BILA BAWA ANAK KELUAR MESTI ADA BENDA NI JADI

2/07/2012 01:47:00 PM suria lekatlekit 15 Comments

Kadang2 rasa macam diri ini terlalu aneh pada pandangan mata sesetengah manusia bila daku mendukung cik lala di tempat awam. Memang betul dia anak saya, napa tak percaya ke saya mampu beranak??

Kisahnya semalam.. Kami anak beranak keluar sekejab ke tesco beli barang sikit. Masa singgah makan kat KFC dalam tesco tu,, ada sepasang mata macam terpegun pula tengok sang lekit dukung lala sementara asben kita pergi beli makan. Lala kalau stroller tak gerak dia memang taknak duduk dalam stroller jadi kena dukung sekejab. Dia macam tak percaya lala tu anak sang lekit (dari reaksi wajah dia la. tengok hujung2 mata jer reaksi dia supaya dia tak perasan sang lekit perasan dia perhatikan sang lekit). Kemudian dia bagitau teman sebelah dia suruh tengok sang lekit sambil senyum2. Dorang mesti boleh teka memang tu anak sang lekit sebab kami cuma keluar bertiga. Mana ada orang nak bawak adik keluar dating. Nak2 adik yang masih bayi, kan?? Melainkan mak sang lekit dulu jer.. Keluar dating bawak adik (maksu) sampai orang ingat mak kita janda walhal masih anak dara (menurut cerita mak la. Yelah maksu jadi anak yatim sejak dia bayi lagi)

Pandangan macam tu dah biasa sang lekit terima sejak ada lala ni. Dari kat hospital masa lala baru lahir sampai la sekarang, bila keluar kemana2 je dengan lala & asben kita mesti ada mata yang akan pandang macam tu. Kalau yang terlebih ramah akan tegur & tanya terus. Selalunya makcik2 la yang akan meng'confirm'kan teka teki dorang tu. Bila selalu sangat terima pandangan macam tu tertanya jugak sang lekit sendiri.. 'Apa yang dorang fikir bila ibu kurang tinggi ni ada anak??' Dorang fikir daku ni terlalu muda ke untuk ada anak walhal daku bukan terlalu muda seperti yang dorang fikir atau dorang fikir aku yang kurang inci ni tak mampu beranak. Kalau boleh beranak tu macam satu keajaiban la kot.

Sang lekit dah mula biasa dengan keadaan macam ni.. Masa balik kampung haritu pun, waktu pergi ziarag sedara sebelah arwah ayah dorang ingat lala anak adik bongsu sang lekit. Kesian Acu.. status anak dara sedikit tergugat, kan?? Tak kisah la dari pandangan orang2 macam tu terlahir 1 pertanyaan berunsur baik atau mengejek mahupun kagum.. Bagi sang lekit setiap apa yang Allah jadikan itu ada kurang & lebihnya. Tapi percayalah.. Shahila memang anak daku! kekekekekee.. aku mampu beranak, kau mampu?? kekekekekeke

P/S : Pada yang menyinggah, yang add follower yang komen, yang silent reader.. thanks. Sang Lekit masih tak mampu nak BW buat masa ni atas masalah teknikal yang berlaku. Laptop masih belum di hantar untuk di beri belaian kasih sayang maka dia masih lagi demam. Mampu update blog je nak view blog tak lepas. terlalu siput sedut.

15 comments:

  1. atopun selain dorg tgk kak lekit punya anak..maybe dorg tertanya2 "eh ni ka blogger "lekit2 gurl" hik3... wahh makin popular kak lekit kita..hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha
    myb jgk dia pndang smbil ckp
    "eh cutenye baby dia"..

    "eh ni mcm sang lekit blogger femes tu kn"

    hehehe

    ReplyDelete
  3. maknanya cik lekit muda sentiasa la..heheh

    ReplyDelete
  4. knp dorang pikir kak lekit cm tu? tak baik taw..

    ReplyDelete
  5. ada +ve dan -ve di situ..tp bagus entry ni :)

    ReplyDelete
  6. mesti sang lekit ni kecil comel je orangnya sbb tu orang ingat sang lekit masih muda...heheheee

    ReplyDelete
  7. kita ni manusia penuh ngan tanda tanya.. dia curious jek tuh..jgn -ve thinking sgt lar lekit.. ehhehe

    kita lak..anak dara tp org dok pikir anak dua! sbb selalu kuar ngan anak buah..sabau je lar..hehehe

    ReplyDelete
  8. Cb org yg x duduk kt tmpt sy akn ckp mcm tu tp sy yg mgadap ni dh masak sgt.ada yg lancang dpn2 ckp. Memg dh x brpa nk ada rasa tp cuma tr pk sbb tu ada entri ni

    ReplyDelete
  9. hehee...glamer mummy lala..

    nampak mude kut.. :)

    ReplyDelete
  10. buat do no jer ....tapi best sebenarnya ada anak tapi disangka masih anak dara...hehe

    ReplyDelete
  11. biarkan mereka dgn prasangka mereka...

    ReplyDelete
  12. negatif thinking tu kak...hahahaha.... kalo sy, sy pun akan pndang mcm tu gak tapi dlm ati ckp...

    'pehhhhh cute gile bby n mak bby tu...'

    seeee....hahhaahha

    ReplyDelete
  13. bkn apa dik.. akak tau apa yg org excited tgk akak bila ada baby sbb akak ni kecik orgnya. kalau akak sorang takde org nk pandang.. akak ngan hubby org buat x tau je tp bila akak dgn hubby & baby.. wah kemain di beri perhatian. kdg2 akak rimas org pandang2.. tp akak x kisah kalau org tegur sbb tgk akak dukung baby. ada makcik kt klinik dulu.. tegur igt akak dukung adik katanya bila tgk hubby akak dtg baru dia mula confuse & tanya. mcm tu akak x kisah.. tp pandang2 tu akak x berapa selesa sbb mcm2 yg akan akak pk. mula la rasa rendah diri yg rendah ni.. kekekeke

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com