SIREN KECEMASAN TU BETUL2 CEMAS KE?

1/05/2012 09:07:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Tak rancang pun tapi secara kebetulan jer.. Petang lebih kurang pukul 6 petang(31 Dec 2011) kami tiga beranak bertolak balik kampung ke kedah. Sampainya lebih kurang pukul 12.30 malam. Bermalam 2 malam kat kedah..

Lepas tu masa nak balik singgah taiping sekejab rumah maksu (mak sedara sebelah hubby). Singgah sekejab jer.. makan tengahari, lepak2 sekejab petang tu kami teruskan perjalanan nak balik sini. Dalam perjalanan tu terserempak la dengan 1 Ambulan (Ipoh Ambulance).. Masa sang lekit nampak ambulance tu pemandu dia singgah beli buah tepi jalan.. Yang nak di jadikan cerita lepas dia beli buah & memulakan perjalanan dia tetiba je dia laju, mencilok sana sini.. Lepas tu dia pasang siren kecemasan. Tetiba jer kan?? Tadi elok je ko singgah beli buah macam santai sangat. Tak nampak pun macam ada kecemasan. Tak tahu la kot lepas beli buah dia dapat call ada emergency.

Sang Lekit pun tak berapa faham sangat.. Tapi memang agak pelik bila tiba2 je dia laju & pasang siren kecemasan lepas beli buah. Sang lekit ingat kalau ada apa2 emergency ambulance yang stanby kat hospital jer yang akan di pertanggungjawab kan bukan ambulance kat kat jalan raya. Memang ambulance yang di jalanan jugak akan dapat call untuk pergi ke tempat kecemasan ke kalau ada panggilan kecemasan??

Tapi dari cakap2 orang ada ambulance ni tak emergency pun kadang2 dia nak cepat, dia buat2 macam emergency. Pasang siren kecemasan tu. Tapi tu cuma cakap2 orang.. Takde bukti yang sang lekit tengok sendiri jadi taknak la nak menuduh tak tentu punca. Kita pun tak faham kan sistem kerja pemandu ambulance ni. Cuma pelik.. kalau betul ada emergency.. sempat kau singgah beli buah yer bang.. kekekekekekekeke

P/S : Pada para pemandu ambulan harap dorang tak ambil kesempatan guna siren kecemasan tu untuk kepentingan peribadi.. Takut2 ambulance lain lak terpaksa datang angkut dorang nanti. kekekekeke

Jangan jadi macam ni sudah yer.. Gambar sekadar hiasan

14 comments:

  1. tp lebih baik bg je laluan kat ambulan..sbb kita tak taw apa blaku dalam tu..kalo dia tipu dia tgg la kt akhirat sok :)

    ReplyDelete
  2. selalu terjadi jgk masa time jalan tgh jemm hehe

    ReplyDelete
  3. setuju dengan tihara..beri aje laluan dan bersangka baik.

    kalau dia tipu,dia tanggung dosa tu kat akhirat sana..ramai yang dia tipu tu,jangan main2 hahahah!

    ReplyDelete
  4. heheh...
    bini call suruh beli buah kot..
    bini dia garang jadi dia nak cepat sampai umah...ekekek

    ReplyDelete
  5. mgkn baru dpt panggilan kecemasan kot..

    ReplyDelete
  6. memang ada sesetengah yang buat camni... menggunakan kelebihan mereka!

    ReplyDelete
  7. setau rara kadang2 pemandu ambulan ni dorg mmg saje je bunyikan siren tu.giler tol.mcm masa kami kat higway masa jem raya dulu.xde accident apa pon.tp mabulan tu saje bunyi kan siren.hampeh je.

    ReplyDelete
  8. smoga takde la yg berperangai begini

    ReplyDelete
  9. alahai, ambulance pun kena accident mcmni!?kesian...

    ReplyDelete
  10. HAH DULU KAN KAK, MASA KITA NAK BALIK DARI PD KE KL SANGAT JAM..MASA TU BULAN POSE ORANG SIBUK NAK BALIK RAYA..PASTU ADA AMBULANCE NI KEMAIN BERSIREN2 THEN DAPATLAH LEPAS DARI JAM TU CEPAT SIKIT DARI YANG LAIN..

    KAKAK KITA PUN PERNAH CAKAP YANG AMBULANS NI KALAU DIA TAKDE EMERGENCY PUN DEPA PASANG SIREN SEBAB NAK CEPAT..SALAH GUNA KUASA GITU..TAPI ENTAH LA..

    ReplyDelete
  11. ade ke jenis drebar camtu..
    klu utk kepentingan sendiri mmg x patut la..
    aissshhhh~

    ReplyDelete
  12. setiap kali bunyi je siren ambulan tu mesti bg laluan..automatik dah ^_^ hehe

    Izzati,
    www.izwanizzati.com

    ReplyDelete
  13. mmg selalu salah guna siren pun.. last2 terexcident diri sendiri yg malu

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com