KAU BUKAN RATU TAPI SYURGA KU

13.5.12 Suria Lekatlekit 18 Comments

Tadi dok jenjalan kat FB jumpa satu status yang di buat dari gambar bekal makan seseorang yang di masak oleh mak dia sendiri. Hati tetiba tersentuh. Tersentuh sangat bila terkenang Mak. Terkenang pengorbanan mak selama membesarkan anak. Terkenang bila kita pernah termarah, termerajuk & tersusahkan mak.

Tuan punya gambar pinjam jab yer

Bila tengok gambar bekalan yang mak dia bekalkan teringat sang lekit 1 kisah dimana kali pertama sang lekit kerja sebagai kerani Am kat salah satu kilang kecik di kedah dulu. Kat kilang tu takde kantin.. Ada gerai makan tapi jauh jugak nak menapak dengan takde transport. Baru kerja nak tumpang orang malu pula. Jadi mak la yang akan masak & hantar makan tengahari kat sang lekit hari2 sementara sang lekit nak biasa dengan tempat kerja tu & mesra dengan kawan2 kat situ. Hari2 mak masak, datang naik bas tinggal makanan kat pondok pengawal. Mak sang lekit tak pandai drive.. jangankan kereta, basikal pun dia tak pandai bawak.

Mak saya

Dulu kecik2 mak susah.. masa dia kecik mak dia (arwah nenek) dah pergi menyahut panggilan Ilahi jadi dia terpaksa pikul tanggungjawab membesarkan adik2 dia sehingga masa depan dia sendiri tercicir. Mak sang lekit bukan anak sulung ada abang & kakak tapi nak buat macam mana yang lain lebih selesa jaga diri sendiri dari pikul tanggungjawab tu. Alhamdulillah dari jasa yang di pandang kecil oleh adik2 yang pernah di besarkan tu.. semuanya berjaya. Takde seorang pun nak kemana2 pakai transport awam. Semua mampu beli kereta besar2.. Berkerjaya. Memang adik2 perempuan mak kebanyakkan jadi cikgu (maksu & makcik) & adik lelaki mak sekarang dah pegang jawatan pegawai kerajaan. Jadi takde la yang susah... Cuma mak je tercicir dari semua perkara termasuklah tak sempat nak belajar kayuh basikal pun.

Bila mak ada anak.. dia tetap mempratikkan benda yang sama. Sesusah manapun dia tapi pelajaran anak2 dia tak pernah abaikan. Setinggi mana pun nak belajar dia akan cuba usahakan. Cuma terpulang pada anak2 je.. anak nakal macam sang lekit ni, bukan salah mak tak bagi peluang belajar tinggi tapi salah sendiri yang tak bersungguh. Kakak & adik Alhamdulillah berjaya juga jejak kaki ke IPT. Sang lekit pun dulu nak masuk kolej cap ayam, mak la paling banyak bagi sokongan dari segala sudut walau arwah ayah dah macam putus harapan sebab salah sang lekit juga yang buat dia hilang kepercayaan pada sang lekit tapi mak.. Tak pernah ada kata "Peluang terakhir untuk anak - anaknya". Dia sentiasa percaya dengan memberi peluang akan mengubah anak2 dia untuk jadi lebih baik.

Bila terkenang kadang2 kita ada rasa tak puas hati dengan mak, kita termarah dia.. terkasar dengan dia.. menyakitkan hati dia betapa berdosanya sang lekit. Mak juga manusia yang tidak sempurna jadi dia juga akan melakukan kesilapan tapi sebagai anak.. Tak sepatutnya kita menyakitkan hati mak. Walaupun macam tu mak sentiasa memaafkan walau hati dia sakit dengan perbuatan @ kata2 seorang anak.

Biarpun mak budak ni kejam tapi tetap syurga dia di bawak tapak kaki ibunya

Bila dah jadi Mak.. sang lekit faham. Untuk menjaga seorang anak pun tak mudah apatah lagi Mak yang menjaga 6 orang anak perempuan di masa yang sama dia juga perlu bekerja walau dia hanya operator pengeluaran di kilang dulu. Mak dah lama pencen tak kerja. Tapi pengorbanan dia dulu.. cukup besar tak kira untuk adik2 dia atau anak2 dia. Sekarang tiba masa mak menikmati hidupnya dengan selesa walau Tuhan lebih sayangkan arwah ayah. Bila mak cakap sunyi.. hati kecik ni mesti tersentuh. Sepatutnya dia menikmati kehidupannya dengan selesa dengan arwah ayah selepas berpenat lelah membesarkan anak. Teman baiknya dah takde. Sayu hati..............

P/S : Selamat Hari Ibu buat Mak.. & diri sendiri jugak. Bila la lala nak boleh cakap "Selamat hari ibu kat mummy". Tunggguuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Anak saya yang sweet like mommynya. kekekeke

Belum terlambat bagi anda untuk memberi sesuatu pada Ibu. Klik banner ni manalah tau ada gift cantik boleh di beri pada ibu2 tercinta

18 comments:

  1. selamat hari ibu utk ibu2 seluruh dunia. mak kita hidup kita. :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari mummy cik lekit, doakan saya berpeluang join the club !

    ReplyDelete
  3. meh gigi tlog wish kan gnti baby sis. ngee :)

    selamat hari ibu cik lekit.! :)

    ReplyDelete
  4. huaaaaaa, meleleh air mata ena bce entry ni..pdhal mak ade kt sebelah je ni...huuuuuuuaaaaaaa...terkenang perbuatan kita kt mak... hurmmm, anyway, baik buruk mak kita, itu lah syurga kita....

    Selamat Hari ibu to ur mom sis....

    ReplyDelete
  5. Selama hari Ibu Lekat lekit Gang!! Waduh2!! kasih seorang ibu memang tiada bandingan.. Nanti saya jadi ayah pun ..x akan mampu mnyayingi kasih seorang ibu.. (^^)

    ReplyDelete
  6. Huhu..sedih bc entry ni..
    Besarnya pengorbanan ibu kan..
    Setiap hari adelah hari ibu..raikan ibu kita tanpa rasa jemu:)

    ReplyDelete
  7. memang manusia tak sempurna tapi kalau sebut bab emak, dialah wanita paling sempurna dalam hidup ini....nice entry :)

    ReplyDelete
  8. dah besyarr ckit ank akak :)

    weee rinduuu syg mak saya....

    ReplyDelete
  9. selamat hari ibu..sy singgah sini erk..

    ReplyDelete
  10. alaaa ... sedey lar plak! huhuhuuuu
    tingat kat mama kita ...

    ReplyDelete
  11. dah nama nya ibu cemana pun dia tetap nak bagi yang terbaik untuk anak2 nya..kan??

    ReplyDelete
  12. salam..

    terlalu banyak pengorbanannya yang belum sempat ku balas ;(

    ReplyDelete
  13. baju lala tu kemain mengancam! comeynye dia

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!