KALAU BOLEH.. SORANG 1 GAYUNG AIR PANAS PUN CUKUP

14.6.12 Suria Lekatlekit 15 Comments

Antara perkara yang buat sang lekit tersentuh adalah penganiayaan terhadap binatang tak kira la yang halal di sentuh mahupun tidak. Kalaupun orang islam perlu menyamak bila pegang anjing yang basah.. kalaupun babi kita tak boleh bela @ sentuh tak bermakna kita harus menganiaya mereka, kan??

Hukuman bagi mereka yang mendera @ menganiaya haiwan ni sangat2 menyedihkan. Hukuman yang di terima pada penjahat ni sangatlah bagi sang lekit tidak berbaloi dari penderitaan yang di terima haiwan tersebut. Setakat denda 1 hari penjara & rm200 ringgit.. korang sendiri mau ingat la kan??

Sang Lekit ada ikuti fanpage2 yang memperjuangkan nasib haiwan2 ni.. Dorang banyak post pasal haiwan2 terbiar & haiwan2 yang di aniaya. 1 berita menyedihkan apabila seorang manusia yang meniaga mee wantan yang di laporkan selalu menyimbah air panas pada anjing2 yang lalu di depan gerainya. Bila kes ni di hadapkan kemahkamah.. hukuman yang di terima penjahat ni cuma itulah... denda RM200 & penjara sehari sedangkan kesakitan yang di tanggung haiwan2 tersebut bukan boleh sembuh dalam 1 hari kalau hantar ke klinik haiwan untuk rawatan pun RM200 tu pun tak cukup kos. Rasanya undang2 perlu di fikirkan semula.. Haiwan juga makhluk Allah.. haiwan juga punya hak di bumi Tuhan ni tetapi hak mereka di pandang remeh & di pandang tidak penting.

Gambar di ambil dari Fanpage Kucing Terbiar & Anjing Jalanan

Kalaulah hukuman yang sama di kenakan pada kita untuk simbah balik air panas kat penjahat tu.. rasanya cukup 10 orang simbah dia dengan segayung air panas. Bagi dia rasa macam mana sakit anjing2 yang kena simbah air panas tu dengan dia. Alah.. setakat hukuman sehari penjara & denda RM200 apalah sangat berbanding hati yang sakit tengok kekejaman yang dia lakukan pada haiwan tu kan?? Tapi malangnya kalau kita la yang simbah dia dengan air panas.. Bukan hukuman sehari penjara & denda RM200.. malah lebih berat dari tu, kan??

Sebab mereka haiwankah.. undang2 tidak menyebelahi mereka?? Sebab mereka tak berakal.. tak mampu upah peguam.. tak mampu buat perhimpunan untuk tuntut keadilan.. tak mampu bersuara macam manusia.. maka hak mereka di bumi Tuhan di rampas dengan rakus oleh makhluk bernama manusia.

Sebagai rakyat yang mengecam kekejaman terhadap haiwan.. Sang Lekit bersuara dari entri ni. Suara kecil yang mungkin tak siapapun peduli tapi sang lekit tetap nak jadi salah satu suara yang bersuara untuk memperjuangkan nasib haiwan.

P/S : Cicak pun tak mampu aku bunuh atas dasar rasa simpati.. inikan pula haiwan2 yang memang di jadikan untuk menumpang kasih sayang manusia.


15 comments:

  1. Suka hati dia je nak simbah air panas kat Haiwan tu..

    ReplyDelete
  2. cina mmg xde hati perut kak.kalau ye pon halau elok xleh ke.hmm dh banyak dh rara tgk kes cm ni.

    ReplyDelete
  3. sian kat haiwan yg kena dera..
    mmg x patut :'(


    psstt: hehehe..nasib bek mimpi ye.. :)

    ReplyDelete
  4. aduh
    tengok pun dah terasa ngilu
    sakit tu
    kalau lidah kita tertenguk air milo yang panas (suam2 panas) pun kita sakit terkejut
    inikan pula disimbah macam tu
    ini la manusia

    ReplyDelete
  5. Lain orang lain pandangannya tetapi walaupun pandangan lain tak le sampai hati nak mendera. Huishhh...mau mengelupur waktu kena air panas tu. Cer bayangkan kita disimbah air panas cam ner rasanya?

    ReplyDelete
  6. simbah balik air panas tu kat dia...

    ReplyDelete
  7. Aduuhhh kesiannya tengok anjing jadi lagu tu..

    Kalau ye pun janganlah simbah dengan air panas, mereka juga rasai penderitaan...

    ReplyDelete
  8. kesian anjing tu.... jom kite simbah air panas kt org tu plak. hahaha

    ReplyDelete
  9. sama la kita kak..walaupun tak suka lipas..tapi tak tergamak nak bunuh lipas

    ReplyDelete
  10. Lalat pun i x berani nak bunuh...

    ReplyDelete
  11. suka2 jer simbah binatang tue ngan air panas..

    cuba hukuman tue simbah balik air panas kat dia..apa rasanya....

    kompem terus serik

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!