TAK SENTAP TAK BERMAKNA TAK PEDULI

2.5.12 Suria Lekatlekit 8 Comments

Bukan tak perasan.. Bukan juga takde perasaan tapi saja buat cool & rilex. Apa nak kecoh sangat, yang baik jadikan teladan yang jahat jadikan sempadan. Memang kadang2 tak berapa nak sentap tapi tak bermakna daku tak ambil peduli langsung.

Carian Google
Selama ni kat blog kat FB.. aku perasan ada kata2 yang sedang di tujukan kepada sang lekit dalam bentuk sindiran @ kiasan tapi sang lekit takde nak kecoh sangat. Paling2 fire balik dalam bentuk kenyataan yang menerangkan konsep penulisan sang lekit. Nak kata touching sampai annouce nak tutup blog... nak close FB bagai tu tak pernah terdetik lagi. Cara sang lekit senang.. kalau sang lekit ada pendapat, pandangan & komen sendiri.. macam tu jugak orang lain. Yang berbeza adalah cara kita menyampaikan pendapat, pandangan & komen kita. Kalau ada orang yang selesa menyindir.. sindir la. Kalau yang suka maki hamun.. maki hamun la. Kalau yang suka bagi pendapat secara terbuka.. buat la. Tapi bila kita berani tampil dengan konsep yang kita pilih kita juga kena kental untuk terima kritikan, kutukkan mahupun kejian. Kalau hati tisu.. baik tulis diari jangan tulis blog.

Bagi yang selalu singgah baca entri kat blog melekit ni dah faham sangat dah konsep blog rojak ni. Kalau sang lekit nak kupas kupis satu2 isu.. sang lekit memang takde istilah 'Bodek'. Kalau kau popular seantero dunia pun.. tapi di mata daku ada yang aku rasa tak kena sang lekit komen je dengan pendapat sendiri. Tak bermakna sang lekit paksa orang untuk terima pendapat sang lekit. Itu pendapat sang lekit je. Pendapat orang lain.. masing2 punya cerita la, kan?? Bila sang lekit kritik cara penulisan blogger lain tak bermakna sang lekit isytiharkan perang dengan blogger tu. Yang selalu terjadi orang tu yang akan isytihar perang. Walau ada blogger yang kena tempias dengan  penulisan sang lekit, tak payah heran la kalau sang lekit masih singgah blog dia & berkomen. Sebabnya sang lekit bukan menulis dengan niat cari gaduh tapi sekadar memberi pandangan peribadi bukan majoriti. Orang yang komen nak LIKE atau DISLIKE tu bukan dalam bidang kuasa daku dah.

Sang Lekit tak kata sang lekit ni open minded sangat.. tapi cuba berfikiran terbuka yang termampu.. Tak jugak aku rasa daku ni terlampau OUTSPOKEN tapi sekadar meluahkan pendapat terpendam. Segala teguran, sindiran @ nasihat walau sang lekit tak reply @ tak sentap tak bermakna sang lekit tak ambil peduli cuma sang lekit tapis dulu la.. Dalam diam ku ambil berat setiap kata2 yang di tuju kepada daku walau daku jarang sentap sangat dengan perli merli di angin lalu tu.

8 comments:

  1. betul sangt...bila kita tak berblas kenyataan bukan bermakna kita tak peka..cuma bagi akak kalau akak kata A dan dia kata B,jadi akak diam je la..tak payah nak menegakkan kenyataan sampai timbul urat tengkok.sebab tu kalau ada komen2 macam nak ajak bergaduh akak biar je..bergaduh la kau sorang2..heheheh

    ReplyDelete
  2. biase la tu muumy lekit..kita semua ni manusia..ada otak yg berbeza2..jadi pandangan pun berbeza2..pedulikan je org yg menghentam dgn niat menjatuhkan..kite ambil yg positif2 je..^_^

    ReplyDelete
  3. macam-macam ragam manusia nih kan

    ReplyDelete
  4. huhuh..besela..ade je org yg tak puas hati ngan kita kan..
    sabar je la..

    ReplyDelete
  5. xsemua org setuju ngan kita kan kak.hmm rara ni pon ada gak org yg tak suke,maybe.

    ReplyDelete
  6. Sgt2 setuju... we can't please all kan!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!