SEDUT HINGUS DENGAN MULUT

17.4.12 Suria Lekatlekit 7 Comments

Yang tengah makan mungkin terbantut sikit selera bila baca tajuk entri ni kan?? Bukan la nak buat cerita geli2. Nak tau apa cerita di sebalik tajuk yang meloyakan tu teruskan membaca hingga ke noktah terakhir entri ni.

Alkisahnya semalam cik lala @ shahila anak dara kecil ku kena selsema + batuk yang tak berapa serius. 2 hari sebelum tu lala demam 5 jam (Sang Lekit perasan dia demam lebih kurang pukul 4.30pagi masa bangun nak susukan dia & dalam pukul 10 pagi suhu dia kembali normal & dia tak menangis lagi). Sang Lekit memang jenis mengelabah bila anak mula menunjukkan tanda2 akan jatuh sakit. Bila tengok ciri2 selsema mula berdamping mesra dengan lala mula terfikir 1 kisah ni yang pernah sorang akak yang ada 2 orang anak (masa tu la.. sekarang tak tau la berapa dah anak dia. Mungkin bertambah mungkin setakat 2 tu je kot).

Masa akak tu cerita sang lekit masih anak dara 18 tahun. Dah anak dara confirm la belum kawen apatah lagi nak beranak dara macam sekarang kan?? Cerita dia pasal anak dia kena selsema. Bila kena selsema ni memang hidung akan tersumbat & susah bernafas lalu menangis la si anak kecil yang masih tak tau nak protect diri sendiri. Dia kata masa tu dia cuba sedut hingus dengan mulut dia. Kita dengar mungkin geli tapi bila terfikir kasih seorang ibu tu memang takde batasan geli. Sekarang sang lekit akui memang bila dengan anak sendiri kasih sayang tu mengatasi lain2 perasaan. Bila kita dalam kecemasan.. Keselamatan & keselesaan anak akan menjadi benda pertama kita fikir.

Tapi sang lekit takde la sedut hingus lala dengan mulut. Selsema dia tak sampai tahap serius pun. Malam semalam sang lekit sapukan baby Balsam & tutup semua kipas supaya tak sejuk & lala boleh tidur walau dia ada juga terbangun menangis sekejab sekejab sebab mungkin tak selesa dengan selsema tapi pernafasan dia masih ok. Pagi tadi bawa gi klinik.. Ubat yang doktor bagi tu Alhamdulillah mujarab. Lagipun sang lekit tak biar selsema tu sampai serius. Walau sikit elok la di cegah supaya tak melarat. Tapi terdetik juga di hati kalau terpaksa sedut hingus lala dengan mulut sang lekit sanggup buat asalkan lala ok.

Bila pergi klinik tadi Dr Timbang berat lala.. berat dia turun sikit dah gundah gulana hati mummy. Walau sekejab je demam berat lala dah susut. Dah la anak dara daku tu kecik molek sejak lahir.. Jenuh juga sang lekit nak pujuk dia makan sampai la dia nak makan macam sekarang. Nasib baik selera makan lala masih ada walau kena selsema & batuk. Sebagai pemujuk hati.. sang lekit fikir, takpe la dia kecik sikit dari kawan2 yang sebaya dengan dia asalkan dia sihat, sentiasa aktif & selesa pun dah ok (walau dalam hati ni tetap tu tak puas hati. Nak juga lala membesar dengan size yang macam baby2 sebaya dengan dia).

Lala dengan Acu yang tak nampak kepala

Sekarang lala tengah nyenyak tidur tanpa gangguan macam semalam lagi. Cuma mummy je tak ngantuk2. Dady lak takde malam ni.. Pergi johor. Kejab lagi kena gam jugak mata ni takut esok lala bangun, mummy lak yang tersengguk2.

P/S ; Kipas power supply pc meletop.. maka pc koma. Tunggu tukar dulu baru boleh BW, Laptop ni ada masalah tak boleh loading blog. Boleh buka sampai header je.

7 comments:

  1. aku pernah dengar gak mak aku cerita mak sanggup sedut hingus anak guna mulut,

    masa kecik rasa geli, tapi bila dah besar pikir2, takpe kot, takde geli sangat.

    ReplyDelete
  2. abah saya memang sedut hingus kami masa kecik2..sampai ke cucu pun dia sanggup buat..sayang abah

    ReplyDelete
  3. kawan akak, dari anak pertama sampai sekarang dah nak masuk lima, suami dialah yang tukang sedut hingus dengan mulut kalau anak-anaknya selsema.. memang respectlah..

    ReplyDelete
  4. a'ah letak balm kat dada, belakang dan baju atasnya...boleh elokkan selsema..

    ReplyDelete
  5. dua2 anak saya buat camtu! kadang2 husband buat, kadang2 saya... masa buat tu memang tak rasa geli pun, anak sendiri kan?

    tapi itulah cara yang terbaik sebenarnya..

    ReplyDelete
  6. yup..salah satu teknik yg mujarab utk keselesaan idung baby..ini zaman dulu2 punya petua..

    skrang ni mane ade org nak buat..dah pakai benda moden.apentah nama spray tu..khas utk melegakann hidung baby yg tersumbat

    ReplyDelete
  7. Jom Layan Tv dan Radio live online Teradapatnya pelbagai channel yang dapat ditonton dan didegar secara live Sila

    Terdapatnya pelbagai Tv dan radio online percuma diVecastslv
    Malaysia Tv
    Astro Prima
    Tv 1
    Tv 2
    Tv 3
    Astro Ceria
    Astro Oasis
    Bernama TV
    Radio Malaysia
    Era Fm
    Hot Fm
    Sinar Fm
    Suria Fm
    Thr Gegar
    Sport Channel
    ESPN
    Star Sport
    Arena
    Music
    Inodesia Tv

    Just visit MY site Free For All Vecastslv

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!