INI PENDAPAT AKU PASAL AaRON AZIZ MENANG

4/12/2012 02:05:00 PM suria lekatlekit 17 Comments

Kecoh pasal Abang Aa.. menang ABPBH. Kalau dia tak menang rasanya tak kecoh. Tapi kenapa lepas menang je kecoh. Ni sang lekit nak berhujah sikit.

Orang kata rumah siap pahat masih berbunyi.. Itulah perumpamaan yang paling sesuai & memang dah biasa di gunakan selepas apa2 majlis anugerah industri seni malaysia ni. Mesti ada yang tak puas hati dengan keputusan. Macam kes Abang Aa kita yang menang bintang paling popular tu. Masa tercalon takde sapa nak pertikaikan pun. Bila dah menang ada pulak orang pertikaikan.

Kalau rasa dia memang tak layak untuk menang sebab dia bukan warganegara Malaysia kenapa masa dia di calonkan takde sapa cakap apapun. Patutnya kalau betul dia tak layak sebab bukan warganegara, pencalonan dia pun harus la di pertikaikan. Sebab dia menang je ada mulut mula bising.

Dalam kes ni bukanla sang lekit sokong bakat luar.. (padahal aku bukan kesah sangat sapapun menang) tapi majoriti yang memilih dia sebagai paling popular. Kita bayangkan Aa.. tak menang rasanya ada tak orang pertikaikan kenapa dia tercalon?? Takkan kan?? Jadi bila tengok kontroversi ni jadi selepas dia menang apa yang sang lekit dapat simpulkan yang bersuara tu bukan pasal nak menyangkat sangat pejuang seni tempatan yang berasal dari Malaysia tapi lebih kepada 'Cemburu' pada kemenangan Aa.. Orang lebih suka dia dari yang lain, lumrah la mesti ada yang jeles sebab bukan dia yang dipilih rakyat Malaysia.

Carian Google

Sang Lekit komen pasal ni bukan la sebab sang lekit ni Fanatik dengan Aaron Aziz.. Nak kata minat tu takde sangat pun & Bukan juga Hater pada Zed Zaidi.. Kadang2 enjoy juga dengan lakonan Zed Zaidi tapi cuma bagi pendapat sang lekit pertikaian macam ni kalau betul la berniat menjaga martabat pejuang seni tempapatan & status kelayakkan seseorang artis tu untuk menang sesuatu anugerah harus di persoalkan sebelum keputusan di umumkan. Bermakna masa tahu orang calon dia.. Pertikaikan masa tu. Bukan jadi pertikaian setelah ada keputusan. Nampak sangat la ada rasa 'Cemburu' kat situ. Kan??


P/S : Dari awal lagi sang lekit memang pelik pasal kontroversi ni. Sebabnya keputusan berdasarkan undian peminat. Kalau dia tak tercalon orang tak undi. Sapa suruh calonkan dia kalau dia tak layak sebab status kewarganegaraan & kenapa masa pencalonan di umumkan takde sapa cakap apa2 pun?? Fikirlah dengan akal bukan dengan hati.

P/S : Ke memang dia hanya layak tercalon tapi tak layak menang?? Yang hanya layak menang ada MyKad, yang takde boleh tumpang tayang muka je dalam pencalonan?? Pelik pula kalau macam tu sistemnya. 

17 comments:

  1. yes! ade yg sependapat dgn saye..jom celet ibu jari! hehehe..

    lagi satu..popular tak emestinye terbaik kan? die popular sbb die ramai fans dan ramai yg undi..bukan sebab pilihan juri profesional pun..kan?

    ReplyDelete
  2. mempertikaikan tu satu.. tapi kenapa ada kenyataan kehadiran AA dalam industri seni ada niat utk merosakkan industri seni negara dan ZZ ada bukti... urmmm.. isk3..

    betullah tu, rumah siap pahat berbunyi... ZZ akhir2 ni suka kontroversi & publisiti murahan kot.. mana tau thn dpn nama tercalon.. kih kih kih

    ReplyDelete
  3. tak join la kontroversi nie...ntah ape ape la diaorg nii..

    ReplyDelete
  4. alah akak lekit, ni hiburan je pun. chill sudah...

    aku pun tak sokong aa. aku pun pelik dia menang. tapi aku tak kesah pun.

    ReplyDelete
  5. cemburu sebenarnya tu..
    tetiba pulak nak angkat martabat pelakon tempatan, selama ni tak pernah pun!

    ReplyDelete
  6. betul2.. setuju sgt.. kontroversi yg remeh je.. lagipon,dia dah naik kan nama industri kita, so apa slhnya dgn award tu.. masa calon tak pertikaikan pulak.. ish3..

    ReplyDelete
  7. betul2.. setuju sgt.. kontroversi yg remeh je.. lagipon,dia dah naik kan nama industri kita, so apa slhnya dgn award tu.. masa calon tak pertikaikan pulak.. ish3..

    ReplyDelete
  8. setuju dengan ni..patutnya mereka2 yg tak puas hati tu patot pertikaikan pencalonannya dulu..ni dah menang baru bising..ayoyoyo..lagipun Aa menang atas dasar undian org ramai kan..

    ReplyDelete
  9. put this way..adele pun menang grammy, tapi dia bukan american,but still people standing ovation for her..chill la kan

    ReplyDelete
  10. different people, different opinion. but anyway, agreed more with you, sis! :) hopefully them both sukses slalu!

    ReplyDelete
  11. keputusan berdasarkan undian peminat. Kalau dia tak tercalon orang tak undi. -
    tercalon x bising-menang bising..apee daaaa

    ReplyDelete
  12. hehehe..

    errr..no komen..tak tgk sgt abph tu..tau pun aa menang dr blog jgk..

    ReplyDelete
  13. Reason why I don't watch any kind of entertainment seperti ini. We will end up arguing and mengurangkan pahala kita pula.

    ReplyDelete
  14. macam2lah dia ni
    haritu dia bising pasal Harun Salim Bachik..
    kalau dah join persatuan memang poyo gitu ke

    ReplyDelete
  15. sokong akak:)
    suke Aaron menang(^_~)
    bln mei ni Aaron dtg bandar baru bangi ley jumpe(^_~)
    dia jd duta Yougurt Premmium Froyo

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com