APA KELAS SALESMAN??

3.2.12 Suria Lekatlekit 12 Comments

Apa kelas salesman? tak pandang la lelaki kalau keja setakat jadi salesman keta ni.. Jangankan nak jadi laki.. jadi boipren pun bukan kelas aku tau!

Wah statement kau sang lekit tak hingat, kan?? Marah salesman2 seluruh negara. Kau dah lupa ke kau kenal laki kau dulu tu dia keja apa?? Kalau bukan sebab dia salesman kat opis kau keja dulu, maybe kau tak kenal dia. Jangan risau sang lekit masih sedar diri.. Memang asben I dulu salesman proton. I sedar & I tak pernah pun pandang lekeh kat mana2 salesman walau asben I tak jadi salesman lagi sekarang.

Jadi siapa yang cakap macam tu pada salesman?? Cakap!!! Sabar ok.. ceritanya macam ni, seorang hamba Allah ni yang kejanya tak la best mana. Tak sekolah pun boleh apply keja yang dia buat tu.. Taknak la cakap keja apa tapi demand bukan main. Statement tu pernah di ucapkan pada en asben kita (masa tu dia belum asben kita lagi).. Kita yang dengar ni pun terkedu. Setakat kau tu jaga cashier, besar sangat ke jawatan ko tu, kan?? Takpelah.. redha je la kalau dia pandang salesman pun. Masa pun berlalu..

Tup tup sekarang tengok laki dia yang jadi salesman. Bukan salesman jual buku, jual baju mahupun jual kerepek.. Salesman keta jugak. sekarang, Kelas ke tidak?? Orang lain dah buat anjakkan.. alih2 laki kau baru nak jual keta beb! Tu la lain kali nak cakap jangan lancang kuning sangat. Dari pengalaman sang lekit walau tak pernah jadi salesgirl kereta pun tapi bekerja kat admin dept.. kalau tengok profile salesman/salesgirl tu ada yang degree,diploma.. Income dorang pun takde la teruk sangat masa tu. Melainkan sekarang ni mungkin susah sikit nak jual kereta sebab bank negara dah ketatkan syarat pinjaman tu.

Kerja apapun, walau kau tukang sapu pun kalau kerja tu menjana pendapatan yang halal takde hinanya. Tak payah la nak pandang rendah. Lebih baik pandang kedudukkan diri sendiri dulu. Paling2 dia boleh jugak jual kereta.. kau boleh?? Setiap orang ada kemahiran & kelebihan sendiri.. yang tak semua orang boleh buat. Kalau ko doktor pun belum tentu kau mampu repair keta sendiri. Kena jugak cari mekanik, ye dak?? Walau mekanik tu ko pandang comot je manjang.. tapi kalau takde dorang sapa nak repair keta ko?? begitulah perumpamaannya. Moga jadi peringatan kat diri sendiri. Jangan pandang rendah pada apapun pekerjaan orang lain buat selagi yang di cari masih di landasan halal.

P/S : Sory kalau tak dapat bertandang kat blog korang sebab pc sang lekit dah koma.. mungkin dah nak sampai ajal. Laptop yang jarang nak guna ni bila guna amatlah malu2 siput sedut. Nak loading blog sendiri pun tak berapa lepas.. harap paham yer. Tunggu hantar SPA dulu laptop ni. Kalau dia kembali cergas.. boleh la bertandang ke blog korang

12 comments:

  1. hmmm..panjang storynya..leh buat pengajaran kat semua2

    ReplyDelete
  2. nak jadi salesman senang. tapi nak dapatkan sales tengok macam mane kan???

    ReplyDelete
  3. Dah terkena kat idung sendiri...

    http://www.miecyber.com/2012/02/populasi-jepun-semakil-mengecil.html

    ReplyDelete
  4. apa ada pada pangkat harta dan rupa..

    kita semua sama disisiNYA..
    HUHUu..

    ReplyDelete
  5. salesman kereta tempat aku kaya2 wei. lagi kaya dari exec...


    patutlah lama tak nampak batang idung... pc tenat rupenye.

    ReplyDelete
  6. tulah, lain kali jangan nak perkecilkan kerja orang kan?

    ReplyDelete
  7. setiap kerja pun ibadah.. pasti ada keberkatan.. Salam Maulidur Rasul.. =)

    ReplyDelete
  8. x suka salesman

    bukan merujuk kpd jodoh..x suka salesman dtg rumah jek..kekekeke.. xbb x tau nk bg alasan apa untuk mengatakan tidak pada jualan..huhuhu

    ReplyDelete
  9. salam..stuju sgt.. jwtn tue dkt dunia jer..xbek larh nk ngata2 org sbb nt blik kt kita..
    bak kte omputeh 'watz goes aroundz cam aroundz'..so.beringt2 larh sdri..asal rezki tue halal syukur.. :)

    follow blog ni.. :)

    ReplyDelete
  10. manusia suka mengukur status sesorang berdasarkan kerjaya..sabar je la bila berdepan dengan orang macam ni..memang kadang2 boleh hangin jugk..heheh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!