MALU MAK.. NAK!

3/22/2012 03:06:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Kita sedia maklum kes budak 15 tahun yang kononnya di culik masa pergi beli topup alih2 jadi kes lari ikut jantan. Rakyat malaysia yang prihatin pakat dok share la berita penculikkan minah ni.. Sang lekit dari awal lagi rasa minah tu tak kena culik. Rasa hati ni kuat mengatakan lari ikut boipren la tu. Sebab tu sang lekit tak share. Tup.. Tup.. betul la pulak.

Yang si minah ni kau nak lari dengan jantan pun jangan la menyusahkan orang lain & memalukan mak bapak & seluruh keturunan kau. Bukan salah mak bapak kau canang kat media.. sebagai mak bapak harus dorang risau & buat apa saja nak selamatkan anak dia dari jadi mangsa jenayah ini adalah salah kau yang tak reti nak jaga nama baik family kau.

Sapa tak boleh halang kau nak lari dengan jantan mana pun tapi lepas kau lari tu bertanggungjawab la sikit. Sms la kat mak bapak kau bagitau kau bukan kena culik. Kau ada kat tempat selamat supaya kes kau tak di canang seantero malaya. Cukup la jiran2 tetangga kau je tau kau lari ikut jantan jangan sampai satu dunia tau. Kesian mak bapak kau tu. Kau dah confirm kurang ke'malu'an tu sebab tu kau tanpa was was ambik keputusan macam tu.

Sebab benda2 macam ni la orang ramai malas nak prihatin dah. Lebih2 kes remaja.. Kebanyakkan bukan di culik tapi lari ikut kekasih. Dan sebab itu jugak sang lekit malas nak share kes2 macam ni kat FB. Lain la kes budak2 hilang. Dah sah2 dorang tak lari ikut kekasih tapi di larikan. Teringat pulak kes mistik rekaan anak dara dari terengganu dulu tu.. Kononnya di larikan Jin last2 kes tu lepas siasatan polis rupanya dia yang dok asyik seludup keluar dengan kawan2 dia malam hari lepas tu buat cerita Jin yang sorokkan dia. Kejab kat kubur, kejab kat gunung, kejab kat hutan.. tup tup polis jumpa tiket bas. Jiran dia pun pernah cakap nampak dia keluar naik kereta dengan seseorang pada malam yang di dakwa dia hilang lagi tu. Paling best bomoh2 yang tolong rawat dia tu.. sekali dengan bomoh2 tu pun temberang. Tu lawak mistik yang paling kreatif yang pernah sang lekit dengar. Harap2 adik2 kat rumah tu jadikan sempadan dari buat benda2 macam ni. kesian orang tua korang.. Malu mak.. nak!

17 comments:

  1. tau tak pe...mmg malu... boleh pulak dia pegi lari ikut boipren...kalau ye pun nk ikut cite drama hagak2 la kan... tak pikir panjang btol budak ni... kesian kat fmily...

    ReplyDelete
  2. bebudak ni buat benda ikut sedap hati je kan..malunya lah mak bapak..buat penat je satu malaysia risau..

    ReplyDelete
  3. memang malu la.....xpe, buat sbg pengajaran

    ReplyDelete
  4. Mas pun dah agak dah... sebab kes macam ni dah banyak sangat! lagipun cara penculikan dia tu nampak mudah je..

    ReplyDelete
  5. huhu agak kiciwa sikit pasal kes ni....sian mak ayah dia...huhu

    ReplyDelete
  6. kesian sgguh kat mak dia. sampai nangis2 dah. tu yg kita nampak kat tv, yg kita xnampak? ishh. xbaik dia buat mcm tu la..

    kalau ayah saya la, xhidup dah saya rasanya.. ekekekek..

    ReplyDelete
  7. bukan skang zaman dh canggih ade hp ke? haiya... bagus jugak aku mmbesar takde hp

    ReplyDelete
  8. budak2 skang tau nak seronokkk jek.. x pikir masa depan sungguh..hurmmm..

    ReplyDelete
  9. sian kt parents dia..
    sungguh...betul2 simpati kat ibubapa dia..
    aduh fatiha..... :'(

    ReplyDelete
  10. ntah le mummy lekit..bebudak skang ni pelik2 benau perangai memasing..nak jadi ape pun taktau deme sume tu..
    (-_-")



    psstt..nak design belog ke? hehe..bules sajo..pm kat email eh kalau mahu..;p

    ReplyDelete
  11. kita satu geng! aku memang dari dulu malas nak share pasal kes org kena culik ni, nak2 remaja.... sebab byk sangat kes lari ikot laki!

    ReplyDelete
  12. As salam dear,

    Ish, itulahkan... Mula2 dgr cerita ni rs mcm Msia dah tak selamat pulak... Mcm byk sgt gangster kat luar tu..alahai... mereka ni tak fikir akibat & bahananya tindakan mereka tu...Nauzubillah jd pd anak2 kita...

    Salam perkenalan dear~

    ReplyDelete
  13. betullah, teringat lak kes budak dilarikan jin kat Tganu tu, hahaha.. sabar ajelahhh..

    ReplyDelete
  14. ni la yg sedih sngt. ada dngr kat berita, bukan main lagi mak dia nangis, ank girl, kena culik. lpas tu, dpt tau pula ank lari dgn jantan. uihhh, gila tol. kecian mak bapa.

    ReplyDelete
  15. menyampah gila ngan kes kes macam ni

    ReplyDelete
  16. kesian laa kat mak ayah
    yang penat2 membsarkan kite.. :(

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com