HANTU MAKIN BANYAK ATAU MAKIN BANYAK CERITA HANTU?

4/30/2011 02:00:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Lambakkan filem, drama, telemovie berkisahkan tentang hantu, misteri, mistik, pontianak, polong & bagai ni membuat banyak pula berita berkenaan histeria, gangguan misteri & mistik, pontianak, polong & bagai ni di akhbar2 sekarang ni. Apa yang menjadi persoalannya.. Apakah dulu kurang hantu & sekarang hantu makin banyak??

Semua orang nak highlight kisah2 yang bertemakan sedemikian rupa tak kira la filem/drama ataupun akhbar sebabnya macam jadi satu trend sekarang cerita or berita macam tu mendapat sambutan. Banyak pula kes - kes histeria di laporkan berlaku di sekolah2 sehingga terpaksa di tutup kerana kejadian serangan histeria tu menganggu proses pembelajaran.

Kalau dulu cerita hantu kurang di tayang di pawagam atau tv maka kes - kes gangguan makhluk ghaib ni pun kurang di tulis dalam akhbar. Bila semakin banyak cerita2 bertemakan macam ni di pawagam & tv.. banyak pula kes - kes gangguan makhluk ghaib ni di tulis dalam akhbar. Apakah ini kesempatan yang di ambil sebab ia mendapat perhatian orang ramai atau memang sekarang ni lebih banyak hantu berbanding dulu??

Mungkin juga sekarang ni makhluk2 ni dah semakin hilang tempat tinggal sebab banyak hutan dah di tebas licin.. gunung bukit di tarah rata untuk projek pembangunan. Kita sedia maklum di tempat2 berikut adalah tempat tinggal makhluk2 tersebut. Bila dah di bangunkan maka dorang pun berkeliaran la tanpa arah. Ditambah lagi dalam zaman yang serba maju & laju ni.. manusia kembali jahil dengan mempercayai amalan2 syirik & khurafat. Memuja, menyeru & berdamping dengan makhluk2 ghaib tersebut. Faktor2 tu mungkin juga punca gangguan sebegini terjadi secara berleluasa.

Apapun kita memang harus percaya kewujudan makhluk2 ghaib ni sebab dalam Al-Quran sendiri menyatakan kewujudan mereka tapi tidak lah kita harus taksub pada makhluk tu sampai terpesong akidah & terlupa mereka juga makhluk Allah dan tiada kuasa dapat menandingi kuasa Allah. Apa yang berlaku adalah dengan keizinanNya juga maka kepadaNya juga kita wajib memohon perlindungan & pertolongan.

Ini cuma pendapat & pandangan peribadi Sang Lekit. Mana2 kesilapan dalam kenyataan dalam entri ni Sang Lekit harap dapat lah korang perbetulkan sebab ilmu sang lekit ni tidak la setinggi mana, kan?? Apa juga pandangan anda terhadap isu ni amat sang lekit alu - alu kan.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAK PAHAM TOPIK ATAU MEMANG SUKA KOMEN YANG TAKDE KENA MENGENA DENGAN ISU?

4/29/2011 02:11:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Ni lagi satu isu yang terjadi dalam dunia blog. Memang jumlah komen yang macam ni semakin banyak.. Tapi ada segelintir lagi masih faham konsep nak berkomen. So, kali ni sang lekit nak kopek isu ni jugak sebab kadang - kadang banyak juga dapat komen yang takde kena mengena dengan isu yang di bangkitkan dalam entri.

Bukan la nak mengutuk atau mengherdik para pengomen yang suka sangat berkomen dengan komen yang takde kena mengena dengan isu tapi niat di sebalik komen yang tersasar dari topik sebenar tu amat la jelas. Contoh Sang Lekit share entri berkenaan hukum haramnya menghiasi kubur tiba2 datang satu komen yang bercakap soal aurat. Faham apa dia nak sampaikan. Dia nak sindir dalam komen sebab tuan empunya blog ni belum menutup aurat dengan sempurna. Tapi biarlah kena pada topik yang di bincangkan.

Itu cuma contoh.. Bukan la nak menolak teguran yang berbentuk sindiran tu tapi cari la isu yang ada kena mengena dengan soal tu. Takde la nampak terbabas sangat komen tu. Bukan la niat sang lekit nak tunjuk baik, alim atau warak dengan share entri yang berbentuk keagamaan tapi sekadar berkongsi ilmu dari hasil pembacaan sang lekit sahaja untuk manafaat sendiri & semua. Mungkin bagi pengomen yang mengeluarkan komen macam tu rasa macam Sang Lekit tak layak kot buat entri yang menyentuh soal hukum & agama sebab tu la komen beliau tersasar dari topik perbincangan. Bukan satu entri yang sang lekit dapat komen yang takde kena mengena dengan topik yang sang lekit tulis rasanya dah banyak sampai sang lekit terfikir.. sebenarnya apa motif komen itu?? Betul - betul nak bagi pendapat atau nak ajak berdebat??

Secara positifnya sang lekit terima & approve komen2 macam tu sebagai satu peringatan pada diri. Dan dari sudut negatifnya.. yang berkomen nampak macam tidak ikhlas menegur. Lebih kepada nak menyindir & merendahkan apa yang sang lekit kongsikan. Macam sang lekit cakap, sebab sang lekit masih belum sempurna menutup aurat lepas tu buat entri yang berunsur keagamaan maka di pandang rendah & tidak layak. Terpulang pada penilaian masing - masing. Jika korang rasa sang lekit tidak layak.. itu hak masing - masing.

Ini bukan entri touching tapi sekadar memberi pendapat, pandangan peribadi. Tidak merujuk kepada mana2 pihak, individu,blog atau blogger. Kalau ada mana2 pihak yang terasa hati sang lekit terlebih dahulu minta maaf.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HANTU MONA GANGGU MURID SEKOLAH

4/29/2011 12:09:00 PM suria lekatlekit 4 Comments

Lagi kejadian histeria yang berlaku di sekolah. Kali ni sebuah sekolah rendah di kuching pula menjadi mangsa hantu yang bernama Mona.

Dalam kejadian histeria tersebut 10 murid serta seorang guru wanita dan ibu hamil diserang histeria, menyebabkan sekolah itu ditutup dua hari bermula semalam. Wanita tidak diketahui identiti itu dikatakan makhluk jelmaan yang tinggal berdekatan tandas perempuan sekolah itu yang terletak di Blok D dan mula mengganggu murid sekolah berkenaan sejak Khamis lalu. Kejadian bermula ketika beberapa murid perempuan menggunakan tandas lama di sekolah itu mendakwa ‘ditahan’ satu lembaga bertubuh besar. Seorang guru lelaki sekolah itu dikatakan pernah menanda kertas jawapan peperiksaan tahun empat yang hanya tertera nama ‘Mona’, namun ketika mahu mengembalikannya kepada murid, tiada siapa tampil dan pemeriksaan lanjut mendapati nama itu tidak wujud dalam kelas berkenaan. 

Hantu pun pandai jawab kertas soalan yer.. Wartawan lupa tanya agaknya jawapan yang hantu mona jawab tu macam mana?? 100% betul ker?? Apapun kejadian ni mungkin berpunca dari khianat seseorang, mungkin juga ada sesuatu yang menganggu makhluk lain secara sengaja atau tak di lakukan. Apapun Mona tu pun makhluk Allah.. Jadi mohonlah perlindungan dari Allah kerana tiada kuasa yang mampu menandingi kuasa Allah.


Rujukan : Harian Metro

4 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HARTA KARUN JUTAAN DOLAR DI TEMUI DALAM BANGKAI KAPAL DI DASAR LAUT

4/29/2011 11:11:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Harta itu bukan kau yang punya.. Ahmad albab yang punya! Tudia mukadimah keluar dialog filem P.Ramlee, Ahmad albab. Tak lama lagi nak keluar pula filem Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides. Maybe harta tu bukan Ahmad albab yang punya tapi lanun yang punya.

Merepek pula Sang Lekit.. Berbalik pada tajuk entri Di Kosmo ruangan dunia tertarik sang lekit dengan berita  berkenaan kumpulan penyelam yang menemui harta karun berharga jutaan dolar selepas seorang nelayan tempatan menjual kepada mereka satu syiling lama yang ditemuinya semasa menyelam..700 duit syiling perak, batu cermin dan barang kemas penduduk Mayan pada era tahun 1500-an ditemui di dasar laut selepas mereka melakukan tinjauan 67.59 kilometer dari pantai dengan menggunakan peralatan berteknologi tinggi.Anggota-anggota pasukan pencari harta karun itu mendapati ia merupakan antara duit syiling yang paling lama pernah ditemui.pasukan itu menyelam pada musim luruh yang lalu dan akan pergi ke lokasi tersebut dalam tempoh dua minggu lagi..

 SEBAHAGIAN duit syiling dan harta karun yang ditemui oleh kumpulan penyelam Deep Blue Marine. 

Kalau Mokcik yang jumpa.. kayo mokcik ni! Tak payah tampal iklan nuffnang kat blog lagi. Boleh buat contest hadiah gempak - gempak. Sebijik basikal ker, kereta sorong ker, buaian elektrik ke kat pemenang contest Sang Lekit kekekekekeke.

Rujukan : Kosmo

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA SUDAH BERUBAH..

4/28/2011 11:24:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Dulu...

Kini


Beliau bangga jadi cikgu tapi tak suka di panggil cikgu kecuali di sekolah jer. Semoga peminat cikgu shida maklum akan perkara ni yer.. Sekian terima kasih!

P/s : Apa yang Sang Lekit faham kalau kita bangga dengan kerjaya kita, mestilah kita rasa bangga juga dengan gelaran yang di beri walau di mana juga kita berada.

Di Berita harian online seseorang telah menulis di ruangan surat tentang cikgu shida. 


Sepatutnya Cikgu Shida memikirkan sesuatu untuk meningkatkan prestasi pelajaran anak muridnya, atau mencungkil bakat anak muridnya melalui penganjuran program kesenian. Bukan tujuan saya menidakkan bakat kreatif Cikgu Shida, tetapi di mana integriti anda sebagai seorang penjawat awam yang bergelar pendidik, yang kita tahu satu tugas yang amat mulia, mendidik anak bangsa untuk menjadi seorang manusia berguna pada masa hadapan? Melihat aksi beliau dalam videonya pada laman web Youtube, saya begitu jelak dan hairan melihat seorang guru wanita, berpakaian seperti seorang lelaki, menghias diri menyerupai seorang lelaki semata-mata untuk menghayati lagu. Tidakkah beliau tahu kesan di sebalik perbuatannya ini? Sudah jelas dalam hukum Islam, adalah berdosa berpakaian menyerupai lelaki bagi seorang perempuan. Bagaimana sekiranya perbuatannya ini ditiru oleh anak muridnya mahupun pelajar lain? (clik DISINI untuk membaca artikel sepenuhnya)
Ni pula serangan balas dari cikgu shida susulan surat yang di layangkan ke berita harian tu.

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SETAHUN SUDAH

4/28/2011 05:10:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Diam tak diam.. pejam celik.. duduk, bangun, baring dah setahun rupanya. Setahun apa tu?? Setahun jagung ker?? Oh.. bukan..

Hari ni 28 April 2011 genap setahun Sang Lekit bergelar isteri kepada en hubby. Hari ni merupakan hari ulangtahun pertama perkahwinan kami. Rasa sekejab jer.. zaman bujang, zaman gadis, zaman anak dara, zaman gedik - gedik tu berlalu. Alhamdulillah jodoh kami masih di panjangkan sehingga hari ni & moga ia berkekalan hingga ke akhir hayat.

Setahun lalu...
Dalam melayari alam rumahtangga selama setahun ni.. di akui tidak hanya yang manis - manis jer datang menyenguk. Seperti suami isteri yang lain, dugaan & ujian dalam rumahtangga tu tetap ada. Berkat sabar & cuba memperbaiki kelemahan masing - masing alhamdulillah ia masih mampu bertahan sehingga hari ni.

Setahun kemudian..
 
Genap setahun usia perkahwinan kami, maka genap jugak la setahun pemergian arwah ayah pada 24 april 2011 yang lalu. Kehilangan Ayah masih Sang Lekit rasai sampai hari ni. Rindu & kasih sayang pada arwah ayah takkan mungkin terpadam buat selama - lamanya kerana dia ku panggil Ayah. Biarpun Arwah tidak sempat meraikan hari bahagia Sang Lekit, Saya redha. Terima akan ketentuan Tuhan. Moga Ayah tenang di sana. Moga Ayah di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman. Al -Fatihah buat Ayah...

Gambar terakhir arwah ayah & mak di bukit tinggi

Pada suami tercinta.. ketahuilah di hati ini kamu yang pertama. Tak pernah terdetik di hati nama insan lain akan bertakhta. Baik buruk, kurang & lebih kita cuma manusia. menerima seadanya & cuba menjadi yang terbaik untuk diri masing - masing. Moga kasih sayang kita akan sentiasa utuh & bertambah erat dengan kehadiran anugerah Ilahi kepada kita tak lama lagi. Insyaallah..

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENGANTIN SARUNG CINCIN GUNA KAKI

4/27/2011 08:34:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Kompang berbunyi, bau nasik minyak.. Tanda apa Uolls. Bukan majlis berkhatan yer.. Ni majlis nikah salah seorang abang yang sang Lekit kenali masa zaman aktif call radio dulu. Tu zaman belasan tahun. Masih kat sekolah menengah lagi.

Sabtu lepas abang rahmat telah pun menamatkan zaman bujangnya dengan si dara manis dari perak. Tahniah buat abang rahmat & isteri. Lepas ni dah bertambah tanggungjawab abang. Moga gembira melewati alam rumahtangga. Jangan delay2.. Tahun depan pastikan ada orang baru dah, ok.

Apa kena mengena dengan tajuk entri dengan kisah orang kawen ni?? Kejab lagi Sang Lekit tunjukkan aksi istimewa yang orang lain takkan boleh buat melainkan abang rahmat jer. Tanpa berlengah lagi jom kita tengok gambar - gambar pernikahan abang rahmat yang Sang Lekit culik di FB beliau. Moga abang rahmat tak marah yer...

Debaran di teruna. Hanya sekali lafaz jer.. Cayalah bang!

 Acara wajib setelah sah sebagai suami isteri. Abang Rahmat special case so dia boleh buat macam ni. Korang yang nak kawen jangan pulak tiru aksi ni tau!

Moga menjadi isteri yang solehah & suami yang soleh yer abang & akak

Sesi di pelamin bermula

Moga bahagia hingga keakhir hayat. Selamat pengantin baru

P/S : entri ni telahpun mendapat kelulusan dari tuan empunya badan. hope takde yang mempertikaikannya lagi.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KESILAPAN STATUS FB. S.W.T jadi S.A.W

4/27/2011 04:41:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Bukan la nak mengaibkan sesapa atau mengutuk atau ketawakan dia just terfikir jer tahukah dia singkatan dari apa yang dia tulis tu?? Atau dia tak sengaja?? Nak tau apa benda?? Meh kita tengok attachment ni...

Antara dua sebab jer berlaku kesilapan macam ni.. pertama, mungkin dia tak paham antara maksud S.A.W & S.W.T tu. Kedua mungkin dia tak sengaja... Apapun ini entri sekadar entri selingan jer, Tak berniat nak mengaibkan sesiapa sebab tu Sang Lekit tak paparkan identiti si penulis status ni.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MUSIM SAKIT

4/27/2011 03:23:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Maybe sekarang musim anak bulu - bulu sakit kot.. Baca kat blog kucing terbiar dot com pun banyak kucing2 papa tu sakit. Sedih bila baca kucing yang namanya Adik dah meninggal dunia. Adik kucing yang cacat penglihatan. Kisah adik ni memang sedih.

Menurut apa yang Sang Lekit baca dari blog kucing terbiar dot com adik adalah mangsa kekejaman manusia juga. Matanya di ambil oleh tuan kucing lain untuk di gantikan pada kucing beliau mungkin mengalami masalah penglihatan juga. Kemudian adik di buang macam tu sahaja. Mujur Papa Hero jumpa & selamatkan dia & kemudian serah kat Papa kucing terbiar dot com. Kalau tak silap Sang Lekit macam tu la ceritanya. Apapun penderitaan si adik dah berakhir. Sebelum akhir hidupnya dia dah temui kehidupan yang bahagia bersama insan mulia yang menyelamatkan sekaligus memberi pelindungan & dan kasih sayang padanya. Tidak lah akhir ceritanya hidupnya berakhir di jalanan kan?? sekurang - kurangnya perginya berkubur.

Anak - anak bulu Sang Lekit pun ada yang sakit & semalam ada yang dah kembali kepada penciptanya. Tapi bukan kucing.. lekit cuma bela hamster. Dan ada lagi seekor yang sedang sakit. Kesian pulak.. Dari tujuh beradik dah tinggal 5 adik beradik & kemungkinan akan tinggal 4 jer lepas ni.

Mungkin sekarang musim sakit kot.. Sebab selama sang lekit bela kucing, bela hamster dari kecik lagi kalau tiba musim sakit memang akan banyak yang terkena sakit. Yang bernasib baik akan sembuh & sihat, yang sudah tertulis ajalnya.. akan menamatkan kisah hidup dengan sakit tu. Apapun selagi mereka bernyawa kita bertanggungjawab memberi yang terbaik kerana mereka juga makhluk yang punya perasaan. Sedih tu memang sedih.. Tapi terima sebagai ketentuan Tuhan. Takde apa yang kekal di dunia ni. Segalanya hanya pinjaman buat kita.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KRIS DAYANTI TAK MALU HAMIL ANAK LUAR NIKAH

4/27/2011 12:54:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Wah dahsyat kan zaman sekarang?? Kalau kita hamil luar nikah ni kalau boleh taknak sesapa pun tau lebih2 lagi masyarakat. Dah tentu jadi buat mulut orang berlainan pula artis seberang sorang ni yang tidak rasa benda tu mengaibkan & kononnya mahu bersikap jujur walau bayi yang di kandungnya adalah hasil hubungan luar nikah.

Alkisahnya kris dayanti yang kini hamil empat bulan walau baru bernikah dua bulan lalu. Kata beliau.. Itu rezeki & tidak mahu menyembunyikan kandungannya. Kononnya mahu bersikap jujur walaupun dia tahu bakal menjadi umpatan orang.

Nak puji ker nak apa ni?? Apa yang boleh di puji sikap jujur & berterus terangnya. Lagipun dia bertanggungjawab atas kesilapannya tidak membuang kandungan tersebut walau kalau dia nak buat pun boleh. Kan?? Apa yang tak boleh di jadikan contoh kita semua sedia maklum. Jangan la terlalu terbuka sangat sampai dah takde sifat malu dalam diri. Sampai hamil luar nikah pun macam perkara biasa yang tidak menjatuhkan maruah lagi.

Rujukan : harian metro

P/s : Tahniah kepada penyanyi siti sarah raisuddin yang kini hamil 2 bulan.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MARAH ANAK, MAK BAPAK DI KEJI & MARAH MAK BAPAK ANAK DI CACI

4/26/2011 01:46:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Tertarik pula nak kopek isu ni setelah membaca di blog woofer strom berkenan dengan topik Best main nama bapa. Walau ia berlaku dalam kehidupan seharian & sudah di anggap satu perkara biasa tapi kadang - kadang kita terlepas pandang something yang sebenarnya bermoralkan tidak baik.

Kanak - kanak, remaja & tak kurang juga yang dewasa masih mengamalkan cara macam tu. Cara macam mana tu sang Lekit?? Contohnya.. Meon gaduh dengan Ani.. Meon cakap Anie katek, Ani nak kutuk meon melalui fizikalnya di lihatnya semuanya perfect.. tinggi lampai, hensem, badan sasa.. So, Ani pun tercari cari la sesuatu yang boleh di kutuk supaya Meon pun sakit hati. Tiba - tiba Si Ani teringat yang bapak Meon ni boroi, gigi jonggang & kulit hitam legam.. Maka di Ani gunakan kekurangan yang ada pada bapak Meon untuk mengutuk balas Si Meon.

Tu contoh dari cerita kan.. Apa yang sang lekit nak bangkitkan kat sini kenapa pula gaduh dengan anak, ko keji bapak dia sedangkan dia cuma mengata kau tak mengata pun mana2 ahli keluarga mahupun sedara mara kau?? Kau cari la apa - apa yang buruk kat fizikal dia.. bulu hidung panjang terjulur ker.. bontot leper ker.. Baru adil. Kadang - kadang pelik sang lekit.. Bila kita di sakiti & nak menyakiti balik pihak lawan tu kita melibatkan orang yang takde kena mengena dengan perbalahan kita tu. Yelah ko marahkan mak dia.. kenapa pula anak dalam perut dia ko caci. Dia cuma mengkritik ko takde pula dia kritik bakal laki ko, kan?? Macam tu la contohnya buat sekian kali. kekekekekeke

Dalam perdebatan.. elok la berada di landasan isu yang di bangkitkan. Tak perlu sampai terbabas sehingga melibatkan orang - orang yang tiada kena mengena dalam perdebatan tu. Sangat - sangat la tak bijak kalau guna strategi & taktik macam tu. Lain la kalau kamu tu masih budak yang hingus hijau masih meleleh. Boleh la di maafkan. Dan sangat la kurang ajar kalau nama ibu & ayah di jadikan bahan kejian untuk menyakiti hati si anak. Semua orang ada ibu ada ayah.. Dua nama itu sangat sensitif & bukan untuk di jadikan bahan gurauan yang melampau atau kejian yang tak berperikemanusiaan. Begitu juga dengan seorang ibu & ayah.. Anak adalah anugerah buat mereka.. Kalau ko mengeji anak, mak bapak dia pun akan turut terasa. Umpama cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakitnya.

So, kalaupun rasa tak puas hati bila di kutuk nak balas balik kutukan tu pastikan tidak melibatkan nama - nama yang sensitif yang langsung tak terlibat dalam perbalahan korang.

Akhir kata ini cuma pandangan & pendapatan peribadi tidak merujuk kepada mana - mana pihak, individu, blog mahupun blogger. Bukan di tujukan buat sesiapa.. Kalau ada jugak yang terasa hati.. sendiri mau ingat.Apapun terkasar bahasa sang lekit minta maaf yer..

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

NAMA GELARAN YANG MEMALUKAN

4/25/2011 08:00:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Sebagai anak desa walau telah berhijrah ke kota tapi Sang Lekit masih tak lupa asal usul. Biarpun di lahir & di besarkan kat kampung.. Namun remaja sang lekit tidak banyak kisah sekitar kampung sebab masa tu dah pandai bergaul & bersosial di luar. Itu kisah budak - budak baru nak up kata orang. Bukan kisah tu yang di kopekkan tapi isu gelaran orang kampung pada seseorang.

Kat kampung ni kalau sebut nama mat, mail, dollah, salleh memang kadang - kadang ramai. Sebab ramai orang yang mempunyai nama & nama panggilan yang sama maka wujudkan gelaran yang pelbagai. Kadang - kadang mengikut sifat, sikap & perawatakkan. Macam pendek, tinggi, gemuk & macam - macam la. Bagi gelaran yang biasa mengikut fizikal tu kadang - kadang boleh la terima tapi bagi gelaran yang kadang - kadang mengaibkan tu hingga jadi bahan ejekkan orang lain pada individu tu atau keluarganya bagi sang lekit agak melampau.

Kat kampung sang lekit ni memang sangat popular la dengan nama gelaran.. Macam - macam jenis nama. Ada awang katu, mat jepun, tom bade, Mat dayak,.. aduhai banyak sampai tak terhafal. Tu antara nama - nama gelaran yang biasa dengar kat kampung Sang Lekit. Pada mulanya gelaran itu di cipta mungkin dari ejekkan berdasarkan sifat & sikap seseorang tapi bila dah melekat sampai kemati pula orang hanya lebih kenal nama gelaran dari nama sebenar beliau.

Apa yang menjadi aibnya bila nama gelaran tu di jadikan bahan ejekkan pada kaum keluarganya yang lain. Macam kalau bapak dia nama mat dayak.. bila orang jumpa si anak & nak menyakat di gunakan nama gelaran si bapak bagi mengusik si anak. Mengusik kadang - kadang pun menyakitkan hati apatah lagi memang tujuan seseorang memang nak sakitkan hati. Bila di luar kampung bertembung pun masih di ejek macam tu.. Pasti mendatangkan malu. Bila dah malu.. Jadi la aib. Sebab kadang - kadang kaum keluarganya bila tahu si bapak or ibu or sesiapa sahaja dari golongan ahli keluarganya yang mempunyai nama gelaran yang pelik, aneh & memalukan.. pasti taknak orang lain tahu. Tapi bayangkan kalau kita tengah lepak dengan kawan - kawan kat luar.. terserempak pula dengan orang kampung tiba - tiba datang tegur & bertanya.. "Ni anak Mat Dayak ker??" Tak banyak sikit pun mesti la tebal muka, kan? Lain la nama gelaran bapak dia Pak engku walhal takde salasilah keturunan di raja pun, mesti rasa ok jer kalau orang nak sebut nama gelaran si bapak tu kat mana2 or dengan siapapun, kan??

Salah satu perangai/sikap/sifat orang kampung yang Sang Lekit tak berapa nak berkenan itulah dia. Suka sangat memberi orang gelaran - gelaran yang memalukan. Mungkin di bandar/pekan/kota pun ada yang mengamalkan cara yang sama tapi rasanya ia bermula dari kampung juga.

Apapun berpada - pada la dalam menggelarkan orang. Jangan sampai memalukan & mengaibkan. Sebab nama gelaran ni bila kita sentiasa biasakan menyebut akan melekat lekit sampai ke mati. Walau dah mati pun nama itu tetap hidup tau.

Ini cuma pandangan peribadi sang lekit sahaja tidak merujuk mana - mana pihak, individu mahupun blog atau blogger. Terpulang pada anda untuk mengkategorikan entri ni sebagai pandangan, mengumpat atau menjatuhkan orang lain. Tu hak anda.. namun dengan akal yang ada harap di gunakan untuk membuat penilaian.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

25 MINGGU?? RASA SEKEJAB JER

4/25/2011 12:55:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Hari ni takde takut - takut lagi. Selamba jer hulur tangan pada drakula.. Takde main tarik2 tangan lagi dengan akak baju putih. Bangganya aku!!

Cerita apa ni sang lekit?? Alah kisah pasal perut boyot aku la. Hari ni appointment dengan klinik untuk pregnant check up. Takde lagi adengan suspen menanti giliran nak ambil darah. Masa ambil darah pun takde lagi takut - takut. Pengalaman pertama dah bagitau macam mana rasanya drakula halus itu menyedut darah ku.

Alhamdulillah menurut nurse yang baik hati lagi sopan & lemah lembut tu Puan Mazlinda Binti Musa (beliau sedang hamil 8 bulan) usia kandungan lekit dah masuk 25 minggu bermakna dah 5 bulan ok! Bukan 4 bulan lagi. Bagus misi Mazlinda ni senang Sang Lekit nak bertanya or merujuk apa - apa. Dia tak banyak bebel tapi cukup ramah & baik menjawab & memberitahu maklumat yang Sang Lekit nak tahu. Tak macam misi Tua tunggu hari nak pencen last month  makcik azimah Bt Mat Aroff tu.. Yang di tanya nak tak nak jer dia jawab dah tu kurang informasi tapi banyak nak membebel & melazer orang jer. Apa jadahnya. Agaknya wanita yang dah hampir pada monopos memang macam tu kot. Moody manjang.

Kandungan takde masalah cuma masalahnya kurang darah. Yang lain - lain semua ok. Takpe nanti malam sang Lekit jadi pontianak yer... Sedut jer darah sesapa yang malang. kekekeke.. Apapun moga baby sang lekit sihat, lahir dengan sempurna & selamat & jangan risau yer baby.. kamu tak di hasilkan dari Gen yang bodoh, Insyaallah Anak mummy akan membesar bagai juara. Biarlah mereka nak sumpah seranah baby mummy, jadi la seorang yang pemaaf & cool yer sayang. Lagipun kamu tidak bersalah dalam hal ni..

Apapun orang cakap yang penting Sang Lekit dah terpilih sebagai antara wanita yang bertuah bakal menjadi seorang ibu.

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

HARI IBU BAKAL MENJELMA.. SANG LEKIT LAYAK KE CELEBRATE SEBAGAI IBU?

4/25/2011 02:45:00 AM suria lekatlekit 10 Comments

Tak lama lagi kita akan menyambut hari ibu sedunia. Wah best la ibu - ibu bakal dapat hadiah.. paling2 pun dapat ucapan dari orang - orang yang tersayang.

Macam mana pulak nasib bakal ibu macam sang lekit ni?? Boleh ke nak tumpang celebrate sama?? Baby masih dalam perut lagi tapi tetap dah di title sebagai ibu kan sebab dah ada baby walau belum keluar. Keterujaan mula terasa. Dulu takde la rasa macam excited sangat hari ibu ni selain celebrate untuk ibu jer tapi bila dah ada baby dalam perut ni rasa macam.. specialnya mothers day ni, kan??

Tak kira la baby dah keluar ke belum yang pasti Sang Lekit pun sekarang dah tergolong dalam golongan ibu - ibu. Tetap nak jugak tu... Apa yang lebih istimewa bagi seorang perempuan selain berjaya menjadi seorang anak, isteri & ibu. Biarpun ada orang yang berpeluang jadi seorang anak & isteri tapi masih ada yang tak dapat peluang merasai menjadi seorang ibu kandung pada anak sendiri.

Bila memikirkan semua tu... Rasa syukur & bertuahnya kita dapat melalui semua tu. (Cis! baru 4 bulan pregnant dah mengada! kekekeke). Betapa besarnya jasa ibu.. bila kita melalui apa yang pernah ibu kita lalui untuk menghadirkan,membesarkan seterusnya memberi peluang pada kita melalui semua detik - detik ni. Bukan mudah tapi indah. Sebab hanya seorang ibu sahaja mampu merasai.

Insyaallah tahun ni bertambah lagi satu pangkat dalam diri Sang Lekit.. dari anak dara bergelar isteri, dari seorang isteri bakal bergelar ibu. Dah ada 3 paku kat situ. kekekekekekeke

Mesej untuk my baby : Mummy minta maaf yer sayang sebab mummy kamu terheret sama di kutuk walau kamu belum mengenal dunia apatah lagi pandai membaca, menulis jauh sekali menaip blog. Kamu tetap anak mummy yang baik walau masih dalam kandungan.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TUTUP KES

4/24/2011 06:58:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Isu yang di timbul dah pun di jawab selebihnya terpulang pada yang membaca untuk menilai. Segala komen & pandangan anda semua sang lekit hargai. Thanks..

Pasal cik adik tu kalau dia nak terus terusan menghentam.. silakan. Sang Lekit tak kisah even baby dalam perut pun di sebut - sebut. Baby ku belum tahu akan hal dunia ni & belum lagi menjenguk dunia. Terpulang la nak cakap apapun.. Bagi sang lekit dah selesai sebab dari isu yang di timbulkan kat blog ni sampailah jawapan balas.. (cukup sekadar 2 entri tu jer pasal kontroversi.

Pada cik adik yang bakal berkahwin & insyaallah kalau ada rezeki mungkin bakal jadi ibu tu.. Mungkin sekarang bila di sebut pasal anak dalam kandungan kamu takkan terasa apa - apa sebab anugerah itu belum lagi menghuni rahim kamu tapi saatnya akan tiba. Dan kamu akan rasa macam mana perasaan seorang ibu tu. Tapi mujur la mummy Lekit ni jenis tak cepat touching.. Siap minta maaf kat baby lagi sebab mummy baby pun terpalit. Yelah kita masih berkongsi badan kan sayang. Apa lagi orang boleh point selain mummy mesti la baby. Tapi baby mummy kental & kenyal.. Tak banyak ragam & sangat baik cuma aktif jer...

Apapun dengan rasa rendah diri & mengakui ada silapnya disitu.. mana - mana pihak yang terasa hati sang lekit minta maaf la. Sekali lagi apa yang menjadi isu & kontroversi kat blog ni sekadar pendapat & pandangan peribadi yang pada mulanya tidak merujuk pada mana2 pihak, individu, blog mahupun blogger. Perkataan Si Gadis yang di highlight oleh cik adik tu yang cakap point pada dia.. Rasanya ramai lagi gadis2 di luar sana bergelar blogger. Tapi tak kisah la.. Dah dia datang membuka pekung di dada (mungkin membela diri mengikut statement dia la).. Nak cakap apa lagi.

Menculik sebentar kata - kata sahabat ku Nyah Zulfikar.. Kita mungkin berbeza pendapat tapi tak semestinya kita bertegang urat. Sebab tu la lekit tak nak letak link atau mention mana2 blog atau blogger.. Just isu yang di bangkitkan untuk perbincangan umum jer. Apa juga pendapat tak kira menyokong atau membantah lekit terima asalkan pendebatan ni takde la sampai mencetuskan pergaduhan tapi isu kali ni lain pula jadinya.

Rasanya cukup la isu tu bernoktah disini.. Tak perlu nak di panjang2 kan lagi. Lepas ni kita cari lagi isu lain yang lebih hot & spicy. kekekekekekeke.

P/s : terasa ala2 LensaRosak lak.. tapi kata2 Lensarosak lagi tajam menikam.. kekekekeke. Paling tak pun se lazer Nyah Zulfikar tapi tajam kata2 Nyah Zulfikar tajam jarum.. menusuk halus tapi sakitnya tetap terasa. kekekekekekekeke.

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ENTRI KONTROVERSI. APA KATA SANG LEKIT?

4/24/2011 03:52:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Isu pasal entri sang lekit yang di terjah oleh seorang blogger yang terasa beliau di maksudkan dalam entri tu (lekit tak mahu buat sebarang pengesahan disini sebab tu Sang Lekit tak share link sebarang blog sebab tak nak mengaibkan sesapa. Boleh rujuk entri tu DISINI). Bagi sang lekit semua komen berbaur amarah & tak puas hati tu takde sebab sang lekit nak delete. Apa salahnya kita approve, kan?

Dia datang membuka aib sendiri, Bukan sang Lekit yang point nama empunya diri. Dia datang meluahkan rasa, so kita sambut macam biasa. Apa dia nak kata kita approve kan saja biar yang membaca membuat penilaiannya. Selain cikgu shida, Sang Lekit kalau nak komen atau bagi pandangan yang tidak sependapat dengan blogger lain memang sang lekit tidak mengamal bagitau blog or blogger mana. Niat tu taknak la mengaibkan dorang... Sang Lekit just nak bagi pandangan peribadi sang lekit jer. Sang Lekit tak kata sang lekit betul.. & dorang salah tapi sekadar menyuarakan pendapat peribadi. Si blogger yang melenting di entri sang lekit pun menggunakan konsep yang sama juga. Menyuarakan pendapat peribadi dari hasil penulisan orang lain juga cuma berbeza bahasa & penyampaianya sahaja.

Ada blogger yang cakap better tegur di entri beliau.. Sememangnya Sang Lekit ada tegur dia di entri tu tapi comment tu seperti biasa tidak mendapat kelulusan oleh admin nya (tak approve pun). Tu hak dia nak approve ke tidak.. Lekit tak jadi anonymous menegur entri beliau tu sebab tu la si empunya badan dapat link ke blog melekit balik. Semua comment beliau atau comment2 anonymous mahupun kritikan dari blogger lain setakat ni semuanya approve dari sang lekit. Yang membaca nilaikan.. Memang ada comment teguran yang baik & menjatuhkan tapi kenapa nak takut sedangkan kita semua ada otak boleh berfikir. So gunakan otak untuk berfikir bukan buat perkasam. (hehehehe).

Bagi Sang Lekit dalam berblog ni kalau kita takut pada kutukan, kritikan & kejian.. Susah untuk kita terus menulis di blog. Bagi Lekit biarlah cik adik itu & konco2 nya nak mengadakan rusuhan kat comment entri tu pun.. (ada yang comment berbaur carutan tapi sang lekit approve juga. Tu pandangan & cara dia. Kita yang ada otak boleh fikir, kan??) Sang Lekit sebenarnya biasa jer terima serangan balas macam tu. Bukan tak pernah kena kutuk, kena kritik sebelum ni. Biasa la Lumrah berblog.

Isu entri kontroversi semalam tu sikit pun tak mematahkan semangat sang lekit untuk terus berblog, menyuarakan pendapat peribadi atau berkomen dengan pendapat sendiri tentang apa yang sang lekit baca, lihat & dengar. Bukan sang lekit sahaja yang menulis macam ni malah ramai lagi tapi dengan cara & penyampaian mereka sendiri. Kalau dah selesa guna bahasa & cara kasar teruskan ler.. tapi kalau dah brutal sangat jangan la cepat touching bila di tegur yer. Cuba renung balik.. kamu komen penulisan orang lain dengan cara kamu (walau pada pandangan sesetengah pihak agak biadap bahasa kamu), kemudian orang lain pula komen penulisan kamu.. Tapi kamu melenting. Macam mana pula komen yang kamu buat pada penulis artikel yang kamu hentam tu?? Ada dia touching or serang balik?? Sebab dia kental maka dia berani tampil dengan penulisan macam tu. Kalau hati tu tisu.. Jangan la tunjuk kental kritik orang lain sedangkan kamu mengelabah bila di kritik.

Akhir kata.. ada otak pakai.. ada akal guna. Berani buat berano tanggung padahnya. Kalau ada hati yang terguris terlebih dahulu sang lekit minta maaf.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MENEGUR ORANG KURANG AJAR DENGAN BAHASA CARUT?? DUA2 PUN SAMA TAKDE ADAB

4/24/2011 01:00:00 AM suria lekatlekit 31 Comments

Kisah hasil dari Blogwalking lagi Sang Lekit nak kopek tentang penggunaan bahasa oleh sesetengah blogger ni. Bukan semua yer tapi segelintir. Isu yang Sang Lekit nak kopek, kupas & kupis dengan rakus ni mungkin ada pihak yang terasa hati tapi terima la hakikat pandangan & cara kita tak sama.. So, perbezaan ni mungkin buat kita sama - sama belajar & memperbaiki diri.

Alkisahnya terbaca la satu isu berkaitan satu artikel yang sang blogger ni copy paste dari salah seorang penulis yang menyenaraikan ciri - ciri perempuan murahan kat FB. Tak nafikan bahasa & ayat di gunakan sang penulis ni memang agak kasar, pedas & sinis tapi apa yang sang lekit baca ada betul juga. Salah cuma dari segi penyampaianya jer. Ok la kalau sang blogger yang sorang ni nak tegur & tak setuju dengan pendapat & cara si penulis tu menyenaraikan ciri2 perempuan murahan tu tapi...

Aduhai bahasa cik adik ni pun rasanya sama level jer dengan penulis tu. Sikit lagi jer dia nak jadi juara mengatasi kekasaran bahasa yang di gunakan untuk komen si penulis tu. Sampai maki hamun, mencarut & tulis perkataan2 lucah seperti pu**.. So apa beza dia & penulis tu?? Meh kita renungkan bersama.

Dia nak menegur & tidak bersetuju dengan pendapat penulis tu tapi dalam pada yang sama dia menampilkan ciri2 murahan dalam bahasanya. Nak - nak lagi dia seorang gadis. Harus ke menulis dalam blog macam tu?? Aduhai.. kalau pun marah, kalau pun tak sependapat, kalaupun tak bersetuju.. Jangan memperbodohkan diri dengan memperlihatkan kejahilan sendiri. Bagi Lekit gadis tu mahupun penulis tu... dua2 pun sama. Dua - dua pun jenis tak beradap & murahan dari segi berbahasa. So,macam mengata dulang paku tersepih jadinya.

Tak kisah la kita nak kritik artikel orang, penulisan orang atau pendapat orang lain tapi guna la cara yang beradap sikit. Maki hamun, mencarut bagai ni tak mencerminkan korang bijak pun. Kau mencarut dalam blog.. tempias keji tu kena balik batang hidung kau dik Ooi! Orang pandang kau macam jenis tak beradap atau lebih senang cakap kurang ajar. Macam kutu jalanan jer bahasanya.

Sang Lekit pun bukannya baik.. Tapi alhamdulillah la sejak kecik lagi sang lekit tak biasa dengan perkataan mencarut ni even dalam bergurau sekalipun. Bila dah tak biasa jadi malu pula nak sebut benda2 macam tu apatah lagi nak tulis dalam blog. Moralnya benda ni adalah kebiasaan seseorang.. kalau kita membiasakan diri dengan menyebut benda2 lucah, carut & maki ni memang kita akan rasa biasa menutur atau menulisnya secara umum. Dari situ orang boleh menilai keperibadian kita... Alih2 mak bapak juga dapat nama buruk. S0, sendiri mau ingat la yer..


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

31 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ALAMAK! TERSALAH CHECK IN

4/23/2011 06:32:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Bukan darurat sangat pun tapi orang kata tak elok menahan. Alang kepalang dah sampai stesen petronas tu.. elok sangat la membuang hajat yang nak terkencing ni.

Kisah ni berlaku kat langkawi jugak. Nak kata tak tengok signboard.. rasanya dah tengok tapi tak tahu la macam mana silap masuk. Nasib baik la tandas tu boleh di kunci kat pintu utama dia. Dah biasa kunci pintu utama & pintu bilik so Sang Lekit dengan tanpa double check lagi terus masuk menyelesaikan niat yang tertunggak tu. Sekali dah siap semua.. ada orang ketuk pintu. Dalam hati mengomel juga.. Dah berkunci tu maknanya ada orang la yang kau ketuk lagi apahal. Ingat nak belek2 muka kejab kat cermin tapi memandangkan takde cermin sang lekit pun bukan je la pintu.

Sekali pakcik driver teksi yang ketuk. Sekali lagi dalam hati membebel.. Apahal pulak orang tua ni ketuk tandas perempuan. Nasib baik dalam hati jer berkata - kata kalau terkeluar kat mulut tak pasal - pasal dapat malu. Pakcik tu dengan tak berapa ramah mesra pun bagitau.. 'Ni tandas lelaki.. tandas perempuan sebelah." Sekali tengok kat pintu.. yelah, tandas lelaki. Patut takde cermin. Dengan malu alahnya.. nak cover line jugak ni terus terpa kat tandas perempuan selesaikan misi belek2 muka & sisir2 rambut.

Dalam hati syukur sangat aku kunci pintu utama tandas tu tadi.. kalau la tak kunci maunya bertembung dengan pakcik teksi tu dalam tandas. Lagi malu gila aku.

Moral of the story... Lain kali check betul2 signboard tu... jangan main terjah jer. Lain la emergency.

Hasil carian Google

Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEJAKUNAN SALESGIRL LANGKAWI

4/22/2011 09:20:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Selesai sudah holiday budget bersama en hubby selama 3 hari 2 malam di Langkawi. Sebenarnya percutian ni takde la di rancang sangat. Tetiba bulan lepas en hubby book tiket flight (Airasia) ke Langkawi. Sebenarnya langkawi bukan la satu destinasi favorite Sang Lekit tapi memandangkan en hubby yang banyak - banyak tempat dia dah pergi.. Langkawi je dia belum pernah sampai so ok la.. Lagipun Maybe ni hadiah 1st anniversary kami yang pertama. 28 April 2011 ni genap la setahun usia perkahwinan kitorang.

Kita flight dari KL ke Langkawi lebih kurang 7.30 pagi. Dalam 40 45 minit sampai la ke airport Langkawi. 1st thing cari transport dulu. Tanya sini.. tanya sana.. maka dapat 1 kereta yang budget. Lepas dah dapat kereta terus cari penginapan pula sebab kitorang cuma survey online je sebelum pergi takde la booking. Ternyata kat Pantai cenang lagi banyak resort/chalet yang murah berbanding yang terdapat kat online. Dapat la satu chalet budget kat Tg Mali. Betul2 dekat dengan pantai. 2 3 langkah jer.. Harga pun not bad.. tempat pun strategik maka kita deal la.

Takde kemana sangat pun selama 3 hari 2 malam kat Langkawi sebab bukan saja Sang Lekit kata Langkawi bosan.. en hubby pun sama taste jugak dengan wifenya. Tapi dah terlanjur kesana.. ada la 2 3 tempat kita lawat. Malangnya banyak tempat yang tutup. Macam cable car.. Malas la nak cerita tempat - tempat kat langkawi rasanya semua pun boleh search kan.

Masa jenjalan kat cenang.. masuk shopping complex yang free duty nak beli sandel sebab kasut kaki sakit lak.. Almaklum la perut boyot ku ni dah mula kelihatan macam jakun la pulak sang lekit tengok salesgirl kat situ. Pandang macam aku ni siti nurhaliza jer.. Pastu siap lari pergi panggil kawan dia suruh tengok Sang Lekit yang tengah boyot. Tahu la aku katek.. macam kanak - kanak. Tapi tak perlu la tunjuk keterujaan sampai aku perasan korang cakap pasal aku. Jangan ingat aku tak paham korang cakap.. aku orang kedah jugak even kau dengar aku cakap dengan hubby aku slang KL. Sang Lekit cuma tengok hujung mata & dengar jer reaksi jakun dorang. Untung aku boleh juga pregnant kau tu ntah kawen ntah blom.. Kalau dah kawen pun belum tentu boleh pregnant.

Lepas masuk lagi satu pasaraya bebas cukai.. tengok - tengok coklat. Jumpa lagi salesgirl jakun.. Dia ingat sang lekit tak tau dia sedang cakap pasal perut sang lekit yang boyot. Malam tu jalan2 kat cenang pun minah2 jakun still lagi memberi perhatian yang hebat pada sang lekit yang tengah pregnant. Yang pelik perempuan2 jer perangai jakun camtu. Sampai naik rimas pula. Apa yang pelik sangat. Macam la Sang Lekit ni la manusia paling kecik yang pernah pregnant datang ke Langkawi. Sampai kat airport nak flight balik ke KL pun still jumpa lagi minah jakun macam tu.

Yang best balik je KL takde lak spesis jakun yang teruja dengan perut boyot lekit ni. Kenapa Kat Langkawi jer Sang Lekit di pandah aneh. Ke aku comel?? wakakakakakakaka

Moral of the story.. kalau kita nak bercakap pasal orang pun make sure orang tu tak tahu, tak dengar or jauh dari kita. Sampai ada yang Lekit sindir balik hari tu sebab rimas dok pandang & cakap pasal aku. Setiap manusia di jadikan ada kelebiha & kekurangan. Biasa la tu.. Lagipun sekarang dah ramai spesis bantut macam Sang Lekit.. Takde apa yang pelik lagi. Malah yang lagi kecik dari Sang Lekit pun ada. Kalau aku nampak macam kanak - kanak pun tetap aku dah berlaki & pregnant. Bukan belum akil baligh korang nak pelik aku pregnant. So, pada minah2 langkawi yang berspesis jakun tegar tu.. cakap tu lain kali pandang2 yer. Nasib baik la Sang Lekit ni bukan jenis kaki maki hamun.. kalau tak dah lama korang tu makan maki. Jom lekit share sikit gambar2 perut boyot sang lekit yang menjadi kejakunan Salesgirl langkawi tu

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MELUAHKAN PERASAAN JANGAN SAMPAI NAMPAK BODOH

4/20/2011 01:00:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Bila dah marah ni.. apa saja yang keluar semuanya tak berlandaskan akal pun begitu bukan semua orang macam tu yer.. Tapi segelintir sahaja. Tengok dari budaya berblog sekarang nampaknya bila blogger marahkan seseorang, sesuatu atau sekelompok manusia mereka yang dari background yang kita nampak educated pun jadi bodoh. Sekali lagi bukan semua tapi segelintir sahaja.

Bila dah meluahkan rasa kat blog.. Nak - nak lagi blog tu memang untuk paparan umum bukan di private kan memang tak hairan la kalau semua orang boleh baca walau orang yang di maki hamun sekalipun. Apa yang sang lekit perhatikan sekarang ada blogger tu bila dah marah walau ia melibatkan kaum kerabat, sanak saudara & keluarga sendiri tanpa berselindung atau berfikir panjang di hamburkan kata - kata yang kurang bijak memperlihatkan kebodohan & kejahilan sendiri. Kalau ye pun marah.. cuba ambil masa sikit berfikir & tulis dalam bahasa yang bijak & tak menampilkan sikap jahil sangat. Orang akan menilai kamu dari bahasa pertuturan kamu juga sebelum orang nak nilai orang - orang yang membuat kamu marah tu.

Jangan la kita buat keputusan drastik & berterus terang dalam blog bahawa kita takkan itu.. ini.. kalau apa2 terjadi sekalipun pada dia. Contohnya.. kalau dia mati sekalipun aku takkan ziarah dia walau dia sedara aku sendiri sebab aku tak boleh maafkan apa yang di buat pada aku. Kan tu salah satu ayat yang menampakkan kebodohan & keburukkan sikap kita sendiri. Kalau yer pun tak boleh maafkan.. tak payah lah mention sampai dia mati pun kita taknak ziarah. Manalah tau kot2 dekat2 dia nak mati dia berubah & menyesal & minta maaf atas kesilapan dia. Lepas tu menyesal sebab kita dah pernah bersumpah takkan ziarah dia bila mati.

So, sila moral of the story dalam penulisan secara umum ni cuba la sediakan garis panduan agar ada sedikit ruang privacy. Jangan semuanya kita nak luahkan disini untuk pembacaan umum. Lebih - lebih melibatkan perihal keluarga & saudara mara. Tengok - tengok juga cerita yang nak di kongsi kalau terlalu mengaibkan darah daging sendiri rasanya simpan la aib tu. Biarlah kita & keluarga kita sahaja yang tahu sebab pi mai pi mai walau sedara jer tapi tetap ada pertalian darah jugak, kan?? Bila di sentuh soal keturunan nanti.. tetap seketurunan kita. Tempias busuk tu alih2 terpalit kat kain sendiri. Sapa yang malu?? mereka & keluarga mereka..

Ini cuma pandangan peribadi yang tidak mengaitkan mana - mana individu yer.. Kalau ada yang terasa terlebih dahulu sang lekit minta ampun.

P/s : Ini cuma entri autopublish. Sang Lekit sekarang tengah holiday kat Langkawi bersama en hubby.

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

VIDEO KISAH CINTA SANG LEKIT

4/19/2011 09:00:00 AM suria lekatlekit 6 Comments

Entah kenapa malam ni tetiba rasa nak skodegng video - video clip yang pernah sang lekit buat dulu.. Apa korang ingat cikgu shida jer ke pandai editing video gunakan movie maker. Sang Lekit dah lama buat kerja ni tapi Sang Lekit takde la gedik sangat nak buat video miming. Just clip video menggunakan gambar - gambar jer.. Tapi itu kisah dulu. Saja jer bila terjumpa nak juga share saat - saat indah bersama en hubby ketika cinta kami sedang berputik.. wah gitu!

Sebenarnya ada la 2 3 kerat clip video yang lekit buat.. ada yang dah di delete kat youtube tu atas sebab - sebab ia tak perlu lagi di pertontonkan. Mungkin tidak lagi sesuai... Korang nak tengok hasil kerja comot sang lekit. Jiwang gila lagu iringan tapi memang antara lagu favourite sang lekit. Jom tengok macam mana video comot tu...


Ini cuma secebis memori dari kisah cinta ku... kekekekekeke. Jangan ada yang muntah darah lepas tengok pulak


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

6 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KASTA ANTARA BLOGGER

4/18/2011 05:45:00 PM suria lekatlekit 22 Comments

Dalam blog pun ada kasta ker?? Perlu ke wujudnya kasta dalam berblog ni?? Hari ni Sang Lekit berminat nak kopek isu ni mengikut pandangan peribadi Sang Lekit sendiri bukan dari rujukan mana - mana pihak blog atau individu.

Bila dalam berblog ni kasta ni di ldi sebut dengan nama Blogger Otai, Popular & Blogger baru. Di levelkan mengikut usia mereka berblog. Bukan umur blogger tau.. Umur blog dorang. Haruskah di kasakan mengikut usia blog. Bagi Sang Lekit kalau kita nak wujudkan kasta dalam berblog pun bukan dari usia blog tu tapi dari kematangan penulisan blog tu. Tak kira la kalau blogger tu baru sebulan jer tulis blog tapi entri dia penuh pengisian & cukup matang walau umur dia belasan tahun sekalipun di layak berada di level kasta yang tinggi.

Sesetengah orang pandang kasta ni macam penghinaan bagi mereka yang masih di bawah level rendah tapi bagi Sang Lekit dalam berblog kasta ni agak bagus sebabnya kasta ni bukan macam kasta manusia bagi sesetengah kaum tu. Kasta dalam blog boleh berubah.. dari yang di bawah boleh naik keatas. Mungkin hari ni kasta dia paling corot.. tak mustahil berkat dari usaha & terus belajar memperbaiki kelemahan dia kasta dia akan di level yang tinggi. So, berkasta bagi Sang Lekit dalam berblog macam satu motivasi & cabaran untuk kita bersaing secara sihat. Masing - masing cuba menempatkan blog mereka di kasta tinggi.

Kenapa Usia tidak boleh di jadikan pengukur pada tahap kematangan & kebijaksanaan seseorang?? Kalau guna konsep sekolah budak darjah 1 mustahil la ilmu dia setaraf dengan budak darjah 6. ye tak?? Tapi ada juga budak darjah enam yang masih tak tahu baca macam sesetengah budak darjah 1 (tapi budak2 sekarang 4 -5 tahun pun ada yang dah pandai baca). Sebab tu la Lekit cakap usia bukan penentu atau pengukur kematangan & ilmu seseorang.

Kalau ko dah 10 tahun berblog pun tapi entri kau asyik dok cerita pasal keluar dating, marah adik conteng buku, mak bebel malas mandi, pakwe/makwe marah sebab itu ini.. Maka kamu tetap tidak layak bergelar blogger otai walau kamu terkenal sekalipun. Sebab kematangan dalam penulisan blogger macam tu macam budak darjah enam yang masih tak boleh hafal sifir 2, sedangkan ada budak darjah dua dah lancar baca sifir 12.

So pada blogger baru, blogger pertengahan & blogger lama... Yang baru jangan la rasa rendah diri sangat sampai di pijak, yang pertengahan jangan la rasa diri di ambang jaya dah & yang lama jangan la rasa diri dah cukup hebat sebab usia bukan penentu kasta korang dalam berblog. Dan kalau pun yang Otai tu memang dah cukup hebat jangan la sombong & berlagak pula sebab kasta dalam berblog boleh berubah - ubah. Hari ni kamu di atas.. mungkin seminit lagi tak mustahil kamu terlangkup kat bawah. Siapa tahu??

Apa penting usaha, sabar & tawakal dalam setiap apa yang kita buat. Insyaallah.. semua orang boleh berjaya.

P/s : sebenarnya entri ni terilham masa Sang Lekit BW. Lupa lak blog mana Sang Lekit baca ada sebut pasal kasta antara blogger ni.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

22 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAMPAI BILA NAK BERGANTUNG DENGAN BLOGGER OTAI, POPULAR & FAMOUS??

4/17/2011 08:12:00 PM suria lekatlekit 25 Comments

Tertarik dengan isu yang di tulis oleh Nyah Zulfikar sahabat blogger yang mak.. Op's Sang Lekit kagumi maka sang lekit berminat nak buat kesinambungan entri beliau dengan memberi pendapat & pandangan peribadi Sang Lekit pula.

Sang Lekit berminat sekali nak menyentuh pasal blog yang banyak entri pasal segmen, GA & contest yang di sertai mereka. Tak di nafikan benda - benda tu membantu kita untuk memperkenalkan blog.. Umpama mencari tapak dalam dunia blog ni. Tak di nafikan segmen yang di anjurkan blogger2 otai, popular lagi famous ni membantu dari segi menjana traffic, follower sekaligus memperkenalkan blog kita pada blogger lain. Sang Lekit pun ada join.. Tu tak di nafikan. Terus terang tujuannya sekadar untuk mengambil kesempatan di atas kesempatan yang di ambil. Korang paham ker. Contoh macam ni.. Blogger otai/pemes/popular buat segmen.. Orang akan berpusu - pusu join, keuntungan dia juga dapat. So kita join walau tak sebanyak yang blogger otai/pemes/popular ni keuntungan yang kita dapat at least dapat juga. Memang untuk mencari tapak dalam dunia blog ni.. bagus join segmen2 yang membantu kita memperkenalkan blog.

Tetapi jangan la sebab terlalu kejar traffic, follower & mendapat tapak yang kukuh dalam dunia blog ni manjang update entri dengan segmen, GA & contest bagai ni. Asal clik blog dia jer.. segmen, GA & contest. Sebenarnya apa korang nak sampaikan dalam blog tu? Apa motif korang berblog. Sekadar nak popular? Nak glamour?? Nak keluar majalah? Nak duit?? Blog - blog macam tu dah macam takde arah tuju. Kalaupun nak popular & di kenali melalui blog cari kekuatan sendiri. Sampai bila nak menumpang & menenggek dengan segmen, GA & contest bagai ni?? Bila kita dah ada tapak pandai2 la gunakan apa yang ada untuk kukuh kan nya.

Jemu tau... asal clik blog sipolan tu.. segmen, GA & contest. Nak baca mendanya. Takde isu langsung. Takde motif & takde something yang menarik. Tengok traffic sesak.. Tapi tengok entri 0. Takde pengisian. Macam Nyah Zulfikar cakap kalau tengok tv.. iklan manjang korang akan stay ke dengan channel yang iklan jer 24 jam?? Takkan?? Macam tu juga blog. Kalau asyik benda yang sama korang update cuma lain penaja & tajuknya jer.. Sapa la nak stay dengan blog korang tu.

So, pada korang yang berblog kerana nak duit,popular & terkenal semata - mata rasanya lebih baik korang cuba bidang lain la. Tak guna la buang masa berblog dengan gaya & cara macam tu sebabnya.. Blog & korang takkan kemana sebab apa yang korang buat takde kekuatan & pengisian langsung. Atau lebih senang cakap... Itulah blog sampah. Sampah pun ada value kalau something boleh di kitar semula tapi kalau spesis2 blog camtu.. Kena ada kesedaran dulu baru boleh kitar semula untuk di jadikan produk berkualiti.

Entri ni cuma pandangan peribadi tidak merujuk kepada mana2 blogger atau individu. Bagi yang terasa hati.. Belek2 blog korang yer sebab takkan tempias terkena pada orang yang takde kena mengena. Apapun Sang Lekit tidak berniat nak menjatuhkan atau mendajalkan mana2 pihak. Sekadar memberi pandangan peribadi. Blog Lekit pun tak sehebat mana.. Tapi sentiasa la cuba yang terbaik dari masa ke semasa.

P/s : Pesanan Melekit. Apapun yang kita buat biarlah berpada - pada.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

25 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KENYATAAN CIKGU SHIDA BERCANGGAH DI HARIAN METRO & MAJALAH WANITA

4/17/2011 02:24:00 PM suria lekatlekit 19 Comments

Dulu katanya video miming dia di hasilkan untuk tujuan pendidikan.. Untuk meningkatkan keyakinan diri kepada pelajar so beliau dengan rela hati menjadi badut membuat video - video miming tu demi anak didiknya walau kita boleh tengok dengan jelas apa yang di buat takde satu pun kearah mendidik apatah lagi membawa moral yang baik. Baru - baru ni pun keluar majalah wanita artikel pasal cikgu shida.. kononnya penghasilan video miming tu untuk pikat hati pelajar walau jelas kita nampak yang terpikat bukannya di kalangan pelajar pun yang banyak.

Hari ni muka depan keluar lagi Harian Metro pasal cikgu shida ni.. Lain pula statementnya kali ni. Katanya penghasilan video miming tu pada permulaaannya sekadar suka - suka untuk tujuan berhibur & menghiburkan. Takde pula highlight pasal pendidikan dah. Mana satu tujuan sebenar dia pun tak tahu la.

“Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet,”

“Niat saya bukan untuk menarik publisiti murahan tapi lebih kepada memberi hiburan kepada orang ramai melalui kelainan tersendiri,” 

Tu antara statement2 beliau dalam harian metro hari ni. Orang kata kebenaran akan terserlah juga satu hari nanti. Kalau niat tu sebenarnya untuk hiburan kosong semata - mata tak payah la nak cover line bila di kutuk dengan menggunakan alasan untuk tujuan mendidik. Sekarang dah jelas nyata sebenarnya niat cikgu shida ni takde la kearah mendidik sangat pun.. Untuk kepuasan diri dia sendiri jer.

TAJUK ARTIKEL DI MAJALAH WANITA
MUKA DEPAN HARIAN METRO ONLINE (CLIK DISINI UNTUK MEMBACA)

P/s : Harian metro dah macam takde isu yang lebih serius & penting nak highlight kat muka depan ker sampai benda takde faedah camni di jadikan tajuk utama.

P/s : Cikgu shida kan suka publisiti, populariti & perhatian.. so kita bagi dia publisiti melalui blog melekit ni. Kekekekeke


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CANANG KISAH CINTA

4/16/2011 11:43:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Bila dalam dunia online ni kadang - kadang hampir 80% dunia seseorang tu hanya dalam online. Kiranya lebih banyak berhubungan dengan orang secara maya. Bukan perkara pelik lagi kalau cinta berputik secara online  bertahun lamanya tapi tidak pernah bersua muka di dalam dunia realiti.

Tak kisah lah macam mana nak cari cinta, nak bercinta or nak merealisasi cinta tu.. masing - masing ada hak untuk tentukan pilihan masing - masing. Kalau dah dorang selesa macam tu.. Nak buat macam mana kan?? Tapi yang sang lekit agak pelik ni jenis orang yang suka sangat mencanang kisah cinta, aktiviti cinta atau cerita cinta dorang ni secara besar besaran. Lebih - lebih lagi kat ruangan chatroom. Kalau dah bercinta tu aduhai.. segala luahan cinta nak di perbualkan kat chatroom. Kalau private chat tu tak kisah la kan.. orang tak nampak apa yang kita taip tapi masalahnya kat main chat dimana semua orang yang sertai komuniti atapun ruangan chatroom tu dapat baca bibit bibit cinta dorang.

Lekit pun pernah melalui zaman cintan cintun tapi Sang lekit ni jenis bukan la tak canang langsung tapi aktiviti mencanang tu agak kurang la . Bukan la tak share gambar - gambar langsung kat laman sosial tapi sebelum cinta terakhir ku bersama en hubby ni (tapi cinta kami tidak berputik di online yer).. memang kalau boleh Sang Lekit cuba sedaya upaya untuk tidak terlalu upload gambar - gambar bersama sang arjuna tu. Apatah lagi nak mencanang kat ruangan chatroom atau laman2 sosial.

Tapi apa yang lekit perhatikan bila join laman sembang sejak dua menjak ni memang fenomena tu masih berlaku. Dulu pun masa aktif berchit chat pun memang dah sedia wujud. Bukan cemburu tapi rasa macam alahai.. Perlu ke di ceritakan segalanya. Perlu ke di paparkan kemesraan tu secara terbuka macam tu? Kalau bukan dari mulut sang lekit pun dari mulut - mulut lain yang mula rasa geli akan terkeluar juga ayat.. "alah macam dorang jer yang bercinta."

Dah kita sedia maklum cinta yang di paparkan kemesraannya secara umum tu belum pasti kemana arah tujunya. Bila terputus di tengah jalan.. lain pula ceritanya. Mula la cerita buruk jahat bekas kekasih tu di ruang yang sama dimana dia pernah canangkan kebahagiannya bersama sang kekasih dulu. Paling dahsyat kata2 cinta yang manis lagi indah tu bertukar jadi caci maki hamun bila hati di sakiti. Sebab tu la Sang Lekit tak sangat sokong kisah cinta ni di canang bukan nak sorok status yang dah ber bf/gf ni tapi takut benda - benda macam tu terjadi orang akan mencebik balik pada kita walau bukan secara berdepan pun. Dulu bagai nak rak bercinta.. asal sembang jer cerita pasal couple dia, sekarang dah clash asal masuk jer chatroom tak habis - habis dok meluahkan kecewa.

Apapun perbuatan walau niat kita baik & ikhlas untuk menyatakan betapa kita sayang pasangan kita tu biarlah berpada pada. Jangan satu hari terpalit malu di muka sendiri. Ini cuma pandangan peribadi tidak merujuk pada mana2 individu. Kalau ada yang terasa hati terlebih dulu Sang Lekit minta maaf yer..


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH TITANIC YANG SEBENAR YANG BELUM ANDA TAHU

4/16/2011 08:00:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Kita hanya merujuk dari segi pembacaan & filem berkisahkan kapal titanic yang karam & mengorbankan banyak mangsa tapi korang tau tak kisah sebenar di sebalik apa yang kita tahu selama ni?? Dari hasil rujukan Sang Lekit melalui sinar harian, menarik juga untuk sang lekit share dengan korang yang tak membacanya melalui akhbar.

buku sensasi terbaru mengenai kapal Titanic yang karam akan memperbetulkan semua fakta mengenai kapal gergasi itu yang anda sangka anda tahu selama ini. Buku 101 Things You Thought You Knew About The Titanic...But Didn’t! tulisan Tim Maltin mendedahkan terdapat penumpang kapal ditembak mati kerana enggan keluar dari bot penyelamat yang terlebih muatan selepas kapal itu melanggar bongkah ais. Lebih mengejutkan, Maltin mendapati lebih ramai lelaki diselamatkan berbanding wanita dan jumlah golongan pertengahan yang diselamatkan melebihi golongan kaya. Maltin, 38, membaca 200 dokumen, 50,000 persoalan dan menemuramah 150 saksi sepanjang kajiannya mengenai nahas itu yang berlaku di Lautan Atlantik pada 15 April 1912 dan mengorbankan 1,500 orang

Dalam filem takde memaparkan semua ni kan?? Dalam filem memaparkan golongan yang paling ramai cuba di selamatkan adalah golongan kaya tapi dalam buku ni membongkar kisah sebenar dimana golongan pertengahan lebih banyak di selamatkan. Sejauh mana kebenaran dari trajedi yang berlaku lebih kurang 98 tahun lalu hanya Allah yang tahu. Kita manusia hanya mampu mengkaji & menilai dari sudut kajian jer.

Rujukan : Sinar harian

14 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENYANYI LAGU SINGKONG & KEJU ARIE WIBOWO MENINGGAL DUNIA

4/16/2011 06:17:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Pemuzik dan penyanyi yang pernah popular dengan lagu Madu dan Racun, Arie Wibowo, meninggal dunia selepas diserang sakit jantung. Meninggal pada usia 59 tahun dikatakan bermain gitar sambil merokok dan menyanyikan kira-kira enam lagu tetapi tiba-tiba mengadu sesak nafas kira-kira jam 9 malam kelmarin. Dia mengadu sakit dada 2 jam sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Selain Madu dan Racun, Arie serta Bill & Brod turut popular dengan lagu lain pada zaman kegemilangannya, termasuk Singkong dan Keju serta Ida Ayu Komang
Hasil carian google

Takziah kepada keluarga Arie Wibowo.



 Bagi yang tak kenal dengan penyanyi ni mesti pernah dengar lagu ni kan??

Rujukan : harian metro

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENGANTIN BERKAHWIN DALAM KEADAAN BOGEL SEBAB NAK JIMAT KOS

4/16/2011 02:10:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.Melanie berkata: "Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami."


Aduhai.. nak jimat kos punya pasal sanggup tayang body tanpa seurat benang pun. Macam - macam cara lagi boleh buat nak jimat kos tapi biasa la manusia akhir zaman ni suka sangat buat sesuatu di luar batasan akal & fikiran semata mata mahu jadi perhatian dan peringatan orang lain pada mereka.

Rujukan : kosmo


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA KENA TIPU DENGAN HOTFM??

4/15/2011 08:00:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Alahai... apa kes lak ni cikgu shida dengan radio paling hot di malaysia iatu hotfm ni?? Apa yang hotfm tipu cikgu shida ni?? Alkisahnya...

Sang Lekit kan umpama mamaraziah kalau pasal cikgu shida ni terkesian pulak Sang Lekit bila baca luahan hati cikgu shida yang blog beliau tu. Katanya hotfm janji nak bayar dia lepas buat video miming cikgu shida vs wak Ag tu. Alih - alih dah berpeluh ketiak cikgu shida tergedik - gedik, terkinja kinja, terkial kial.. terlompat - lompat nak siapkan video tu, dah siap habuk pun takde. Cikgu shida dalam nada maybe merajuk or tak puas hati pun mengeluarkan statement taknak bekerjasama lagi dengan hotfm lepas ni. Lekit tak tipu.. Ni buktinya. Ini bukan fitnah nak jatuhkan hotfm tapi kenyataan dari cikgu shida sendiri melalui laman blog dia.


Apapun cikgu shida Ooi.. lumrah hidup dalam dunia seni ni. Alah takat cikgu shida tu apa la sangat.. artis yang hot & spicy top lagi meletop pun kena tipu inikan cikgu shida baru dok kena tempias2 artis. Lagipun perjanjian air liur ni boleh pakai ker?? Takpe la cikgu shida anggap jer bukan rezeki yer... Lagi cikgu shida pun dah kata cukup makan pakai dengan duit gaji seorang cikgu tiap2 bulan. At Least takde la apa2 ter miss.


P/s : Sejauh mana kebenaran pada statement cikgu shida ni sang lekit tak pasti yer.. Cuma rujukan di ambil dari laman blog beliau sendiri


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

STREAMYX SANGAT2 TERUK BERBANDING MAXIS BROADBAND

4/15/2011 04:50:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Jangan marah yer TM tapi itulah kenyataannya. Sang Lekit baru bulan pertama berhijrah dari maxis broadband ke streamyx.. Tapi rasanya untuk 1st month ni pretasi streamyx memang amat - amat mendukacitakan. Mana tidaknya.. dalam sebulan ni dah 2 kali teknikal problem. Mula - mula entah apa kerosakkan kata operator TM pun hampir 1000 pelanggan di kawasan sg buloh menghadapi masalah untuk connect internet. Ok.. tak pe la. 1 hari juga la sepi tanpa khabar.

Kali kedua ni.. Hampir 30 jam down. Kata operator TM server down tapi tidak semua pelanggan di kawasan yang sama akan hadapi masalah ni bergantung pada port & cabel. Sang Lekit tak paham sangat pasal cabel2 ni. Tapi yang bestnya si operator siap boleh cerita pasal streamyx ni laju kat kampung dia. Apa kena mengena dengan line laju or lembab dengan server down?? Sang Lekit bukan tanya or komplen pasal line dia laju ke lembab tapi masalahnya bulan ni saja dah 2 kali technical problem dari TM. Bukan pasal laju or lembab tapi tak boleh connect langsung internet. So takde sebab dia nak cerita line streamyx kat kampung dia laju. Ni baru 1st month.. totally mengecewakan. Bayangkan kalau server down 1 bulan.. sia2 je kan bayar bil.

Berbanding guna maxis broadband dulu.. Malasahnya kuota jer cepat abis limit. Kalau masalah2 server down tu pernah la terjadi tapi jarang2 sangat apatah lagi kalau sebulan sampai 2 kali macam ni. Kalau down pun tak sampai 24 jam. Tapi berbaloi ler dengan caj dia. Tapi streamyx pun takde la murah sangat pakej dia. Monthly dia lebih kurang sama juga macam broadband dulu. tetap 100++.

Harap - harap takde la kerap sangat streamyx ni down. Kalau dah 1st month macam ni.. Tak yakin juga Sang Lekit untuk next2 month. Confirm ada lagi punya down kat mana - mana.


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BUNUH CUCU KERANA PERCAYA PADA RAMALAN BINTANG

4/13/2011 01:46:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Sebab tu Islam melarang & mengharamkan umatnya mempercayai ramalan bintang ni. Bukan setakat mempercayainya malah membacanya juga di tegah bimbang kalau - kalau terpengaruh bila apa yang di perkatakan dalam ramalan kebetulan sama tapi sebenarnya tiada apa yang mampu meramal nasib seseorang melainkan hanya Allah sahaja yang tahu akan perjalanan hidup seseorang.

Tapi bila di bangkitkan isu ni ada yang menolak & ada juga yang marah. Terpulang la pada diri masing - masing menerima atau menolaknya. Sebagai manusia yang kerdil lagi serba kekurangan ni apalah sang lekit mampu lakukan selain berkongsi apa saja ilmu dari hasil rujukan dari pembacaan atau ceramah2 yang sang lekit dengan melalui online ni.

Ni kisah seorang nenek membunuh cucunya dengan mencampakkan bayi tersebut kedalam perigi ketika ibunya berada di dalam tandas kerana percaya pada ramalan bintang yang mengatakan cucunya itu pembawa sial kepada keluarga mereka. Biarpun perkara ni berlaku di china dan mungkin bukan dari keluarga Islam tapi harus lah di ambil iktibar kenapa kita tidak harus percaya pada ramalan2 macam ni. Tiada manusia yang di lahirkan sebagai sial ataupun Tuah. Masing - masing bergantung kepada didikan, asuhan & usaha mereka sendiri untuk membentuk nasib & kehidupan selaian berdoa & tawakal kepada Allah.

Rujukan : harian metro


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TAKZIAH KEPADA KELUARGA PENYANYI FRANCISCA PETER

4/13/2011 01:14:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

Bapa penyanyi popular sekitar era 80-an Francisca Peter, ditemui mati di rumah sewanya di Taman Seri Dungun malam tadi. Mayat Lucian Gaberial Peter atau nama Islamnya Muhammad Gaberial Peter Abdullah, 78, ditemui dalam keadaan tertiarap dalam rumah sewanya itu oleh seorang rakan anaknya pada pukul 10.30 malam kelmarin.Sementara itu, Pegawai Agama daerah Adnan Mohamad mengesahkan Muhammad Gaberial memeluk Islam sejak tahun 2007.Mayat Muhammad Gaberial dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sura Tengah kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

 Penyayi Francisca Peter

Moga keluarga Arwah tenang menghadapi pemergian orang tersayang & moga arwah di tempatkan di kalangan orang -orang yang beriman. Alhamdulillah kematian beliau sebagai seorang Islam. Al-Fatihah...

Rujukan : harian metro


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAMAI BLOGGER MENGAKU MEREKA TULIS ENTRI SAMPAH

4/12/2011 11:13:00 PM suria lekatlekit 13 Comments

Sang lekit ada create satu topik kat forum Geng Blogger. Saja nak tengok respond. Alhamdulillah ada juga respond tapi respond2 tu kebanyakkan buat Sang Lekit tersenyum & berfikir.. Nak tau topik apa yang Sang Lekit post kat forum GB tu??


Itu ler topiknya.. Yang peliknya ramai blogger mengaku lak dorang tulis entri bersifat sampah ni. Sang Lekit tak tipu. Jom tengok buktinya.. Tapi identiti blogger tu dah di sorokkan la...


Apa yang bermain di dalam kepala otak Sang Lekit sebenarnya mereka tidaklah merendahkan penulisan mereka dengan melabelkan entri yang dorang tulis sebagai entri sampah walau bukan entri terbaik pun tapi maybe ni la strategik nak buat orang clik blog dorang kot. kekekekekekekeke


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

13 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DULU TAK NGAKU SEKARANG DAH BERTUNANG. MASIH INGAT KES TOM MYSTARZ LG YANG PUKUL WANITA MENGANDUNG?

4/12/2011 10:35:00 AM suria lekatlekit 19 Comments

Masih ingat kes seorang artis dari program realiti TV Tom my starz LG yang di kaitkan dengan kontroversi pukul wanita mengandung dimana suami kepada wanita itu di katakan kekasihnya & mereka tinggal serumah di rumah Tom ni. Tapi Si Tom ni menafikan hubungan tu & sekaligus menafikan dia ada memukul wanita mengandung tu. Di kejutkan lagi dengan berita apabila Tom di belasah keluarga angkat wanita tersebut dalam satu perjumpaan kerana tidak berpuas hati dengan apa yang telah di lakukan Tom pada wanita tersebut.

Dulu tak mengaku lelaki yang berstatus suami itu kekasih dia.. Sekarang dah bertunang & nak kawen pun. Alah.. Tak pelik la. Macam Memey & norman hakim jugak. Bila jadi kontroversi masing - masing taknak mengaku lepas dah cool sikit keluar la cerita tunang & nak kawen bagai. Agaknya cinta berputik masa menghadapi kontroversi kot.. Tolonglah!!!! Sudah terang lagi bersuluh.. Apapun semoga berbahagia la mereka yer.. Jangan sejarah luka yang terjadi pada orang yang pernah dorang sakiti tu, balik pada dorang pula.

 Rujukan : Media Malaya

Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

19 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PUSAT JAGAAN HARIAN SUAMI (HUSBAND DAY CARE CENTER)

4/11/2011 10:12:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Apa yang takde dalam dunia sekarang ni. Kalau dulu pusat jagaan bayi & kanak - kanak jer sekarang ni pusat jagaan suami pun dah ada tau. Pada korang yang dalam kategori bz woman & wife, atau ada nak shopping2 dengan kawan - kawan tapi risau nak tinggalkan suami sorang - sorang. Kini anda tidak perlu risau lagi.. Taraaaaaaaaaaaaaaaaa!!


Caj pun tak banyak tapi belum tentu tak mahal walau dalam banner tu tulis cuma bayar harga minum dia jer tapi tak tau pulak berapa harga minuman tu. Maunya macam kes ikan patin kat temerloh 50 orang makan cecah RM13k harus di fikirkan semula nak tinggalkan suami kat pusat jagaan ni. kekekekekeke

Aduhai dunia.. Macam - macam ada!


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

FILEM YANG MEMAPARKAN HANTU REAL BUKAN DI LAKONKAN SEMULA OLEH PELAKON BAKAL DI TAYANGKAN

4/11/2011 03:41:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Kini muncul pula dengan filem seram paranormal pertama di Malaysia berjudul Penunggu Istana.Berbeza dengan filem seram lain, Penunggu Istana dihasilkan berdasarkan penemuan sebuah pita rakaman yang mengandungi kejadian paranormal yang berlaku di sebuah rumah tinggalan yang dikenali sebagai Istana BillahI.a dikatakan istana berpuaka dan kesahihan aktiviti paranormal yang berlaku di istana tinggalan 100 tahun itu akan dikongsikan dengan penonton Malaysia mulai 21 April ini.

Aktiviti paranormal yang berlaku di Istana Billah bukan saja menjadi buah mulut orang kampung tetapi turut diakui sendiri oleh kru Warkah Terakhir yang pernah menjalani penggambaran di sana. Mereka turut mengalami pengalaman yang mengerikan. Hal ini membuktikan bahawa tempat itu benar-benar mempunyai kisah misteri yang belum terbongkar.filem itu mengandungi rangkuman rakaman video yang berjaya dirakamkan lima pelajar dengan bantuan ahli Seekers.

Kajian lima pelajar ini dibantu oleh Seekers akan dipaparkan sebagai sebuah dokumentari berdasarkan jurnal video yang diperoleh mereka sendiri. Cantuman 'footages' itu difilemkan sepanjang 15 hari mereka di sana mencari jawapan terhadap kejadian yang mengerikan. Sepanjang 15 hari, banyak penemuan pelik yang mereka temui. Penemuan inilah yang akan disajikan kepada penonton.Selama tujuh hari mereka bermalam di istana itu, segala bukti kewujudan makhluk itu dan perkara yang berlaku sepanjang penyiasatan itu dirakamkan sendiri oleh mereka. Bagi mereka yang lemah semangat atau mudah terkejut dinasihatkan berfikir dulu sebelum menonton filem ini kerana filem ini memaparkan footages yang benar-benar berlaku yakni bukan sekadar rekaan. Filem ini mampu membuat jantung anda berdegup kencang dan menaikkan bulu roma!

Wah filem yang memaparkan hantu real punya bukan bukan hantu yang di lakonkan semula oleh pelakon. Agaknya level seram dia tahap mana yer?? Apapun nampak kelainan dari penghasilan filem ni tapi belum boleh menilai lagi adakah ia mampu menjadi filem seram yang terhebat. Kita tunggu jer yer.. Nampaknya trend menghasilkan filem berkisahkan seram, misteri & mistik ni belum lagi berakhir fenomenanya. Bilalah akan ada filem sehebat Yasmid Ahmad?? Rindu sangat pada filem - filem arwah yang bagi Sang Lekit memberi kesan bila menontonnya.

Rujukan : Harian Metro


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAKYAT BELANDA ANGGAP CARA PENYEMBELIHAN ISLAM KEJAM

4/11/2011 02:35:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

Penyembelihan binatang ternakan mungkin diharamkan di Belanda selepas kaedah tersebut yang terkandung dalam agama Islam dan Yahudi, ditentang oleh majoriti wakil rakyatnya.Sebuah akhbar melaporkan majoriti wakil rakyat Belanda menganggap kaedah penyembelihan halal seperti yang diamalkan umat Islam, bersifat kejam terhadap haiwan.Sebelum ini, undang-undang Belanda mengarahkan haiwan ternakan diberikan renjatan elektrik supaya ia pengsan sebelum dibunuh dengan pengecualian diberikan untuk daging yang disediakan untuk orang Islam dan Yahudi.Kaedah tersebut kononnya untuk mengurangkan kesakitan dan ketakutan haiwan terbabit.

Apa yang Lekit nak komen cuma macam - macam cara orang kafir nak menentang Islam ni tak kira cara halus atau terang - terangan sampaikan isu penyembelihan cara Islam pun di pertikaikan & dianggap kejam. Untuk pengetahuan mereka yang rasa kejam tu.. Takde mati yang tak sakit. Setiap perbuatan ada sebab & alasannya. Dalam Islam takde satu perkara pun di tuntut tanpa ada alasannya sendiri.

 Hasil carian google

Rujukan : kosmo


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KERANA SELULIT KINI BERDEPAN DENGAN MAUT

4/11/2011 02:09:00 AM suria lekatlekit 15 Comments

Dua sahabat karib kini dijangkiti bakteria mycobacterium ablessum sekali gus menyebabkan bahagian suntikan mengalami luka yang sukar untuk sembuh. Tengok kita tengok dulu kesan luka tu sebelum mengupas kupis isu ni..


Ni kes nak cantik punya cerita. Pada mulanya niat di hati nak buang selulit kat peha & punggung tapi kini mereka berdepan dengan risiko maut bila pakar kecantikkan tersalah menyuntik ubat kat punggung & peha diorang. walaupun dicuci di klinik setiap hari, luka tersebut bukan sahaja terus membesar malah mereka mengalami masalah kegatalan melampau. Menurut dorang ni.. Duit dah habis kira - kira RM50k juga la untuk rawatan tersebut.
Rujukan : Kosmo


Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
 

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com