NAK TUNJUK ISLAMIK PUN BERPADA PADA

19.6.12 Suria Lekatlekit 21 Comments

Kalimah Allah adalah kalimah yang sangat2 suci & mulia bagi semua umat Islam.. Tapi zaman sekarang ni kalimah Allah di ukir sampai takde sempadan. Punya nak tunjuk Islamiknya mereka.. Perlu ke nak tunjuk Islamik sampai tak kaji buruk baik main hentam kromo je ukir Kalimah Allah kat mana dia suka.

Gambar di ambil dari FB tapi taknak mengaibkan sapa2 jadi tak di link kan.

Isu Kalimah Allah yang di ukir pada buah.. macam - macam pendapat sang lekit baca kat FB. Ada yang kagum dengan kretiviti yang berunsurkan Islamik tu.. Ada yang menegah kerana rasa tak sesuai kalimah Allah di ukir pada sebiji buah tembikai. Ukiran yang di buat pada kulit buah tembikai yang semua orang tahu.. orang tak makan kulit tapi makan isinya. Selesai makan isinya.. kulit yang terukir indah kalimah Allah tu apa nak buat? Campak dalam tong sampah? atau semadikan dalam tanah. Atau hanyutkan kelaut? Ke ada yang nak awetkan kemudian frame gantung kat dinding? Sedangkan ia tertulis kalimah Allah.. jadi dimana tempat yang paling mulia untuk kita hapuskan?

Antara komen pada gambar tersebut

Sang Lekit cuba search hukum mengukir kalimah Allah pada buah buahan ni tapi tak jumpa apa yang sang lekit dapat bagi adalah pandangan peribadi bukan pandangan dari segi hukum sebab sang lekit bukan pandai sangat pasal hukum hakam.

Antara Komen gambar tersebut

Bagi pendapat melekit la.. Tak payah nak tunjuk diri tu terlalu Islamik sampai nak buat ukiran kalimah Allah pada benda2 yang kita rasa tak sesuai. Macam benda yang nak di makan. Adakah Kalimah Allah untuk kita makan? Kalau sekadar hiasan.. tak perlu la kot jadikan hiasan pada benda yang nak di makan. Banyak lagi corak2 lagi yang bercirikan Islam boleh kita ukir.. Kau ukir la bentuk songkok ke kopiah ke, telekung ke, sejadah ker.. Tak payah la nak ukir Alif Lam Lam Ha tu kan?? Dah tu suruh orang share.. boleh jadikan idea untuk orang lain sama2 buat. Bila dah ramai buat.. tak mustahil sisa buah yang di hiasi ukiran kalimah Allah tu ada yang buang suka hati jer.. (Yelah.. ada orang tak sensitif dia main campak je la) Sang Lekit taknak jadi upin ipin sangat.. asyik betul.. betul.. betul..  je tanpa mengkaji @ berfikir buruk baik terlebih dahulu. Lebih2 lagi apa yang di sebarkan kat laman sosial sekarang. Sebab sang lekit ni tak arif sangat bab agama sebab tu taknak memandai2 share status2 yang berunsur dakwah yang fakta2 tak berapa sahih. kang silap share.. niat yang baik jadi terbalik pulak. Ye tak??

Jadi berpada pada la dalam melakukan sesuatu yang berkaitan dengan Kalimah Allah ni.. Kalimah Allah bukan sekadar untuk menjadi hiasan. Kalaupun nak berdakwah dari seni kreatif ukiran macam ni, kaji dulu buruk baik sebelum buat. Mungkin dia hapuskan hiasan ukiran tu dengan cara yang betul.. tapi orang yang meniru hasil kreativiti dia tu belum tentu tahu cara melupuskan benda2 yang tertulis kalimah Allah tu dengan betul. Lagipun Tembikai tu untuk di makan.. kulitnya orang buang. Jadi renung renungkanlah...

P/S :Mungkin banyak pertikaian akan muncul dengan entri ni.. mungkin apa yang di pertikaikan tu tersasar dari topik sebenar demi nak cari salah penulis.. Apapun sang lekit dah biasa. Apa juga pandangan korang, saya hormati tapi tak semestinya saya terima, ok!

21 comments:

  1. memang nampak kesenian nye.. tapi, tembikai ni bukannye selamanya cam tu kan.. akn dimakan.. pastu dibuang sepah2... kalau xmakan n disimpan je.. lama2 akan jadi busuk... menghina kalimah ALLAH namanya kn...

    ReplyDelete
  2. X nampak pun apa yang menghinanya,
    dia ukir elok2 kat buah letak atas meja,

    lagipun xkan la dia nak buang kulit tembikal tu terus dalam tong sampah,

    kalau tengok betul2 tu sebiji buah tembikal dan mesti nanti akan dipotong2 untung makan. dan kulit tu pun mesti clear bagi elok punya..

    aku rasa ko la yang menghina islam, dah islam tapi dedah aurat (background).

    ReplyDelete
  3. Anonymous.. kalau mcm tu Al Quran kalau kita nak lupuskan boleh koyak2 kan kemudian buang je la.. Yelah.. bila dah carik2 x nampak lagi ayat2 Al Quran kan.. bukan sy ckp menghina tp dlm entri cuma sy ckp benda yg di ukir tu tak sesuai.. tak kena pada tempatnya

    ReplyDelete
  4. errrr....
    errr...
    banyak lagi kowt tmpat lain boleh tunjuk kekretifan

    ReplyDelete
  5. seni itu cantik..
    ermm...tp xtaulah..kena tanya pada yg pakar ape hukumnya?

    ReplyDelete
  6. saya sependapat dengan Sis lekit... kesenian dalam Islam itu ada tempatnya.. Islam itu suci.. kalimah Allah swt itu suci... memang tak patut lah yang suci itu dizahirkan di tempat yang tak sepatutnya..

    sama kes lah kalau kalimah Allah diukir pada baju... nampak indah dan elok macam buah tembikai tu.. tapi bila baju itu dicampak, dihumban ke dalam mesin basuh seolah2 macam mempersenda kan..

    ReplyDelete
  7. seni la gk. tp x kena pda tempatnye la.
    klw dah kulit xnak guna diorang akan buang jgak,cpt or lmbt je.

    xbek ow wt ukir nama Allah xsemena2 ceni kn.

    ReplyDelete
  8. rasa xpayah kot kalau nk buat kalimah Allah,buat benda lain pon ok kot.kalimah Allah jgn lah dimain main kan/

    ReplyDelete
  9. apa pulak nak samakan cara lupus al quran,Ayat al quran lain , ayat al quran tu banyak ayat.

    mana tau orang yang buat tu nanti bakar kulit tembikal tu dan rasanya takkan bodohnya orang tu nak sepah2-sepah lepas makan.

    biar la orang tu nak tunjuk islamik macam mana pun, asalkan x salah dan haram dari segi syarak, ada ke ulama cakap ukir dekat buah x islamik, subhah bidaah, x bagus

    apa yang aku tau ulama cakap x tutup auratt haram.

    ReplyDelete
  10. kalau Anonymous tetap Anonymous.. ko paham ke tidak entri tu. aku tak cakap tak Islamik ukir kalimah Allah kat buah cuma yg aku cakap tak sesuai tempat dia buat ukiran tu. Yg ko dok point aurat sangat tu nampak sgt la ko dh takde benda nak bahas aku. ko tu Anonymous.. ntah2 ko pun tutup aurat tak sempurna. sapa tau org takde nama macam ko.. boleh la ko hentam org sbb org x blh nak point salah ko. ko confirm ke dia bakar kulit tembikai.. ko pun main kot2 jer. Sebab tu aku tulis entri ni.. dari jadi benda yg tak di ingini lg bagus tak payah buat ukiran mcm tu kat benda yg nak dimakan @ kt tempat2 yg tak sesuai. aku x kata hukum haram ke.. tak islamik ke.. berdosa ke.. aku cuma cakap tak sesuai. aku dah bagitau awal2 aku komen berdasarkan pandangan peribadi aku tak libatkan hukum.. sebab aku sedar diri aku tak pandai nak cakap pasal huku. Yg ko pandai sgt tp entri aku pun ko tak paham.. ko sendiri fikir yer

    ReplyDelete
  11. anon always an anon..

    saya setuju dengan cik lekit, bukan mengampu atau apa tapi memang tak sesuai,banyak lagi cara lain nak ukir nama Allah tapi bukan macam ni.

    To anon,silalah komen lagi.nak tengok apa yang kau meroyan lepas ni hahahaha

    ReplyDelete
  12. Ko pun tak tahu cam mana di clearkan kulit tembikai tu, jadi ko tak leh syak sembarangan.
    ntah2 orang tu makan sekali ngan kulit2 tu..mana tau.

    kalau pandangan ko kata tak sesuai, cakap je la x sesuai, apasal pulak nak kaitkan nak islamik pun berpada-pada la.

    nampak macam ko tuduh dia terlebih islamik pulak, dan seolah tak bagus islamik camtu, padahal x langgar apa pun hukum islamiknya..

    aku tegur ko x tutup aurat pun bukan salah pun. kan ke ko orang islam, kalau orang tengok aurat ko dapat dosa.

    ReplyDelete
  13. aku sedih la dgn ko Anonymous.. bagus jugak ko guna Anonymous kalau tak tentu seluruh keturunan ko malu. Yelah.. yelah.. aku terima je pendapat ko kata mungkin org tu makan kulit tembikai walau aku rasa komen ko tu lawak yg plg kelakar hari ni. Kesian ko kan.. abis takde benda ko nak point.. tajuk entri pulak ko salahkan. Terima kasih la tegur pasal aurat tu. Moga dgn peringatan ko ni memberi manafaat bukan je pada aku.. pada semua yg baca komen ko tu... Pstt.. mungkin ko spesis makan kulit tembikai sebab tu kau pandai buat lawak. kekekekekeke

    ReplyDelete
  14. biarla aku nk komen guna apa pun...buat apa nk malu , aku saja je kata mana tau dia makan kulit tembikai tu,tak semestinya dia makan, mungkin dia clear cara lain yang lebih elok,

    sama2,orang islam kan kena tutup aurat

    ReplyDelete
  15. berapa kali ko nak mention pasal aurat.. nampak sangat la ko dah takde point. sudah2 la Anon.. rasanya ko ni budak2 lagi. malu lak nak berdebat dgn ko.. Dik.. gi buat keja skolah lah yer.. Terima kasih la atas nasihat kamu tu. Belajar pandai2 yer

    ReplyDelete
  16. ni ayat taraf budak skolah kelas hujung ni yang cikgu masuk dia dok membuta kat belakang..

    kejap kata gitu kejap kata gini..

    keshiannn

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum.

    pendapat maera, sebaiknya elakkan la buat2 benda camnie melainkan memang semulajadi tertera kalimah tu. kalau dah terbuat, sila tanam dengan cara tertil, tanam kt tempat orang tak melangkah. sedikit ilmu yg maera tau. sungguh byk lagi ilmu kena topup nie. huhu~ wallahualam.

    ReplyDelete
  18. org kata pk dulu sebelum buat apa-apa
    memnag jenis yg x pakai otak dahulu
    kemudian bila ada org tegur mula la nak melinting
    adoyaii...

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!