang cuma boleh terima minuman ber jus jer.. Lain2 mudah loya & muntah.

Dah siap melantak nasi goreng ikan masin bersama oren juice segar dari dalam botol gitu.. Meh kita share cerita di sebalik 3 kedai runcit kat blok Sang Lekit ni. Kat blog Sang Lekit ada 3 kedai runcit.. Ni kat blok C jer.. kalau blok2 lain pun banyak lagi. Satu milik seorang lelaki melayu.. Sebelah dia milik india.. & yang lagi satu kat LG milik seorang india muslim or lebih senang kita kenal sebagai mamak la.

Perbezaaan antara ketiga2 kedai runcit ni memang amat ketara dari segi kualiti barang, harga & layanan. Yang melayu tu bagi sang lekit dah la barang2 basah dia macam tak segar jer.. Pemilik dia (Lelaki) mulut boleh tahan puaka, harga agak mahal. Pernah masa bujang dulu aku pergi la kedai dia beli megi.. Maybe selalu beli megi jer kat kedai dia.. dia pun sound aku tanpa rasa bersalah gitu. Katanya cukup la rasa macam aku nak hentak megi tu atas kepala dia.. "Adik ni pemalas la.. selalu beli megi jer!" Tu la kata - kata keramat dia. Aku buat bodoh jer.. Dalam hati kalau aku nak masak pun tak hingin aku nak beli barang basah kat kedai ko ni. Sayur layu.. ikan pun lembik2.. dah tu mahal. Ko tau ke aku selalu menapak ke Blok D beli barang basah. Mesti ke aku bagitau ko setiap kali nak ke mini market blog D beli barang basah nak masak?? Lepas tu.. Kalau takde pilihan sangat jer aku singgah kedai dia. Kalau tak jangan harap! Mulut puaka camtu lagi bagus ko buat kerja lain dari buka kedai runcit.

Kedai runcit kedua milik indian. Baru lagi la.. Tapi memang sengal. Barang dah la boleh tahan mahal.. tapi kalau time nak bayar, kalau dorang tengah berdialog tamil.. kita yang kena tunggu dulu skrip dia abis. Dah tu.. pelik suka perhati orang. Macam tak pernah jumpa manusia berbilang kaum. Ko Pk Malaysia ni ada orang india jer ke?? Tu salah satu punca malas aku nak jejak kaki kat situ.

Kedai ketiga.. Paling senior & paling lama bertahan kat sini. Seorang mamak.. Aku suka dia ni. Dia ramah & mesra dengan pelanggan tapi bukan seorang yang penyibuk atau bermulut hanjs lagi puaka. Cara dia menegur pelanggan memang boleh di puji. Kalau lama tak datang, dia akan tegur.. lama tak nampak. Tak kerja ke hari ni?? Takde la nak sibuk ko beli megi, ko pemalas bagai. Lagi satu barang2 di kedai dia memang murah. So, walau kadang2 aku melintas depan 2 kedai sengal tu untuk ke kedai peruncit berhemah.. Aku sanggup jer. Layanan & harga barang yang memuaskan berbaloi la menapak lebih sikit dari hati sakit, duit pun kena keluar lebih. Betul tak??

So pada peruncit.. Apa yang penting adalah cara korang beramah mesra dengan pelanggan. Jangan jadi penyibuk atau melazer tak tentu pasal. Pelanggan yang datang bukan adik - adik or sedara mara korang je tau. Nak gurau or nak cakap apa2 biar bertapis sikit. Perkataan MALAS.. jangan sesekali kau suka2 nak gelar pelanggan. Lantak dia nak beli megi ke hapa ke. Duit dia.. dia punya pasal la nak makan apa.

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SOALAN EXAM BLOG

29.1.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Sang Lekit di tag oleh GIGI Gigi pun ada blog.. kelas tak?? Okies Jom jawab soklan exam blog ni.


Apakah status anda?
Bini Orang. Cukup la Jawapan camtu

Ceritakan diri anda?
Surirumahtangga. Blogger Fulltime kalau takde aral melintang pukang.

Ceritakan tentang blog anda?
Blog yang sangat rojak.. macam - macam ada. Isu semasa, gosip.. cerita seharian. Rajin clik ke blog melekit ni korang tau la

Apa pendapat anda tentang blog?
Sumber maklumat yang tiada sempadan.. Tak kira la cerita betul.. cerita tak betul.. cerita panas.. cerita sejuk.. cerita baru.. cerita basi. Macam - macam ada
 
Nasihat pada kawan-kawan yang baru nak buat blog?
Berblog la cara sihat.. Blog anda akan membesar bagai juara. Insyaallah. kekekeke
 
Nyatakan keunikkan blog anda?
Simple & bebas pink. Tidak formal & tidak menggunakan bahasa kasar or kurang ajar. Selesa di baca ketika santai
  
Sampai bila nak tulis blog dan impian anda dalam dunia blog?
Selagi jari tak kudung.. mata tak buta.. selagi boleh online boleh menaip.. boleh berfikir.. selagi di izin Tuhan.. selagi itu blog melekit ni terus melekat lekit
  
Tag 5 orang yang anda kenal.
Tasha
Nyah SM Banjamin
Nyah Zulfikar
Cma Shiema
Shahazrin

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BUKAN BLOG GAY OR JAMBAN

29.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Kenapa blog Lekit ni sinonim dengan bontot.. Asal bontot je jumpa blog melekit.. INI BUKAN BLOG GAY OR BLOG JAMBAN. Takde bontot di sini. kekekekekeke

Setiap hari sejak dari dulu setiap hari blog melekit tidak pernah 1 hari pun terlepas dari keywords bontot yang banyak. Kenapalah orang cari bontot?? Kekadang terasa blog ni sasaran GAY & sekali sekala bisikan hati nakal terasa macam blog jamban lak yang sinonim dengan bontot. Aparah korang.. Jarang sangat sesuatu berkaitan lekit, lekat, melekit & melekit menjadi keywords di blog ni padahal tema & tajuknya memang macam tu.

Lepas ni Lekit nak tukar tajuk blog.. APA YANG BONTOT MEMBONTOT HARI NI?? bleh?? So, sesapa yang cari bontot memang akan jumpa blog ni on the spot. kekekekekekekekeke. Cukup la.. Jangan di cari lagi bontot yang takde pun. Apa yang ghairah sangat tengok bontot pun tak tau la.

Hasil carian manusia yang gilakan bontot hari ni.. Kekekekekekeke

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

LINGKARAN MISTERI DI SAWAH PADI BUKAN UFO TAPI VANDALISME

29.1.11 Suria Lekatlekit 8 Comments

Tipah tertipu.. Abang pun tertipu tipah. Semua orang percaya lingkaran misteri yang di hasilkan di kawasan sawah pada Yogjakarta adalah perbuatan kapal angkasa makhluk asing yang di kenali sebagai UFO tapi sebenarnya tidak.

Ni la di katakan kreativiti mahasiswa yang tak bertempat menghasilkan kontroversi sehingga menyebabkan ramai tipah & abang2 tipah tertipu.

Menurut polis, bukti menunjukkan lingkaran itu dihasilkan manusia dan suspek boleh didakwa atas kesalahan melakukan vandalisme.
Ketua Pusat Aplikasi Sains di Lembaga Penerbangan dan Angkasa Lepas Nasional (Lapan), Sri Kaloka Prabotasari berkata, mereka menemui jejak tapak kaki di lingkaran misteri itu bersama empat lagi bukti yang menunjukkan ia adalah perbuatan manusia.
Lubang sedalam 25 sentimeter dan empat sentimeter lebar ditemui di tengah-tengah corak geometri itu, dipercayai akibat daripada penggunaan tiang atau batang paip.

UFO memang dari dulu sering di perkatakan tapi tidak apa2 fakta yang membuktikan kewujudannya. Manusia yang terlalu percaya akan benda yang tak tau kesahihannya memang akan taksub tanpa siasatan atau bukti terlebih dahulu buat manusia kreatif dalam bidang penipuan ni mengambil kesempatan. Dari awal lagi Sang Lekit sikit pun tak percaya tapi mengambil sikap tunggu & lihat jer. Kalau ada mahluk lain di planet dah lama kan orang jumpa. So sekarang terbukti.. Alien2 dari dunia yang menghasilkan lingkaran tu. Untuk apa?? Entah lah..

Rujukan (Sinar Harian) : Lingkaran misteri hasil vandalisme

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

GORILA JANTAN YANG MACHO

28.1.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Terhangat di pasaran.. Apa ko pk model2 lelaki jer macho ker?? Gorilla pun ada yang macho tau.. atau berlagak macho jer... kekekekekek

Alkisahnya Seekor gorila jantan seberat 220 kilogram di taman haiwan Port Lympne yang boleh berjalan seperti manusia telah menarik perhatian ramai. Pada kebiasaannya gorila berjalan dengan menggunakan kaki dan tangannya. Ambam yang berumur 21 tahun berjalan seperti manusia dengan menghayunkan kedua-dua tangan untuk mengimbangi badannya.

Lu Pikir Norman Hakim jer macho ker?? Sekali gua petik 10 memey datang tau!
 
Wah.. kemain dia cuba tiru gaya anak teruna berjalan. Sesuai la dengan usia teruna dia yang baru 21 Tahun. Ni kalau di pakaikan baju & seluar lagi ensem agaknya. Itulah Kuasa Tuhan.. Tiada apa yang mustahil kalau di izinkanNya berlaku.

Rujukan (Kosmo) : Gorila jantan berjalan seperti manusia

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MOHON SEBAR : SEORANG KANAK2 BARU DI CULIK ( BERITA PALSU??)

28.1.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Post ni Lekit dapat dari salah satu blog.. Atas keperihatinan so lekit pun post la kat entri ni..

Kita mendapat satu mesej untuk disebarkan.Mohon bantuan andai ternampak kereta Myvi WUS 948. Telefon Encik Rashid 0196267828 atau balai polis yang berdekatan.Anak Encik Rashid telah diculik di Nurseri Saujana Utama 1 , pada pukul 1 tengahari .
Atas rasa ingin membantu kita siarkan mesej daripada Setiausaha PAS Kawasan Bukit Gantang ini.

Maybe dengan medan penyebaran melalui blog ni dapat membantu untuk membenteras jenayah. So marilah kita sama - sama menyebarkannya

Rujukan : http://www.gengblogger.com/v/341799

Tapi seorang blogger mengesahkan cerita ni cuma rekaan semata - mata & minta Lekit semak di laman FB PDRM.. dan hasilnya



Kenapa la manusia suka propa dengan benda - benda jenayah macam ni?? Bergurau?? Cari la idea lain kalau nak bergurau jangan menyusahkan orang lain pula. Jangan bergurau benda - benda macam ni takut nanti orang hilang kepercayaan. So pada penyebar berita2 palsu macam ni hentikan la yer!!

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

REVIEW BLOG MANGSA KEMALANGAN

28.1.11 Suria Lekatlekit 1 Comments

Kesian.. Bercuti panjang la mangsa terjun lopak jalan tu kat umah. Aritu masa kat kampung aku ada buat blog untuk dia tapi dia sengal2 lagi pasal blog. Bukan dia pandai nak add orang ker hapa ker.. Tapi dari tutorial ringkas yang aku bagi kat dia melalui nota yang aku tinggal sebelum balik sini.. Boleh la dia update entri.

Bila tengok blog dia macam berubah sikit maybe dia tengah belajar hias blog dia kot walau jadi kucar kacir. Takpe dik.. belajaq la pelan2. Kesian lak blog dia nan sepi tak berpengunjung tu. Dua tiga blog yang aku follow untuk dia aritu.. itu je yang ada. Confirm dia tak pandai jenjalan ke blog orang lagi apatah lagi nak berkomen bagai.

Takpe dik.. pelan belajaq noh! So, akibat kekesianan tengok blog adik bongsu aku yang masih OKU kat umah & tak boleh berjalan lagi tu.. Takpe la aku review la sekejab blog dia. Still berkisahkan pasal accident dia tu. Hari ni meluahkan rasa kecewa sebab dia dah plan untuk cuti sempena Tahun baru cina nak buat reunion dengan kawan - kawan tapi apa kan daya malang tak berbau. Semuanya tak menjadi sebab dia still uzur & tak boleh gerak kemana - mana.

Tak paksa.. Kalau nak jenguk blog adik bongsu lekit ni korang boleh la clik DISINI. Maybe menceriakan sikit mangsa langgar lopak tu. Tapi syhh.. jangan bagitau kakya (panggilan adik2 dalam family kepada Lekit) dia review blog dia tau.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CERAI SELEPAS SEBULAN BERKAHWIN SEBAB IBU MERTUA GANGGU BULAN MADU

28.1.11 Suria Lekatlekit 3 Comments

Tak tau la nak salahkan sapa. Salah isteri yang terburu - buru failkan penceraian sebab husband bawak ibu mertua masa bulan madu atau suami yang tak hormati privacy bulan madu dorang??

Alkisahnya seorang isteri menfailkan penceraian selepas sebulan berkahwin dengan alasan si suami membawa ibu mertua bersama ketika berbulan madu selepas 2 hari berkahwin. Si suami membawa si Ibu dengan alasan tidak boleh meninggalkan ibunya atas faktor kesihatan.

Dalam kes ni kalau si isteri beralah sedikit pun ok.. Atau si suami minta la sedara mara tolong tengokkan si ibu kejab sementara dia pergi berbulan madu. Namun maybe atas kedegilan masing - masing maka terjadi kes macam ni. Syurga memang di bawah tapak kaki ibu.. Tanggungjawab suami pada ibu tidak akan habis hingga akhir hayat, begitu juga tanggungjawab dia terhadap isteri. Juga si isteri selepas berkahwin maka suami menjadi keutamaan.

Dalam hal ni.. Masing - masing ada salah & silap. Tepuk dada tanya akal.

Rujukan (harian Metro) :  Ibu mentua kacau bulan madu

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SUAMI REPORT POLIS SEBAB DI GANGGU ISTERI KUAT SEKS

28.1.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Macam - macam hal kan?? Lucu pun ada kesian pun ada... Akibat dapat isteri yang kuat seks sang suami terpaksa meminta perlindungan dari polis. Apa kes sampai libat polis bagai ni??

Alkisahnya seorang suami terpaksa tidur di sofa sejak 4 tahun lalu bagi mengelak diri dari sang isteri gara - gara sang isteri asyik minta untuk mengadakan seks jer. Selalunya lelaki suka kalau bab2 ni tapi maybe terlalu seks mania kot lelaki ni jadi bosan & fobia dengan bini sendiri.

Sang suami di katakan terpaksa meminta perlindungan dari polis dari di ganggu si isteri untuk menikmati tidur yang cukup dan nekad mahu bercerai dan keluar dari rumah dengan harapan dapat menikmati hidup yang lebih aman dari gangguan seksual si isteri.

Aduhai.. Sampai macam tu sekali si suami fobia dengan isteri yang kuat seks yer..

Rujukan ( Harian Metro ) : Lelaki minta bantuan polis elak isteri kuat seks

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MC 1 HARI

28.1.11 Suria Lekatlekit 1 Comments

Semalam MC satu hari dari mengadap blog atau kawasan2 sewaktu dengannya... Bukan la cuti bersalin.. Lambat lagi tu tapi kurang sihat maybe alahan lagi kot. Wah.. musim alahan ni lambat ekk nak abis. Kena kuat semangat juga kalau tidak rasa macam tak sanggup dah sana sini sakit.

Walaupun camtu.. Alhamdulillah walau takde update 1 hari pun still ada sokongan lagi dari semua. Thanks yer yang sudi jenguk, skodeng, intai bagai kat blog melekit ni. Hari ni rasa ada energy sikit walau hidung rasa berair jer.. Ni kes semalam la pergi tengok wayang tak bawak sweater.. Membeku la kejab. Balik umah terus rasa nak demam. Apa lagi jadilah wanita berselubung sampai pagi. Bangun pagi badan la sakit sana sini.. Aduhai sakit.. Dugaan sakit ni belum abis nampaknya.

Hari ni kena makan.. Makan benda yang bagi energy sikit sebab banyak benda nak kena settle kat umah ni. So, kena juga kuatkan semangat. Kalau tak bukan takat blog jer bersawang.. umah den pun tak mustahil bersawang jugak. Jenuh nak panggil geng seekers tolong halau makhluk menumpang kang! kekekekeke

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TIDUR YANG MEMENATKAN

26.1.11 Suria Lekatlekit 12 Comments

Aktifnya tidur sampai penat.. Agaknya macam mana la gaya tidur yang memenatkan yer?? Tidur yang selalu berpusing2 360 darjah ker?? Atau suka mengingau bangun & jalan2 time tido?? Entahlah..

Tapi tadi lepas maghrib sikit Lekit tertido. Sejak 2 menjak ni senja je mesti mengantuk tapi tahan jugak la mata supaya tak tertido lepas Asar atau masa senja. Tapi tak berjaya hari ni.. Dekat - dekat pukul lapan tadi tertido juga. Tak lama lebih kurang 1 jam dah terbangun.

Bila bangun tu.. Ya Allah tak tahu apa benda yang aku buat masa tidur tadi, rasa penat sangat macam buat keja berat jer masa tidur. Patutnya bangun rasa segar.. Ni tak sampai sekarang still rasa penat & lemau. Dalam penat - penat tu sempat lagi membedal sepotong kuih seri muka & Nasik lemak yang beli petang tadi. Pun tak memberi energy. Rasa lemah sangat - sangat. Ingat nak sambung balik tidur tapi dah tak tertidur pula. Tak tahan dengan rasa penat yang tak tahu punca macam ni.

Takkan kot kesan dari mengandung macam ni pulak kot. Entah la.. takde pengalaman so tak tahu nak cakap apa punca sebenar bangun tidur rasa penat macam ni. Korang tahu ker kenapa??

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SANTAI SUNGGUH ABANG TNB BUAT KERJA

26.1.11 Suria Lekatlekit 3 Comments

Ni kisah sewaktu Sang Lekit turun kebawah buang sampah di samping dengan niat nak beli nasi lemak akak kat blok A tadi. Bukan taknak combine je kisah ni dengan entri pasal nasi lemak tadi tapi kang panjang sangat jadi.

En Google punya
So, balik dari blok A, naik la Sang Lekit kat G. Kat post box tu tengok abang TNB tengah edar bil elektrik tetiba sorang lagi yang tengah bersantai kat bangku kayu dekat post box tu menyapa la sang Lekit.. "Dik Nak bil Elektrik??" Alang - alang kepalang dah kat bawah tak payah susah - susah check post box lagi aku pun angguk je. Dia tanya tinggal tingkat berapa, aku bagitau la 9. Pastu dia jawab.. " Alah.. kita keluarkan bil sampai tingkat 7 je tadi.. Tapi try adik check peti pos tu kot2 orang lain dah keluarkan bil." Lor.. gitu lak! Mesti kes dia malas nak edar bil tu ke post box then sapa jer lalu lalang dia tegur & tanya.

Bila check post box memang bil dah ada. Aduhai.. Tengok Abang TNB tu bersantai buat kerja lucu lak.. Macam orang edar flyers la dia edar bil. Kekekekekekeke.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

LEKIT PUN KENA PANGGILAN HANGIT

26.1.11 Suria Lekatlekit 17 Comments

Semalam sebelum tido. Sang Lekit menghabiskan sisa - sisa BW dengan pembacaan terakhir di blog iqbalhakimi kalau tak silap cerita pasal panggilan hangit dari hotfm tu. Just silent reader jer.. Dah blur takde idea lak nak komen. Pastu off semua, baring, tarik selimut.. pelan - pelan pejam mata terus di buai mimpi.

Terkejut bangun bila ada call masuk pagi - pagi. So, Lekit pun jawab la tanpa check bagai nombor yang masuk tu sebab masih mamai kan. Then ada suara lelaki di hujung talian tetiba tanya Lekit macam - macam pasal blog.. pasal nuffnang.. & macam - macam la. Lekit pun naik cuak apsal mamat ni tetiba dok interview aku pasal blog ni?? Otak mula ligat la fikir.. kot2 terbuat salah dalam blog. Mana lah tau keceluparan jari taip entri tu kot2 terlepas satu dua lazer yang mengundang kemarahan orang lain.

Bila dia asyik interview aku pasa blog ni.. Apa lagi aku pun interview balas dia sapa, kenapa tanya pasal blog aku.. tetiba dengar lak suara perempuan menyampuk cakap anda terkena panggilan hangit. Rupanya yang buat call tu, Faizal Ismail & yang tetiba menyampuk cakap kena panggilan hangit tu Fara Fauzana. Apa lagi gelak la Lekit. Cis terkena aku!

Lepas tu.. Lepas tu.. Tetiba hilang semua. Lekit bangun gosok2 mata. Pandang kiri kanan.. Tengok handphone. Erkk... Rupanya aku mimpi kena panggilan hangit. So, korang pun dah terkena entri hangit la sekarang sebab cerita ni bukan la Lekit sengaja reka - reka tapi cuma cerita mimpi semalam jer. Bukan betul pun Lekit kena panggilan hangit dari hotfm.

Tu la.. Fanatik sangat kat blog.. Sampai terbawak2 dalam mimpi. Kekekekekekekekeke

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BATU BELAH TAK JADI TERTANGKUP

26.1.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Batu belah batu bertangkup.. Nganga la engkau sampai andai manusia kempunan untuk di tangkup.. kekekekeke.. Maka hari ni berjaya juga aku makan nasik lemak akak blok A. Kekekekekekekekeke

Walaupun semalam request en hubby asam laksa Group Base Sri Damansara malangnya masa en hubby pergi dah abis.. Then request juga la nasi lemak. Tapi en hubby balik bersama nasik lemak,laksa & capati yang di beli dari pasar malam. Terus reject nasi lemak.. Pilih laksa yang tak sedap & macam nak bagi kambing makan je dia potong sayuran tu. Timun bawang rasa macam dia tak potong guna pisau tapi gergaji. Besar2 belaka. Tapi takpe la akibat mengidam.. ku telan juga sampai abis. Nasi lemak & capati.. Ditugaskan pada en hubby untuk menghabiskannya.

Cerita pasal nasi lemak akak blok A tu.. Not Bad.. Harga sebungkus RM1 tapi mengeyangkan.. orang tamak beli 2 bungkus.. kot2 lapar lagi boleh makan. Tengok kuih seri muka yang hijau menawan bersama pulut di bawah yang putih gebu buat hati tertawan.. beli la RM1 sebanyak 3 ketul tapi makan secubit simpan dulu. Sebab aku jenis cepat kenyang pastu cepat lapar. Kejab lagi tu selamat la dalam perut. Ni tengah full lagi dengan sebungkus nasi lemak tadi.

Maka.. Batu belah tak jadi la menangkup aku. Takde la kempunan lagi. Oh.. sungguh riang rasa hati.. Rasa nak menari poco2 je dalam rumah ni. kekekekekekeke

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BLOG BEBAS PINK

26.1.11 Suria Lekatlekit 8 Comments

Bila sesuatu itu bukan favorite atau taste maka kadang - kadang kita akan jadi lupa tentang kewujudannya. Tapi selalu bukan lupa cuma tak berniat atau tak berhajat nak guna sesuatu yang bukan menjadi favourite.

Kalau korang perasan (sebenarnya aku pun baru sedar setelah blog ni di review oleh Shahazrin.com) Blog ni bebas dari sebarang warna merah jambu atau pink yang kebiasaannya sinonim atau macam kembar pada blog perempuan/gadis dengan warna pink. Bukan takat pink aku juga kurang minat pada watak2 kartun animasi, atau hello kitty, twetty bird, teddy bear, bunga..  tulisan glitter2 gitu, corak2 yang ber blink2.. atau sinonim la dengan widget2 or gadget2 yang di tampal kat blog gadis - gadis ni.

Bukan la mengambarkan aku ni seorang yang kasar or brutal.. Tak jugak. Macam perempuan lain juga tapi nak buat camna taste aku lebih menjurus pasa sesuatu yang tak berapa nak comel kot. Kekekekekekeke... Lebih tertarik pada blog2 para lelaki yang simple, menarik & kadang - kadang2 nampak stylo milo gitu. Wah.. Tomboy ke si Lekit ni?? Eh.. mana ada, terserlah kewanitaan ni kalau korang berpeluang mengenali Sang Lekit di luar sana. Takde jalan bongkok2 bahu.. Takde kangkang kaki, takde pakai baju lelaki or seluar lelaki cover sifat keperempuan dengan bekung.. kekekekekeke... Takde tau semua tu.

Lekit seorang perempuan, Isteri & bakal ibu yang di lahirkan bersifat & naluri perempuan yang normal cuma.. tak minat pink, bunga, teddy bear jer.. Kekekekekekeke. Biarpun blog ni bebas pink & ada yang anggap takde setitik pink pun yang lekit masukkan dalam blog ni tak bermakna Lekit anti blog2 yang meriah dengan pink. Sang Lekit sentiasa menghormati minat orang lain.. Manusia kalau semua sama hidup pun takde warna warni la.. ye tak??

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PELAJAR HISTERIA CUBA SERANG RAKAN DENGAN PISAU

26.1.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Haruslah di cari penyelesaian dengan segera. Histeria di kalangan pelajar di sekolah tidak lagi menjadi perkara remeh kalau membahayakan diri dan orang lain. Kalau semalam pelajar di salah sebuah sekolah yang terkena histeri di katakan cuba terjun bangunan, hari ni Teluk Intan berlaku lagi kes histeria.

Mula - mula seorang pelajar perempuan terkena histeria semasa sesi pembelajaran baru bermula menjerit & membaling cermin tingkap kearah guru tapi nasib baik la cikgu sempat elak.. kalau tak bocor. Lepas tu berjangkit pula kat pelajar perempuan lain. Dah abis serang pelajar perempuan.. Test market lagi si jin tu kat student laki lak.. Kali ni lagi ganas. Pelajar lelaki yang terkena histeria tu keluarkan pisau & cuba menyerang rakan sebelum berlari kearah jalan besar & hampir2 di langgar kereta.

Seorang guru cuba menenangkan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ranggam yang mengalami histeria di Teluk Intan, semalam. Gambar menunjukkan seorang pelajar yang cedera selepas diserang histeria. 

Gangguan makhluk halus ni tak hanya pada pelajar tapi kat makcik pengusaha kantin yang tinggal disitu jugak. Katanya dia sering di ganggu malam hari dengan ketukan pintu or kadang kaki dia pula kena geletek masa tengah tidur. Bukan takat tu jer.. dia juga mengalami kerugian bila sekolah itu sering di serang histeria.

Histeria ni macam penyakit berjangkit kalau berlaku kat sekolah, kan?? Puncanya tak tahu la.. macam - macam punca bila pengamal perubatan cuba selesaikan masalah histeria yang berlaku. Apapun setiap kejadian ada alasan & punca nya. Selalunya manusia la puncanya. Sebab manusia ni antara makhluk perosak didunia yang sering mengundang kemarahan makhluk lain. Tu cuma pendapat peribadi melekit jer... Takde kajian dari mana2 pihak profesional yer.

Rujukan (Utusan Malaysia) : Kecoh pelajar histeria cuba cederakan guru

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BILA BE DAH JADI ME.. KEPUASAN BERBLOG & JANA PENDAPATAN

26.1.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

Pagi - pagi lagi dah check tabung nuffnang. Hari 2 lagi BE dah bertukar wajah menjadi ME.. Ok la tu dah lama sangat tu dia berjasa. Menjadi ia 3 ME sudah. Tak nak cash lagi sebab amount takde la banyak sangat. So, tinggal 3 BE lagi untuk meneruskan perjuangan.

3 BE yang dah berubah wajah kepada ME

Agaknya bila nuffnang nak bagi BE baru lagi...??? Dah jadi mata duitan kau sekarang ekk Lekit. Abis.. Peluang menjana pendapatan sambil berblog ada.. so tak salah kita kejar, kan?? Apapun di samping menjana pendapatan dengan blog.. Hope Lekit takde la tersasar dari landasan berblog kerana mengejar duit semata - mata.

Berblog ni memberi Sang Lekit kepuasan bila dapat menulis sesuatu even benda yang selalu orang pertikaikan adalah isu kupas kupis artikel akhbar. Nak tau kenapa Lekit suka kupas kupis isu akhbar ni?? Sebab tak ramai yang suka baca paper dengan artikel panjang berjela dengan bahasa formalnya. So, Lekit cuba sampaikan informasi & isu2 semasa dengan seringkas yang boleh tanpa skema dengan bahasa2 surat ni.

Sekarang ni bukan 1 2 blog yang ada.. Malah beribu2 blog even budak sekolah rendah pun dah mula pandai tulis blog. Kalau entri panjang2.. Orang akan skip juga kalau cerita & gaya penulisan yang membosankan. Adalah lebih baik entri pendek tapi orang abiskan pembacaan tahu mula & tamat sesebuah cerita tu. Kan??

Biarlah orang nak cakap nenek dorang pun boleh tulis blog kalau setakat amik dari artikel akhbar.. Lekit tetap dengan cara Lekit merojakkan blog melekit ni dengan pelbagai cerita tak kira dari mana sumbernya. Selagi berada di landasan yang betul.. Kenapa kita harus down dengan kata - kata yang menjatuhkan kita?? Ambil sebagai cabaran.. sudah!

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

LELAKI 72 TAHUN (ISLAM) MILIKI 86 ORANG ISTERI

26.1.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Punya 86 isteri dan memiliki 170 anak serta 29 cucu ... Kebanyakan anak-anaknya pula perem­puan. Itulah kelebihan kepada Mohammed Belo Abu, 72. Ke­semua isteri dan anaknya tinggal dalam satu komuniti yang besar.Biarpun usianya sudah mencapai 72 tahun, Belo masih bercadang untuk berumah tangga lagi

beberapa pihak badan-badan bukan kerajaan (NGO) terutama Jabatan Agama Islam meminta dia menceraikan 82 isterinya kerana dia telah melakukan kesalahan menikah 86 wanita sedang dalam Islam hanya membenarkan memiliki empat isteri.Walaupun dia mampu untuk menyara dan berlaku adil kepada kesemua isteri-isterinya, dia telah melanggar peraturan perkahwinan Islam.

Belo yang merupakan orang ‘kaya’ sebuah perkampungan menikahi kesemua isteri-isterinya melalui seorang jurunikah bebas yang tidak mendapat pengiktirafan. dia mengakui isteri pertama hingga keempat dilakukan oleh jurunikah yang diiktirafkan oleh kerajaan. kesemua keluarga Belo tinggal dalam satu bumbung walaupun dalam keadaan sesak. Belo tidak menghadapi masalah membiayai kos kehidupan keluarganya kerana dia mampu menyara kesemua keluarganya.

Wah.. Pakcik Belo ni mana hukum pakcik ikut ni?? Kalaupun niat nak bantu golongan miskin takkan sampai 86 orang bini. Bantu la dari sudut lain selain mengahwini dorang. Tu pun ada hajat nak tambah lagi tu. Tapi Pakcik Belo ni bukan warganegara Malaysia.. Jangan lak korang pi siasat dia lak. Nun jauh kat di sebuah perkampungan di kawasan pendalaman Nigeria.

Ensem tak pakcik Belo?? Ada sapa2 nak calonkan diri jadi bini dia??

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

MISTERI BULU KETIAK ARTIS INDONESIA

25.1.11 Suria Lekatlekit 8 Comments

Pelik kan?? Apa ada pada bulu ketiak artis indonesia?? Bulu ketiak dorang guna teknik rebonding atau di curl atau di warnakan atau di potong dengan pelbagai fesyen ker?? Dimana keunikkan bulu ketiak artis indonesia ni?? Apa kelebihan bulu ketiak dorang?? Sungguh Misteri kan??

Yang paling penting kenapa cari bulu ketiak artis indonesia kat blog melekit ni?? Wakakakakakakakaka.. Sapalah manusia yang nak tengok bulu ketiak artis indonesia ni?? Macam mana Sang Lekit tahu dorang cari bulu ketiak artis indonesia kat blog melekit ni??

Ni ha... Mengikut kajian nuffnang... (Banyak la ko punya kajian!!) berpandukan keywords nuffnang hari ni pencarian terbanyak di blog melekit adalah bulu ketiak artis indonesia. Tak caya?? Meh nak buktikan...

Carian tertinggi di blog melekit hari ni

Kan?? Kenapa hari ni mereka cari bulu ketiak artis indonesia?? Nak buat tangkal ker?? or pelaris blog?? Entah lah.... tapi memang buat Sang Lekit terasa nak WAKAKAKAKAKAKAKAKA

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TUAH NO 8

25.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Lekit bukan sahaja bertuah di lahirkan pada 28 Aug, malah juga bernikah pada tarikh 28 April dan mempunyai seorang suami yang di lahirkan pada 28 Mei dan kini lekit bertuah pula dari No. 8 melalui random generator untuk contest Kami 2nd Giveaway sebagai pemenang saguhati ke 8.

 Betapa girangnya hatiku.. Ni contest yang ke 4 or 5 yang berjaya sang lekit ragut hadiah. Thanks pada Kami In The house kerana memberi saguhati ini pada sang Lekit ni.


Ps : Alangkah indahnya duhai anak kalau kamu pun lahir pada angka 8. Kekekekekeke

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BEN ASHAARI SUDAH JADI BLOGGER MAJALAH

25.1.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

Sempat terjah blog BA tadi.. wah tahniah BA dah keluar majalah RAPI untuk edisi Febuari. Sukanya!! Eleh kau lekit terlebih excited apsal?? Banyak lagi Blogger lain kuar paper majalah ko rilex jer.. apsal BA kuar majalah ko gedik lak??

Bukan apa makin popular BA maka kita pun nanti boleh tumpang populariti dia. Siapa lagi blogger yang prihatin pada blogger2 tepian longkang macam aku ni selain BA. Sebab tu aku suka kalau BA makin popular. Sebab dia memberi manafaat pada blogger lain.

Kalau blogger lain tu.. yang popular & glemer2 tu aku tak tau la apa bakti dorang untuk blogger2 tepian longkang ni sebab aku jarang ikuti & jarang lak dengar dorang macam BA yang membantu dari segmen2 yang di anjurkan. Sebab tu aku suka BA makin popular sebab aku percaya popularitinya akan di kongsi bersama penyokong beliau. Tahniah BA

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PENGANTIN BARU HONEYMOON DALAM LOKAP

25.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Orang lain paling2 pun pergi Bali.. Tak pun  pilih pulau2 kat Malaysia ni nak honeymoon  berbeza dengan sepasang pengantin baru ni yang menjadi pakej honeymoon dalam lokap. Apa kes?? Jom kupas kupis..


Baru seminggu bergelar raja sehari, sepasang suami isteri bukan sekadar meringkuk dalam tahanan, malah turut berdepan hukuman mati apabila kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah.

Alkisahnya.... Aduhai, ni la di namakan sehidup semati, selokap segari, selaki sebini.  Dah buat benda salah.. Bukan nasib malang tapi sendiri yang cari padah. Banyak kerja lain kenapalah hangpa jual dadah?? Dah tertangkap tak guna menangis airmata darah. Kalau di sabit salah, tali gantung la sebagai penyudah kisah. Masa yang ada taubat lah...

Rujukan (Harian Metro) : Bulan madu dalam lokap

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KEMPUNAN LAGI HARI NI

25.1.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Semalam.. terlewat abis. Arini.. awalkan sikit.. tak buka pula. Batu belah batu bertangkup.. Tangkuplah aku telan la aku.. Aku kempunan nasi lemak. kekekekekeke

Semalam.. Niat berkobar - kobar nak makan nasi lemak, termakan nasi goreng ikan masin. Hari ni pun sama.. Nak makan nasi lemak, termakan nasi goreng kerabu. Esok.. cuba lagi yer...  Semalam sampai termimpi - mimpi makan nasi lemak tu. Dalam mimpi tetiba ada pulak arwah ayah. Huhuhuhu.. Rindu nya.

Malam kang mesti rasa nak makan benda lain. Boleh pulak takde ngidam nasi lemak bila malam menjelma. Magik kan?? Siang je lagi tak dapat makan nasi lemak, selagi tu terbayang - bayang nasi lemak tu. Aduhai.. Macam - macam hal sekarang ni. Tapi takpe.. Sang Lekit sangat penyabar orangnya. Takde memberontak atau meleleh air liur even tak dapat makan pun.

Hope petang esok tertunai la hajat di hati dapat nikmati nasi lemak kat gerai akak block A tu. Nak nasik lemak akak blok A tu jugak! Kekekekekekekekeke

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JEJAI.. KAWEN CERAI, CINTA & PUTUS

25.1.11 Suria Lekatlekit 12 Comments

Dia bukan artis tapi dah berdamping dengan artis nak - nak lagi dia anak orang kaya, secara tak langsung si Jejai yang muka takde la macho mana terkena tempias populariti artis2 yang pernah bercouple dengan dia.

Akibat kaya raya.. Jadi rebutan pula di Jejai ni.. Takpe la kurang dari segi rupa tapi boleh buat kejutan kat awek datang dengan Helikopter gitu! Takat Fasha Sandha rasanya 20 lagi Fasha Sandha kat dunia ni dia boleh dapat.. So, rasanya takde hal la bagi Jejai kalau putus dengan Fasha Sandha tu tapi Fasha Sandha boleh ke dapat 20 Jejai lepas ni?? Dengan kontroversi yang tak sudah - sudah pastu terkenal dengan atitute buruk.. Ntah la. Maybe ada kot 1 2 Jejai lagi yang sangkut. Yelah.. orang cantik dah tu artis.. suara itik sikit tu tak jadi hal la.

Putus sudah (Harian Metro)

Hari ni Jejai menjelaskan status hubungan dengan si Fasha yang dah putus & bukan Nora Danish penyebabnya. Sebelum Fasha still berteka teki dengan hubungan dorang tapi Jejai dah bagitau mesti bengang punya si Fasha. Yelah.. Fasha seolah seperti masih berharap sebab tu dia taknak bagitau status sebenar dorang tapi Jejai maybe dah lemas hidup di kejar wartawan dengan kontroversi yang tak sudah - sudah tampil buat kenyataan.

Jejai tak perlu jadi model, jadi artis tapi dia tetap jadi publick figure. Pasti hubungan dia dengan sesapa saja lepas ni walau bukan dengan artis pun akan di risik wartawan sebab cerita Jejai masih ada value. Adakah Jejai akan memilih berdamping dengan artis lagi lepas ni?? Or.. Kembali pada bekas isteri & anak?? Atau memilih untuk tukar taste kepada golongan biasa pula??

Kisah Kawen, cerai, cinta & putus Jejai ni.. sehingga kini takde penamatnya. Kita tunggu je apa pula kisahnya selepas ini.

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

UFO MENDARAT DI SAWAH PADI

25.1.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Ni UFO planet mana tak tau.. maybe abis minyak kot ter landing kat sawah padi. Abis rosak padi orang. Betul ke ni Lekit?? Ntah la betul la kot...

Alkisahnya penduduk kawasan tu gempar bila Tujuh petak sawah padi  mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO). Corak bulatan ganjil pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980.
Bentuk bulatan yang ganjil itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiasa saksi yang melihat manusia yang melakukannya. Bentuk ganjil yang ditemui mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter itu ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad lalu.


UFO dari planet mana la punya kerja ni, kan?? Biarpun kesahihan tentang kewujudan UFO belum dapat di pastikan tapi cerita pasal UFO ni dah lama kita dengar. Hanya Allah sahaja yang tahu. Apakah punya makhluk lain di planet selain bumi??

Rujukan (kosmo) : UFO dipercayai mendarat di sawah padi di Yogyakarta

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KERANA GURAUAN 3 TAHUN TAK TEGUR ISTERI

24.1.11 Suria Lekatlekit 12 Comments

SUAMI saya pernah marah secara tidak sengaja kerana menegurnya bergurau dengan menyucuk di rusuk saya. Disebabkan teguran itu, suami tidak bertegur sapa dengan saya sudah melebihi tiga tahun.
Sejak setahun lalu, dia juga tidak bertegur sapa dengan anak-anak selain tidak memberi sebarang nafkah zahir dan batin kepada saya.
Namun saya tetap bersabar kerana menganggap satu dosa besar jika memohon untuk bercerai.
Seluruh keluarga saya cuba menasihatinya tetapi gagal. Dia tetap dengan pendiriannya dan sering memberi dalil daripada surah al-Quran. Suami pernah berhasrat mahu memperisterikan perempuan lain disebabkan bencikan saya.
Baca artikel selanjutnya DISINI

Touching giler laki akak ni kan?? Pasal di tegur sebab bergurau boleh boikot dengan anak bini sampai 3 tahun tak bertegur sapa. Lelaki ke Cik Pon ni ke ada udang di sebalik mee udang ni...???

Apapun punca tu sebesar zarah.. Malah tak nampak kenapa mesti sampai tak bertegur sapa dengan anak bini. Laki Bini kalau tak gaduh tu bukan laki bini namanya.. Tapi takat benda2 kecik2 nak touching sampai 2 - 3 tahun melampau sangat la kan??

Tapi kita tak tahu sejauh mana kebenarannya. Suara dari pihak isteri sahaja kita dengar.. Pihak suami tak tau lak macam mana tapi sapa pun bersalah sang suami tak patut mengabaikan tanggungjawabnya selagi dia bernama suami & bapak kepada anak - anak. So, moga kisah2 macam ni kita jadikan teladan & pengajaran.

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CINTA PELAKON/PENYANYI AINUL AISHAH DAN BEN DI RESTUI

24.1.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

Ben?? Ben mana ni Lekit?? Ben Ashaari ker?? Biar betul?? Kan Ben Ashaari dah kawen.. Takkan nak tambah cawangan lagi kot..Lelaki kan ada 4 cawangan yang boleh di buka.. 1 terisi ada 3 lagi kosong, kan??

Yer memang betul Ainul Aishah dan Ben bercinta.. Family pun restu biarpun belum ada perancangan kearah bertunang atau kawen tapi dorang sangat bahagia sekarang. Biarpun Ben bukan orang dari bidang yang sama dengan Ainul tapi nampaknya pasangan ini memang serasi & saling memahami.. Jom kita lihat gambar mesra Ainul & Ben

Ainul Aishah & kekasih hatinya Ben Daniel

OOo.. Bukan Ben Ashaari rupanya... Ben Ashaari badan berketak2 & perpetak2.. Ni kecil & comel jer orangnya. kekekekekeke.. Jangan marah!

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KESILAPAN KECIL NUFFNANG.. HOPE TAK BERLAKU LAGI

24.1.11 Suria Lekatlekit 17 Comments

Sob.. sob.. Niat hati nak jumpa deqdeq.. Niat hati nak tengok The green hornet in 3D free tu malam ni kat GSC Mid Valley.. Tapi nampaknya hajat sang lekit maybe tak kesampaian. Dari pagi tadi dok check email.. No reply form nuffnang pasal email invitation premier screening The Green Hornet yang takde link untuk confirm attend tu.



Redha jer la takde rezeki.. Tapi kalau ini kesilapan kecil yang di lakukan nuffnang hope tak berlaku lagi di lain masa pada aku or sesapa sahaja. Memang la manusia tak lepas dari kesilapan tapi kesilapan kadang - kadang mengundang kesan negatif pada sebuah tanggapan, kan??

Takpe la ambil dari sudut positif... Pun begitu bukanlah The Green Hornet ni contest yang last aku akan join anjuran nuffnang. Takde kata putus asa or merajuk pun. Small matter. Still aku akan join lagi contest2 anjuran nuffnang yang aku rasa terpaut.

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CIKGU DULU MULIA KINI HINA

24.1.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Lagi tajuk kontroversi.. Ada yang kena rotan dengan cikgu2 ni.  Pepatah keju ada mengatakan dont judge the book by his cover.. so dont judge me by my entry title, ok! Maaf.. keju kurang cair.. sebab lidah belacan gitu.

Hari ni selak paper online terbaca seorang cikgu yang di hukum 12 tahun penjara & 2 sebatan sebab rogol seorang pelajar 12 tahun. Tu bukan kes pertama.. Malah bukan 1 2 kes yang melibatkan kelakuan buruk seorang cikgu.

Cikgu!! dulu profesion ni amat mulia & di pandang tinggi masyarakat namun peredaran zaman & kemajuan teknologi.. Wah apa lekit melalut ni! Guru sekarang hanya satu kerjaya yang di pilih kerana kerja. Kerja!! Tiap2 bulan dapat gaji. Macam orang lain kerja.. Bukan pasal minat, bukan pasal tanggungjawab.. bukan pasal amanah dah. Pun begitu bukan semua tapi kebanyakkan banyak macam tu la. Bila abis belajar.. Takde kerja.. Apply jadi guru. Dalam hati dorang.. Janji tiap bulan masyukk...

Bila Minat, tanggungjawab & amanah tu takde dalam diri seorang guru.. Maka dia hanya seorang manusia biasa yang memikirkan budget setiap bulan supaya cukup makan pakai. Mengajar cuma satu pekerjaan yang di laksanakan sebab untuk dapat Gaji hujung bulan. Manusia2 bertopengkan guru macam ni la yang selalunya akan buat profesional yang dulunya mulia jadi hina. Dengan anak murid pun nak menggatal.. Tapi apa nak pelik kalau cikgu sendiri pun dah mula tak tahu halal haram, dosa pahala.. Keluar statement secara umum mempertikaian dosa pahala, halal haram.. Anak murid yang di asuh jadi apa sendiri mau ingat.

Kalau dulu cikgu muzik lekit masa sekolah rendah siap2 warning.. Sapa - sapa anak murid dia jadi penyanyi nanti dia ketuk kepala atas stage.. atau maksud lain dia nak nyatakan pekerjaan itu tidak sesuai atau kurang baik. So tanggungjawab seorang guru adalah membimbing anak didiknya kearah kebaikan & menyatakan apa yang betul & salah. Nak ikut or tak itu terpulang pada anak didiknya namun tanggungjawabnya disitu sudah selesai. Tu pesanan cikgu.. Tapi hari ni cikgu pulak mengeluarkan kenyataan, kalau menyanyi, menari & berlakon itu dosa, kenapa Allah kurniakan bakat tu pada kita??

Kita nilai sendiri la atitute cikgu spesis camtu. Cikgu dulu VS cikgu masakini. Pun begitu bukan semua cikgu macam tu tapi yang segelintir itulah merosakkan nama mulia seorang guru.

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

AKU , BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA

24.1.11 Suria Lekatlekit 0 Comments

Blog bukan sekadar berkongsi kisah peribadi, atau menyatakan ketidakpuasan hati pada sesuatu juga bukan medan gosip semata - mata. Di ruangan yang ada marilah kita sama - sama mengisinya dengan tugasan amal. Thanks pada Ben Ashaari yang turut sama mengambil tanggungjawab ini menyebar & mengajak blogger lain untuk turut serta.

Penderitaan adik Mohd. Shah mangsa sula dengan sebatang kayu oleh seorang bekas banduan 11 tahun lalu dan adik Mohd. Hairuman mangsa renjatan elektrik bervoltan tinggi memerlukan bantuan dari semua pihak. Bagaimana anda boleh membantu. Klik DISINI.

Mohd. Shah
Hairuman
Moga kita sama - sama menyebar & melibatkan diri dalam membuat entri berbentuk amal ni bagi tujuan membantu kedua - dua insan malang ini.

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HARI - HARI MIMPI MAKAN

23.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Minggu ni saja hari - hari mimpi aku berkisahkan makan.. makan nasi dengan ikan bakar, makan macam - macam jenis pulut, semalam mimpi makan laksa. Sampai pelik aku.. Lepas tu mula la ngidam nak makan benda yang dalam mimpi. Hari ni satu hari dok terbayang wajah laksa. Bleh gitu!

Nak kata tak cukup makan.. Takde jugak. Cuma selera aku tak berkenan apa yang ada dalam rumah jer.. Yang takde - takde tu la di cari. Bila tak dapat asyik terbayang.. huhuhuhu. Tapi aku jenis penyabar.. Dapat makan, makan la.. Tak dapat pun cuba alihkan tumpuan pada benda lain supaya perkara2 pasal makan tu terlupa jab. Kan menyusahkan pihak lain lak.. kekekekekeke

Tapi tetap juga mendambakan laksa saat ni.. Taknak yang masak sendiri lak tu. Nak yang beli. Kalau aku masak confirm la tak makan. Bukan pasal tak sedap.. Tapi tak tau la sejak berbody dua ni.. Jadi camtu la perangainya. Hari ni makan Epal jer.. Ntah semalam rasa tetiba je nak makan epal then beli la kat tesco Mutiara damansara tu.. Rasa nak makan begedel ke hapa namanya tu.. Beli yang frozen food tu. Pagi tadi goreng terhangus sikit kat luar tu.. Makan sikit rasa tak sedap pulak.

Moga saat2 mengidam.. alahan.. ni takde la teruk yer.. Aku kalau boleh tak nak sampai menyusahkan orang lain. Apa yang boleh aku buat sendiri.. aku cuba buat la. Even sekarang cepat letih & penat tapi aku buat juga slow - slow. Cuma aku masih takde selera nak makan masakan sendiri walhal sebelum ni takde lak macam tu. Hope cepat la berakhir part2 ni.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JOM SANTAI BERSAMA BEN ASHAARI

23.1.11 Suria Lekatlekit 3 Comments

http://www.benashaari.com/2011/01/header-blog-best.html
Walau agak lewat tetap gitu nak join segmen BA ni.. Segmen ni berkenaan header blog..

Dongak atau scroll balik keatas & tengok header Melekit tu?? Amacam?? Cool tak??Kekekekekekeke
  • Sapa yang buat header tersebut
    Sendiri buat.. Nak upah orang takde duit. kekekekeke
  • Perisian yang digunakan 
    Perisian yang di gunakan cukup simple.. di mulakan dengan meng edit di photoimpression, kemudia di touch up menggunakan picnik.com seterusnya untuk menghasilkan transparent background GIMP di gunakan.
  • Maksud header tersebut
    Santai sambil menunggu kedatangan pelawat.. Ala - ala penyambut tetamu yang malas berdiri gitu
  • Jangkamasa yang diambil buat header itu
    Maybe 2 - 3 jam kot.. Normally itulah masa yang di ambil kalau nak buat header
  • Header blog lain yang anda suka tengok 
     Banyak header yang cantik2 tapi.. kena pilih satu jer la http://shahjiehan.blogspot.com/

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BLOG MELEKIT TERPILIH UNTUK DI REVIEW TANPA PERLU BUAT ENTRI KHAS

23.1.11 Suria Lekatlekit 5 Comments

Selalunya segmen blog review ni mensyaratkan kita buat satu entri.. pastu follow penganjur segmen, letak banner kat sidebar & entri tapi.. Kali ni blog melekit di review tanpa perlu pun buat semua tu. Nak tau macam mana semua ni berlaku?? Apa yang di review pasal blog melekit?? Adakah dia cuba mereview blog paling tercomot di Malaysia atau Blog paling tercomel di Asia??

Kalau korang nak tau sangat macam mana blog melekit yang ala2 di pinggir longkang tersumbat ni boleh terpilih untuk di review tanpa perlu buat entri bagai.. sila terjah DISINI

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Pengasas Facebook buta warna

23.1.11 Suria Lekatlekit 1 Comments

Membuka rahsia mengapa warna biru dan putih menjadi warna latar Facebook, Zuckerberg sebenarnya lelaki tampan yang buta warna.  banyak warna yang tidak mampu dilihat olehnya termasuk hijau dan merah. Zuckerberg hanya boleh melihat warna biru dengan sempurna.

MARK ZUCKERBERG tidak menjadikan kekurangan sebagai halangan untuknya memiliki rangkaian kawan dari seluruh dunia.
Rupanya begitu... Maka sekarang ni tahu la kita kenapa FB berlatar belakangkan biru & putih yang sangat simple. Tak meriah macam Myspace or lain - lain yang boleh tukar layout, background & sebagainya. Bagi yang suka simple, ringkas & ringan macam Sang Lekit ni.. FB memang menepati citarasa la berbanding Myspace dulu.. kadang - kadang layout dorang buat hang juga la nak loading tu.

Apapun setiap kekurangan tetap di kurniakan kelebihanan. Begitu Agungnya Ciptaan Maha Esa yang perlu kita renungkan. Jangan mengeluh bila kita kekurangan dari sesuatu sudut lebih - lebih lagi fizikal & rupa.. Carilah kelebihan diri yang boleh buat kita juga boleh menyerlah seperti orang lain walau dari bidang yang berbeza.

Rujukan (kosmo) : Pengasas Facebook buta warna

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TUAH SI JEJARI RUNCING UNTUNG 1 JUTA, TUAH KITA MAYBE 2 JUTA SAPA TAU

23.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Tuah dia.. Selepas Pasukan Bola Malaysia menang besar, Jejari runcing nampaknya juga turut dapat bonus dalam berblogging ni. Dah rezeki dia kan?? So kita jangan lak down bila kita takde pakwe main bola untuk Malaysia.. kekekekekekeke

Rezeki masing - masing tu ada. Tuah tu memang tak semua orang dapat tapi tak bermakna kita bernasib malang. Cuma rezeki kita mungkin kita perlu cari dan menempuh satu perjalanan yang sedikit susah berbanding beliau. Disamping menerima impak besar dari segi keuntungan & populariti kita tak tahu dugaan yang perlu di tempuh seiring dengan apa yang di miliki sekarang entah besar mana. So, setiap kelebihan tu tetap ada kelemahan. Dia perlu berjiwa kental & berhati keras.. Berbanding kita yang tak di kenali ni.. Sapalah sangat nak kritik, kutuk & caci maki selagi sepinggan dua Cik/En Anon tu.. Apalah sangat dugaan dari Cik/En Anon yang datang kat blog di pinggir longkang tersumbat macam kita ni kan?? Berbanding blog dia maybe lagi banyak langau2 Anon yang datang mengeji. Betul tak??

So pada kawan - kawan blogger.. Percaya jer, dengan usaha tanpa putus asa kejayaan tu jadi sesuatu yang tak mustahil walau perjalanannya sedikit kura - kura. Orang kata biar lambat asal selamat. kekekekekekeke. Sang Lekit percaya USAHA TANGGA KEJAYAAN, BIAR PENAT TAPI INSYAALLAH MENJANJIKAN KEPUASAN. Bukan nak angkat2 Ben Ashaari.. Tapi beliau cuma orang biasa yang tak di kenali atau bukan berdampingan dengan selebriti untuk menumpang tuah tapi beliau berjaya dengan blog beliau sendiri. Memang la beliau ensem.. Tapi sebelum orang tahu beliau ensem, mesti orang kenal blog beliau dulu, kan?? So, Memang kagum dengan BA ni kerana berjaya dengan diri sendiri.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

LOVE BITE PUNCA LUMPUH

23.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Kesian kan?? Niat hati nak bermanja - manja.. Tapi lain pula jadinya. Cik/En Anon jangan marah yer.. Sang Lekit nak kupas kupis isu ni.. Alkisahnya

Seorang wanita berusia 44 tahun lumpuh buat seketika selepas dia dicium pasangannya di bahagian leher.  Kejadian itu dikatakan yang pertama seumpamanya pernah dilaporkan.
Wanita yang yang tidak disebutkan namanya, dimasukkan ke hospital selepas tidak dapat menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu. Doktor mengesyaki dia diserang sakit jantung tetapi pada mulanya tidak dapat mengesan puncanya. Mereka kemudian mendapati kesan gigitan asmara pada bahagian kanan lehernya. Di bawah kesan itu, mereka menemui punca serangan sakit jantung berkenaan - kerosakan pada pembuluh darah pembentukan darah beku akibat gigitan asmara itu. 
 
So pada couple2 yang suka gigit menggigit ni berhati - hati tau takut pasangan tu kena serangan jantung lak bila pembuluh darah rosak akibat Love Bite. Tapi kejadian ni tak berlaku kat Malaysia nun di Auckland sana. Hope tak jadi la kat Malaysia.

Rujukan (Kosmo) : Padah gigitan asmara

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

FOLLOWER TIDAK MEMPENGARUHI RANK ALEXA

22.1.11 Suria Lekatlekit 10 Comments

Okies hope En/Cik Anon tak marah lagi yer... Ni just kajian di buat secara peribadi & BW Sang lekit sahaja. Bukan la berlagak pandai or Otai walhal blog still di pinggir longkang tersumbat lagi.

Ini tidak merangkumi semua blog.. Yang sangat - sangat terkecuali untuk entri ni adalag Blog Ben Ashaari. Blog beliau tidak terlibat dalam isu ni. Dia dah terang - terang di kenali.. Pasal Rank, Traffik PV & UV tak payah di pertikaikan lagi.. Macam tu juga blog - blog yang popular lain seperti Hanis Zalikha.. Cik epal.. Cik Pelam.. En Jambu bagai. Ni cuma blog - blog sedang meniti di anak2 tangga kejayaan jer.. Panjang pulak mukadimah Sang Lekit ni, kan?? Bukan apa tak nak Cik/En Anon salah paham lagi...

Hasil BW Sang Lekit setiap hari sambil mengusha Alexa Rank Kat status bar screen aku ni, Rank Alexa setiap blog memang la berbeza. Dulu Lekit Rasa Kalau Follower satu2 Blog cecah 1k Rank dia mesti tip top juga tapi bila BW ke blog yang cecah ribu riban follower amatlah terkejut kenapa Rank Alexa dorang tidak mengatasi pun blog melekit ni walhal Melekit punya follower tak sampai pun 500. Kira dorang punya follower 2 kali ganda tapi angka Rank dorang ada yang cecah 1 juta lagi. Kenapa camtu??

Dari pandangan melekit maybe sistem i follow U, then U follow me back tapi lepas follow memfollow takde feetback maka terjadi benda - benda camni. Follower ni kadang - kadang follow blog kita sebab kita follow dia jer.. Bila takde aktiviti BW & beramah komen di blog maybe lawatan balas takde, so traffic, PV & UV agak kurang walau gah dari follower.

Bukan la kata Sang Lekit ni bagus.. Memang di akui tahap kebagusan tu belum boleh di banggakan tapi entri juga memainkan peranan penting. Kalau Entri kita selalu cerita bosan jer.. 3 Ribu follower pun tak mendatangkan hasil. Follower tu datang sebab kita rajin memfollow. Strategi untuk memperkenal & memketengahkan blog tu penting. Pada yang kurang di Follow jangan sedih.. Ingatlah Follower bukan faktor utama tapi tetap menjadi keutamaan bagi satu2 blog. Kekekekekekeke. Takpe la follower kita kurang tapi visitor setiap hari di level yang selesa & selamat juga melayakkan diri untuk dapat BE dari nuffnang kira ok la tu. Jangan dengki mendengki.. Yang penting terima setiap teguran & pandangan dari sudut positif untuk meningkatkan mutu & keunggulan blog kita insyaallah.. KEJAYAAN ITU MILIK ANDA.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

LEKIT TAK RESPECT BLOGGER LAIN

22.1.11 Suria Lekatlekit 21 Comments

Kan Anon dah marah.. Tu la Lekit tak beradap sangat. Maybe Lekit kurang ajar sangat lepas tu rasa macam bagus tahap dewa dah. Takpe Cik/En Anon.. Thanks la mengingatkan sang Lekit yang kadang - kadang lupa or terbabas dalam menulis blog ni.

Ni berkenaan Entri ENTRI PENDEK YANG MENARIK LEBIH MENARIK PEMBACA yang telah mengundang kemarahan seorang Anonymous sekaligus compare dengan blog granny dia pasal Entri lekit yang di katakan copy paste artikel akhbar. Maaf bukan copy paste tapi kupas kupis... Tahniah la sebab Cik/En Anon mempunyai nenek yang super cool sebab pandai buat blog. Kalau nenek lekit still ada di dunia ni pun maybe dia tak pandai nak buat blog sebab dia tak sekolah tinggi. So, memang hebat nenek cik/en Anon tu.


Disini mungkin dari kelemahan penyampaian Sang Lekit juga mengundang tanggapan negatif & salah faham sesetengah pihak so Sekali lagi dengan rasa bersalah saya minta maaf. Tiada niat berlagak pandai & hebat sekadar berkongsi pandangan & cadangan dengan yang lain. Apalah sangat blog Melekit yang masih di pinggir longkang ni nak di rasakan hebat macam blog - blog lain.

Kita berhak menyuarakan apa sahaja yang kita suka & tak suka.. Dalam kes ni Lekit cuma just share blog yang bagaimana Lekit suka baca tidak point mana - mana blog atau blogger. Maybe yang terasa.. terkena kat blog dia kot. Lekit pun tak tau la ada follow ke tak blog cik/en Anon ni sebab misteri sangat. Kekekekekekeke

Apa yang sering jadi tanda tanya.. Kenapa kalau nak marah mesti guna Anonymous?? Kalau niat ikhlas nak menegur.. tak payah bersembunyi di sebalik identiti. Ketahuilah segala teguran & nasihat korang yang baik & di sampaikan secara baik Lekit takkan menolak mentah2. Insyaallah apa yang baik kita jadi Teladan & pengajaran bersama - sama. Tapi Yang guna Anonymous ni selalunya bukan sebab nak tegur tapi kebanyakkan nak marah or maki or nak nyatakan tak puas hati jer. Takpe la.. setakat ni mana2 komen Anonymous undercontrol & lekit lepaskan lagi.

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BINI 18SG KETUK LAKI DENGAN KUALI SAMPAI PENGSAN

22.1.11 Suria Lekatlekit 5 Comments

Derhakanya kau bini.. Sampai hati ketuk kepala laki kau dengan kuali sampai pengsan. Walau dalam proses penceraian pun kau tetap bini dia lagi & syurga itu masih di bawah tapak kaki laki mu wahai bini. Kau belum lagi janda.. Kenapa lupa??

Ni kisah dari Harian Metro untuk berita utama seorang isteri mengetuk suaminya dengan kuali sehingga pengsan sebab takut kantoi dia bawak balik jantan kat umah. Walau dorang dah 2 tahun tak tinggal sebumbung tapi si suami ni sekali sekala datang juga jenguk anak - anak nak bagi duit belanja tapi ntah macam mana haritu datang tak kena masa maybe kuasa Tuhan juga nak menunjukkan perbuatan derhaka & keji si isteri ni.

Nasib baik ada anak yang sayangkan bapaknya.. Call ambulans bila tengok bapak pengsan. Dan padan muka si bini kena lokap juga. Nasib baik ada keluarga ikat jamin.

Moga kita di jauhkan dari melalukan perkara2 sedemikian..

Rujukan (Harian Metro) : Hayun kuali hentak kepala suami

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ENTRI PENDEK YANG MENARIK LEBIH MENARIK PEMBACA

22.1.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Lagi kisah BW... Bila jenjalan ke blog orang lain memberi Lekit banyak informasi & pengajaran untuk memperbaiki penulisan dalam blog. So kali ni lekit nak kupas kupis pasa entri.

Kadang - kadang bila masuk blog tengok entri panjang berjela.. hela juga nafas nak baca sebab nak kejar blog lain juga kadang - kadang ada isu yang menarik. Tapi cuba abiskan pembacaan.. kadang - kadang tak abis pun sebab terlalu panjang & agak membosankan even tajuk dia macam best jer. Cerita yang di kongsikan kadang - kadang berkaitan benda - benda yang kita tak paham & kurang berminat. Cerita peribadi atau cerita pasal rutin kerja setiap hari yang di tulis dengan istilah atau nama - nama kerja/tugas yang kita tak paham tu buat Lekit rasa baca tanpa feel. Tapi Lekit cukup suka kalau entri yang pendek, menarik & penuh pengisian macam Nazrul Azat yang memang suka share pasal kisah di sekitar tempat kerja tapi ringkas & menarik. Blog lelaki ini juga menggunakan konsep entri yang ringkas tapi menarik walau isunya tak de la berat - berat. Entri yang panjang tapi penuh pengisian macam blog Rasa Hati pun Lekit suka. Walau panjang gaya penulisan dia menarik & banyak pengisian di situ.

Tu antara blog yang lekit rasa boleh di contohi.. Blog2 lain pun ok.. Cuma biasa la macam blog aku juga cerita dia kadang - kadang tak consistent sangat. Kadang - kadang kita share cerita kehidupan kita seharian, so suka juga baca just untuk suka - suka la. Tapi kat sini aku cuma nak share & bagitau secara jujur apa yang aku lebih suka baca & tidak jer... Tak salah kita nak share tentang tugasan harian kita di pejabat atau di rumah tapi adalah lebih mesra alam sekiranya cerita itu cerita yang boleh di fahami semua lapisan masyarakat. Biar la ringkas tapi menarik. Kalau nak panjang pun.. Biarlah menarik tapi penuh pengisian.

Tanpa kita sedar kadang - kadang entri yang panjang buat orang hanya akan tinggal jejak kat shoutbox jer sebab dorang malas nak baca sebab lambat nak tahu kesudahan cerita tu.. Lebih - lebih cerita yang mendatar, takde suspen, takde joke, takde nilai2 moral yang boleh di ambil iktibar. Kita ambil contoh entri idola blogger masakini En Ben Ashaari.. Ringkas jer.. Walau simple tapi orang tetap suka baca. Kan?? Sebab tu Lekit sekarang kalau buat entri tak kira la kupasan dari akhbar ke apa ker suka ringkas sebab orang malas baca kalau panjang - panjang. Ambil point yang penting - penting cukup.

Seperti biasa ini cuma pandangan & pendapat peribadi yang tidak point mana - mana blogger atau blog. Kalau rasa dapat membantu korang dalam berblogging amat la Lekit rasa berbesar hati, kalau membuat mana2 pihak terasa hati terlebih dahulu.. I'm sorry.

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

mudah.com Jual Alat Ganti Curi

22.1.11 Suria Lekatlekit 5 Comments

Wah.. Dalam zaman serba maju lagi laju aktiviti jenayah pun sama - sama turut maju bersama teknologi, kan?? Itu la tu.. Ni kes satu kumpulan mudah.com bukan mudah.my tau!! Jangan silap mudah.my tu laman sesawang yang memberi laluan pada pengiklan untuk mengiklan & menjual produk mereka ni kumpulan mudah.com pulak lain. Tapi tetap guna kaedah yang sama untuk menjual produk dorang.. Iatu melalui laman web.

dua lelaki dari kumpulan bergelar ‘mudah.com’ yang bergiat aktif melalui laman web untuk menjual alat ganti motosikal di Serdang dekat sini sejak dua tahun lepas tumpas apabila polis menahan dua lelaki dalam satu serbuan di sini 13 Januari lepas. Mereka menjalankan aktiviti tersebut secara separuh masa dipercayai telah membeli motosikal curi sebelum meleraikannya untuk dijual dan kemudian mengiklankannya melalui laman sesawang. Menurutnya lagi harga alat ganti motosikal yang dijual tersebut adalah lebih murah daripada biasa dan menyebabkannya mendapat sambutan daripada pembeli yang melihat iklan laman web mereka

Memang la boleh jual murah, modal ciput.. Barang curi la katakan. Apapun beringatlah wahai penjenayah sebabnya.. setiap perbuatan jahat tu ada balasannya. Sekarang ni tak payah tunggu akhirat kat dunia pun tak mustahil dapat balasan.

Rujukan (Kosmo) : Sindiket ‘mudah.com’ jual alat ganti curi tumpas

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KALI NI NAK BUNUH SAPA PULAK

21.1.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Hari tu tak semena mena tengah ampai pakaian terdengar la suara jiran sebelah umah yang punjabi mualaf tu terjerit cakap ada orang nak bunuh dia.. Kali ni tetap on call juga aku detect tapi minta orang bunuh someone lak.

Sumpah aku tak sengaja dengar.. Bukan aku dok intai pun umah dia or curi2 dengar dia berbual kat dinding kebetulan rasa lapar then pergi la dapur cari apa2 yang boleh di makan.. Tengah mengunyah tiba - tiba suara jiran aku sekali lagi terjerit jerit tengah maki someone dalam bahasa keju (english).. ntah apa di carut lepas tu terkeluar beberapa kali perkataan 'U Must Kill Them!!" Takut aku dengar. Sapa lak nak kena bunuh ni..

Aduhai.. Kenapa la jiran aku kalau dia nak mengamuk mesti kat dapur.. Sebab dapur kitorang bertentang then kalau aku ke dapur mesti la dengar. Malas nak amik pot lama2 sangat.. Takat tu je la aku dengar pastu masuk bilik sambung berblog. At Least ada juga idea nak update entri kan??

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

NUFFNANG TERSILAP ATAU TERLUPA ATAU IA CUMA SATU GURAUAN DARI INDIVIDU LAIN??

21.1.11 Suria Lekatlekit 11 Comments

Alkisahnya malam ni tergerak hati nak check email.. Almaklum la lepas mengisi perut dengan sedikit nasi hari ni ada la skit energy nak ber online. Teruja nya bila dapat email dari nuffnang. Nak tau kenapa??

Aku dapat invite untuk premier screening Green Hornet pada Isnin ni di GSC Mid Valley. Tengok wayang free.. apa lagi suka la. Tapi setelah membaca syarat2 tercari cari la link yang nak lengkapklan detail untuk confirm pergi premier screening tu malangnya takde pula. Jelajah la blog deqdeq sebab haritu dia ada bagitau dia pun dapat.. Then tengok file attachment dia rupanya link tu ada dekat perkataan this page..



Tapi dekat email aku takde pulak link. So rasa macam tipah tertipu lak.. Maybe someone nak bergurau kot sebab aku dapat email ni 20 Jan 2010.. dan mengikut nuffnang email invitation akan di hantar pada 17 Jan 2011 tapi maybe sebab ada yang confirm tak datang kot aku terpilih. Aku fikir camtu je la. Tapi bila email takde link ni.. buat aku tertanya - tanya betul ke tidak email tu. Nuffnang tersilap or lupa atau ada budak nakal sedang bergurau. Tapi email tu memang dari nuffnang. So apa lagi mari ke kaunter helpdesk nuffnang bertanya. Tak tau la bila dorang nak reply.. Kalau isnin maybe terlepas la aku kalau dapat pun,kan??

Takpe la.. kalau ada rezeki ada la.. Kalau takde nanti kita tengok wayang berbayar je dengan en hubby kat the curve. Kekekekekekeke.. Tempat favorite tengok wayang.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PULANGKAN!! SYILING ITU BUKAN MILIKMU...

21.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Wah.. ala - ala dialog Pontianak harum sundal malam lak kan?? Edisi seram lak entri kali ni.. kekekekekekeke. Apa kes ni melekit pepetang hari nak buat edisi seram sejuk lak ni??

Ni kes pasal duit syiling yang jatuh dari sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi, petang Selasa lalu. Pihak polis meminta individu yang mengutip syiling yang bertaburan tu di pulangkan secara sukarela di balai polis berhampiran sebab bukan dorang punya. Orang lain punya tau!

duit syiling pelbagai denominasi dianggarkan bernilai RM74,000 bertaburan di sekitar lokasi kemalangan selepas sebuah Toyota Hilux yang membawa muatan itu dikatakan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta mewah jenis BMW. pihak polis boleh mengenal pasti individu terbabit menerusi gambar dirakam media ketika kejadian.So pada mereka - mereka yang terlibat dalam aktiviti memugut syiling tu sila pulangkan segera. Tu di kira tak halal tau kalau tuan punya dia tak halalkan.

Rujukan (Sinar Harian) :  Orang ramai diminta pulangkan duit syiling

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KERANA SESUAP NASI.. AKU DIKATAKAN INDON

21.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Sejak di sahkan pregnant ni even nasik putih pun aku takde selera nak makan kalau aku yang masak. Apatah lagi benda - benda lain. Lesu badan aku sebab kurang makan.. So, memandang 3 hari dah asyik minum jer kena makan jugak la hari ni. Kalau nak makan kena la time2 betul2 nak makan.. Lewat sikit makan selera terus hilang pastu badan makin takde energy. Then arini.. Menapak la aku ke bawah pergi mencari sesuap nasi di restoran Padi Damai ke hapa namanya.

Memang ada servis delivery tapi aku takde pula nombor contack dia. Nak tak nak dari blok c menapak la aku ke Blok B. 3.30 aku order... pukul 4 baru siap order. Order yang paling simple jer.. Nasi putih, sup sayur & ayam goreng kunyit tapi tak tau maybe dorang belek2 sayur2 tu ker.. or belai2 daging ayam tu ker sampai setengah jam kena tunggu walhal takde pun customer lagi time tu. Yang best lagi.. Yang delivery siap dulu.. Padahal depan mata aku, aku tengok & dengar budak tu pick up call & amik order selepas 10 minit aku order. Aku diamkan jer... Sabar separuh dari iman.

Dah siap order aku pun gi la kaunter nak bayar.. Tetiba akak indon sorang ni tegur.. "Orang indon ker?" belum sempat aku menafikan sorang lagi gadis indon menyampuk.. "Muka melayu macam ni di katakan indon." Tu la tu... Muka Perempuan Melayu terakhir macam ni dia kata ada rupa indon. Maybe dia nampak aku macam iras2 kris dayanti kot.. kekekekekekeke. Lepas tu panjang pulak sesi interview.. dah kawen ke belum, dah ada anak ke belum.. Malas nak layan panjang.. aku just jawab sepatah dua, senyum angguk geleng minta business card sebab manalah tau next time nak order tak payah la menapak lagi.. Pastu blah.

Alih - alih balik umah makan tak sampai pun separuh.. Dah takde selera. Nak kata tak sedap.. Ok jer la. Cuma sup sayur tu je maybe terlebih cili. Tak tau la.. maybe alahan pregnant ni kot jadi mengada - ngada.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

DILARIKAN ATAU MELARIKAN???

21.1.11 Suria Lekatlekit 7 Comments

Baca artikel di kosmo hari ni kes seorang gadis berusia 21 tahun yang di dakwa keluarganya di larikan kekasih buat hati nan melekit ni tertanya - tanya.. Di larikan atau melarikan diri bersama kekasih??

Yelah.. kadang - kadang punca sebenarnya kita tak tahu.. cuma keluarga si gadis itu sahaja yang tahu. Banyak kes yang di katakan di larikan kekasih tapi sebenarnya mereka yang melarikan diri dengan kekasih. Banyak faktor yang menyebabkan benda macam ni berlaku.. Maybe cinta terhalang. Pernah gempar dulu gadis yang mendakwa dirinya di culik di saat menghitung hari untuk majlis perkahwinan rupanya sebenarnya dia sendiri yang melarikan diri atas alasan tak nak berkahwin dengan tunangnya tu.

So, bila ada kes macam ni hari sang lekit mesti timbul curiga.. Selagi belum tahu punca sebenar kejadian  selagi tu aku takkan menerima bulat2 tuduhan ahli keluarga si gadis bahawa anak dorang di larikan kekasih. Kadang - kadang manusia ni nak tutup malu yang anaknya lari ikut lelaki buat report & keluar paper konon anaknya di larikan walhal dorang tahu punca sebenar. Aku tak merujuk pada kes di kosmo hari ni tau.. Tapi bercakap secara umum apa yang pernah terjadi sebelum2 ni.

Bila kes selesai disiasat & punca di ketahui macam kes minah terengganu yang larikkan diri sebab taknak kawen dengan tunang dia tu.. Baru semua orang tahu tapi tak guna sebabnya keluarga pihak perempuan dah mengaibkan pihak lelaki yang tak bersalah pun dalam kes kehilangan anak gadis dorang. So pada mak bapak si gadis sebelum mengeluarkan apa - apa statement biarlah siasatan abis dulu di jalankan. Takut tersalah andaian kita dah melakukan satu kesilapan besar bila mengaibkan orang lain. Tempias malu tu last terpalit kat batang hidung sendiri.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HIDU ABU MAYAT YANG DI SANGKA DADAH

21.1.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Kelakar juga bila baca artikel ni. Tu la sapa suruh suka mencuri. Sekali tercuri abu mayat seorang lelaki & dua ekor anjing. Apa kisahnya ni lekit??

Alkisahnya si pencuri ni memecah masuk sebuah rumah & mencuri abu mayat dalam sebuah pasu hiasan. Abu mayat tu kepunyaan seorang lelaki & 2 ekor anjing. Di sangkanya kokain or heroin lalu dengan tertipunya si pencuri menghidu penuh nikmat la abu mayat tersebut. Padan muka kau!

Bak kata orang.. sepandai - pandai tupai curi buah, tercuri juga buah plastik.. kekekekekeke. Di sangka dadah rupanya abu mayat. Mencuri la lagi lain kali.

Tapi kisah ni bukan kat Malaysia nun jauh kat Miami sana nu. Sapalah pencuri malang tu kan?? Mesti hidup dia lepas ni di selebungi Misteri.....

Rujukan (Harian Metro) : Pencuri hidu abu mayat sangka dadah

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

AWAS! SANTAN PEKAT MUNGKIN DI CAMPUR AIR PAIP & TEPUNG

20.1.11 Suria Lekatlekit 14 Comments

Ni lagi kes mengambil kesempatan atas kesempitan.. Soal sumber rezeki ni amat la berkait rapat dengan halal & haram namun berapa kerat la sangat yang menitik beratkan soal halal & haram kan?? Bukan la makan babi jer haram.. Makan riba pun haram.. Makan hasil tipu pun haram.. kan?? Kan?? Kan??

Krisis kekurangan bekalan kelapa di pasaran diambil kesempatan segelintir peniaga licik yang sengaja mencampurkan air paip dan tepung bagi menipu pengguna yang menyangka santan dibeli adalah segar. taktik itu dibongkar selepas pihak Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur mengesan tindakan dua peniaga yang melakukan penipuan berkenaan di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, di sini, kelmarin.
Dalam operasi itu, pihaknya menyerbu dua premis kerana disyaki mencampurkan bendasing dalam santan yang dijual kepada pengguna. salah sebuah premis yang juga milik seorang warga Indonesia didapati mencampurkan air dan sejenis tepung putih yang digunakan khusus untuk memekatkan kandungan cecair santan yang diperah. Dalam pemeriksaan mengejut itu, pemilik premis berusia 30-an itu tidak dapat memberikan maklumat jenis serbuk tepung yang digunakan untuk memekatkan santan berkenaan. Ketika diajukan soalan, peniaga berkenaan hanya mendakwa serbuk putih berkenaan adalah ubat pekat tanpa mengetahui apa sebenar kandungan kimia di dalamnya. Paling dibimbangi jika tepung berkenaan adalah bahan pengawet yang boleh memudaratkan pengguna. santan campuran itu dijual dengan harga hampir separuh lebih murah dari harga pasaran iaitu kira-kira RM3 sekilogram

Bagi yang suka masak makanan yang menggunakan santan lebih - lebih en hubby saya yang suka sangat makan masak lemak cili padi ni... Berhati - hati la. Bukan sahaja takut di tipu malah takut campuran benda - benda yang nak memekatkan santan tu memudaratkan kesihatan pula. Macam - macam peniaga ni nak raih keuntungan dengan mudah sampai terlupa.. Bangkai yang di sorok bawah carpet akan terbau juga. Cuma tunggu hari & masa jer.

Rujukan (harian metro) : Santan pekat campur tepung

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Kongsi Kisah Seram Anda Disini

Name

Email *

Message *