SEDEKAH KAT TELAGA @ SEDEKAH KAT MANUSIA?

11.6.12 Suria Lekatlekit 12 Comments

Semalam (Ahad) bawak si lala & angkut sekali dengan ateh an lala pergi melaka. Biasa la jalan2 hujung minggu yang tak plan pun. Macam tu rutin kami anak beranak ni.. Nak pergi mana2 jarang nak plan sangat. Kalau plan bagai nak rak tak jadi pulak. Jadi.. rasa free rasa ada mood.. rasa ada budget pergi je.

Kali pertama lala melawat melaka. Lala ok jer.. tak meragam langsung walau cuaca panas. Dia rasa mengantuk dia tidur.. Tapi sang lekit pastikan cukup time lala minum susu walau dia tak merengek lapar pun. Sebagai mak ni, naluri tu tahu anak lapar. Nak2 lagi cuaca panas. Kalau kita haus.. apatah lagi baby kecik macam lala walau dia tak meragam. Tapi kalau di bagi susu.. sedut hingga ke titisan akhir. Senang bawak lala jalan2 sekarang.. Paling utama dia sangat baik cuma lasak je. Kedua dia kurang nak menangis.. sepanjang ke melaka semalam langsung tak menangis. Ketiga lala dah minum susu dari botol.. jadi spare je susu kalau nak jenjalan. Tak perlu risau lagi.

 lala atas river cruise melaka. Keja dia nak melasak je tak kira tempat. Yang penting clip pink tu ok!

Kalau ke melaka mesti ke Kota A Famosa.. tu memang semua orang wajib pergi kot. Kat atas kota A Famosa tu tu ada 1 telaga yang orang dok baling duit. Sang Lekit tak pernah pulak dok sedekah kat telaga tu selama dok pergi melaka. Apa yang sang lekit tahu la... orang akan sedekah duit tu sambil berhajat. Betul ker? Bagi kita orang Islam ni.. nak berhajat elok la sembahyang hajat dari dok berhajat kat telaga tu yer dak?? Masa dok jenguk ke dalam telaga yang penuh duit tu tu ada sorang makcik ni.. dia pun sibuk nak sedekah duit kat telaga tu jugak. Asben sang lekit pun tegur la.. kenapa makcik tu nak baling duit dalam telaga tu. Katanya saja nak sedekah.. untuk tujuan suka2. Ok la tu.. niat dia untuk suka2.. jangan makcik dok berhajat dengan telaga tu sudah la yer.

Melopong lala kecomotan tengok orang dok buang duit dalam telaga. Dady & Ateh An excited nampak tengok duit.

Terdetik di hati agaknya duit orang bayar hajat dalam telaga tu di salurkan kemana yer? Sang Lekit pun tak tahu jadi tak nak buat spekulasi apa2. Apa yang penting jangan sebab telaga tu kita pun turut melakukan amalan khurafat sudah. Yelah.. dok berhajat sambil baling duit dalam telaga tu. Apa lah telaga tu boleh bagi kan??

Turun dari A Famosa tu terserempak lak dengan sorang makcik (india) bersama dua ekor kucing dia yang kembar seiras. Bila orang lalu dia akan minta sumbangan untuk kucing2 dia tu.. dia ada bawa satu sampul surat yang tulis tolong derma untuk kucing2 dia makan (ayat dia panjang tapi tak ingat tapi maksud dia lebih kurang macam tu la). Adik sang lekit (Ateh An) derma la.. sebab makcik tu nampak daif, Uzur.. Tak kisah la untuk dia makan @ kucing2 dia makan.. yang penting sumbangan tu moga dia & kucingnya dapat terus makan. Rasanya lagi elok la sedekah kat makcik tu dari sedekah kat telaga kan??

Untie India bersama 2 ekor kucing kembar seiras. Afdal sedekah kat dia dari korang sedekah dalam telaga tu.. kan??

Apapun.. setiap perbuatan bergantung pada niat juga.. kalau niat baik Insyaallah jadi baik. Jangan kata niat baik tapi perbuatan je tak betul itu memang salah. Sebab kalau perbuatan salah tak boleh jadi betul hanya dengan niat yang baik. betul tak???

P/S : Sempat lagi makan malam kat PD tu lepas jenjalan kat melaka. Kesian ateh an half day harini. Takpe keja gomen.. Lagipun lepas ni Ateh An dah nak balik kulim. dah dapat tukar kesana jadi tak boleh ajak dia jenjalan lagi.

12 comments:

  1. ateh an tu adik ipo cik lekit ke..
    masa cuti raya cina haritu g jalan melaka for the 1st time after pembangunan drastik dia..sangat best tapi nak mencarik jalan balik ke muo punya berjam azab seksa..pening dengan jalan dia

    ReplyDelete
  2. shida pun pergi melaka minggu lepas..stay kat PD...naik jugak kat kota a famosa tu tp waktu dah nak senja so x nak lama2 paham2 la kan...bab sedekah baling duit dlm telaga tu anak2 buah teruja gak dok tengok org lain baling..shda awal2 lagi dah wrning jgn baling hehe...

    ReplyDelete
  3. ateh an tu adik saya la cikgu Noi.. tp kesian dia selalu nampak mcm kakak.. yelah kita jarak setahun je. selalu dia di tuduh jd mak lala.. kekekekeke

    ReplyDelete
  4. Hehe. ade ke si islam yang sedekah kt perigi tu?moge2 takdela.kalau ade pon mungkin die tercampak duit tu kot.kah3

    ReplyDelete
  5. rara xpenah baling2 duet ni.sbb rasa kita islam xperlu kot nk baling2 duet.hee

    ReplyDelete
  6. dulu2 pn masa kecik2 g melaka ader tgk telaga tuh apesal eh dorang dok buang duit dlm tuh...huhuhu

    jauhkan lah dr benda2 khurafat kan..
    lg baik sedekah kat org yg susah :)

    ReplyDelete
  7. wah..seronoknye die jalan2 river cruise..
    hehehe..comel!
    dari bung duit ke telaga baik sedekah kt org memerlukan..ade gak pekdahnye..

    ReplyDelete
  8. banyak nau kepercayaan diorang ni...mcm2 hal..tp kan..lala sangat comel...buleh pinjam?nak gomol2 jerk...

    ReplyDelete
  9. kalau orang Muslim yang baling2 duit sambil berhajat tu memang sedih laah.. betapa jahilnya umat Islam kalau macam tu. tu dah masuk khurafat tu..

    ReplyDelete
  10. saya pun selalu fikir, duit dalam telaga tu buat apa ye? mesti banyak kan..

    ReplyDelete
  11. tu la pasal kak.. dl mase sy pergi sane, ada orang kt situ cakap, bile baling duit pastu doa ape2.. anti tercapai hasrat tu.. nonsense kn.. hahaha

    ReplyDelete
  12. Untuk apa tujuan macam makcik tu kata nak sedekah kat telaga? Takut ada 'orang lain' ambik kesempatan ambik duit sedekah tu semua kan..

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT. Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda, tuan empunya blog tak campur ok!