28 APRIL 2012 BUKAN SEKADAR BERSIH

4/28/2012 12:34:00 AM suria lekatlekit 8 Comments

PERHIMPUNAN BERSIH kali ni jatuh pada tanggal 28 April 2012. Maka dengan ini pasti sana sini jalan di tutup.. roadblock. Tahun lepas punya bersih sang lekit tengah pregnant. Ingat lagi masa nak keluar shopping barang2 shahila yang masa tu masih dalam perut.. Macam2 polis tanya. Asben cakap nak pergi check up jer. Abang polisi dengan perut sang lekit dia pun malas nak soal siasat dah.. maka terlepas la kami.

Carian Google. Sekadar hiasan

Tahun ni 28 April 2012 bukan setakat mencatat sejarah perhimpunan bersih tapi juga dorang tumpang hari besar sang lekit. Bukan hari lahir tapi hari Ulangtahun perkahwinan sang lekit bersama asben yang ke 2. Pejam celik dah 2 tahun daku bersuamikan asben ku. Sepanjang 2 tahun ni hadiah yang terbesar dalam hidup kitorang adalah Cik Lala @ Shahila. Hadiah yang takde jual kat mana2. Hadiah yang tak mampu di beli dengan harta dunia. Hadiah yang di Anugerahkan & di amanahkan Allah kepada kami. Alhamdulillah..

Selama 2 tahun bergelar Isteri.. Perjalanannya tak semudah seperti orang2 lain. Tapi sang lekit bersyukur, sabar adalah kunci kebahagian hari ni. Hadir shahila dalam hidup kami banyak mengubah kehidupan kami. Shahila bagai cahaya.. Terima kasih anak sebab munculkan diri dalam hidup mummy & daddy & mengubah banyak perkara menjadi lebih baik dari sebelumnya. Betul kata orang anak adalah pengikat hubungan rumahtangga.

Sang Lekit takde demand apa2 pun untuk 2nd Anniversary ni. Kalau ada.. ada la. Takde pun takpelah. Tak bagi pun tak marah tapi kalau bagi pun tak tolak. kekekekeke. Apa yang sang lekit harap Shahila membesar dengan adanya dua insan paling bermakna disisinya. Moga Tuhan panjangkan jodoh ini hingga ke akhir hayat kalaupun bukan untuk kami tapi untuk shahila supaya dia membesar dalam keluarga yang sempurna. Aminnnnn....

 Gambar ni masa lala 4 bulan. Atas Feri (penang)

8 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BILA KAKI JUDI BAGI NASIHAT JANGAN BERJUDI

4/26/2012 11:44:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

Bukan nak perlekeh sapa2 tapi rasa macam kurang sesuai la pulak bila si kaki judi yang kantoi berjudi lepas tu bagi nasihat kat orang lain supaya jangan berjudi. Padahal belum pun 24jam dia kantoi terus insaf. Amboi cepat betul dia dapat hidayah.. Masalahnya dia betul2 insaf on the spot ker?? Ke insaf masa tu jer.. lepas dah settle, terus kembali ke hujung jalan sesat balik..

Nak tergelak pun ada tengok 999 tadi kat TV3. Biasa la kes pusat judi online di serbu maka ada la sorang dua pesalah (penjudi) di temubual. Muka memang kena block.. Alkisahnya, bila di temubual tu jawapan dia alahai...

Carian google

Ada sorang tu siap bagi nasihat judi ni merugikan.. tak berfaedah bagai.. agaknya kalau tak kantoi dia akan insaf dengan kata2 yang dia cakap tu?? Mesti wartawan tu yang suruh bagi moral of the story tu.. Nampak sangat hipokrit. Kena tangkap terus kejab2 tu insaf & bagi nasihat kat orang lain. Agak2 la wartawan pun.. Kalau kau suruh dia bagitau kesan dari ketagih judi tu pada diri dorang pun nampak realistik sikit dari kau suruh dorang bagi nasihat sebabnya dorang tu masih lagi perlu di nasihati. Lepas kantoi tu belum tentu dia tak berjudi lagi. Ketagih judi ni pun susah nak hilang. Sekali kantoi masuk 999 tak nampak muka apalah sangat bagi dorang, kan??

Tak di nafikan kadang2 wartawan ni (sesetengah jer tau) suka tanya soalan yang rasa macam minta pelempang jer. Orang tengah sedih anak/mak/bapak/family meninggal dia boleh lagi tanya apa perasaan orang tu. Kalau dah tengok sedu sedan dengan hujan airmata umpama musim tengkujuh tu orang pun dah tau.. Yelah, ko nak orang touching bila tengok kan?? Tak terfikir tetiba dia jawab.. "Makcik suka bila dapat tau anak dara makcik mati kena bunuh. Rasa macam menang loteri jer . Sukanya makcik!" dengan nada sedu sedan & linangan air mata. Nak2 lagi masa tu live pulak tak sempat nak edit2 dah.. macam mana?? Tapi setakat ni takde la orang hangin macam tu lagi bila wartawan tanya soalan yang bukan saja wartawan tu tau jawapannya malah orang yang tengok pun dah boleh teka jawapannya.

Tapi tembual kaki judi oleh wartawan 999 tadi memang kelakar Si luncai. Rasanya kawan2 si kaki judi tu tengok pun terbahak2 gelak. Ntah2 dengan sikaki judi yang di temubual tu pun tengok dia gelak sebab dia sendiri tak sangka akan cakap macam tu. Tapi harap2 nasihat kaki judi tu bukan untuk orang lain jer.. malah dia sendiri akan mempratikkan lepas ni. Insyaallah.


P/S : Pun begitu kita ambil yang positif jugak.. kalaupun dia bagi nasihat tapi dia tak insaf kita yang belum buat jadikan teladan & pedoman supaya tak terjebak.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

4 TAHUN BULAN 4.. AKHIRNYA DIA PERGI JUA

4/25/2012 04:04:00 PM suria lekatlekit 10 Comments

Dia dah lama juga berjasa. Bulan 4 dia datang.. Bulan 4 selepas 4 tahun kemudian dia pergi. Perkhidmatan dia hanya setakat itu je. Apa kan daya.. setiap yang hidup pasti ada akhirnya. Terpaksa redha juga & cari penganti untuk meneruskan perjuangan pada benda2 yang masih hidup.

Itulah kisah power supply PC sang lekit. Meletop dalam minggu lepas kalau tak silap. Sebelum ni pun dia pernah pengsan sekejab tapi bila di cuci dia nampak macam sihat lepas sebulan macam tu dia pengsan sekejab.. lepas tu koma & akhirnya meletup selepas sang lekit cuba bagi CPR dengan menolak kipas beliau dengan screw driver. Dan sebab tu la sang lekit tak dapat nak membuat lawatan sambil belajar ke blog2 korang tapi terharu ada kawan2 blogger yang masih setia datang jenguk & berkomen kat blog melekit ni. Laptop bervirus & sangat sakit tu la sang lekit guna sekejab2 untuk update entri. Nak BW tak dapat sebab pergerakkan dia sangatlah siput sedut masak lemak.

R.I.P yer.. Thanks sepanjang perkhidmatan kamu

Semalam yang pergi dah berganti. Kalau pergi hantar kedai maunya RM80 termasuk upah pemasangan padahal power supply tu boleh dapat dengan harga RM35 jer.. bukan susah nak pasang pun. Kalau kat kedai service pc ni harga barang je dah cecah RM75 (sang lekit pernah beli yang rosak tu dengan harga tu). Tanya dia kalau siap pasang.. dia cakap RM80. Upah pasang je RM10 tapi maybe discount kot RM5. Asben beli kat lowyat baru RM35.

Sebab tu la sang lekit lebih suka guna pc sebab tahu la serba sikit pasal pc ni. Takat nak repair benda2 kecik.. nak format & Install tu takde masalah. Laptop sang lekit memang tak berapa pandai. Tau guna jer..  Sebab tu la penting bagi kita untuk belajar sendiri basic tentang benda yang kita selalu guna sebab kalau hantar service benda kecik pun dorang charge melampau2. Rajin2 la google.. Banyak tutorial. Setakat nak format & Install tu, berlambak ada kat google. Tapi bagi yang kaya raya tu tak kisah la. Duit berkepok2 dalam poket sampai tak tau nak buat apa setakat RM80 tu mesti celah gigi dia je kan?? Tapi sang lekit suka belajar.. (benda yang minat je la). So, sang lekit suka cuba sendiri dulu kalau tak boleh baru guna khidmat orang lain.

Pada mereka2 yang sudi baca entri, komen & follow blog melekit ni Insyaallah kalau ada lapang sang lekit terjah yer. Sekarang tak berapa nak lapang. Lala baru tidur jadi kena siapkan kerja2 yang ada 1 2 lagi tak berapa nak siap sebelum Puteri Sang Lala bangun.

10 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SENYUMAN PALING MAHAL

4/24/2012 02:24:00 PM suria lekatlekit 11 Comments

Setelah 8 bulan sang lekit berusaha dengan sedaya upaya.. akhirnya dengan semangat yang tak pernah putus asa berjaya jugak. Susah sangat. Tak semudah macam ibu2 lain. Macam2 aksi badut sang lekit lakokan sebelum ni tapi tak berjaya.

Apa benda yang sampai kena buat aksi badut ni?? Kisah Cik Lala puteri sang lekit la yang susah sangat nak senyum bila nampak camera tuju kat muka dia. Lala memang tak murah senyuman kalau dengan orang2 dia tak kenal. Tapi bukan la dia jenis susah senyum. Kat Rumah senyum tawa dia memang setiap hari tak pernah miss pun. Yelah dengan mummy & daddy yang sejak lahir dia kenal mesti la dia senang senyum. Tapi bila sang lekit cuba snap pic dia senyum.. auto dia buat muka kerek. Dia akan pandang camera tapi dengan muka takde perasaan. Tiap2 hari juga try dapatkan shoot senyum dia.

Tapi bulan kelapan ni sang lekit berjaya jugak snap beberapa gambar lala senyum & ketawa. Punyalah teruja sampai tulis entri ni. Bagi korang mungkin biasa la dapat snap gambar baby korang senyum tapi bagi sang lekit macam dapat Anugerah Jurukamera terbaik pula bila berjaya ambil gambar lala senyum & gelak. Memang susah sangat. Kalau korang perasaan sebelum ni gambar2 lala yang sang lekit Upload mana ada gambar lala senyum apa lagi ketawa. Bagi mengabdi memori ni.. Maka benda ni harus di sejarahkan dalam blog melekit. Jom tengok senyuman lala yang menawan kalbu mummy & dady nya ni..

 Tu dia sekali gelak besar dapat snap.. Tapi kena jadi badut dulu la mummy

Senyuman yang terlepas.. bila dia perasan orang snap terus dia lock senyum dia

Senyuman paling mahal dari Cik Lala Ku

P/S : Pc Masih ICU.. Maaf tak dapat buat lawatan ke blog sesapa lagi.

11 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

OH LALA

4/20/2012 04:52:00 PM suria lekatlekit 9 Comments

Bulan kelapan sudah.. Anak mummy sudah besar walau size kecik. Akal semakin banyak.. Ragam pun sama. Suara dia pun dah macam bunyi keluar. Adada.. apapa.. Amamama... Macam bahasa tamil pun ada jugak. Baru belajar angkat2 bontot tapi masih tak berjaya. Mungkin lambat sikit lala berbanding baby lain progress dia tapi lala sentiasa menunjukkan minat untuk belajar sesuatu & aktif jadi mummy jangan la risau yer. Selagi dia menunjukkan perkembangan walau lambat tapi normal la tu. Bak kata ayat penyedap hati yang sering orang cakap.. "Setiap bayi berbeza perkembangan dia. Ada cepat, ada lambat ada yang suka skip step, ada yang berkembang secara standard mengikut umurnya."

Lala tengah tidur sekarang Jadi mummy boleh update blog (Tidur sambil bersenam namanya. kekeke)

Lala dari permerhatian sang lekit sebagai mummy agak lasak & kasar. Tapi amatlah tidak peramah. Haritu jumpa nenek June (Kawan sang lekit dari sabah) pun nenek June cakap lala takde perasaan. Sampai hati nenek June.. kekekekeke. Lala dengan orang baru dia jumpa cuma 1 je perasaan dia ada.. "Kerek!" Nak dia ramah & mesra kena selalu datang jumpa dia. Macam Ateh An Lala.. dulu dengan Ateh jenuh Ateh An mengomel, mengusik, menyanyi.. Dia buat tak tau je tapi sekarang dia sangat mesra dengan Ateh An. Lala tak mudah menangis tapi dia mempunyai vokal yang high pitching kalau menjerit & menangis. Tak payah pakai mic dah.

Lala & Ateh An. Kami sedang picnic kat Sg Pisang.(Tempat mummy & dady selalu BBQ sebelum lala wujud dulu)

Lala dah makan bubur nasi+kentang+carot+Udang+Ayam (Tu Favourite lala) secara rutin. Bermakna hari2 dia akan makan. Tapi hari ni lala taknak makan pula. Mungkin dia kenyang kot masa sang lekit bagi makan tengahari tadi. Lala masih dengan hobinya Hisap Jari. Lala still susah senyum bila bergambar. Lala pun tak banyak koleksi mainan.. Dia main apa saja depan mata dia. Kadang2 dia korek2 mata lola (teddy lala), kadang2 dia kunyah loceng sunflower dia, kadang2 dia picit2 remote control tv, kadang2 dia geget enpon beri hitam mummy, kadang2 dia tekan2 kebot mummy & dia hanya banyak habiskan masa dengan jari dia. Tapi lala tak kisah tak banyak mainan pun sebab dady dah janji nak main masak2 belakang pintu dengan lala bila lala dah pandai main. Wakakakaka.. sungguh kelakar bila mummy bayangkan.

Lala dah genap 8 bulan hari ni... Dah semakin baik. Sang Lekit dah melepasi Zon 3 bulan pertama yang sangat2 menguji mental & fizikal.. Bagi yang baru je bergelar ibu & ayah tu kalau 3 bulan pertama ni anak kuat meragam & menangis tengah malam sabar yer.. Nanti lepas zon 3 bulan tu Insyaallah semuanya akan semakin mudah. Tapi tak senang sangat la. Cuma mudah sikit.

P/S : Sungguh mummy tak sabar nak dengar lala panggil MUMMY.
P/S : Setiap orang ada cara sendiri membesarkan anak tapi bagi sang lekit tak payah membazir sangat beli mainan banyak2. Beli ikut perkembangan dia. Esok dia dah pandai minta belikan itu ni kang tak terbeli lak. Jadi tunggu masa dia pandai buat pilihan..

9 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SEDUT HINGUS DENGAN MULUT

4/17/2012 02:36:00 AM suria lekatlekit 7 Comments

Yang tengah makan mungkin terbantut sikit selera bila baca tajuk entri ni kan?? Bukan la nak buat cerita geli2. Nak tau apa cerita di sebalik tajuk yang meloyakan tu teruskan membaca hingga ke noktah terakhir entri ni.

Alkisahnya semalam cik lala @ shahila anak dara kecil ku kena selsema + batuk yang tak berapa serius. 2 hari sebelum tu lala demam 5 jam (Sang Lekit perasan dia demam lebih kurang pukul 4.30pagi masa bangun nak susukan dia & dalam pukul 10 pagi suhu dia kembali normal & dia tak menangis lagi). Sang Lekit memang jenis mengelabah bila anak mula menunjukkan tanda2 akan jatuh sakit. Bila tengok ciri2 selsema mula berdamping mesra dengan lala mula terfikir 1 kisah ni yang pernah sorang akak yang ada 2 orang anak (masa tu la.. sekarang tak tau la berapa dah anak dia. Mungkin bertambah mungkin setakat 2 tu je kot).

Masa akak tu cerita sang lekit masih anak dara 18 tahun. Dah anak dara confirm la belum kawen apatah lagi nak beranak dara macam sekarang kan?? Cerita dia pasal anak dia kena selsema. Bila kena selsema ni memang hidung akan tersumbat & susah bernafas lalu menangis la si anak kecil yang masih tak tau nak protect diri sendiri. Dia kata masa tu dia cuba sedut hingus dengan mulut dia. Kita dengar mungkin geli tapi bila terfikir kasih seorang ibu tu memang takde batasan geli. Sekarang sang lekit akui memang bila dengan anak sendiri kasih sayang tu mengatasi lain2 perasaan. Bila kita dalam kecemasan.. Keselamatan & keselesaan anak akan menjadi benda pertama kita fikir.

Tapi sang lekit takde la sedut hingus lala dengan mulut. Selsema dia tak sampai tahap serius pun. Malam semalam sang lekit sapukan baby Balsam & tutup semua kipas supaya tak sejuk & lala boleh tidur walau dia ada juga terbangun menangis sekejab sekejab sebab mungkin tak selesa dengan selsema tapi pernafasan dia masih ok. Pagi tadi bawa gi klinik.. Ubat yang doktor bagi tu Alhamdulillah mujarab. Lagipun sang lekit tak biar selsema tu sampai serius. Walau sikit elok la di cegah supaya tak melarat. Tapi terdetik juga di hati kalau terpaksa sedut hingus lala dengan mulut sang lekit sanggup buat asalkan lala ok.

Bila pergi klinik tadi Dr Timbang berat lala.. berat dia turun sikit dah gundah gulana hati mummy. Walau sekejab je demam berat lala dah susut. Dah la anak dara daku tu kecik molek sejak lahir.. Jenuh juga sang lekit nak pujuk dia makan sampai la dia nak makan macam sekarang. Nasib baik selera makan lala masih ada walau kena selsema & batuk. Sebagai pemujuk hati.. sang lekit fikir, takpe la dia kecik sikit dari kawan2 yang sebaya dengan dia asalkan dia sihat, sentiasa aktif & selesa pun dah ok (walau dalam hati ni tetap tu tak puas hati. Nak juga lala membesar dengan size yang macam baby2 sebaya dengan dia).

Lala dengan Acu yang tak nampak kepala

Sekarang lala tengah nyenyak tidur tanpa gangguan macam semalam lagi. Cuma mummy je tak ngantuk2. Dady lak takde malam ni.. Pergi johor. Kejab lagi kena gam jugak mata ni takut esok lala bangun, mummy lak yang tersengguk2.

P/S ; Kipas power supply pc meletop.. maka pc koma. Tunggu tukar dulu baru boleh BW, Laptop ni ada masalah tak boleh loading blog. Boleh buka sampai header je.

7 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

CIKGU SHIDA PENGOTOR

4/15/2012 12:37:00 AM suria lekatlekit 27 Comments

Lama rasanya tak mengupas ngupis pasal cikgu shida yang dah tak berapa Ratu lagi dalam arena miming beliau tu.. Berani kau lekit cakap dia tak berapa Ratu dah!! Kau ada bukti keratuan dia tu dah semakin terhakis?? Bukti tu takde la tapi melihat dari jumlah fans yang like & komen status kat FB dia tu semakin kurang, dari situ la sang lekit rasa keratuannya mula tergugat. Video miming tak tau lak pulak views dia masih juta2 lemon lagi macam dulu ke tidak sebabnya cikgu shida cakap kalau tak minat jangan tengok jadi sang lekit ikut cakap cikgu la.

Berbalik pada cerita pasal cikgu shida pengotor ni.. Bukan fitnah tau. Seperti biasa kenyataan ni di tulis oleh cikgu shida sendiri kat FB dia. Betul ke tidak.. Dia je yang tahu. Kalau betul tu minta di ubah lah yer.. Buruk sangat perangai tu. Tak elok jadi teladan kat murid - murid nanti. Kalau tak betul.. motif buat kontroversi macam tu?? Nak meragut kembali keratuan yang mula terhakis ker? Or saja je nak tarik perhatian sang lekit supaya tulis pasal cikgu shida dalam blog melekit ni?? kekekekekekekeke

Apa yang beliau buat sehingga dia sendiri labelkan diri dia sebagai pengotor tu?? Sang lekit tak nak taip semula korang baca la pengakuan cikgu shida sendiri yang sang lekit dah printscreen cecantik buat tatapan semua.. Sang Lekit tak rasa benda ni membuka aib cikgu shida sebab dia sendiri yang rela hati buat pengakuan ni.. & Sebarkan di FB beliau. Atas sebab apa tak pasti yang pasti sang lekit tertarik nak tulis pasal ni.


Tak tau la kenapa la cikgu shida ni suka buat kenyataan yang agak kurang cerdik & memalukan. Ke dia anggap benda ni dah lawak sangat buat orang gelak terbahak - bahak?? Cikgu shida ni agaknya perangai dia bila la nak dewasa yer.. ??

P/S : entri mengubat kerinduan pada cikgu shida. Wakakakakakaka

27 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

INI PENDAPAT AKU PASAL AaRON AZIZ MENANG

4/12/2012 02:05:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Kecoh pasal Abang Aa.. menang ABPBH. Kalau dia tak menang rasanya tak kecoh. Tapi kenapa lepas menang je kecoh. Ni sang lekit nak berhujah sikit.

Orang kata rumah siap pahat masih berbunyi.. Itulah perumpamaan yang paling sesuai & memang dah biasa di gunakan selepas apa2 majlis anugerah industri seni malaysia ni. Mesti ada yang tak puas hati dengan keputusan. Macam kes Abang Aa kita yang menang bintang paling popular tu. Masa tercalon takde sapa nak pertikaikan pun. Bila dah menang ada pulak orang pertikaikan.

Kalau rasa dia memang tak layak untuk menang sebab dia bukan warganegara Malaysia kenapa masa dia di calonkan takde sapa cakap apapun. Patutnya kalau betul dia tak layak sebab bukan warganegara, pencalonan dia pun harus la di pertikaikan. Sebab dia menang je ada mulut mula bising.

Dalam kes ni bukanla sang lekit sokong bakat luar.. (padahal aku bukan kesah sangat sapapun menang) tapi majoriti yang memilih dia sebagai paling popular. Kita bayangkan Aa.. tak menang rasanya ada tak orang pertikaikan kenapa dia tercalon?? Takkan kan?? Jadi bila tengok kontroversi ni jadi selepas dia menang apa yang sang lekit dapat simpulkan yang bersuara tu bukan pasal nak menyangkat sangat pejuang seni tempatan yang berasal dari Malaysia tapi lebih kepada 'Cemburu' pada kemenangan Aa.. Orang lebih suka dia dari yang lain, lumrah la mesti ada yang jeles sebab bukan dia yang dipilih rakyat Malaysia.

Carian Google

Sang Lekit komen pasal ni bukan la sebab sang lekit ni Fanatik dengan Aaron Aziz.. Nak kata minat tu takde sangat pun & Bukan juga Hater pada Zed Zaidi.. Kadang2 enjoy juga dengan lakonan Zed Zaidi tapi cuma bagi pendapat sang lekit pertikaian macam ni kalau betul la berniat menjaga martabat pejuang seni tempapatan & status kelayakkan seseorang artis tu untuk menang sesuatu anugerah harus di persoalkan sebelum keputusan di umumkan. Bermakna masa tahu orang calon dia.. Pertikaikan masa tu. Bukan jadi pertikaian setelah ada keputusan. Nampak sangat la ada rasa 'Cemburu' kat situ. Kan??


P/S : Dari awal lagi sang lekit memang pelik pasal kontroversi ni. Sebabnya keputusan berdasarkan undian peminat. Kalau dia tak tercalon orang tak undi. Sapa suruh calonkan dia kalau dia tak layak sebab status kewarganegaraan & kenapa masa pencalonan di umumkan takde sapa cakap apa2 pun?? Fikirlah dengan akal bukan dengan hati.

P/S : Ke memang dia hanya layak tercalon tapi tak layak menang?? Yang hanya layak menang ada MyKad, yang takde boleh tumpang tayang muka je dalam pencalonan?? Pelik pula kalau macam tu sistemnya. 

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AMPANG & JLN TUN RAZAK JUGA TURUT TERASA GEGARAN GEMPA BUMI

4/11/2012 07:03:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

 Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.
Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

 BERITA SELANJUNTNYA SILA CLIK :
myMetro | Gempa bumi kuat gegar Aceh, gegaran dirasai di Semenanjung Malaysia

p/s : sekadar berkongsi infomasi di blog bukan sebab traffic.

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

GROUP FB PUNCA 50 RIBU SAMPAH KENA BUANG

4/09/2012 07:44:00 AM suria lekatlekit 16 Comments

Satu masalah besar aku rasa patut di jadikan isu supaya kita semua beringat sebelum buat. Ramai dah suara2 meluahkan perasaan marah, tak puas hati & geram dengan benda ni termasuklah diri sang lekit sendiri. Memang benda ni jadi masalah.. Mula2 tak kisah tapi bila jadi beban rasa hangin jugak separuh badan.

Kau ni sang lekit kalau buat mukadimah tak berkias2 tak boleh ke? Apa benda masalah sangat tu?? Ni yang sang lekit nak cerita ni.. Masalah ni berlaku kat Facebook. Group2 kat FB ni tumbuh bagai cendawan  selepas hujan. Macam2 group ada.. tak kira la group semasa, group politik, group2 blog.. Nak cerita tema2 group ni panjang sangat di pendekkan cerita yang jadi masalah bila group2 kat FB ni makin banyak.

Carian Google

Tau la korang baik hati nak ajak kita2 ni join group2 yang best di samping memperbanyakkan lagi ahli dalam group tersebut maka dengan hati yang ikhlas tulus suci murni korang dengan sukacitanya add la sesapa saja korang suka dalam group tersebut tanpa pengetahuan si tuan punya acc FB tu. Korang tau tak bila korang sukacitanya add orang tanpa orang tu tahu akan menjadi masalah besar pada pemilik acc FB tersebut bila Notification pada group tersebut tidak di Off kan oleh pemilik acc FB tu. Nak tau apa masalahnya?? Masalahnya dekat inbox email.. Bersusun email Notification dari group2 tu masuk.

Pengalaman sang lekit mendelete lebih dari 50 ribu email Notification yang kebanyakkan dari group2 kat FB ni buat sang lekit serik dah. Korang ingat sikit ke 50 ribu email nak di padamkan. Kontot juga jari ku yang kontot ni tau! Jadi tolong la ada sedikit rasa prihatin & bertanggungjawab sebelum add sesapa dalam apa2 group kat FB. Korang add dengan niat orang suka tapi yang jadi orang cerca. Jika korang nak ajak sesapa join apa2 group pun tolong bagitau.. Kalau orang suka dia sendiri akan add diri dia dalam group korang tu. Dari situ orang tu boleh setting samada nak ON @ OFF Notification dari group tu.

Tolong ambil serius perkara ni sebab ia amat menyusahkan orang lain. Kalau terlalu banyak email Notification yang tak penting, takut email2 penting tak dapat baca pulak. Kadang2 ada orang guna satu email tu untuk macam2 perkara bukan hanya untuk buka acc FB. Jadi fikir la sikit masalah yang mungkin orang lain hadapi sebab keprihatinan korang yang tak tentu hala tu.

16 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MAKIN HARI MAKIN RINGKAS

4/07/2012 01:05:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Bila komitmen makin banyak macam tu la jadinya. Nak merias lebih2 masa yang ada terlalu terhad. Kelapangan tu selalu sangat sempit & semput. Masa lapang pun tak berapa lapang macam mana la nak touch up dengan warna warni aidilfitri, kan??

Korang mesti pelik apa la sang lekit merepek kan?? Benda apa la yang semakin hari semakin ringkas tu.. Kalau korang ikuti blog ni dari zaman Kuning Hitam (bagi yang kenal blog melekit zaman kuning hitam tu tau la betapa cacatnya blog ni) maka korang akan perasan header yang silih berganti di blog melekit ni. Ada musim sarat dengan macam2 corak.. ada musim yang konon2 tema ala2 taman astakona.. ada musim header kekonon comel dengan kartun kanak2 rebina, ada musim konon panas sangat la blog ni dengan tema header garang2 gitu tapi sekarang makin hari makin ringkas temanya. Perasan tak??

Terbaru dari ladang

Header baru ni rasanya amatlah ringkas tanpa memacak muka sendiri sebagai model kali ni. Mata ni pun rasa lebih sedap pandang benda yang simple dengan keadaan masa yang semakin jeles nak bagi daku rilex lama2 jadi sangat sesuai la header yang ringkas2 memacakkan diri di blog melekit ni. Header2 semua sang lekit buat sendiri dengan kadar kemahiran yang setakat boleh buat jer... nak gempak2.. lawa2 sangat tu tak pandai la. Kalau korang nak tempah header gempak2 @ design blog comel2 boleh berurusan dengan Cik Sha. Boleh tabik spring jugak la hasil air tangan Cik Sha kita ni. Pasal harga bagai kena tanya dia.. sang lekit pun tak tau berapa dia caj.

Berbalik pada kisah "Makin hari makin ringkas" ni teringat nak imbau header2 yang pernah berjasa di blog melekit ni. Tapi kena check folder dulu berapa yang tinggal header2 lama dalam simpanan.





Sebahagian header hasil kerja tangan daku.. (Header2 zaman blog hitam kuning dulu rasanya dah banyak hilang lepas pc ni di format berulang kali tanpa sempat backup semua tu) Kalau nak kira rasanya tak terkira banyaknya header yang bertukar ganti di blog melekit ni. Dari Zaman anak dara sampai la dah ada anak dara sendiri. kekekekeke

P/S : Header2 tu tak mengikut susunan tarikh lahirnya.. kekekekeke

12 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KERANA NASI HIMPIT SERINGGIT

4/04/2012 01:05:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Bukan la nak kecoh pasal benda kecik. Bukan juga nak perbesarkan hal remeh tapi kadang2 sebab benda kecik boleh jadi besar bila di biarkan. Jadi sementara masih kecik tak salah kita jadikan pengajaran supaya benda2 yang kecik ni tak di jadikan amalan sehingga menjadi isu besar. Kecik ke besar ke salah tetap salah kan??

Alkisahnya minggu lepas keluar sekejab. Singgah Giant cari puree untuk lala.. beli aiskrim 2 mangkuk kecik untuk buat pemanis mulut sementara nak pergi makan. Di pendekkan cerita masa pergi makan tu.. Sempat juga order satay ayam 10 cucuk. Cukup la tu untuk 2 orang makan. Lagipun sebelum tu dah makan nasi goreng ikan masin, nasi goreng ayam goreng kunyit, laksa semangkuk & akhir sekali satay ayam 10 cucuk. Tu menu2 untuk 2 orang makan. Tak banyak sangat kan?? Sesampainya satay ayam tu tiba2 tengok ada nasi himpit sekali. Tanya asben dia ada minta ke? Setahu sang lekit kitorang dua2 tak makan nasi himpit. Kami makan nasi renggang jer.. himpit2 ni tak gemar sangat. Asben kata takde minta. Sang Lekit fikir mungkin dah pakej dengan satay kot.. Tiba bayar dia cakap RM7.. rasanya satay 1 cucuk RM0.60 jer (merujuk pada harga yang di tulis kat gerai satay dia).. kalau 10 cucuk baru RM6 kan?? Sah2 harga nasi himpit tu seringgit. Masalahnya sapa yang minta?? Amboi.. suka2 tambah je. Lepas suka2 jugak suruh orang bayar harga makanan yang orang tak minta.

Sekadar Hiasan (Carian Google)

Tengok orang lain yang order satay memang sama jugak. Semua ada nasi himpit. Sah2 la memang nasi himpit itu akan di sukahatikan penjual satay untuk tambah dalam menu satay pelanggan minta supaya dapat untung RM1 lagi untuk setiap satay yang di pesan. Memang la dengar RM1 tak banyak tapi kalau 100 orang makan satay hari tu.. kira la. Untuk 1 malam dia dapat extra penjualan nasi himpit yang di sukahati dia nak tambah tu dah berapa. Pengalaman sebelum ni makan satay kalau pelanggan minta je dorang akan tambah nasi himpit tapi kalau tak minta dia tak tambah. Dah la kena banyar extra RM1 lepas tu kesian pulak tengok nasi himpit tak di cabul pun walau sikit. Dah membazir 1 hal. Takkan dorang recycle balik. Kalau recycle tu kategori melampau la.

Dalam kes macam ni bukan saja pelanggan rasa macam tertipu atau teraniaya.. dah buat satu lagi kesalahan lain iatu membazirkan nasi himpit. Jadi pada penjual2 satay.. berhemah la sikit. Mungkin sekali orang senyap.. mungkin juga ada orang yang suka senyap & biarkan je tapi takut silap haribulan sebab RM1 kecoh jadinya. Tak kira la.. duit bukan jatuh dari langit. Kena kerja baru dapat duit walau RM1. Kau nak dapat duit pun berpeluh ketiak bakar satay.. Macam tu jugak orang lain. Kau tau tak seringgit tu sang lekit boleh masuk tabung tau! sendiri mau ingat lah yer.

P/S : Ni entry Draff jer.. Rasa seminggu dah tinggalkan blog.

17 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com