CANTIK DI MATA PERIT DI TEKAK

6/03/2012 02:32:00 PM suria lekatlekit 14 Comments

Semalam adalah hari minggu. Minggu ni lala,ateh An, Acu, Mummy & daddy keluar shopping sikit2. Lepas shopping sikit2 tu hari pun dah malam. Sebab kitorang keluar dah petang. Malam tu makan kat restoran kunang - kunang.

Tak di nafikan cantik restoran kunang - kunang ni. Orang pun ramai. Nak cari meja kosong pun susah. Ada live band lagi. Suara penyanyi dia pun sedap.. tapi sayangnya yang sedap suara dari live band tu jer. Makananya dia.. alahai. Harga dia lebih kurang makan kat seafood kat Jeram. Tapi kat Jeram berbaloi makan. Harga dia bagi sang lekit kat Jeram berbaloi dengan masakan yang di hidangkan. Tapi di kunang - kunang.. Harga nasi goreng cina pun dah RM11++.. kalau kita makan kat restoran tomyam biasa harga dia tak sampai pun RM5. Setakat tambah telur mata, papadom,ayam goreng bahagian wing tu tapi semua rasa mengundang airmata jer.. Pun tak guna jugak kan.

Apa yang kitorang makan semalam.. Tomyam campur (rasa hampeh sangat), Ayam rendang (pun boleh makan je), Nasi putih 2 pinggan, Kerang bakar, Sotong goreng tepung yang hanya indah di pandang, Nasi goreng kampung (1set), Nasi Goreng cina (1 Set), air tembikai,air epal asam boi,teh O ais, Acu minum apa lupa lak... Harga semua tu dekat RM100 jugak. Op's lupa ada 1 je menu yang buat kita senyum sikit.. satay ayam kat situ sedap. Kita makan 15 cucuk je.

Kebanyakkan makanan semua yang kitorang makan berbaki dalam pinggan. Faham2 je la.. kalau dah order banyak bermakna lapar tapi bila makan sikit dari kapasiti yang di perlukan bermakna tak sedap. Kalau sorang tak abiskan makanan dalam pinggan dia.. Yang lain sehingga menjilat pinggan boleh la kata bukan makanan yang tak habis tu tak sedap tapi mungkin orang yang tak habiskan makanan tu takde selera makan @ kenyang tapi kalau hampir semua makanan tak berjaya di habis.. sendiri mau ingat.

Walaupun banyak lagi menu2 lain kat situ tapi memandangkan hasil suapan yang tak berapa memuaskan selera mungkin itulah yang pertama & terakhir. Sebenarnya tak plan pun nak makan kat situ tapi nak makan ikan bakar kat belakang Istana lama tapi memandang semalam tutup jadi ter pergi la kat restoran kunang - kunang indah di mata, perit di tekak. Mungkin harga mahal sebab restoran dia cantik kot.. tapi setakat cantik pun tekak tak cantik tetap la tak cantik. betul tak.

P/S : Shopping2 semalam ingat nak beli buku bergambar kat shahila tapi fikirkan shahila ni membaca cara mengunyah.. maka rembat 1 Y Pad kanak2 yang harganya jauh beza la dari beli kat Online. Kalau kat online sang lekit tengok harga RM30 - Rm35 tapi sang lekit beli kat 1 tempat ni harga tak sampai pun RM20.

Camni la rupa Y Pad shahila. Bukan dia tau sebut ABC lagi pun just dengarkan dia lagu2 yang ada kat situ jer

14 comments:

  1. mmg penah bace review dr blogger yg x best kat kunang2 tu.....
    untung die dpt 100 hinggit....ngeh ngeh

    ReplyDelete
  2. alalala kesiannya Lekit sekeluarga.. Hari minggu yang tidak menyeronokkan bila makan malam yang tidak menepati selera.. mungkin itu yang pertama dan terakhir lah kan d restoran tu.. ehehe..

    ReplyDelete
  3. aku dulu dah pernah makan dah nyah kat kunang2 tu, tak sedap! dah la mahal.. rugi je makan sana.

    ikan bakar belakang istana tu jugak yg sedap! tip top!!!

    ReplyDelete
  4. membaca dengan mengunyah? hahaha..comel jek perangai lala ni..

    aiyoooooo..mahalnye mummy..smpai rm11++ sepinggan? pengsan~~

    ReplyDelete
  5. oooppppssss mahal dan xsedap.mmg sekali tu jelah dtg pon.

    ReplyDelete
  6. Akak pun sama sejak nak masuk 4 series ni kalau makanan tak kena tekak mulalah buat perangai...lapar pun tak boleh nak abiskan makanannya! tekak pun sikit2 nak memilih je.

    ReplyDelete
  7. kalau akak pun mesti hangin jugak bila perut lapar,dapat hidangan macam apa lagi..agaknya tak de sapa komplain kata makanan depa tak sedap kot...

    ReplyDelete
  8. tgk kat fanpage restoren tu ada je yg complain tak sedap.. katanya tukang masak baru

    ReplyDelete
  9. restoran tu kat mana ye?
    rege utk sepinggan nsi grng cina tu mmg agak mahal...huhuh..
    abby beli kat mana ni? cma tgh tercari2 gak ypad utk budak2 ni..

    ReplyDelete
  10. kunang2 memang dah x sedap..sgt2 hampeh..

    ReplyDelete
  11. nnt bsar sikit beli lala ipad lak kak

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com