GELAK KUAT & KUAT GELAK

2/29/2012 11:33:00 AM suria lekatlekit 11 Comments

Bila teringat peristiwa gelak ni, tergelak jugak sorang walau tak kuat pun. Gelak tak gelak sangat la, orang tepat orang cakap senyum kambing sorang2. Kisah ni sebenarnya dah lama tapi untuk nak kongsi dengan korang2 semua terpaksa la di ungkit semula.

Carian Google

Kisah ni jadi masa kursus pra perkahwinan, bermakna masa tu belum kawen, masih single but not available la. Tak juga dalam ikatan pertunangan sebab seperti yang korang tahu (kalau dah lama ikuti blog melekit ni la) sang lekit tak pernah bertunang terus nikah je. Masa kursus tu kebetulan penceramah2 kat situ semuanya kelakar2 belaka. Sang Lekit ada satu perangai sedikit comot la.. kalau tengok, tonton, baca @ dengar benda kelakar ni & buat sang lekit rasa ia amat kelakar sang lekit akan gelak agak kuat. Pernah jadi dulu masa zaman2 awal rumaja (sek menengah) sang lekit suka baca Ujang/Apo tengah2 malam. Dah baca komik kelakar mesti la gelak.. tak sengaja tergelak besar sorang2 dalam bilik tengah2 malam sampai mak terpaksa datang jenguk. Risau kot2 tersampuk JINtan manis lak.. Rupanya baca komik. Kena marah kejab. Tapi adik beradik sang lekit rasanya dah tau perangai sang lekit nan comot ni.

Berbalik pada kisah kat kursus pra perkahwinan tu, bila si penceramah tu buat lawak yang buat sang lekit rasa terlalu kelakar sehingga tak mampu nak control ayu semasa gelak maka pecahlah tembelang comot ku bila daku la perempuan kat situ yang gelaknya paling kuat. Sang Lekit tahu bila asben (masa tu boipren lagi la) bagitau sang lekit gelak paling kuat. Korang bayangkan betapa malunya sang lekit bukan pada boipren ku tapi pada orang2 lain yang sang lekit tak kenal.

Tu kes gelak kuat, kes kedua kuat gelak. Sang lekit pernah kena tegur dengan member sang lekit masa tengok wayang. Cerita apa dah tak ingat yang pasti cerita lawak la. Sang Lekit punya dos gelak ni lambat sikit nak habis dari orang lain, bila sampai part yang lawak orang semua gelak termasuk sang lekit tapi orang lain dah habis gelak sang lekit punya dos lawak tu tak habis lagi still gelak2 walau orang lain dah tak gelak. Bila sang lekit je masih gelak, suara gelak sang lekit je la kedengaran dalam panggung wayang tu. Member cuit suruh berhenti gelak. Bayangkan punya la malu. Tapi nak buat macam mana tak boleh nak control.

Walaupun perbuatan tu takde la salah tapi tetap memalukan diri sendiri. Korang ada pengalaman gelak yang memalukan tak?? kalau ada jangan malu2 jom share2 kat sini. kekekekeke

P/S : Jangan gelakkan daku setelah membaca entri ni. Kekekekeke

11 comments:

  1. tu maknenye kak lekit memang seorang ceria la... hehe

    ReplyDelete
  2. hahahaha.. Lekit ni sama kes macam sorang kawan pempuan saya dulu... asal kitaorang main gurau2 sikit terus dia gelak2 kuat2...

    Dulu ingatkan dia saja2 macam tu nak minta perhatian, rupanya mmg dah perangai dia macam tu... Tak boleh nak kawal ketawa dgn kuat bila dah geli hati.. hehehe

    p/s: kadang2 seram juga dengar bila dia ketawa nyaring2 macam tu... macam Langsuir.... ahahahaha..

    ReplyDelete
  3. hihi that's the pure habit. biasanya memang kita tidak boleh lari dengan habit asli yang ada pada diri. well, arisha akan kuat gelak when someone's making funny or while watching the funny scenes at tibi or movie. tapi orang yang kuat gelak ini biasanya seorang yang peramah psssttt! ;)

    ReplyDelete
  4. saya pun kalau tengok cerita kelakar mesti gelak kuat jugak...heheheee

    ReplyDelete
  5. salam cik lekit..baru nak jadi follower..hehe..

    saya pun jenis yang suka gelak kuat..pas tu lambat nak abis gelak..

    macam cik lekit gelak kat dalam panggung tu..ok la gak..sebab orang tak nampak..gelap kan tempat tu..hehe..

    ReplyDelete
  6. salam abby..
    keh keh keh..
    bab baca komik sorang2 gelak tu kita sama..cam hape ntah gelak srg2.. hahaha..

    ReplyDelete
  7. ni namanya gelak pnjang.haa.mmg annoying kdg2 bile kwn gelak camtu tp kdg2 terhibur dgn gelak tawa tu.

    p/s : tul tuh.selamat jam enpon chokia sy tdk dianaktirikan.hee

    ReplyDelete
  8. boleh gelak la tapi nak kena tengok kiri kanan jugak...hehe

    ReplyDelete
  9. aku tak kisah gelak kuat ke kuat gelak ke, aku kuat gelak gak..

    tapi aku ckup pantang dgn orang yg ckp sikit nak gelak, cakp sikit gelak, kdg2 gelak benda yg dia ckp tak lawak pun...rimas aku..

    ReplyDelete
  10. haiyooo..scary tgk gmbo tu mummy..;p

    saye tak tahu la saye ni tergolong ke tak dalam 2 kategori tu..tak pernah ada org tegur lagi..rasenye saye ni kuat gelak kot..;p

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com