BUDAK PUN ADA MARUAH

12/30/2011 05:55:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Walaupun budak tetap ada hati tetap ada perasaan tetap ada roh & jasad. Bezanya perasaan hati cuma kematangan. Jangan ingat budak2 yang belum akil baligh & tak matang tak reti rasa apa yang kita rasa.. Dorang jugak rasa cuma rasa dorang kurang garam sikit je dari kita tapi tetap ada rasanya.

Kita sebagai orang dewasa (tak kira abang, kakak atau mak bapak kepada budak2) kena lebih prihatin pasal ni. Kenapa pulak tiba sang lekit cakap pasal maruah seorang budak ni?? Alkisahnya..

Carian Google
Tiba2 je teringat satu peristiwa yang jadi masa bulan puasa lepas (sebelum lala lahir). Time tu orang dah mula shopping raya tapi sang lekit time tu mash bershopping barang2 lala. Peristiwa ni tak silap kat Pasaraya maiden, Subang. Ada sekeluarga kecil. Mak Ayah dan 2 orang anak. Yang besar maybe 7 @ 8 tahun kot.. Yang kecik rasanya bawah setahun sebab masih di dukung. Biasa la budak2.. Yang si Ayah dengan mak ni sibuk pilih baju melayu kat si anak tiba2 sang lekit nampak bapak dia lempang dia. Kuat jugak.(tak pasti lak kenapa, mungkin nakal kot) Budak tu senyap jer. Mungkin sakit & rasanya lebih malu dari sakit kot.

Kes yang kedua.. Kes jiran tetangga. Sang Lekit tak sengaja ternampak budak2 main kat koridor rumah. Sang Lekit jenguk sebab bising sangat. Tiba2 bapak salah sorang budak tu keluar dengan hanger terus libas anak dia depan kawan2 yang lain. Sama macam kes pertama budak tu terus terdiam lepas tu masuk rumah. Dalam rumah dia kena rotan ke tidak tak tahu la.

Sang Lekit mula terfikir perasaan budak2 tu. Sakit memang la sakit tapi sakit hati & malu rasanya lebih sakit kena pukul dengan bapak dorang tu. Macam kes yang pertama walau dekat shopping complex.. orang2 yang nampak bukan kenal dia pun tapi sebagai seorang kanak2 yang dah pandai merasa.. mesti ada perasaan malu. Kes kedua lagi lah malu. Depan kawan2 pulak. Esok hari nak mengadap lagi. Mungkin dia akan terkilan dengan perbuatan bapak dia yang pukul dia depan orang. Walau marah dia tak lama tapi fahamilah wahai orang dewasa.. mereka juga ada maruah. Nak marah ke pukul ke boleh tak buat dalam rumah sendiri dimana takde orang asing yang tengok. Nak mengajar pun biarlah kena gaya.. ye dak??

Benda ni jadi pengajaran pada sang lekit yang jugak seorang mummy. Moga sang lekit boleh mengawal perasaan marah supaya tak memalukan anak sendiri di depan orang. Moga sang lekit sentiasa ingat.. 'Budak2 pun ada maruah' yang perlu kita jaga.

15 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CARA MENGIRA BERAT BAYI YANG IDEAL

12/27/2011 04:19:00 PM suria lekatlekit 16 Comments

Entri kali ni bertemakan mak2 sikit. Almaklum la dah jadi mak orang. Lagi2 baru pertama kali jadi mak ni maka banyak benda la sang lekit tak tahu. Dan memang di akui sang lekit sekarang rajin bertanya pada cikgu google. Bila tengok baby orang lain gebu2.. debab2.. montel2.. chubby2.. bambam2 belaka.. tengok lala alahai anak mummy. kecik molek je. Baby yang lagi muda dari lala pun lagi besar dari dia mula la hati mummy gundah gulana. Walaupun dalam buku pink lala, last check up haritu takde misi tulis apa2 masalah. Semuanya ok jer..

Lala bercomot comotan di rumah
Jadi untuk memuaskan hati sang mummy maka sang lekit pun tanya la cikgu google & terjumpa satu blog yang penulisnya seorang jururawat terlatih yang mempunyai 10 tahun pengalaman dalam wad bersalin ni. Info yang ada kat blog dia sangat berguna bagi sang lekit & sang lekit bermurah hati nak share dengan semua ibu2 & bakal ibu yang baca kat blog melekit ni.

Macam sang lekit risau lala kecik & nak jugak lala montel2 macam baby lain tapi jangan anggap bayi yang montel2 ni adalah bayi yang sihat. Boleh jadi dia obesiti & berisiko mendapat masalah kesihatan. Cara mengukur berat badan yang ideal adalah macam ni..

Berat bayi yang normal sewaktu lahir adalah 2.5 kilogram ke atas. Jika kurang dari angka itu, bermakna bayi lahir dengan berat tubuh yang kurang. Kenaikan berat tubuh bayi yang normal dan sihat boleh dilihat dalam 3 bulan pertama. Pada usia 1 hingga 3 bulan, kenaikan berat tubuh yang normal adalah antara 150 - 250 gram seminggu. Pada usia 4 - 6 bulan pula, kenaikan berat badannya haruslah antara 350 - 450 gram sebulan. Pada usia antara 10 hingga 12 bulan pula, berat badan si kecil sebaiknya bertambah antara 250 - 350 gram sebulan.Antara 1 hingga 6 bulan, pertambahan berat tubuh bayi biasanya berlaku dengan cepat. Apabila masuk usia 6 bulan ke atas, pertambahannya akan mula perlahan. Salah satu faktornya kerana bayi sudah mulai aktif bergerak. (INFO sepenuhnya boleh clik DISINI )

Jadi para2 ibu yang ada baby tu apakata cuba kira berat badan baby korang. Ideal ke tak?? terlebih ke terkurang?? Apa yang seorang ibu bapa harapkan selain melihat permata hatinya membesar dengan sihat,, riang & tak lupa juga 'membesar bagai juara' kan?? Jadi tips2 & info2 macam ni sang lekit rasa memang amat berguna pada semua ibu2.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA KOMPLEN NAMA ANAK MURID PANJANG

12/25/2011 11:59:00 PM suria lekatlekit 18 Comments

Orang kata tak suka tak semestinya benci. Tak suka tak semestinya asyik pandang buruk jer walau ada yang baik juga dalam dirinya. Orang kata walau selalu tak sama pendapat tak semestinya takde satu pun perkara yang ada persamaan pandangan. Macam tu la sang lekit umpamakan sang lekit VS cikgu shida ni.

Kali ni sang lekit setuju dengan cikgu shida. Apa yang cikgu shida cakap kat status FB dia yang satu ni memang betul. Sebagai cikgu memang tu salah satu masalah jugak. Nama anak murid berjela jela panjangnya.

 Kesian cikgu shida nak menaip nama anak murid yang panjang2. agaknya sorang anak murid berapa minit nak menaip yer..

Nama panjang berkajang ni yang sang lekit perasan mula popular tahun 90an. Kalau boleh satu keturunan tu dia nak berkait kait nama tu dalam nama anak dia. Sudahnya panggilnya gegurl @ boboy saja. Tapi dalam surat beranak sampai tak cukup ruangan nak tulis. Tu baru surat beranak tak lagi borang2 lain. Orang kata sampai tak cukup kotak la nak isi huruf2 nama anak dia tu.

Bukan saja takde manafaatnya nama panjang2 ni.. juga menyusahkan orang lain contoh macam cikgu. Nak isi itu ni untuk anak murid.. bila dalam kelas nak menyebutnya panjang lebar. Maunya bersimpul lidah. Ada tu nama ala2 mat saleh gabungan melayu. Keju + Belacan punya nama. Orang tua2 nak sebut pun bunyi lain macam dah. kan??

Biarlah nama tu ringkas.. mudah di sebut & ada makna yang baik. Senang nak panggil kan?? Dah tu jika makna dia baik.. hari2 kita panggil nama dia, seolah2 mendoakan kebaikkan untuk dia juga hari2. Nama panjang2 ni banyak keburukkan dia.. walau gabungan nama dari makna yang baik2.. tapi boleh jadi takde makna atau makna jadi sebaliknya bila panggilan tu di pendekkan. Tu memang ada terjadi. Jadi pada bakal2 ibu tu.. pilih la nama yang sedap di panggil, baik maknya supaya tak menyusahkan orang lain 1 hari nanti. Yang dah terlajak bagi nama tu takpe la.. mungkin masa tu terikut2 dengan trend karang nama anak berkajang2 kan.

P/S : entri ni sekadar pandangan peribadi tak berniat nak menyindir atau menyakitkan hati mana2 pihak. Kalau ada yang terasa sang lekit minta maaf yer..

P/S II : Shahila yang nama pendek pun di pendekkan lagi jadi lala..(Sebenarnya Acu yang mula panggil cik lala masa sang lekit dalam pantang. Acu adik bongsu sang lekit). Di sebabkan Acu.. mak2 sedara dia yang lain (sebelah sang lekit) kebanyakkan panggil lala.

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA KOMEN BLOG MELEKIT

12/23/2011 03:53:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Akhirnya cikgu shida sudi juga mencemar duli menyinggah ke blog melekat lekit ni & meninggalkan komen. Tapi dalam banyak2 entri yang sang lekit tulis mendedahkan perangai & kenyataan cikgu shida ni kenapa entri yang satu tu je menjadi pilihan cikgu shida untuk di komen?

Mungkin entri tu saja cikgu shida ada point untuk kelihatan teraniaya kot... Yang lain2 tu susah untuk dia sangkal & tepis sebab setiap kritikkan yang sang lekit buat pada cikgu shida semua di sertakan bukti kenyataan cikgu shida sendiri. Kalau dia nak menidakkan pun tak boleh jadi entri nan satu tu je la yang dapat cikgu shida memberi komen. Entri mana?? Entri ni : PESAING CIKGU SHIDA

Retis tu komen.. hikhikhik

Susulan dari entri tu sang lekit rasa status yang di tulis cikgu shida kat FB ni ada kaitannya dengan entri di blog melekit.

Sampai gigi dah gugur pun still nak bermiming. Dahsyat tu. 
Lagi 1 cikgu shida, bonda kitorang pun dah tua cuma dorang tak sampai hati nak buat video miming & upload untuk orang lain tengok. Yelah.. dah tua katakan.. malu kat anak cucu katanya.


cikgu shida cakap dia tak marah cuma geli hati. Jadi tak kisah la kan kalau sang lekit nak kritik2 manja cikgu shida lepas ni, kan?? kan?? kan?? Cikgu shida pun tak marah peminat cikgu shida pun tak boleh marah yer.. kekekekekeke

Kan cikgu shida tak marah.. Jadi boleh la up entri pasal cikgu shida lagi. Tu pun salah satu cara cikgu shida dapat publisiti. tak gitu??

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEMAAFAN TIDAK SEMUDAH MEMBUAT KESILAPAN

12/22/2011 08:47:00 PM suria lekatlekit 12 Comments

Hari sempat layan Drama bersiri Tentang Dhia. Semalam tengok jugak tapi jadi tak tau apa cerita dah... sebab episod hari selesa tu tak tengok.. Macam biasa tengok je mana yang sempat. Yang ter skip tu halalkan je. Di pendekkan cerita pengajaran untuk hari ni yang nak sang lekit kongsi dari episod hari ni drama Tentang Dhia ni..


Semalam tengok cerita Si Melina tu dah koma.. Lepas tu sedar selepas 5 tahun. Tak tau la kenapa dia koma sebab hari selasa tak tengok tapi tak penting sangat. Jadi Episod hari ni selepas Melina sedar dari koma & ingatan dia yang mula2 hilang dah pulih.. Dia menyesal sebab dia sangat la jahat dulu (sapa yang layan cerita ni tahu la tahap kejahatan si Melina ni, tapi pada sapa yang tak tengok tak payah ambil pot sangat pasal tu yer). Dia pun pergi la berjumpa dengan orang yang pernah dia buat salah dulu. Dia jumpa dengan nenek si Azmi (bekas suami dia). Nak minta maaf tapi malangnya nenek si Azmi tak boleh maafkan si Melina ni sebabnya perbuatan si Melina ni dah menghancurkan hidup keluarga dia.

Apa yang sang lekit terfikir.. Mudah untuk orang buat silap & minta maaf tapi orang yang menerima kesan dari kesalahan kita tu mungkin susah untuk memaafkan. Orang lain mungkin senang untuk cakap.. "Dia dah menyesal, jadi maafkanlah dia." Macam kisah Tentang Dhia ni.. Melina perangkap Azmi untuk buat Azmi kawen dengan dia sekaligus menjadi pak sanggup pada anak luar nikah yang di kandungnya masa tu. Dia buat plan supaya Azmi & dia kena tangkap basah walhal dia tahu Azmi masa tu tunang Dhia & bakal bernikah tak lama lagi. Sebab terkejut tengok cucu dia atas katil dengan Melina, Atuk Azmi mati mengejut. Lepas tu Azmi kena penjara sebab di tuduh bawa dadah.. Pun sebab Melina yang letak dadah dalam beg azmi yang di sangka masa tu beg si Rafi. Sebab Azmi tertinggal beg dalam kereta Rafi. Melina marah sebab Rafi kerek dengan dia, kononnya nak kenakan si Rafi sekali terkena si Azmi.

Nenek Si Azmi terpaksa menanggung, melihat & menghadap semua yang berlaku pada keluarganya. Si Nenek tua jadi sebatang kara bila si cucu masuk penjara. Keluar penjara si cucu terpaksa ke kota untuk cari kerja sebab kat tempat sendiri orang dah tak percaya sebab dia bekas banduan. Dan tiba2 Melina datang untuk minta maaf. Mari sejenak kita berada dalam diri Nenek Azmi. Setelah apa yang berlaku, memang mustahil untuk kita maafkan. Mungkin kena ambil masa yang lama.. Sebab apa yang Melina buat memang terlalu lalu memberi kesan bukan saja pada diri Si Nenek tapi seluruh keluarganya. Sebagai manusia biasa.. selalunya selagi hati tu terluka selagi tu keikhlasan untuk memaafkan jadi terlalu berat walau mulut mampu berkata.. "Aku maafkan kau!".

Bila berlaku benda macam ni jangan mendesak seseorang tu memberi kemaafan tapi bagi la ruang & masa untuk dia.. Makin besar kesalahan tu, makin dalam la luka di hati dia maka makin lama untuk sembuh.. Nak Tak nak.. kau tunggu je la.. doa harap Tuhan lembutkan hati dia untuk maafkan kau.Kemaafan dendam yang terindah tapi bukan mudah... betul tak??

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DARI DUDUK DAH NAK BERDIRI PULAK

12/21/2011 02:58:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Itulah keletahnya.. Kalau bulan lepas dia tak nak baring. Dia nak kita dudukkan dia. Kalau di baringkan.. dia akan cuba angkat kepala dia untuk bangun. Kalau tak di angkat & didudukkan macam dia nak mesti la meraung. Itu cerita bulan lepas..

cerita bulan ni bila dah didudukkan dia nak berdiri pula. Bila kita dudukkan dia dia cuba berpijak dengan tapak kaki & cuba angkat bontot dia untuk berdiri. Kalau kita tak bantu dia, dia akan mula meraung. Sudahnya.. Ikutkan saja. Dia masih dalam proses belajar jadi siapa lagi yang akan menjadi guru dia di rumah kalau bukan mummy.

Itu kisah Shahila @ lala yang semalam genaplah umur lala 4 bulan. Tapi semalam tak sempat nak taip entri. Pagi gegas pergi klinik nak ambil ubat untuk lala. Kepala lala sang lekit perasan mula ada kuping2 putih. Baru lagi 2 3 hari ni. Tapi hari2 sang lekit buang. Sebab sang lekit tak tahu apa benda yang kat kepala lala.. sang lekit rujuk dengan kak Lydia Myza. Jadi semalam sang lekit bawak lala gi klinik walau benda tu tak serius. Masa jumpa doktor.. doktor pn tercari2 benda putih tu.. dah takde pulak. Sebabnya sang lekit dah buang. Kat atas kepala lala pun ada sikit ruam2.. Jadi sekalikan la ambil ubat untuk ruam. Pun masa jumpa doktor.. doktor kata tak nampak pun ruam. Tak tau la sang lekit jumpa doktor rabun ke atau bilik doktor tu terlalu romatika di tampoi. Memang la tak banyak.. tapi sang lekit hari2 belek lala dari hujung rambut sampai hujung kaki jadi sang lekit tau la. Doktor cuma check 2 3 minit jer.. Lepas pergi klinik terus jenjalan dengan dady. Tapi semalam lala tak berapa sporting sebab asyik meragam.

Hari ni memang sang lekit tengok kuping2 putih tu dah takde. Pun macam tu tetap sang lekit sapu ubat yang doktor bagi. Orang kata rawat sebelum parah. Cuma ruam2 dia je belum hilang. Tak tahu kenapa kat kepala lala jer ada ruam. Nak kata tak syampoo.. hari2 sang lekit salonkan kepala lala tu. Takde skip2 punya. Kalau syampoo yang punya angkara sang lekit dah tukar. Memang masa lahir lala guna baby johnson..lepas tu dady tukar guna pureen.. sekarang sang lekit guna balik baby johnson. Mungkin lala lebih serasi dengan baby johnson kot.

Doktor kata kulit lala sensitif.. jadi syampu mandian dia doktor nasihatkan jangan guna yang ada perfume (wangi2). Syampo rambut lala sekarang memang jenis clinical & tak wangi pun. Sesuai la untuk lala. Alhamdulillah selain masalah kecil kulit kepala dia, lala takde masalah kesihatan yang lain. Dia sangat aktif & lasak. Sekarang ni sang lekit risau nak tidurkan dia dalam buai. sebab dia terlalu lasak.. pernah 2 kali hampir2 terjatuh dari buai. Nasib baik sang lekit perasan.. Sang Lekit mula ajar dia tidur atas tilam sekarang. Tapi tak boleh on the spot.. kena pelan2 biasakan dia tidur atas tilam. Lala dah biasa dengan di buai dalam buaian masa tidur jadi bila tidur tak di buai dia kurang nyenyak sikit.

Itulah kisah shahila @ lala yang sudah menganjak ke 4 bulan. Sang Lekit nak cerita lala setiap bulan ada dalam blog ni. Kalau blog ni masih ada sehingga lala besar.. mesti lala tahu serba sikit tentang proses dia membesar. Dan inilah salah satu cara mummy menyatakan sayang pada lala.


Susah sekarang nak buat photoshoot dengan lala sebab dia asyik nak hisap jari jer. Nak dapat shoot macam ni pun jenuh tepi tangan dia. Apapun comel lala pakai baju Tok (nenek lala di kedah) beli. Walau bagi sang lekit & hubby lala ni kurang sesuai berbaju macam ni sebab kelasakkan dia. Sang Lekit & hubby lebih suka beli jenis yang berseluar panjang untuk lala. Seluar pendek2 hubby tak suka lala pakai. 

P/S : Rambut lala masih nipis jadi dia sentiasa la bertopi. Kalau tak nampak macam baby boy pulak

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KEKEJAMAN MANUSIA SEMAKIN PELIK

12/16/2011 08:09:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Makin maju, makin moden, makin berteknologi otak manusia pun semakin bodoh, kejam & pelik bila sanggup melakukan sesuatu yang kita rasa macam tak masuk akal kerana kesalahan2 yang rasanya boleh di maafkan lagi atau benda yang takde kena mengena jadi mangsa.

Belek - belek surat khabar metro hari ni sementara lala bagi peluang mummy rilex ( dia tido ler) dalam ruangan berita global terfikir sejenak. Hanya sebab si isteri menyambung pelajaran di kolej untuk mendapatkan segulung Ijazah tanpa kebenaran suaminya dia di potong lima jari tangan kanannya oleh suaminya sendiri. (Berita selanjutnya boleh baca DISINI)

Kerana marahkan seorang manusia seekor anak kucing menjadi mangsa bila Seorang wanita yang membunuh seekor anak kucing dengan memasukkannya ke dalam gelombang ketuhar kerana membalas dendam  selepas bekas sahabatnya itu membuat laporan polis membabitkan teman lelakinya. (Baca berita selanjutnya DISINI)

Dan lagi manusia kejam yang sanggup cuba membunuh anaknya berusia 1 tahun dengan mencampak dari tingkat 10 sebuah apartment akibat tekanan kerja tapi kanak2 malang itu terselamat & hanya mengalami calar sedikit di mukanya. Apa kena mengena kanak2 tu dengan tekanan kerja si bapak kan?? (Baca berita selanjutnya DISINI)

Manusia Oh manusia.. semakin tinggi teknologi semakin pelik & kejam. Dunia semakin maju manusia semakin kurang sifat perikemanusia. Biar pun bukan semua manusia macam mereka2 tu tapi jumlahnya semakin meningkat.

P/S : Kalau sudi Vote la untuk lala sebelum 31 Dec 2011 ni. Nak Vote clik kat sini --> LALA

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DIA HANYA MAHUKAN ISTERI BUKAN ANAK

12/14/2011 05:28:00 PM suria lekatlekit 27 Comments

Teringat satu kisah kawan satu ofis sang lekit dulu. Cerita ni bukan cerita yang berlaku pada dia tapi berlaku kepada kakak dia sendiri. Dulu dengar kisah ni cuma rasa simpati jer tapi sekarang bila ingat balik kisah ni rasa bertuah. Nak tahu kisah apa & kenapa sang lekit rasa macam ni.. Jom kita baca kisah tersebut..

Kisah ni kategori kisah rumahtangga jugak. Alkisahnya.. kakak kepada kawan 1 ofis sang lekit dulu.. Suami dia jenis tak suka budak2. Kalau budak2 pun tak suka, bayi apatah lagi, kan?? Tapi setiap pasangan yang berkahwin mesti la mengharapkan cahaya mata dari zuriat sendiri, kan?? Tapi sayangnya hanya si isteri jer nak kan anak, si suami nampaknya tak berminat untuk ada zuriat sendiri. Tak tau la apa sebab musababnya..

Kuasa Tuhan.. Akhirnya si isteri ni mengandung & lahirkan juga anak. Menurut cerita kawan sang lekit tu.. Suami dia tak pernah sentuh atau cuit2 apatah lagi nak main2 dengan anak dia tu sejak lahir.. Tapi sekarang tak tahu la macam mana. Budak tu rasanya dah besar. Kita cerita waktu cerita tu di ceritakan pada sang lekit dah la yer.. Kehadiran si kecil tu memang tak mengubah perangai si suami yang tak sukakan budak2. Sedih si isteri kenangkan nasib si anak. Si Ayah tak pernah nak pegang apatah lagi bermanja dengan si anak tu. Bila si anak datang pada Si Ayah, Si Ayah buat tak tahu jer.. Jadi Si Isteri ambil keputusan cukup la sekadar seorang anak & tak mahu tambah2 lagi.

Masa dengar cerita tu memang simpati. Bila dah ada anak sendiri ni sang lekit rasa bertuah sebab Dady amat sayangkan lala walau sebelum ada anak dady pun jenis tak suka baby, tak suka budak2. Tak di sentuhnya anak orang. Apa lagi nak cuit2 @ usik2. Alhamdulillah bila di kurniakan anak sendiri dady berubah. Dia pandai jaga baby walau dia tak pernah ada pengalaman uruskan bayi sekecil lala. Dia rasa bangga ada lala.. Beruntung kita yang memiliki suami yang menerima zuriat kita seadanya & menyanyangi sepenuh hati berbanding mereka2 yang memiliki suami yang hanya mahu ada isteri dalam hidupnya tapi bukan anak. kan?? Jadi belajarlah bersyukur.

Permata hati kami

27 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DAHSYAT AKAK SHOPPING. TROLI TESCO PUN DIA ANGKUT

12/12/2011 04:17:00 PM suria lekatlekit 28 Comments

Sang Lekit tertanya2.. apakah troli tesco turut di jual sekiranya ada pelanggan yang rasa nak beli. Iskk.. tak pernah pulak dengar troli tesco ada di jual. kan?? Alkisahnya petang semalam..

Sang lekit & family (macam ramai sangat je bunyinya walhal dengan hubby & lala jer) nak keluar. Tunggu depan lift nak turun bawah. sekali sorang akak keluar dari lift bersama troli tesco yang terisi di dalamnya barang2 shopping dia. Ada la setengah troli besar tu. Terkesima sang lekit dengan hubby. Pandang sesama sendiri sebelum tergelak kecik lepas akak tu hilang dari mata kitorang.

Bukan tergamam sebab dia bershopping sakan tapi tergamam sampai troli tesco pun di angkut sekali. Dahsyat punya shopping ni. Tak tau la dia rembat ke dia beli ker.. Tak berani nak tuduh sebab sang lekit pun tak pasti. Tapi sepanjang hidup sang lekit tak pernah pula dengar troli supermarket boleh guna & beli seterusnya bawak balik  rumah. Kan?? Kan?

Bab rembat ke tidak tu satu.. 1 lagi persoalan, dia angkut troli tu dengan apa?? takkan dia pergi shopping naik lori pickup kot.. kalau kereta rasanya tak muat. Mungkin Van @ MPV kot. Ke dia tolak troli tu dari tesco sampai rumah. Tesco yang paling dekat pun kat sini samada kota damansara @ kepong. Kalau jalan kaki mau semput jugak nak sampai. Apapun memang dahsyat la akak tu.. Mampu memiliki troli tesco dengan jayanya. Mungkin dia menang cabutan bertuah tesco kot.. Fikir positif sudah walau yang positif tu kedengaran seperti amatlah mustahil berlaku. kekekekekeke

Lebih kurang macam ni troli tesco yang akak tu rembat op's bawak balik
 (Siap ada tag tesco lagi sebab tu sang lekit tahu troli tesco. kekekeke)

28 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KAN DAH KATA CIKGU SHIDA NI BANYAK PROPA JER

12/09/2011 01:53:00 PM suria lekatlekit 21 Comments

Bila orang mengata mula buat status minta timang2.. bila tak kata memang tu la perangai dia. Aduhai cikgu shida.. baby berusia 40tahun ni. 2 3 hari lepas ye ye je dengan status terakhir beliau tu. Kononnya nak undur diri dari dunia seni. Kononnya lagi dunia glamour & artis ni tak sesuai dengan diri dia.. kononnya la..

Ni Status 2 3 hari lepas. Korang boleh rujuk entri ni CIKGU SHIDA

Tup - tup hari seperti ramalan ku yang benar belaka muncul 1 lagi status cikgu shida tak jadi undur diri dari dunia seni hiburan katanya.. Kan sang lekit dah cakap status2 nak quit dari cikgu shida ni semua propa dia jer. Status minta di pujuk2.. di beri perhatian ala2 cik lala yang bosan minta orang layan dia main2. Cik Lala lain la baru 3 bulan.. merengek2, merajuk & nangis2 tu perkara biasa bagi bayi seusia cik lala tapi kalau bayi seusia cikgu shida (40tahun) dok buat perangai macam cik lala kerap2 sangat kan nampak macam terencat.. kan?? kan?? kan??

Kan sang lekit dah kata dalam entri lepas. Semua status2 nak berhenti miming @ berhenti dari terlibat dalam dunia seni kononnya tu sekadar status minta timang2 je dari cikgu shida. Perangai cikgu shida ni sang lekit dah paham sangat. Bukan sekali dia buat perangai macam tu.. dah cemuih bak kata orang kedah.

Aduhai cikgu shida lepas ni apa pula status timang2 yang cikgu shida nak canang kat FB & blog dia yer.. Sudah2 la tu jadi balusia (Baby lanjut usia). Bawak2 la jadi orang tua umur 40 tahun pulak. Buat malu guru2 seluruh Malaysia jer cikgu shida Ooi. Paling tak pun malu la kat anak murid tu. Cikgu dengan anak murid tahap kematangan macam sama level jer.. silap2 anak murid lagi matang dari cikgu ni.. camna tu??

21 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GOOD BYE DARI CIKGU SHIDA. PROPA VOL BERAPA NI?

12/08/2011 12:00:00 AM suria lekatlekit 26 Comments

Kata berani, kental, kenyal lagi kalis.. Alih2 kena kritik down jugak. Hati tetap la tisu. Tapi sang lekit ni kadang - kadang baca statement cikgu shida nak berhenti miming, berhenti share video miming kat youtube, privatekan semua video2 dia.. rasa dah muak. Tak tau la propa vol yang keberapa. Sebab cikgu shida.. 'Always like that'.. kalau kena kutuk. Last2 bila hati dia dah terpujuk balik mula buat statement cover malu..'Saja melawak dengan fans' kononnya.

Konon kehidupan glamour tak sesuai padahal dia memang kejar tu pun kalau tak, takkan sebelum ni asyik dok cakap diri dia popular je, ye dak??

Cikgu shida ni sebenarnya kemaruk sangat nak perhatian, nak popular & nak di pujuk2. Sejak semalam dok buat status terakhir tapi sampai malam ni takde akhir2 pun. Konon nak stop semua. Dari video miming, blog, Fb bagai la. Tak jugak2 ada titik noktah. Alah.. cikgu shida, tak payah la nak raih perhatian macam tu. Macam bayi tau tak perangai kamu tu. Kamu tu dah balusia (baby lanjut usia). Sang Lekit sentiasa ikuti cikgu shida & dah tak rasa apa2 dengan statement minta timang2 dari cikgu shida tu.

 Last video. Kita tengok je betul2 last ker??

Last post katanya.. status kat atas 10 jam sebelum. Rasanya esok pun ada last post lagi kot..

Kalau betul dah nak resign dari semua tu tak payah dok mesej banyak2 kat FB.. Sekali cakap & buat. Lepas tu nikmatilah kehidupan macam biasa. Ni tak canang bagai nak rak.. dok asyik mention status terkakhir tak jugak akhir. Ada lagi FB & ada lagi video miming dok share. Susah kan kalau orang tua tapi akal macam budak berhingus. Sudah - sudah la tu cikgu shida. Tak payah nak propa sangat. Cemuih bak kata orang kedah.

* Cemuih = Bosan

P/S : Kalau betul kali ni dia nak resign dari seni miming & dunia seni yang baru di ceburi, Alhamdulillah. Paling2 takde la pelapis artis perasan popular. kekekekeke

26 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TENTANG DHIA.. MATI SEBELUM AJAL

12/06/2011 08:14:00 PM suria lekatlekit 25 Comments

Mesti ramai yang ikuti drama bersiri kat tv3 tentang Dhia tu kan?? Sang Lekit suka jugak cerita tu tapi macam biasa la.. Sang Lekit walau minat macam mana sekalipun tetap ada episod yang sang lekit skip. Memang dari dulu lagi sang lekit kalau tengok cerita berepisod ni tak pernah tak skip.. mesti skip.

Carian Google
Episod hari ni mungkin agak mengecewakan ramai penonton di pertengahan ceritanya bila Dhia di sahkan meninggal dunia secara mengejut. Terus terang sang lekit rilex je. Walau tak tahu kesudahan episod hari ni tadi (masa menonton) tapi hati sang lekit kuat cakap, Dhia tak mati. Dhia kan heroin.. Kalau dhia mati, maka tamatlah cerita tersebut tapi episod tentang Dhia ni kan panjang lagi. Sambil menanti2 apa adegan seterusnya dan akhirnya betul apa yang sang lekit fikir. Dhia tak mati. Belum sempat di kebumikan.. seorang ustaz terlebih dahulu datang & membongkar rahsia sebenar & seterusnya cuba membantu menyedarkan Dhia. Semua pun tahu mak si zikir (tunang dhia) dah bomohkan Dhia bagi tujuan menghalang Dhia & Zikir berkahwin.

Apa yang kita boleh ambil iktibar dari cerita ni adalah.. 'Kuasa syaitan takkan mampu melawan kuasa Allah'. Apa yang berlaku walau syaitan di gunakan sebagai perantaraan tetap ia berlaku dengan keizinan Allah. Takde 1 perkara pun di dunia ni mampu berlaku tanpa keizinanan dari Nya. Selagi belum Ajal.. walau doktor dah sahkan seseorang tu 'Mati' sekalipun, Kalau Allah kata dia akan hidup semula, tetap akan berlaku. Takde yang mustahil.

Dan pada orang yang berperangai macam mak si zikir tu.. Bawak2 la bertaubat yer. Kalau dah sampai macam tu sekali jadi, kalau tak insaf2 lagi memang kebal la. Mungkin dia rasa dia kalau kena bakar tak hangus kot. Apapun sihir memang wujud.. kita tak dapat nafikan.

25 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CERITA TENTANG SEEKOR IBU

12/06/2011 12:46:00 PM suria lekatlekit 20 Comments

Minggu lepas dalam keadaan selera makan kurang stabil tapi hubby ajak makan ayam golek pulak kat sg buloh. Dia je la yang makan.. Sang lekit cuma jamah sikit nasi goreng & lala macam biasa tukang tengok orang makan. Kang lala makan terkejut pulak semua orang, kan?? Kan??

Tengah menikmati makan tu datang la seekor ibu duduk dia bawah meja minta sikit makan. Macam biasa hati ni takkan tergamak nak melantak tanpa berkongsi rezeki dengan seekor ibu comel tu. Dari jauh sang lekit nampak 2 ekor anak dia asyik betul main. Lincah & comel jugak. Jadi memandangkan ayam golek pun order seekor bagi la seketul kat seekor ibu ni.

Kali pertama sang lekit bagi dia makan.. dia makan. Tak gelojoh. Sopan jer.. Habis dia makan, dia tunggu lagi. Sang lekit fikir dia lapar lagi.. Bagi la. Tapi kali ni dia gigit terus dia bawak pergi. Sang Lekit tengok arah dia pergi. Rupanya dia pergi pada anak - anak dia. Dia letak seketul ayam golek yang sang lekit bagi tu depan anak - anak dia. Tersentuh hati seeorang ibu bila tengok seekor ibu duduk dengan tenang tengok anak - anak dia makan. Anak - anak dia makan sikit jer.. Lepas tu sambung main. Ayam yang tak habis anak dia makan tu, baru dia makan.

Tapi apa yang sang lekit kagum.. 1 dari ibu hingga ke anak makan dengan tenang & sopan je. Takde gelojoh atau berebut2. Kedua bila tengok si ibu memberi makan pada si anak. Part tu paling touching giler. Sang Lekit tahu dia sendiri pun tak kenyang tapi dia tetap ingat anak2 dia juga perlu makan. Seekor ibu kucing pun ada naluri keibuan & ada kasih sayang, macam seorang ibu (manusia) yang sanggup bunuh, buang anak sendiri tanpa memikirkan nasib anak itu?? Tidak ia lebih bodoh dari seekor kucing yang tidak di kurniakan akal sesempurna seorang manusia. fikir - fikir kan lah..

20 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GAMBAR ANAK SARAH RAISUDDIN & SHUIB SEPAH

12/04/2011 11:53:00 AM suria lekatlekit 18 Comments

Teruja pulak sekarang ni kalau dengar orang dapat baby. Sejak naik pangkat mummy ni menjadi2 pulak sifat keibuan ni, kan??

Terpandang kat status FB abang aidif alfian (komposer) yang mungkin dia copy paste status dari FB sarah or shuib kot announce tentang kelahiran bayi sulung mereka. Tahniah la sarah & shuib. Akhirnya berjaya merangkul anugerah sebagai mummy & daddy. Kejayaan ni kejayaan paling besar buat sesiapa saja yang bergelar ibu & ayah, kan??



Agaknya macam mana rupa baby boy sarah & shuib tu yer?? Tengok ler kat bawah ni

 Comel baby boy dorang kan?? Sumber : Media Online

18 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KISAH SEORANG IBU DAN JARUM

12/03/2011 01:35:00 PM suria lekatlekit 7 Comments

Kisah seorang ibu bersama anak kecilnya... Minggu ni minggu sakit tapi alhamdulillah hari ni nampaknya dah sepenuhnya baik. Dah ada selera makan sejak semalam & tak muntah2 lagi. Bila dah boleh terima makanan badan pun rasa ada tenaga sedikit nak uruskan rumahtangga. Lala sihat jer tapi cuma meragam dia yang menjadi jadi minggu ni. Lala pun dah ambil suntikkan pertamanya khamis lepas (walau dah lewat 3 bulan). Mula2 nurse minta nak bagi 2 suntikkan terus sebab dah lambat sangat. Katanya nanti mummy yang susah sebab lambat nak habis suntikkan tapi sang lekit cakap takpe. Buat satu persatu dulu. Risau jugak kang di suntik dua2 sekali 1 masa lala punya siren taknak berhenti. Nurse ikut je apa mummy nak. Alhamdulillah.

Carian google
Yang lawaknya masa kat klinik.. Dah janji dengan hubby masa nak ambil suntikkan suruh hubby je masuk. Sang lekit tak nak masuk. Sungguh! Fobia pada jarum tetap tak boleh hilang walau masa pregnant dah banyak jarum keluar masuk kat tangan sang lekit ni. Tu sebab terpaksa sangat. Bila nama lala di panggil kebetulan hubby pergi toilet. Menggelabah dah sang lekit tapi tetap masuk. Nasib baik sang lekit baru je masuk hubby dah datang. Terus pas lala kat hubby sang lekit berdesup keluar. Kat luar, jantung macam nak tercabut. Berdebar bila ingat lala nak kena suntik. Risau, takut tak terkata. Fobia sungguh dengan jarum. Alih2 lala cuma ber siren tak sampai 3 minit pun. Dia bunyi sikit jer masa kena suntik lepas tu diam. Keluar dari bilik suntikkan elok je gelak2 dengan dady. Mummy yang kat luar  dah separuh nyawa berdebar. Aduhai.. Bila agaknya sang lekit mampu atasi ketakutan pada jarum suntikkan. Bukan mengada2 tapi takut pada jarum suntikkan ni dari sejak kecik lagi. Sebab tu sang lekit selalu lari bila nak di suntik masa sekolah dulu. Dari sekolah rendah sampai menengah.

Setiap orang ada kelebihan & kelemahan sendiri.. kan?? Benda ni bukan kita sendiri yang pilih. Macam sang lekit walau amat penakut dengan jarum suntikkan.. ketahuilah wahai kawan2 ku sang lekit dari kecik sampai sekarang jenis perempuan yang tak geli dengan banyak jenis serangga yang kebanyakkan perempuan lain geli. Ulat, lipas, cacing & paling sang lekit suka main dulu cicak. Mungkin tu kelebihan sang lekit. Maka korang jangan harap la akan ada aksi lompat atas meja bila lipas lalu bawah kaki. Malah sang lekit la penyelamat hubby bila ada lipas dalam rumah sebabnya hubby amat penakut dengan lipas. kekekekekekeke

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com