JOM KENAL DENGAN ARTIS MESRA BLOGGER NI?

17.2.12 Suria Lekatlekit 16 Comments

Wah sang lekit kau pun jenis gedik pancing traffic dengan up entri pasal artis ke? Bukan pancing ke jala ke bom traffic ke apa ke ni nak cerita pasal sorang artis ni yang sang lekit rasa dia agak mesra dengan blogger2 tepian longkang macam sang lekit ni. Sang lekit nak kata tak pernah baca & komen blog artis ni.. tak jugak. Dari dulu ada la jugak blog artis, blog2 mereka2 yang ada pautan dengan seni hiburan tanah air. Ada la jugak berkomen kat blog dorang tapi nak harap dorang datang balik berkomen, jauh sekali la nak follow blog tepian longkang ni amat la jarang berlaku.

Memandang Retis M'sia yang budget dorang hot sangat or orang2 yang kononnya terlibat dalam bidang seni hiburan tanah air yang susah sangat nak mencemar duli kat blog2 tepian longkang macam sang lekit ni, sang lekit buat tak kisah je. Kalau best isu dia tulis, daku komen tanpa berharap apa2 kunjungan balas jauh sekali la nak menyimpan harapan setinggi KLCC dorang akan follow blog melekit ni. Komen @ kunjungan sang lekit kat blog retis ni bukan pasal traffic ke hapa.. blog sapa2 pun kalau daku suka daku baca & daku komen dengan rela. Kau retis ke, mak retis ke, awek/pakwe retis ke,laki/bini retis ke.. Malas nak amik pot sapa di kau itu.

Tapi ada sorang Retis ni sang lekit rasa dia agak mesra blogger la sebab sang lekit baru je berkenalan dengan blog dia.. daku ada la follow & komen. Macam biasa takde la simpan harapan setinggi KLCC hatta harapan tu tinggi tesco 2 tingkat pun tidak sebab untuk si retis tu datang ke blog melekit untuk jenguk apatah lagi nak komen jauh sekali nak follow kan.. sang lekit sedar siapa blog melekit ni, kan?? Tapi yang berlaku sebaliknya la..

Beliau sudi mencemar duli kat blog sang lekit.. Bukan takat follow (kerja yang mudah untuk sapa2 buat) sudi komen 2 3 entri sang lekit yang terbaru. Kiranya kalau sang lekit ziarah blog dia mesti ada kunjungan balas balik la dari beliau. Artis peti sejuk kot sang lekit sebab tu dia mesra blogger kalau artis ketuhar gelombang micro ni tak pandang punya blog ko tu?? Takde la artis peti sejuk sangat.. Artis ni pernah popular tau. Cuma dia menyepikan diri seketika dari dunia seni kemudian kembali meramal.. Artis tok nujum ke pandai meramal ni?? Tu klu dari lagu beliau yang pernah popular. Kalau ingat lagu Ramalan ku benar belaka maka korang ingat akan Zarul selaku vokalis kumpulan Umbrella. Mesra blogger betul abg zarul ni, sudi dia singgah blog melekit. Ada artis yang dulu hot & sekarang dah beku pun susah nak buat macam tu kat blog melekit. Almaklum la blog ni bukan blog macam hanis zalikha, ben ashaari mahupun Ujang, kan?? jadi siapa nak pandang.

Ni Umbrella zaman 90an

Umbrellla baru record lagu baru yang memerlukan sokongan anda jadi marilah kita sama2 menjengah ke blog abg zarul ni then dengar2 la lagu baru dari Umbrella yang berjudul sayang bersebab. Jom le terjah ke blog Zarul Umbrella

Ni Umbrella yang terkini.. ada sikit penambahan daging2 di badan je tapi maintain ensem kan?? kekekeke

P/s : Bagi mereka yang membesar (bukan baru lahir yer) dalam tahun 90an mesti kenal dengan kumpulan Umbrella yang vokalisnya putih gebu tu. kekekekeke

16 comments:

  1. since haritu nak menjengah tapi tak sempat..nak jenguklah jap lagi..
    memang peminat lagu2 dia masa sekolah menengah dulu..

    ReplyDelete
  2. saya memang minat kumpulan umbrella ni dulu2...heheheee

    hensem semuanya!

    ReplyDelete
  3. abg zarul mmg sporting dan peramah..dengan blogger2 yg lain..

    macam ni laa baru artis yg best :)

    ReplyDelete
  4. memang minat zarul dulu, hehe

    ReplyDelete
  5. salah satu band feveret aku ni dulu nyah, aku suka lagu ramalanku benar berlaka, salah satu lagu yg aku hafal lirik sampai habis. hahaha

    ReplyDelete
  6. Dia memang mesra alam Mummy..
    Hik3!!!
    Dialah artis yg sudi reply semua komen2 dalam tiap2 entry dia..
    Mesra kan?!
    Yg bestnya ayat2 dia susun dalam entry dia best..
    Ayat x skema.. Hik3!!

    ReplyDelete
  7. artis yang boleh dipuji..dia letak dirinya sebaris dengan peminat2..mcm ni la artis yg boleh direspek kan ..semuga dia terus maju :)

    ReplyDelete
  8. oooo kumpulan Umbrella ni.. dah lama tak dengar perkembangan kumpulan yang top suatu masa dulu ni..

    ReplyDelete
  9. kumpulan ni top betul masa dulu..masa tu akak umur 16...bukan lagu ramalan ku benr belaka je yang top..lagu dia yang lain pun siap hafal lagi..heheheh..kemaruk kan masa tu..budak2 ..heheheh

    ReplyDelete
  10. lagu die sedap... evergreen... tapi, apsal menyepi sekang nih?.. tq for info.. ni nak pi jenguk blog tuan punye diri ni...

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah klu dia masih mngekalkan imej mcm tu..

    suka degr lagu kumpulan ni.. bestt..


    nak g terjah la.. :)

    ReplyDelete
  12. dulu masa sekolah2 selalu layan lagu umrella..memang best

    ReplyDelete
  13. fuyyo!! salute atas entry ni..dgn penuh rasa rendah diri terima kasih saya ucapkan..
    p/s putih gebu katanyer heheh

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!