LELAKI KACAK/HENSEM/MACHO SELALUNYA DAH BERPUNYA

31.3.11 Suria Lekatlekit 21 Comments

Betul ke statemet tu? Kebanyakkan memang macam tu.. Yang kacak, ensem, macho, tampan lagi bergaya.. Nak - nak lagi yang ayat mampu buat perempuan melentok liuk, meleleh air liur bagai tu peratus solo/bujang memang agak berkurangan tapi peratus dah berpunya tu memang banyak.

Kenapa Sang Lekit cakap macam tu.. Ini kajian sendiri yer.. Kajian di buat semasa zaman bujangan dulu. Biarpun lelaki yang mempunyai kelebihan dari rupa, gaya & pandai berkata - kata ni mengaku bujang tapi akhirnya akan terkantoi juga status sebenar diorang. Tak laki orang, pakwe orang atau tunang orang. Kelebihan yang ada pada lelaki berciri macam ni selalunya di salah guna tapi bukan semua yer... segelintir sahaja.

Kenapa mereka jadi macam tu? Sebabnya diorang masih ada value pada pandangan mata seorang perempuan. Umpama petik jari, bersepah perempuan melentok kat bahu umpama daun2 kering yang jatuh pada musim luruh gitu. Mereka di hadapkan dengan banyak pilihan buat kesetian sang lelaki kacak ini sedikit tergugat. Yelah.. perempuan boleh pilih macam pilih baju kat bundle shop jer mana tak rambang mata.

Macam mana nak ubah perangai buruk Sang Lelaki kacak yang tergolong dalam spesis macam tu? Untuk mengubah diorang memang sukar. Terpulang pada Sang Lelaki kacak itu sendiri untuk berubah atau tak. So kalau kita berhadapan dengan pasangan macam ni harus bijak menggunakan psikologi. Untuk membuatkan mereka hanya melekat lekit dengan kita tidak dengan orang lain harus banyak sabar, harus banyak memberi peluang. Tonjolkan kelebihan kita untuk buat Sang Lelaki ni merasakan kita yang terbaik disisi dia. Tu pun kalau korang jenis penyabar lak.. Sebab Sabar itu kunci kejayaan. Kalau tak better la cari lain. Tapi bagi yang baru - baru bercouple senang untuk buat pilihan samada stay or go tapi bagi yang dah ada ikatan kalau guna kaedah Stay & Go penuh pula kes kat mahkamah syariah kan? So, try wait & see dulu..

Apapun lelaki ni memang terkenal dengan sikap nakal walau. Tak banyak sikit pun mesti nak jeling juga perempuan lain. Cuma bezanya tahap kenakalan mereka jer. Kalau yang nakal ala - ala manja jer tu ok la tapi kalau nakal ala - ala setan tu yang bahaya.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BLOG AKU DAPAT 10,000 VISITOR

31.3.11 Suria Lekatlekit 20 Comments

Setiap apa yang kita lakukan mesti ada target & matlamat kalau tak macam satu perjalanan yang takde tujuan jer kan? So, Sang Lekit memang target nak dapat 10k Visitor & akhirnya.. Lihatlah dunia! Aku berjaya...


wah.. bukan main seronok macam dapat RM10k lak kan.. Rekod ni berjaya di raih melalui Gengblogger tapi bukanlah untuk satu hari punya rekod yer. Kalau satu hari punya rekod bukan pecah panggung dah... Boleh pecah punggung. Kekekekekekeke... Memang target Sang Lekit bulan ni nak dapat 10k pelawat melalui statistik Gengblogger. Pagi ni bila tengok angka semakin hampir dengan yakin Sang Lekit asyik refresh jer statistik kat Gengblogger supaya tak terlepas angka menarik. Memang dah tekad nak printscreen tepat 10,000 tak mau terlebih walau satu pun. Dan berjaya jugak.


Apapun tahniah buat diri sendiri kerana berjaya juga meraih 10k pelawat dari gengblogger untuk bulan march ni. (biarpun rekod ni bagi sesetengah blogger kecil tapi bagi Sang Lekit masih besar setakat ni) Walau di hari yang terakhir di bulan ni, kan?? Entri ni bukan la nak menunjuk - nunjuk tapi sekadar untuk rekod sendiri & memberi motivasi pada diri sendiri dan orang lain juga. So, pada korang yang belum join Gengblogger boleh la join sebab ia juga mampu menjana traffic di blog. boleh clik DISINI

Sempat juga Sang Lekit printscreen satu lagi angka menarik dari jumlah pelawat Gengblogger di akaun Sang Lekit



Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KENA BELASAH DENGAN SUAMI SEBAB MENGIDAM

31.3.11 Suria Lekatlekit 20 Comments

Mengidam satu perkara biasa bagi wanita hamil.. Yang luar biasa cuma mungkin apa yang di idamkannya. Tapi dalam kes ni wanita hamil ni takde la mengidam yang pelik - pelik sangat cuma mungkin sebab tak kena masa kot dia minta apa yang di idamkan membuatkan dia di belasah suaminya sendiri. Alkisahnya..

Seorang wanita hamil yang mengidam buah munggai/kelur serta lempuk durian minta Sang Suami mencarinya. Sang Suami yang baru balik kerja & tak sempat nak berehat naik berang dan terjadi pertengkaran selama 20 minit sebelum Sang Suami menendang & memukul isterinya yang mengidam tu. Memang agak melampau sebab isteri tengah mengandung, sepatutnya dia faham & beralah sikit.

Sebab mengidam buah ni la Sang Isteri di belasah suami

Dalam kes ni Sang Suami memang la terang - terangan salah kerana memukul Si isteri yang mengandung 4 bulan kerana mengidam. Tapi Si Isteri juga ada silapnya kat situ. Sang Lekit tengah mengandung 4 bulan sekarang ni tapi alhamdulillah setakat ni takde la mengidam apa - apa sangat selain makanan biasa jer tapi Sang Lekit kalau nak minta apa - apa kat en hubby kiranya pesan sebelum dia balik kerja. Bila dia nak balik kerja tu boleh la dia beli kalau benda tu ada. Kalau takde pun.. Sang Lekit ni jenis tak layan sangat mengidam ni sebab mengidam kadang - kadang boleh di kawal (Alhamdulillah baby dalam perut ni pun tak banyak sangat permintaannya). Dalam kes ni... kalau si isteri sabar sikit, bagi masa Sang Suami tu rehat sekejab sebelum membuat permintaan kemungkinan tak berlaku perkara sedemikian. Apapun Salah dari kedua - dua mereka adalah kurang sabar maka berlaku perkara yang tak di ingini.

Apapun Si Isteri tidak mengalami kecederaan serius & kandungannya tidak terjejas. Hanya mendapat rawatan pesakit luar sahaja dan telah pun membuat laporan polis atas tindakkan keterlaluan suaminya tu.

Rujukan : Harian Metro


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

ENTRI KU PALING POPULAR

30.3.11 Suria Lekatlekit 8 Comments

Wah tajuk entri bukan main riak & menunjuk - nunjuk kan?? Bakal menjadi sasaran cik/en Anon ni.. Kekekekekeke. Jangan la beranggap terlalu negatif yer.. Sang Lekit just nak share & memorikan setiap kejayaan kecil atau besar Sang Lekit dalam penulisan blog ni. Memang sang Lekit suka semak balik entri - entri yang lepas untuk lihat progress blog sendiri. Boleh kan?? Tak salah kan??

Berbalik pada tajuk.. Bukan la popular seantero dunia cuma tersenarai dalam most popular of last 24 hours & most popular of this week di blogged.my. Entri tu di tulis & publish semalam. Wah nampaknya gimik dari tajuk menjadi pula di blogged.com. Tu la antara tips untuk menarik pembaca tapi jangan sampai menipu dengan tajuk entri walau nak bergimik bagai pun. Ok setelah di canang harus la ada bukti kalau tak.. statement tak kukuh. Meh kita lihat attachment ni bersama - sama..

Untuk most popular of last 24 hours Sang Lekit di Rank yang ke 2 seperti korang tengok ni

Untuk Most popular of this week Setakat ni di rank ke 7.. tak tau la kalau masih banyak orang clik entri tu boleh naik lagi rank dia

 Dan Entri tu juga menjadi sasaran cik/En Anon.. Tak tau apa sebab dorang jadi Anon nak komen entri ni.
Tak rugi ping entri kat blogged.my nisebab feedback dia not bad. Membantu dari segi traffic tapi kena pandai - pandai la buat entri yang gempak untuk tarik perhatian pembaca. So, pada yang belum berkenalan dengan blogged.my jom bersuai kenal DISINI


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SETELAH MERAJUK VIDEO MIMING DI KRITIK KINI CIKGU SHIDA BAKAL PELAKON DRAMA

30.3.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Setelah mengumumkan di blognya bahawa beliau akan meninggalkan populariti alam maya kerana tak tahan di kritik...


Kini Cikgu shida membuat pengumuman baru bahawa beliau akan berlakon dalam sebuah telemovie tak tau apa tajuk, siapa pengarah & penerbit. Katanya shooting akan bermula pada cuti sekolah (may) ini. Errk.. dulu kata taknak berlakon drama tv sebab katanya lebih suka berlakon dalam video miming jer... Sudah tukar ka??


Apapun nak ucapkan Good Luck pada cikgu shida yang memilih untuk terlibat dalam dunia seni. Bila dah jadi artis tu harap cikgu shida jaga perangai, jaga kata - kata & jangan ikut sedap mulut keluarkan statement yer. Jadi artis ni lagi kuat dugaannya.. Fizz fairuz yang tersilap buat lawak pasal tsunami pun teruk kena hentam inikah pula kalau keluarkan statement yang mempersendakan hukum. Jadikan apa yang pernah berlaku sebagai pengajaran & panduan yer cikgu shida. Manalah tau bila jadi artis ni VIP, VVIP dato2 sangkut.. so, boleh la akhiri zaman bujang tu dengan gelaran datin ker, Datin seri ker.. Tuah ayam nampak di kaki, tuah cikgu shida siapa la tahu, kan?? wah macam menyokong lak sang lekit yer. Abis tu sebagai bakal pelakon Sang Lekit tak tahu lagi imej macam mana cikgu shida nak bawa.. Kalau baik, alhamdulillah. Kita puji2 la. Kalau buruk.. kita kritik2 balik. kekekekekekeekeke.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

Mudah Dot Com Jual Komponen Kereta Curi

30.3.11 Suria Lekatlekit 2 Comments

Geng Mudah Dot Com Pantai Timur' yang menggunakan laman web untuk menjual komponen kereta curi dengan keuntungan mencecah RM60,000, berjaya ditumpaskan polis menerusi dua serbuan minggu lalu.Gambar komponen-komponen kereta itu akan dimasukkan ke dalam laman web untuk disebarkan kepada pelanggan. Selain itu mereka turut menjualnya kepada pelangggan di kawasan Pantai Timur dan untuk kegunaan sendiri.

Baca betul - betul tau bukan mudah.my tapi mudah Dot Com ok! Mudah.my cuma website yang membuka ruang pada orang ramai untuk mengiklankan barangan mereka secara online. Tapi Mudah Dot Com ni hanya menjual komponen kereta jer.. So, sesapa yang pernah berurusan dengan mudah dot com ni lepas ni jangan lagi beli komponen kereta walau murah sekalipun. Jangan menyokong jenayah. Anda mampu mengubahnya. Tapi Geng Dorang pun dah kena tangkap, ada lagi ke tali barut dorang yang terlepas meneruskan perniagaan haram ni?? Entah la.. Tak dapat di pastikan. Kalau ada sekalipun harap mereka yang terbaca berita ni berhenti membeli barang dari website mudah dot com yer.

Apapun semua aktiviti pembelian secara online ni memang berisiko. Sang Lekit tak cakap semua yang meniaga secara online tu menipu yer tapi segelintir tu yang buat tercemar. My hubby pun ada buat online bussiness. Dia banyak advertise kat mudah.my. Kebanyakkan customer or regullar customer my hubby dari sabah la sebab kat sana susah nak dapat spare part motor. My hubby jual barang baru. Dia ada supplier. Kebanyakkan budak2 scooter la yang beli barang dari dia. So kalau korang nak beli spare part scooter or apa - apa motor (Sang Lekit pun tak berapa pasti spare part motor apa lagi yang dia jual) selalu dengar alarm motor.. ntah la tak paham spare part motor ni. Gua bukan minah motor beb! kekekekekkee

Op's ter promote pula part time my hubby. Tapi apa salahnya.. mana lah tau mat - mat or minah - minah motor/scoot ni nak cari spare part motor tapi takde contact boleh la contact my hubby yer.

Rujukan : harian metro


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TARIAN POCO - POCO MEMPUNYAI UNSUR KRISTIAN & PEMUJAAN ROH

30.3.11 Suria Lekatlekit 14 Comments

Perak mengharamkan tarian poco - poco kerana mempunyai unsur agama kristian & pemujaan roh. keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya.

So Pada akak - akak, makcik - makcik, datin - datin & puan seri puan seri sekalian moga dengan penjelasan dari Mufti perak ni dapat di jadikan panduan yer... Ramai wanita menjadikan aktiviti ni sebagai riadah kerana mereka percaya dengan mengamalkannya dapat menyihatkan tubuh badan tapi kalau dah keluar hukumnya haram baik la cari aktiviti lain. Banyak lagi aktiviti yang mampu menyihatkan badan so tak payah la nak berdegil juga untuk berpoco - poco yer.

 

Rujukan : Kosmo


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

KERANA MU JACKIE CHAN

29.3.11 Suria Lekatlekit 6 Comments

Sebab entri khabar angin yang belum terbukti kesahihannya tentang kematian actor Hong Kong Jackie Chan tu buat kali pertamanya post Sang Lekit menjadi Featured Post kat Innit. Kalau blogger yang biasa ping entri kat innit akan tau di mana paparan entri kalau tersenarai di Featured Post.


Tersenarai antara top 8 di ruangan news membuatkan entri itu menjana traffic tertinggi dalam masa 4 jam merujuk kepada blogspot stats la. Dan juga menjadi Pageviews tertinggi dalam masa 4 jam di stats blogspot juga.
Apa yang Sang Lekit teruja sebab terpilih dalam Features Post kat innit tu jer.. Sebab inilah kali pertama entri Sang Lekit di paparkan kat situ. Kalau Pageviews & traffic tu takde la pecah rekod lagi sebab ada entri yang sebelum ni lebih banyak pageviews & traffic. Saja jer attached nak bagi cantik. Kekekekekeke

P/S : Jangan salah faham lekit sendiri tak tahu samada khabar kematian Jackie Chan tu benar atau gosip. Lekit dah mention kat entri tu kesahihan tak dapat di pastikan, so jangan anggap entri tu kerana traffic semata - mata sehingga Sang Lekit sanggup menipu orang yang membaca. Harap maklum


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

JACKIE CHAN MENINGGAL DUNIA?

29.3.11 Suria Lekatlekit 12 Comments

Terkejut Sang Lekit baca di status FB seorang kawan Fb sang Lekit yang membawa khabar actor Jackie Chan meninggal dunia. Sebab dia ada share link tanpa berlengah lagi Sang Lekit pun clik la..


A Los Angeles hospital has reported that Jackie Chan has passed away. The legendary Hong Kong actor who appeared in over 100 films died last night following a heart attack. He was promoting his most recent film, 'Kung Fu Panda 2'. Doctors say his heavy schedule was causing extreme stress and putting too much pressure on his heart. Chan was scheduled to fly to Hong Kong today to begin shooting on his next film '1911'.

The actors family has not yet issued a statement in regards to the passing of the truly remarkable actor who died at the young age of 56. Fans swarmed Facebook after confirmation of his passing came through a source close to Chan. A couple of celebrities have also posted their personal tributes through face book. Will Smith; “A remarkable actor, he will be forever missed and always in our hearts. RIP Jackie. x”

Even United States President Barack Obama laid down a personal tribute to the martial artist saying: “Jackie Chan is a man who can talk through talent, he is a constant reminder of the strength of humanity. He will forever be in our hearts, a true inspiration who inspired many generations. First it's Nate Dogg then it's Jackie Chan."

MTV will be holding a special memorial for Chan on Friday
.-Sumber : Jackie Chan Dies of Heart Attack

Sejauh mana kebenaran dari sumber tak dapat nak di pastikan.. Tapi yang bernama manusia ni pasti ada hari akhirnya.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

SATU SUKAKAN NAJIS & SATU LAGI TERBELI NAJIS

29.3.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Ni apa cerita lak ni?? Petang - petang yang damai cerita pasal najis lak kan.. Alkisahnya pasal najis hari ni..

Kes pertama sepasang remaja yang menjadikan tempat membuang najis(tandas awam) sebagai pot untuk melakukan seks haram. Yang perempuan berusia 16 tahun yang di lelaki pula berusia 19 tahun. Tapi akhirnya terkantoi di pot baru iatu rumah keluarga remaja perempuan itu sendiri bila di tangkap oleh Jabatan Agama Islam hasil aduan orang awam juga.

Kes najis kedua ni alkisahnya sepasang suami isteri ni terbeli beras yang bercampur najis haiwan. Beras berjenama tempatan tu di beli di sebuah pasaraya. mangsa, membuka sekampit beras jenama tempatan seberat 10 kilogram yang dibelinya di sebuah pasar raya namun terkejut apabila terhidu bau busuk sebaik membukanya. Beliau berkata, selepas diperiksa, dia mendapati ada sesuatu benda pelik berada bersama beras itu dan selepas diamati, dia percaya benda itu adalah najis haiwan.

Tu dia kupasan pasal najis hari ni dari Sang Lekit. Komen dari sang lekit untuk kes pertama.. Aduhai dik.. nafsu punya pasal bau taik dalam tandas pun jadi harum kalau tak masakan korang boleh beromen dalam tandas awam. Untuk kes kedua.. pada pengeluar beras tu.. Tak sepatutnya perkara macam ni berlaku. Macam mana najis haiwan boleh ada dalam beras. Harus di pantau tahap kebersihan tempat pemprosesan & pembungkusan beras tu.

Rujukan : Harian Metro


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CIKGU TINJU KEPALA MURID PEREMPUAN

29.3.11 Suria Lekatlekit 9 Comments

Takat rotan kat tangan tu boleh la di terima kan.. Yelah, merotan untuk tujuan mendidik bagi Lekit tak salah. Tapi pukul dengan alasan mendidik sehingga mendatangkan cedera atau trauma agak melampau la. Alkisahnya..

Seorang murid perempuan tahun lima trauma untuk kesekolah selepas di tumbuk Lima kali di kepala, kemudian di tarik pula telinga anak dara tu sampai hampir jatuh dari kerusi kerana menjawab salah soalan latihan yang di beri oleh guru lelaki yang mengajar matapelajaran matematik. Main kepala ni memang agak melampau.. kalau mendatangkan kecederaan kat otak macam mana? Lagipun tindakkan cikgu tu tak relevan langsung. Mungkin cikgu ni banyak tengok wrestling kot.. Nasib baik tak di smack down murid. Kalau tak ada yang patah riuk bagai, kan?

Ni la muka anak dara kena tinju dengan cikgu.
Jangan la anggap murid2 ni macam guni pasir suka - suka nak tinju walau dorang buat salah. Kalau nak menghukum pun guna la kepala otak bukan kepala lutut. Dalam mendidik ni.. jangan guna kekerasan sangat, tapi terlalu berlembut pun tak boleh. Tapi dalam apa juga tindakkan biarlah berpada - pada.

Rujukan : Kosmo


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

AKHIRNYA DARAH KU BERJAYA DI SEDUT

28.3.11 Suria Lekatlekit 26 Comments

Setelah hampir 2 bulan juga Sang Lekit mengumpul kekuatan.. Pagi tadi setelah di set kan kembali appointment untuk pregnancy check up diri ni dengan penuh suspen membawa diri ke klinik. Tak putus - putus aku doa supaya di beri kekuatan agar aku tak lari balik lagi macam last month. Dan akhirnya berjaya juga darah Sang Lekit di sedut.

Tu pun sempat ada adengan tarik tangan juga dengan nurse masa nak ambil darah. Tapi di kumpul kan juga kekuatan sebab memang dah tak boleh lari. Nak - nak lagi masa tu ada sorang pakcik tengah ambil darah dalam 1 bilik yang sama. Al - maklum klinik kerajaan.. Pakcik tu pun siap tutup muka tak nak tengok jarum katanya dia fobia. Makin takut la Sang Lekit tengok aksi dia.

Tapi sebenarnya bukan la sebab sakit sangat cuma ketakutan jer jadi penghalang. Tak sangka lepas ambil nombor kena tunggu check tekanan darah.. lepas tu kena tunggu lagi nak ambil darah.. lepas tu tunggu lagi nak ambil result.. lepas tu tunggu lagi nak check up.. lepas tu tunggu lagi nak scan. Lekit sampai klinik pukul 8.20 selesai semua dekat pukul 12 tengahari. Merungut juga sang hubby.. Katanya lepas ni maybe pergi private la sebab lama sangat kena tunggu.

Apapun dah berjaya bawak balik buku merah yang amat penting tu.. & doktor juga dah buat scan & bagi due date. Dah nampak pun kepala & badan baby... Rasa macam tak percaya itu baby Sang Lekit. Mengikut kiraan sendiri lekit ingat kandungan Lekit baru nak masuk 3 bulan rupanya lepas scan dah 4 bulan. Patut la baby dah nampak kepala & badan.

Wah.. Ni la anak sang lekit yang bakal lahir 9.9.2011 nanti mengikut apa yang doktor cakap la.

Tapi ada sedikit berita duka & menakutkan.. doktor cakap kemungkinan lekit akan bersalin melalui operation sebabnya ketinggian kurang dari 150cm. Kemungkinan sahaja.. Moga Tuhan permudahkan & tak perlu operation. Nak buat camna sayang.. Mummy memang kurang inci. Kalau nak tambah inci memang dah tak boleh kan. Next month punya appointment pula. Kalau skip lagi confirm lagi panjang kena bebel dengan nurse. Tadi pun dah berceramah nurse tua tu tapi terpaksa la Sang Lekit pusing cerita sikit untuk membela diri walau kategori menipu jugak. Takkan nak bagitau Lekit lari balik haritu sebab takut nak ambil darah, kan? So, create la story kononnya dapat emergency call terpaksa balik kampung then baru je balik kesini. Tak tahu boleh buat check up kat tempat lain. So, kurang la sikit patah kata bebelan nurse tu.

Apapun tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya juga mengatasi fobia pada jarum hari ni walau masa nak pergi klinik tetap di sakat sang hubby.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

26 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

CIKGU SHIDA VS THE WANG AND ONLY

28.3.11 Suria Lekatlekit 12 Comments

Jom Sang Lekit nak share 2 video miming menggunakan lagu yang sama tapi dari orang yang berbeza. Dari Malaysia wakilnya adalah Ratu video miming yang terkenal sekarang ni iatu cikgu shida & lawannya pula dua budak dari filiphina yang mengelarkan diri mereka The Wang And Only. Jom kita layan dulu video - video miming ni...



Ini adalah video dari seorang wanita berbangsa melayu yang berusia hampir 40 tahun & di kenali sebagai cikgu shida. Dengan make up.. costum.. lentok lentik badan bagai.. sungguh bersungguh cikgu shida menghasilkan video miming ni semata mata untuk kelihatan lucu & menghiburkan (untuk yang rasa lucu & menghiburkan la).



Video ni pula di hasilkan oleh seorang budak maybe belasan tahun kot berasal dari philiphine dan mengelarkan dirinya The Wang And Only. Takde make up, costum.. hanya memek muka & raut wajah yang sedia lucu secara semulajadi. Tak payah lentok lentik badan bagai tetap buat kita tersenyum sebab kelucuan jelas pada video miming ni hanya menggunakan raut wajah sahaja. Tak rasa memualkan or janggal sebab nama pun budak2 yang buat dah tu budak lelaki pulak.

Apa perbezaan The Wang and Only dengan cikgu shida?? Takde beza kan?? Beza cuma warganegara, jantina & umur jer. Entri sekadar mengajak kita berfikir. Fikir la dari sudut apapun.. terpulang pada penilaian anda sendiri.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

HUKUM SUAMI ISTERI MEMANGGIL DENGAN PANGGILAN UMMI & ABI

27.3.11 Suria Lekatlekit 16 Comments

Sekarang ni macam trend pula kan.. Ok nak cakap dulu trend orang - orang bercinta sebelum berkahwin. Kemain ber papa mama bagai tapi sang Lekit tak pernah pula bergeli gelian dengan panggilan macam tu masa bercinta even ber abang ayang pun takde. Den akui den ni cuma manusia yang happening, talkactive, gila - gila, suka berjenaka tapi kurang romantik. Dalam sikap yang mudah mesra & ramah tamah ni ramai yang tak tahu Sang lekit ni sebenarnya pemalu yang orang tak nampak. Tapi en hubby.. sebab dah jadi hubby maka dia tahu la sifat malu yang orang lain takkan nampak dalam diri Sang Lekit ni.

Berbalik pada topik yang sang lekit nak kopek ni.. sebenarnya dah seminggu Sang Lekit terbaca pasal isu ni cuma terlupa pula nak kongsikan di blog. Mungkin ada blogger yang sudah pun terbaca pasal topik ni tapi bagi yang masih tak tahu jom ikuti kopekan Sang Lekit ni.

Di sebagian keluarga yang dianggap islami di masyarakat kita terdapat kebiasaan yang dianggap sebagai trend keluarga islami yaitu suami memanggil isterinya dengan panggilan ummi (yang artinya ibuku) dan sebaliknya isteri memanggil suaminya dengan panggilan abi (yang artinya ayahku). Yang patut kita renungkan, benarkah hal ini adalah suatu hal yang islami?

Penulis kitab ar Raudh al Murbi’, sebuah buku fiqh mazhab Hambali mengatakan:

ويكره نداء أحد الزوجين الآخر بما يختص بذي رحم محرم كأبي وأمي

“Dan makruh hukumnya jika salah seorang dari suami atau isteri memanggil pasangannya dengan panggilan yang hanya digunakan untuk memanggil kerabat yang masih mahram semisal abi atau ummi”.

Sedangkan di Hasyiah ar Raudh al Murbi’ dijelaskan sebagai berikut:

لخبر: أن رجلا قال لامرأته يا أختي، فقال – صلى الله عليه وسلم – «أختك هي؟» رواه أبو داود، فكره ذلك، ونهى عنه،

“Dimakruhkannya hal di atas karena beberapa alasan: Yang Pertama, terdapat dalam sebuah hadits bahwa ada seorang suami yang memanggil isterinya “Wahai ukhti!”. Mendengar hal tersebut Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepadanya, “Apakah dia memang saudarimu?!”. Nabi Saw membenci hal tersebut dan melarangnya. (HR Abu Daud no 2210 dan 2211 namun al Albani menilainya sebagai hadits yang lemah).

ولأنه لفظ يشبه لفظ الظهار،

Kedua, kata-kata tersebut menyerupai kata-kata zhihar (mengatakan pada istri: Engkau seperti punggung ibuku)

ولا تحرم به، ولا يثبت به حكم الظهار، لأنه ليس بصريح فيه، ولا نواه فلا يثبت به التحريم، وجاء أن الخليل قال: إنها أختي، ولم يعد ظهارا.

Namun menggunakan kata-kata di atas tidaklah sampai derajat haram dan tidak menyebabkan terjadinya zhihar karena dua alasan.

Pertama, kata-kata tersebut bukanlah kata-kata yang tegas menunjukkan makna zhihar dan orang yang mengucapkannya juga tidak meniatkan zhihar dengan kata-kata tersebut. Oleh karena itu hukumnya tidak haram.
Kedua, dalam sebuah hadits disebutkan bahwa Nabi Ibrahim al Khalil berkata mengenai isterinya, “Dia adalah ukhti” dan tidak dinilai sebagai zhihar”.

Kutipan di atas bisa dibaca di kitab Hasyiah ar Raudh al Murbi’ jilid 7 hal 8 karya Syeikh Abdurrahman bin Muhammad bin Qasim al ‘Ashimi an Nadi cetakan pertama tahun 1397 H, tanpa penerbit.
Sedangkan ar Raudh al Murbi’ adalah buku karya Manshur bin Yunus bin Idris al Bahuti, seorang ulama mazhab Hambali yang meninggal pada tahun 1051H.

Rujukan :  Bolehkah Memanggil Istri dengan Ummi?

Rujukan ni terpaksa Sang Lekit copy paste jer tanpa olahan sebabnya takut tersilap kata akan mengundang salah faham. Dengan perkongsian ilmu yang seciput ni moga dapat memberi manafaat pada yang membaca.

P/S : Kalau sang lekit & hubby kitorang memang takde berabang ayang.. cuma sayang jer.. Dua2 panggil sayang. Senang cerita, so takde la masalah. Korang la panggil hubby or wife dengan panggilan macam mana ekk??


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BERBEZA PENDAPAT TAK SEMESTINYA BERTEGANG URAT

27.3.11 Suria Lekatlekit 4 Comments

Sebelum mengopek panjang.. Nak bagitau semua kata - kata pada tajuk entri tu di culik secara berhemah dari Nyah Zulfikar, kawan blogger sang lekit. Memandangkan apa yang Sang lekit nak kopek ni ada kaitan dengan kata kata hasil penculikkan tu maka dengan rasa samsengnya sang Lekit menculik buat sekian kalinya ayat2 itu.

Bila Isu Cikgu Shida di kupas kupis di blog melekit ni.. Memang tak dinafikan banyak jumlah clik pada entri tu. Sang Pengomen juga ada yang sokong & ada yang bangkang. Sang lekit tak kisah.. Penyokong atau pembakang di alu - alukan kalau rasa nak bagi pandangan, pendapat atau apa sahaja tapi harus la menggunakan bahasa yang tidak dalam kategori maki hamun atau lucah. Setakat ni Alhamdulillah entri terbaru berkenaan Cikgu shida ni mendapat komen - komen yang bagi Lekit tidak melampaui batas tak kira dari parti pembangkang atau penyokong.

Pada korang yang nak berkomen walau kita ada hubungan baik di alam maya ni lebih - lebih lagi sering kunjung mengunjung ke blog, Kalau rasa nak komen sesuatu isu yang korang rasa berbeza pendapat dengan melekit jangan la takut - takut yer. Insyaallah tak menjejaskan hubungan baik antara kita jika korang berkata kata dalam landasan yang betul lagi. Dalam apa juga hubungan pun tak kira family, suami isteri, kawan.. Tak semua pendapat kita sama tapi berdebat la secara aman. Perbezaan pendapat tak semestinya harus di akhiri dengan pergaduhan, kan??

Setiap pandangan walau berlawanan dengan pendapat Sang Lekit, Insyaallah Lekit tak akan mengTong Sampahkan tanpa menilai buruk & baiknya. Kita cuma manusia.. Ingat mengingati.. tegur menegur memang di perlukan. Bukan la kata Sang Lekit ni positif sangat, kadang - kadang touching juga dengan teguran orang tapi sekurang - kurang kata - kata & nasihat yang baik boleh di jadikan panduan mungkin bukan hari ni.. tak mustahil bila satu hari kita menyemak balik kesilapan lalu kata - kata itu boleh di jadikan motivasi.

Sang Lekit cuma seorang manusia tidak tidak sempurna dari segala sudut pun. Masih merangkak rangkak dalam mencari ilmu hidup & mati. Dan masih banyak kesilapan mengiringi perjalanan tu. So, entri ini bukan la berlagak baik yer.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

PELIK! ANAK ANJING DI LAHIRKAN BIRI BIRI

27.3.11 Suria Lekatlekit 13 Comments

Lagi kejadian pelik! Mungkin hasil perkhawinan campur kot bila seekor biri - biri betina milik seorang petani melahirkan seekor anak anjing.

badan anak anjing itu dipenuhi bulu seperti seekor biri-biri tetapi mulut, hidung, mata, tapak kaki, dan ekornya menyerupai anjing, malah mamalia itu juga gemar bermain bersama anjing-anjing lain.Pakar-pakar veterinar menyatakan ia mustahil, tetapi seorang petani, Liu Naiying menganggap kelahiran anak anjingnya sebagai satu keajaiban.seorang saintis di sebuah pusat penyelidikan haiwan tempatan berkata, anjing dan biri-biri merupakan dua spesies berbeza Mustahil biri-biri boleh bunting dengan anak anjing.

Kini, ladangnya dikunjungi oleh ramai penduduk setempat dan luar daerah yang mahu melihat sendiri anak anjing pelik itu.

ANAK anjing dan induk biri-biri yang melahirkan mamalia itu di wilayah Shaanxi, China.
KIRI: Anak anjing milik Naiying berbulu seperti biri-biri. 

Rujukan : Kosmo


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

NAK TAHU PENYUMBANG TRAFFIC TERTINGGI DI BLOG MELEKIT?

27.3.11 Suria Lekatlekit 17 Comments

Lagi ibu ayam nak riuh sekampung ni... Bukan la nak berlagak cuma nak berkongsi ilmu dengan semua. Sang Lekit ni memang suka kongsi apa saja sang lekit tahu & rasa membawa manafaat kepada orang lain. Den tak kedekut ilmu tau.. Bagi sang Lekit ilmu yang di kongsi untuk keuntungan bersama akan membawa lebih keuntungan & berkat. walau kadang - kadang Sang Lekit perasan ada blogger yang jenis kedekut sangat.. Lebih - lebih lagi nak share rahsia menjana traffic di blog so terpaksa la kita skodeng & curi sendiri ilmu tu.

Lekit pernah buat entri pasal apesal.com tak lama dulu.. Meh sini sang Lekit nak buktikan keberkesanan traffic di blog bila kita ping entri di apesal.com. walau tak genap pun sebulan Sang Lekit menjadi warga apesal.com tapi pulangan dari apesal.com ni memang agak mengkagumkan. Pernah mencecah 1000uv memalui stats di blogspot untuk satu hari di blog melekit ni. UV harian pula sekarang ni tak kurang dari 300uv. Selalunya akan cecah juga la 500uv sejak terjebak dengan apesal.com. Entri yang di ping kat apesal.com cuma 11 entri sahaja tapi tetap traffic mencanak. Kira satu kejayaan jugak bagi blog tepian longkang macam sang Lekit ni.

So, dengan kejayaan kecil ni rasa teruja juga nak kongsi dengan semua.. Mungkin ada di antara blogger yang memerlukan so jom kita sama - sama join apesal.com sebagai salah satu medan untuk memperkenalkan blog & penulisan kita. Jangan lupa baca dulu syarat - syarat yang di tetapkan agar entri anda tidak di rejectkan oleh pihak apesal.com.

Untuk traffic harian (hari ni)
Untuk traffic mingguan (minggu ini)
Untuk traffic bulanan (bulan ini walau belum sampai akhir bulan)
Peningkatan dari jumlah pageviews amat membanggakan bila ping entri di apesal.com
P/s : Ini cuma traffic yang di sumbangkan melalui apesal.com jer... Kalau di campur dengan penyumbang2 lain walau kecil tapi jumlahnya akan lebih dari apa yang korang tengok la. 

So, pada korang yang belum lagi sertai apesal.com jom la join. Boleh clik DISINI untuk ke website apesal.com & clik DISINI untuk mengetahui syarat & peraturan untuk ping entri.

Penambahan sebagai rujukan

Pageviews dari rujukan stats blogspot untuk 26 march sehingga pukul 12.00am
Jumlah pelawat dari Gengblogger pada 26 march 2011 sehingga pukul 11.55pm
Jumlah Pageviews (658) & Unique View (415) pada 26 march 2011 sehingga pukul 11.55pm. Rujukan analitik nuffnang



Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

BILA STATUS AGAMA CIKGU SHIDA DI RAGUI.. APA DIA JAWAB??

26.3.11 Suria Lekatlekit 47 Comments

Rupanya ada lagi cerita ceriti Cikgu miming ni kat blog melekit yer.. Mesti! Sang Lekit pun peminat Cikgu Shida juga tapi minat Sang Lekit bukan pada video miming beliau tau.. Minat membaca apa saja statement dari beliau, fans beliau & haters beliau. Okies tak nak bebel panjang.. Jom kita tengok attachment yang sempat Sang Lekit print screen dari fanpages cikgu shida kat FB


Dari awal Sang lekit ikuti cikgu shida ni dia memang tak boleh terima sebarang kritikan atau teguran kalau memperlihatkan kesilapan diri dia. Dan Cikgu shida hanya menerima pujian sahaja.. So, bukan sesuatu yang pelik bagi Sang Lekit.

Ni best sikit.. Pelik! Sanggup di monyetkan sebab minat & sanggup memonyetkan peminat sendiri. Jom kita tengok pula attachment ni


Peminat sendiri di haiwankan.. Nasib baik cikgu shida ni bukan di iktiraf sebagai artis lagi cuma popular di youtube (tapi sekarang dah mula dapat publisiti kat media dah.. ) kalau tak mesti benda ni jadi isu kan?? Apapun tetap jadi isu di blog Sang Lekit. Kekekekekekekekeke

Kata untuk tujuan pendidikan kenapa tak nak orang panggil cikgu. Cikgu shida dah kantoi.. Sebenarnya apa yang di buat lebih kepada kejar popular bukan seperti yang di canang mendidik anak bangsa. Secara logiknya.. Takkan la nak mendidik dengan video miming tak senonoh macam tu, kan?? Lagipun jika di lihat dari jumlah fans beliau kebanyakkan bukan dari golongan pelajar. Tak payah la cikgu shida nak canang kat media apa yang di buat untuk mendidik anak bangsa kalau apa yang jelas cuma untuk hiburan kosong semata - mata.



Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

47 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TUDUNG DATO SITI DI KUTUK KETIKA BUAT PERSEMBAHAN SECARA LIVE DI TV

25.3.11 Suria Lekatlekit 14 Comments

Tak tau la sang lekit nak kategori ni kes ni kutuk secara berdepan atau kutuk belakang empunya diri kat depan terdengar pulak. Tapi sebagai publick figure macam Dato Siti ni dari hujung kaki hingga hujung rambut memang menjadi perhatian & penilaian masyarakat. Ramai memuji tak kurang mengeji tapi beliau dah memilih bidang macam tu terpaksa terima pahit manisnya, kan?

Alkisahnya.. Sedang Dato Siti membuat persembahan di atas pentas dalam program siaran langsung Adik Adikku di RTM, Selasa lalu tetiba satu suara wanita dari belakang pentas kedengaran mengkritik imej tudungnya. Walaupun riak wajahnya sedikit berubah, Siti tetap meneruskan persembahan seperti biasa. Dato Siti memilih untuk memakai tudung lengkap pada malam itu. Pada malam itu, bukan hanya kakitangan RTM berada di belakang pentas, tetapi ramai termasuk peminat. Tidak tahu siapa yang bercakap.

Sudahlah rancangan tu secara langsung, suara pengkritik misteri tu pula dengar sampai atas pentas. Mungkin penonton juga dapat dengar tapi tabik la Dato Siti yang memang profesional. Seperti biasa Dato Siti dengan sikapnya yang cool tidak melenting atau menghentam balik. Tak macam cikgu miming tu kan.. Op's!

Bak kata pepatah kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai.. Kalau rasa diri tak tahan di kritik, tak bijak untuk membalas kritikan jangan jadi publick figure.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

Rujukan : Sinar Harian

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

GAMBAR GADIS CUBA JADI MALAIKAT MAUT

25.3.11 Suria Lekatlekit 13 Comments

Gadis ni mula - mula cuba jadi malaikat maut dengan mengambil keputusan untuk mencabut nyawanya sendiri tapi malangnya tak menjadi pula dia mati. Mati pun boleh tak menjadi ker?? apa lak tak boleh.. Nak bukti?? Meh kita layan dulu gambar - gambar gadis yang kononnya nak jadi malaikat maut untuk diri sendiri tapi malangnya tak jadi lak dia nak mati

Ni la wajah gadis yang cuba menjadi malaikat maut untuk diri sendiri
Adengan yang menyusahkan orang
Pastinya ramai yang dah baca & tengok video percubaan seorang gadis bunuh diri akibat ada masalah cinta tapi berjaya di selamatkan pihak bomba atas keprihatinan orang awam juga yang membuat laporan apabila melihat keadaan gadis itu mencurigakan selepas seorang pemuda melihat dia mengelar tangan & lehernya sendiri. Tak payah nak kopek panjang - panjang cerita gadis yang cuba bunuh diri ni pasti semua dah tau kan.

Apa yang lekit nak komen cuma.. Jangan cuba untuk menjadi malaikat maut pada diri sendiri walau sebesar manapun masalah yang datang. Malaikat maut nak cabut nyawa pun dengan perintah Allah.. Bukan suka2 hati jer dia buat kerja, kan?? Setakat masalah cinta tu alahai.. cuma masalah yang sebesar kuman je. Perbuatan budak tu bukan setakat menyusahkan mak bapak dia malah orang lain juga. Tu la kalau di lahirkan sebagai manusia tak payah berlagak nak apply jadi malaikat maut. Soal hidup & mati itu kerja Tuhan. hanya Dia sahaja yang berhak menentukan.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!

TERBAIK DARI NUFFNANG. 2 LAGI BE MUNCUL

25.3.11 Suria Lekatlekit 13 Comments

Awal - awal bulan nampak macam nuffnang merajuk jer dengan Blog melekit ni.. Tapi hujung - hujung bulan Nuffnang menunjukkan keprihatinan beliau terhadap blog tepian longkang macam melekit ni.

Even bulan march ni lambat sikit nak dapat BE tapi tetap tak putus - putus  BE setiap bulan. Alhamdulillah. Hari ni Nuffnang bagi lagi 2 BE untuk Blog Melekit. Satu untuk blog ni & satu lagi untuk Blog contest Sang Lekit even blog tu jarang nak update pun.

 BE yang ke 2 & 3 untuk bulan march 2011
BE yang ke 16 & 17.. tapi 11 lagi dah jadi ME so tinggal 6 jer yang masih berjuang

Nampaknya Nuffnang kembali membuat Sang Lekit yakin untuk menabung bersamanya di blog. Dah cuba heartbeat tapi memandangkan blog melekit ni baru jer pandai bertatih so progress tu takde la sehebat blog - blog yang popular. Mengharapkan BE nuffnang jer kalau harap orang clik tu kebanyakkan visitor blog melekit ni adalah blogger juga so dorang tahu & ada semua tu kat blog sendiri.

Apapun terima kasih buat Nuffnang yang tak jemu - jemu bagi BE kat blog melekit ni setiap bulan.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!