PERLUKAN ORANG TAK HEBAT UNTUK JADI HEBAT

5.5.12 Suria Lekatlekit 8 Comments

Sehebat manapun kita kita terpaksa terima kenyataan kita takkan jadi hebat tanpa wujudnya mereka2 yang tak hebat di sisi kita. Kalau semua orang hebat.. maka kita takkan nampak hebat sangat dah. Betul tak?? Jadi bila adanya mereka2 yang tak hebat di sekeliling kita menjadikan kita nampak lebih menyerlah dari yang lain (Penggunaan KITA tidak merujuk kepada diri sendiri yer..)

Sekarang ni tengah musim meraih VOTE untuk DIGI WWWOW Awards.. Macam2 kategori ada. Dan ramai jugak blogger yang calonkan diri & blog dorang. Jadi bila dah tercalon tu maka bermula la kempen besar besaran kat FB. Salah ke?? Tak lah.. takde salah pun. Ok jer. Habis tu apa isunya sang lekit Ooi??

Isunya takde la besar cuma sang lekit terfikir macam tajuk entri ni PERLUKAN ORANG TAK HEBAT UNTUK JADI HEBAT. Masa ni la kita baru nampak betapa bergunanya kita blogger picisan dalam menentukan kemenangan pada blogger2 popular. Undikan kita bagai EMAS bagi mereka tau. Walau kita mungkin tak hebat dalam berblogging (tak hebat tak semestinya tulisan kita tak bagus.. Tak hebat mungkin penulisan kita belum di kenali ramai) tapi bila time time macam ni kitalah menjadi orang harapan pada mereka2 yang mencalonkan diri. Dan ketahuilah wahai blogger2 picisan semua... Kerana diri kita juga berharga maka mereka perlukan kita untuk jadi lebih hebat. Betul tak???

Moralnya.. Setiap orang di jadikan ada lebih & kurang.. Kita semua memerlukan antara satu sama lain. Kalau ada Raja Takde rakyat pun.. Beliau nak beraja pada siapa, kan?? Sebenarnya kita semua hebat.. Jadi jangan rasa terlalu rendah diri walau diri tu rendah macam sang lekit ni sebab kita juga ada keistimewaan macam orang lain.  Tak salah kita menyokong antara satu sama lain selagi ia berada di landasan yang betul.. sokong pun tak semestinya kita akan setuju sentiasa kan.. Apa yang kita rasa kita patut sokong kita sokong, yang layak kita undi/pilih kita undi/pilih.

Kalau korang rajin boleh la jenguk2 website DIGI WWWOW Award ni untuk mengundi sesapa je yang korang rasa layak. Tak salah pun sedekahkan satu undi untuk mereka2 yang layak..

P/S : Kadang2 kelakar tengok dorang2 tu meraih undi..Tapi kagum dorang berusaha untuk merebut kemenangan tu. Tapi bila pilihan berdasarkan VOTE ni kalau yang picisan calonkan diri agak susah menang la.. Sebab selalunya yang popular je mampu meraih undi yang banyak tapi takde yang mustahil.. Dulu Ayu OIAM masa mula2.. memang tak ramai penyokong sampai takde pun 1 banner/poster bila konsert OIAM menyokong Ayu tapi sapa sangka final dia yang menang, kan?? Moral.. kalau yang picisan nak sertakan diri pun boleh yang penting Usaha.. Insyaallah berjaya. Tapi faham2 je la kalau berdasarkan Voting ni.. ekekekekeke.

8 comments:

  1. ei bile lekit tukar layout ni???
    anyway....betul lah tu...
    so ape 2 pun
    vote jgn vote...

    ReplyDelete
  2. undi kita adalah rahsia..

    cik lekit dah vote?
    saya belum lagi neh..
    internet tak berapa sehat,kikikiki

    ReplyDelete
  3. Perlukan No IC untuk undi ke?Hehehhee..ok..ok..jom undi.x susah pun.X perlu berkempen ;-D Nice layout!

    ReplyDelete
  4. nak ic supaya tak undi byk2 kali kot ..kot laa

    ReplyDelete
  5. a'ah betul! nak tergelak dan kagum pon ada bagi yang duk meraih undian tu,hihi

    ReplyDelete
  6. betul.. setuju sangat... kita lah yang menentukan undi mereka... hargailah kita.. :)

    ReplyDelete
  7. hehe..betu;2..kat fb dah selalu dah events utk vote bagai ni..
    ehehe..vote je la..

    ReplyDelete
  8. apala entry ni.. nak tau rahsia hebat, kena le gali drpd org yg hebat. br infos berkembang

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!