MARI AKTIFKAN MOBILE TEMPLATE DI BLOG

2/16/2012 03:49:00 PM suria lekatlekit 8 Comments

Orang lain sampai naik kusam dah guna sang lekit baru nak merasa. Orang lain tak heran, sang lekit masih jakun dengannya. Orang lain dah berbijik2 tukar pakai, sang lekit baru merasa pegang satu. Apa tu?? Smartphone.

Yelah.. selagi tak uzur enpon tu selagi tu tak bertukar. Nak membazir pun tengok kemampuan diri lah. Lagipun sang lekit tak banyak sangat kegunaan enpon ni selain sekarang kalau berdering pun banyak call dari en asben.. paling tidak pun family dan sekali sekala tu ada la sorang dua kawan lama call. Kalau tak hari2 enpon tu tak asben call, kita call dia, tak dia sms, kita sms dia. Tu je la fungsi enpon. Kalau kredit abis, telefon rumah jugak di belasah. tapi jarang kredit abis selalunya access expired je.

enpon tua sang lekit yang sang lekit guna hampir 4 tahun tu walau masih berfungsi tapi sangat uzur. Orang tua la katakan.. kejab2 dia tertidur. timing dia pun akan jadi tak betul bila dia tertidur & kita kejutkan. Jadi asben dengan penuh simpati hadiahkan la berry hitam. Bila dapat berry hitam tu merasa la online guna enpon dengan connection streamyx wireless kat umah ni. Tapi bila nak buka blog dari enpon kadang2 view dia jadi kucar kacir sikit. Dan kebetulan hari ni jumpa entri akak Puan Stobery yang dah lama tak singgah ke blog melekit ni. Tak tau la kenapa.. mungkin ada dia terasa hati apa2 kot dengan sang lekit yang sang lekit tak sedar. Kalau sang lekit terbuat salah tu sang lekit minta maaf yer kak reen. Kak reen ni satu2nya blogger yang sang lekit pernah jumpa masa tengok cerita Rapunzel hasil tiket free dari nuffnang. Tu pun dah lama sangat. sebelum lala wujud lagi. Sekali tu je la jumpa lepas tu.. takde jumpa2 dah. Almaklum la sang lekit lepas je kawen hanya bersosial dengan asben je. Pun macam tu hidup ku tetap indah juga.

Berbalik pada mobile template tu kalau korang nak aktifkan boleh rujuk ke blog akak Puan Stoberi. Dia ada bagi tutorial yang sangat jelas & mudah di fahami. Jadi kelebihan yang kita dapat adalah kalau orang nak view blog kita melalui enpon ni jadi lebih mudah dengan mengaktifkan mobile template. Apa lagi.. ayuh kita aktikannya. Rujuk entri ni untuk aktifkannya Mobile Template.

8 comments:

  1. wah dapat BB eh..memang patut activate kan tu tau..

    ReplyDelete
  2. terima kasih berkongsi sang lekit... kita pun tak tahu gak selama ni! heheheeee..

    ReplyDelete
  3. TQ mummy share info pasal ni.. Ibu x tau langsung pasal ni.. ;)

    ReplyDelete
  4. pakai hp biasa lagi ...malas nak guna smartphone....jadi pening...hehe

    ReplyDelete
  5. salam Lekit.. ya, rasanya saya pun macam jarang dah singgah sini.. ehehehe..

    cakap pasal smartphone ni kan, saya pun baru ja beli Samsung Galaxy Note.. tapi beli dan pakai macam tu.. sms dan kol. memang tak reti lagi nak guna.. ahahaha... gara2 ikut orang lah ni..

    mcm menyesal gak beli mahal2 ni.. setakat call sms baik pakai hp lama... apa pun dah terbeli, pakai je laa.. nanti2 tau lah kan kepentingannya..

    ReplyDelete
  6. saya ni pakai Nokia 2g lagi 2mp camera

    ReplyDelete
  7. sekali sekala dpt guna semat pon (smartphone)..kelassssss.. :P

    cma dah activate tp lom cuba lagi..usaha nk catch up.. :)

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com