GROUP FB PUNCA 50 RIBU SAMPAH KENA BUANG

9.4.12 Suria Lekatlekit 17 Comments

Satu masalah besar aku rasa patut di jadikan isu supaya kita semua beringat sebelum buat. Ramai dah suara2 meluahkan perasaan marah, tak puas hati & geram dengan benda ni termasuklah diri sang lekit sendiri. Memang benda ni jadi masalah.. Mula2 tak kisah tapi bila jadi beban rasa hangin jugak separuh badan.

Kau ni sang lekit kalau buat mukadimah tak berkias2 tak boleh ke? Apa benda masalah sangat tu?? Ni yang sang lekit nak cerita ni.. Masalah ni berlaku kat Facebook. Group2 kat FB ni tumbuh bagai cendawan  selepas hujan. Macam2 group ada.. tak kira la group semasa, group politik, group2 blog.. Nak cerita tema2 group ni panjang sangat di pendekkan cerita yang jadi masalah bila group2 kat FB ni makin banyak.

Carian Google

Tau la korang baik hati nak ajak kita2 ni join group2 yang best di samping memperbanyakkan lagi ahli dalam group tersebut maka dengan hati yang ikhlas tulus suci murni korang dengan sukacitanya add la sesapa saja korang suka dalam group tersebut tanpa pengetahuan si tuan punya acc FB tu. Korang tau tak bila korang sukacitanya add orang tanpa orang tu tahu akan menjadi masalah besar pada pemilik acc FB tersebut bila Notification pada group tersebut tidak di Off kan oleh pemilik acc FB tu. Nak tau apa masalahnya?? Masalahnya dekat inbox email.. Bersusun email Notification dari group2 tu masuk.

Pengalaman sang lekit mendelete lebih dari 50 ribu email Notification yang kebanyakkan dari group2 kat FB ni buat sang lekit serik dah. Korang ingat sikit ke 50 ribu email nak di padamkan. Kontot juga jari ku yang kontot ni tau! Jadi tolong la ada sedikit rasa prihatin & bertanggungjawab sebelum add sesapa dalam apa2 group kat FB. Korang add dengan niat orang suka tapi yang jadi orang cerca. Jika korang nak ajak sesapa join apa2 group pun tolong bagitau.. Kalau orang suka dia sendiri akan add diri dia dalam group korang tu. Dari situ orang tu boleh setting samada nak ON @ OFF Notification dari group tu.

Tolong ambil serius perkara ni sebab ia amat menyusahkan orang lain. Kalau terlalu banyak email Notification yang tak penting, takut email2 penting tak dapat baca pulak. Kadang2 ada orang guna satu email tu untuk macam2 perkara bukan hanya untuk buka acc FB. Jadi fikir la sikit masalah yang mungkin orang lain hadapi sebab keprihatinan korang yang tak tentu hala tu.

17 comments:

  1. sbb tu saya malas nak join2 group kat FB ni..

    ReplyDelete
  2. Moral of the value? Don't simply put weirdo people in a group and make them such a fags isn't it? :)

    ReplyDelete
  3. Rasanya sang letik boleh offkan email notification untuk group FB tersebut macam yang saya buat. Lepas tu walla, takde dah sampah2 dekat email sang letik. Sekadar memberi pandangan sahaja. Selalu menyampah dengan event2 tah pape dari budak2 group ni.

    ReplyDelete
  4. Hazmin.. masalahnya bila org tu add tanpa pengetahuan kita.. jadi sebelum kita sedar kita dah di add kan Notification tu sentiasa ON. Tu sebab la saya minta jgn org suka2 add dalam group.. kalau nak ajak join tlg minta kebenaran. senang kita nak setting lepas add

    ReplyDelete
  5. Mungkin adik ni popular sgt, tu yg ramai nak add...

    ReplyDelete
  6. betul, sakit hati.. karang cakap kecik hati pulak!

    ReplyDelete
  7. Cuma join 3 group jek..itu yg penting sahaja... :)

    ReplyDelete
  8. saya dah off notification..dah luas je mata memandang inbox tu..
    50 ribu tu maaaaaaaak ai!

    ReplyDelete
  9. saya guna email lain untu fb, so senang delete je semua mail... untuk urusan penting2 guna email lain

    ReplyDelete
  10. betul tu.. sokong sangat2.. klu seminggu x cek emel, kdg2 sampai dekat seribu dgn emel2 notification dr group2 tu je.. wat sakit jiwa je... last2 terpakse ubah setting off kan sume notification dr group2 xberkenaan.. semak emel je.. huhu :p

    ReplyDelete
  11. setuju. rase nak lempang lempang je sape yg create group tu haha

    ReplyDelete
  12. nasib baik opis dah block fb...hehehe

    ReplyDelete
  13. btl..xsuke group kt fb tu
    banyak sgt member invite group..
    wat penuh notification je

    ade yg group ni add kite tp kiter xblh post ape2 kt situ..
    klu cmtu cik iena leave group je trus..

    ade uh kene add 200 member bru blh post lah..

    mcm2...

    ReplyDelete
  14. pernah jugak kena mcm ni..di 'add' dalam group yg diri sendiri tak tahu menahu pun..selalunye bila dapat detect saye terus je oof notification..kalau tak pun saye leave je group tu..lantak le orang kata sombong pun..dah saye tak berminat..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!