ANJING BUNUH MANUSIA KENAPA TUAN DIA KENA HUKUM?

5/10/2012 12:24:00 AM suria lekatlekit 12 Comments

Sebagai menjawab persoalan pada tajuk entri ni maka terhasil la entri ni. Sang Lekit ada terbaca 1 blog yang mengcopy paste salah satu berita berkenaan Anjing Pitbull yang membunuh seorang warga emas yang sedang berjogging. Sempat juga sang lekit baca pertikaian yang di buat secara ringkas dengan kenyataan yang berbunyi macam ni "Jika membunuh dan mendera binatang, manusia juga akan dipenjara. Tetapi sekarang, binatang membunuh manusia pun manusia juga yang mungkin akan dipenjara kerana kecuaian sehingga menyebabkan kematian. Apabila difikirkan, macam tak adil saja dunia ni kan? lebih baik tak payah memelihara binatang kalau macam ni.

Ni adalah statement dari blog tersebut. Sebagai bukti bukan sang lekit saja2 nak buat isu

Maka sang lekit pun berkomen dengan komen macam ni kat entri dia" Kalau ada manusia pertikaikan binatang bunuh manusia tuan binatang kena hukum orang tu kena check juga samada dia berakal binatang @ manusia. Dh nama binatang nak tuntut keadilan apanya kat dia. Yg manusia dok musnah habitat binatang, ada binatang tuntut keadilan. Kalau binatang mampu tuntut keadilan.. maka dh lama dh lawyer dr golongan binatang. Sbb binatang di jadikan tidak berakal mcm manusia.. di pertanggungjawabkan kpd manusia utk menjaga kebajikannya.. klau binatang buat slh &bertuan dh tntu tuanya yg berakal di pertanggungjawabkan. Tak perlu nak kata dunia ni tak adil.. sememangnya manusia dh byk tak adil pd haiwan.. bkn haiwan yg bersikap tak adil pd manusia."

Okey kalau dia rasa memelihara haiwan tu menyusahkan.. Tak payah bela tapi tak payah nak pertikaikan dengan pendapat & soalan kurang bijak macam tu. Kita sendiri tahu makhluk yang paling sempurna di ciptakan Allah adalah manusia.. Menjadi manusia ni banyak tanggungjawab sebab keistimewaan yang Allah beri pada makhluk yang bernama manusia. Perbezaan manusia dengan makhluk lain selain fizikal adalah akal. Kalau kau rasa tak adil sebab anjing tu menyebabkan tuan dia mungkin di penjara.. Umpama kau sedang berdebat isu ni dengan anjing jugak la kot. Makanya kau akan menang jika berdebat lidah sebab anjing tak mungkin la dapat  mengalahkan kebijaksanaan kau berkata tapi kemenangan kau tu takde sapa pun akan pandang malah orang akan gelakkan kau je sebab orang pun akan setuju kalau sang lekit kata amat la kurang cerdik perbuatan tu.

Dengan binatang pun kau nak sama adil maka kau perlu dulu adil pada mereka. Sememangnya hak haiwan di dunia ni dah banyak manusia rampas takde pulak mana2 haiwan bangkit buat perhimpunan besar besaran tuntut keadilan. Sebab apa haiwan2 tak buat macam tu?? Sebab haiwan yang mempunyai akal & kemampuan seperti manusia untuk menuntut hak mereka. Kalau kau kata manusia yang menjatuhkan hukuman tu pada manusia lain sebab haiwan peliharaan tak adil maka kau silap. Itu memang dah adil sebab tanggungjawab tuan punya haiwan tu adalah menjaga haiwannya dengan baik & tidak memudaratkan orang lain jika dia gagal bermakna dia yang salah bukan binatang tak berakal tu. Kalau kau kata binatang tu tak kena hukum pun kau salah.. Dia pun kena penjara tapi bukan penjara manusia penjara haiwan la. Dia dah tak dapat kebebasan macam dulu dengan alasan dia memudaratkan kepada manusia.


Jadi tak payah la dengan haiwan pun kau nak tuntut keadilan. Takkan kau nak minta kerajaan buat undang - undang haiwan yang membunuh manusia harus di hukum gantung sampai mati lak kan?? Jadi fikir la dulu sebelum berkata kata.. sebab kita ni manusia.

 Sekadar hiasan takde kena mengena dengan entri ni


P/S : Jika ada yang terasa dengan entri ni tahniah sebab terbukti anda manusia sebab tak mungkin haiwan akan terasa apatah lagi boleh membaca, kan??

12 comments:

  1. oh oh. sokong ohhh. dah namanya binatang.xde akal. buat ape nak saman dy. bukn boleh buat ape pon. kan kan?

    ReplyDelete
  2. maksudnya kat sini (betulkan kalau sy kurang phm dgn explaination awk)

    awak setuju atau tak tuan anjing tu kena hukum?

    yg sy phm, menjadi tanggungjawab tuan utk menjaga binatang peliharaannya drpd mendatangkan bahaya/mudarat kpd org lain

    cth : pengembala lembu lepaskan lembu drpd jagaannya sehingga menyebabkan lembu tersebut memusnahkan tanaman pisang org lain. adakah lembu itu yg patut dihuku? atau tuan lembu tersebut?

    sama dlm kes ini..sewaktu kita membuat keputusan utk memelihara binatang..waima kucing sekalipun - kena pastikan tak mendatangkan ,mudarat pd jiran.

    ReplyDelete
  3. Cik Diana.. apa yg sy smpaikan tu lbh krg sama mcm komen awak jugak la. Stp pemilik haiwan bertanggungjawab keatas haiwan peliharaan dia. Tanggung & jawab dgn sgla apa yg bakal haiwan dia buat. Jadi isu adil ke tak tuan punya haiwan tu kena hukum x timbul sbb itu yg di pertanggungjawabkn pd dia bkn pd anjing dia

    ReplyDelete
  4. Saya setuju dgn entry dan komen bernas Awk..kalau dr segi ayat kat atas tu mmglah seakan-akan nak ada lawyer dr golongan binatang tp maksudnya cuma nak merujuk kpd si pembela binatang tu..kalau tak mampu nak jaga lbh baik tak payah jaga kan..drpd memudaratkan org lain hingga myebabkan kematian..

    Yg aku heran ni apasal ada binatang yang terasa?

    ReplyDelete
  5. btol tu,dh tau bela tau lah tanggung.lain kali bela kucing je.senang.

    ReplyDelete
  6. salam

    geram dgn org y bela binatang ni, kt sebelah rumah ada org bela lembu, tp hari2 biar masuk pagar kita... pagar kita habis dia robohkan...penat betul nk melayan org mcm tu.

    ReplyDelete
  7. sy setuju dgn lekit..haiwan x berakal..nk hukum haiwan dia bukan paham apa pon..hukuman kan utk buat org insaf..haiwan tau insaf ke hehe

    ReplyDelete
  8. dah bela, mmg kena jaga semua la. kalau tak nak ada haiwan buat benda yg x sepatutnya, tak perlu bela. maksudnya, dengan membela haiwan ni, kena bertanggungjawab jugak lah. kalau haiwan tu berak, takkan nak suh haiwan tu flush najis dia sendiri kat toilet kot???


    aku rasa anjing yang kat bawah tu sangat comel. haahahaha.. :P

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com